minuman kurus

Bila dah jadi mak-mak, masalah terbesar adalah nak kawal selera makan.Mana taknya, setiap hari masak untuk anak-anak dan suami. Bila dah masak sedap-sedap, tak kan nak tengok je, mesti makan sekali.Punyalah susah nak kawal ‘nafsu’ makan tu, tu yang badan pun makin mengembang bagai dipam-pam.

Selain bersenam dan jaga pemakanan, mak-mak dan para wanita yang nak kuruskan berat badan tu, boleh cuba resipi minuman untuk kawal selera makan ni. Ia merupakan perkongsian oleh Puan Eka Zahra.Menurut wanita ini hasil amalan tersebut, dalam masa seminggu perutnya makin kempis dan berat turun sebanyak 1 kg.

Berikut perkongsiannya sebagai panduan;

“Hari ni akak nak kongsi resipi minuman yang boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang sister dari Indonesia yang ada bisnis kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.”

“Atas nasihat doktornya yang dah ada 4 orang anak tapi badan tetap slim meskipun doktor itu keturunan obese (berat badan berlebih) maka sister itu mengamalkan minuman ini.”

“Sister tu minum 2 hari dah turun 1 kg. Akak pun cubalah dan memang boleh kawal selera makan sebab hari-hari masak dan suka pulak makan kuih muih. Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg.”

IKLAN

Ini resepinya : (hasil bergantung badan masing-masing yea)

Bahan-Bahan:

1 liter air
2 batang serai diketuk
2 batang kulit kayu manis
4 inci halia diketuk
5 kuntum bunga cengkih
1 biji lemon dihiris
madu

Cara Membuat:

1. Didihkan air
2. Masukkan semua bahan kecuali lemon dan madu.
3. Masak selama 5 minit.
4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon.
5. Biarkan 1 jam.
6. Bila nak minum tambahkan madu.
7. Minum sebelum sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur.

IKLAN

Nota :
* Baki air boleh simpan dalam peti sejuk
* Resipi ni akak boleh minum 5 kali (5 gelas)

IKLAN

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Buat wanita dan mak-mak yang nak kuruskan badan dan kawal selera makan, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.Cukup mudah, murah dan jamin selamat tanpa bahan pengawet.

Sumber: Eka Zahra