Kolestrol merupakan antara penyakit ramai orang hidapi. Antara bahayanya mempunyai kolestrol tinggi boleh menyebabkan masalah jantung tersumbat! Disamping berjumpa doktor dengan melakukan pemeriksaan, boleh juga cuba mengamalkan rawatan semula jadi serta menjaga pemakanan yang diambil.

Perkongsian daripada Puan Zeta Azzahra Abd Rahman, antara remedi kesihatan yang diamalkan dikatakan berkesan dalam mengurangkan bacaan kolestrolnya yang tinggi sebelum ini.

Berikut perkongsian yang wanita ini kongsikan;

“Alhamdulillah.Mak aji ada berita nak kongsi ni.Beberapa purnama nan lalu.Bacaan kolestrol telah naik kpd 6.9. Masa tu doktor nak on ubat turunkan kolestrol tapi mak aji kata..doktor bagi saya turunkan bacaan secara natural dan saya kawal makan”

“Kemudian selepas ambil ujian darah di makmal, bacaan menurun kpd 5.3
Kali ini doktor kata.. kita teruskan ikut cara puan. Tapi awas, jaga makan sebab kita akan jumpa selepas hari raya (puasa). Dari berjumpa doktor 4 bulan sekali, doktor kata kita jumpa 6 bulan sekali je”

“18 Julai lalu, berpagi-pagian mak aji di hospital ambil darah. Untuk cek tekanan darah tinggi, kencing manis, lemak dan bacaan kolestrol.

“Hari ini 29 Julai, seronok sangat jumpa doktor tadi. Alhamdulillah mak aji normal. Bacaan kolestrol mak aji dr 5.3 telah turun kpd 3.3. NORMAL! Darah tinggi dan Kencing manis alhamdulillah pun tak ada. Lemak pun 1.1.”

“Opsss..apa rahsia nya ye? Tu lah.. cuba kalau jumpa anak kecik mak aji.. nanti anak kecik mak aji cakap tu….UMI MINUM AIR KENTUT! My goodness kan..kanak-kanak.

Air Kentut kata Maryam
Air Cholestrol Free kata Umi

Bahan-Bahannya:

6 Liter Air
3 biji Lemon
* Lemon tu digosok-gosok dengan Soda bikarbonat. Lepas tu baru digosok-gosok dengan garam halus. Tangan bau harum je dan lembut.
Basuh bersih-bersih dengan air paip.Potong nipis-nipis, perah air lemon. Asingkn air lemon dan potongan lemon yang sudah diperah.

(Limau kasturi ni langsug tak digunakan dalam air ni. Limau kasturi tu saya buat resepi limau kasturi asam boi. Kena jeruk 3 bulan. Baru boleh minum )

Halia 5 kaki/batang/unit seperti dalam gambar untuk 6L air.
*Bersihkan dan buang/kikis kulitnya dengan menggunakan sudu. Potong halus-halus pun boleh tetapi lebih baik blender kalau rajin. Mak aji sagat je.

Nenas separuh jika buahnya besar atau sebiji jika buahnya kecil. Dibuang kulitnya. Dipotong-potong ikut suka.

Cara Membuat:

Masukkan 6 liter air 6L ke dalam periuk. Hidupkan api. Masukkan semua bahan kecuali perahan lemon. Masak hingga menggelegak. Kemudian masukkan perahan lemon. Kacau.

Info Ekstra!

  • Perahan lemon kalau masukkan terus pun boleh je. Biasa mak aji kalau rajin, selepas menggelegak. Didihkan sekejap.
  • Mak aji tak pernah blend 3 bahan bersama sebelum ia di masak.Tapi biasa nya mak aji hanya akan blend semua potongan lemon + nenas + halia yang sudah dimasak.
  • Tuang kembali hampas/bahan ni ke dalam periuk. Kalau tak rajin, tak blend tapi makan begitu sahaja selepas minum airnya.
  • Sebenarnya tak kisahlah kan bagaimana kaedah penyediaan, janji buat bahan-bahan ini dan minum secara konsisten baru dapat lihat hasilnya selain kawal makan juga.Dapat lah 3 bekas air Tupperware yang 2L tu. Dengan hampas-hampas sekali masukkan. Simpan dalam fridge.
  • Boleh minum suam, panas atau sejuk. Tanpa gula. Setiap hari. Hampas tu makan lah. Tak rasa apa pun. Amalkan secara konsisten.

  • Mak aji sediakan 6L untuk 3 ke 7 hari. Banyakkan minum air kosong juga ye. Mak aji ni pagi-pagi minum je nescafe ais. Tp sebelum sarapan, mak aji minum dulu segelas.
  • Mak aji cikgu. Kurang exercise macam zumba tu, cuma naik turun tangga di sekolah sahaja. Dan jalan-jalan dalam mall. Mak aji jarang masak di rumah, sebab tu mak aji minum 6L air kentut untuk 3 atau 4 hari.
  • Kalau baru nak mencuba, boleh mula dgn 1L air, lemon 1 biji dan halia 1 (apa penjodoh bilangan untuk halia ye.sebesar 1 rangkaian halia itu lah..tak tau nak sebut bagaimana). Nenas bahagi lah kepada 1/4.
  • Pada yang ada gastrik mak aji tak berani nak sarankan. Ini bukan ubat ye. Ini remedy untuk normalkan bacaan kolestrol.

Cara minum, segelas sebelum sarapan pagi. Kalau baru nak cuba, minum dulu air kosong selepas bangun tidur dan baru minum air ini. Dalam sehari boleh minum berkali-kali. Mak aji biasa habis 2L dan tetap minum air kosong. Pagi-pagi mak aji tak boleh lari dari nescafe ais.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang mengalami masalah kolestrol, bolehlah cuba amalan remedi yang wanita ini kongsikan. Namun apa-apa pun pastikan mendapat rawatan dan nasihat doktor dulu iya.

Sumber: Zeta Azzahra Abd Rahman

Jangan Lupa Komen

komen