wanita

Serius, bukan senang bagi seorang wanita bekerjaya nak melepaskan dunia pekerjaan secara tiba-tiba apabila dia sendiri sudah terbiasa keluar mencari rezeki selepas tamat belajar. Namun disebabkan kekangan yang tidak dijangka, rata-rata seorang isteri akan melepaskan jawatan demi fokus kehidupan anak-anak dan suami.

Ini bukan nak kata perempuan tak bekerja tak bagus ya, tapi kita ambil aura positif dari wanita bergelar Puan Felinna Nadea Ed Fattah, Alhamdulillah pilihan yang dibuat cukup terkesan dan luar biasa!

Jom baca perkongsian kisah hidupnya…

Rasanya sudah hampir 1 tahun kakfel ambik keputusan bersara dari 100% bekerja. Maksudnya masih bekerja cuma sudah kurang fokus.

Start Tiki masuk 4 tahun dan kami dapat Raif. Kakfel bagitau suami. “Its time for me to focus on family, u kerjalah, i jaga anak2”.

Agak rumit. Sebab dah biasa buat kerja luar. Malah, semakin rumit sebab rasa macam tersekat and tak boleh buat apa. Bangun pagi nampak anak, dapur dan rumah sahaja.

Kakfel biar suami sahaja bekerja dan dia banyak fokus kepada semua urusan perniagaan dan kami berbincang sekali sekala untuk isu-isu berat agar lebih mudah capai penyelesaian.

IKLAN

Adakah bagus kakfel? Saya risau kalau saya tak kerja suami tak dapat support kami sekeluarga?

Tipulah kalau cakap awal tu macam tak risau langsung. Serius risau sebab kami partner untuk banyak benda sebelum ni kami buat apa pun sama-sama. Tapi demi satu perkara iaitu keluarga seseorang kena bekorban.

INILAH KELEBIHAN SEORANG ISTERI

Kakfel masih bekerja untuk dia tanpa sedar. Ketika masak, kakfel selitkan doa agar Allah beri kemudahan idea padanya, ketika jaga anak, kakfel ajarkan anak-anak agar doa rezeki babahnya dipermudahkan, ketika solat, kakfel mohon kejayaan untuknya, ketika buat apa sahaja yang terlintas di hati, doa kakfel tetap untuk dia, hatta terjaga tengah malam tengok muka dia pun.. kakfel tetap sebut “ya Allah rahmati suamiku, berikan kejayaan untuknya”.

Ya itulah kuasa terbesar seorang isteri dan bantuan terbaik dalam menjadikan seorang suami itu berjaya. Kakfel yakin…

IKLAN

WAHAI ISTERI, CUBA RENUNGKAN

Yang mana lebih bagus? Bekerja hingga penat bersama sama dan balik dalam keadaan tertekan atau balik kepada fitrah, biar dia mencari rezeki, kakfel doakan keberkatannya sahaja. Sebab itu kakfel pilih untuk tidak fokus 100%.

Kakfel masih bekerja cuma tahu limit masa. Masih ada hak ibubapa, anak-anak dalam masa seharian kakfel. Kakfel belajar dan terus belajar untuk menjadi lebih baik.

Duit yang banyak bukan maksud kita boleh support family. Hidup yang berkat dan harmoni itulah yang menjadikan kita tenteram. Itu yg support family.

IKLAN

Salahkah nak kerja bantu suami kakfel? Tak salah… langsung tak salah… yang salah mereka isteri yang bekerja sehingga merasa diri lebih hebat dari suami, yang salah mereka yang bekerja penat dan stress sehingga terlupa hak anak-anak mereka di rumah.

Yang salah mereka yang terlupa dalam setiap tindakan mereka sebagai isteri patutnya terselit doa yang baik untuk para suami.

Kembalikan hak suami kita, ibubapa kita, hak anak anak kita , Allah akan beri hak yang selayaknya untuk kita.

“Tidak ada yang akan berubah, melainkan kita yang mengubahnya.”

Terima kasih suami Rafie Ramli untuk setiap pengorbanan… semoga isteri ini kuat dan sentiasa mahu menjadi kuat untuk masa depan kita semua.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI