Sekarang bukan masa menuding jari salahkan sesiapa. Dalam keadaan yang penuh menekan, mak ayah perlu berbalik pada saranan agama dalam menyatukan kembali hati ahli keluarga yang hampir retak. Sebelum jadi parah, muhasabah diri sebentar. 10 saranan eratkan kasih sayang ini telah diberikan oleh para ulama.
Ads
10 Tip Eratkan Kasih Sayang Anak Ikut Saranan Para Ulama
Hidupkan amalan solat berjemaah di rumah.
Budayakan membaca Al-Quran dan kitab hadis di rumah
Ibu bapa memberikan didikan agama sesempurna mungkin pada anak-anak.
Sentiasa makan bersama keluarga
Bila berada di rumah, letak di tepi seketika telefon bimbit mahupun komputer riba. Minimakan penggunaaan gajet. Berikan perhatian sepenuhnya pada komunikasi bersama ibu, ayah dan anak-anak
Sentiasa memperuntukkan masa berkualiti apabila bersama ibu ayah dan anak-anak
Berinteraksi dan sering menjadi pendengar setia
Memberikan hadiah kepada ayah, ibu dan anak-anak sempena hari lahir dan seumpamanya.
Berkomunikasi menggunakan bahasa yang lembut
Sentiasa menghargai ibu, ayah dan anak-anak dengan menyebut “terima kasih.”
Ingatan Buat Mak Ayah!
Setiap kita adalah anak dan satu hari nanti, kita semua juga akan menjadi mak dan ayah. Maka hormatilah mak dan ayah agar apabila kita menjadi mak dan ayah kelak, kita akan turut dihormati dan disayangi oleh anak-anak kita pula. Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan, ayat 74 mafhumnya:
Ads
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata :”Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa”
Ads
Kredit foto : newsrescue.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila MyDoctor buat video menerangkan kenapa tak boleh sesuka hati cium, peluk apatah lagi gomol bayi orang lain, diharap ramailah yang makin faham. Mungkin makcik bawang pun boleh terkejut bila dimaklumkan yang kos hospital boleh cecah sampai RM12,000.
Jangan main-main.. serius rupanya isu ini. Dr Khairul Faizie Mohammad Kamarpun turut mengulas tentang video tak boleh cium bayi orang lain sesuka hati. Ada 6 alasan yang mak ayah kena perhatikan. Moga anda yang membaca semakin jelas.
Isu Tak Bagi Pegang Baby Di Hari Raya
Kena faham kenapa tidak di galakkan kita sebagai saudara mara / rakan taulan, sakan menggomol cium kelek baby orang lain.
1) Untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit, terutamanya jangkitan melalui udara ( hembusan nafas, air liur, batuk, bersin). Kena faham sistem imun baby masih belum matang.
2) Kita bersalaman dengan pelbagai orang di hari lebaran. Adakah kita amal kan basuh tangan sebelum nak dukung pegang baby orang lain?
3) Selagi boleh, elak kan juga sesuka hati kita suapkan makanan ke dalam mulut baby / toddler. Suap ketupat la, kuih batang buruk la. Kena faham ada baby / toddler yang ada masalah seperti eczema, yang mana parentsnya kena betul betul jaga pemakanan anaknya. Misalnya perlu elak ayam, perlu elak telur. Kuih muih banyak yang bahan asasnya ada telur. Selain dari tu, baby kecik kita suap-suap dan tak beri perhatian (kalau), maka kalau tercekik?
4) Yang merokok, ataupun isteri kepada perokok. Kalau badan anda kuat melekat asap rokok, tolong lah jangan transfer kan bau rokok ( dan toxic nya) pada baby orang lain.
5) Bukan nak jadi poyo / diva. Orang lain pun ada baby/ ada toddler tapi kita beria-ia tak bagi orang pegang baby kita. Kena cari jalan berhemah untuk elak sedara mara kerumun baby kita / over mencium gomol. Umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Betul ke peribahasa aku ni? Hahaha
6) Dari sudut pandang agama pula, kalau tengok baby / toddler yang comel. Ingat, mula mula ucapkan pujian pada yang Mencipta baby tu ialah Allah. Ucapan seperti Subhanallah dan kemudian baru puji baby tu. Ini yang dianjurkan sebab bagai yang diajar oleh Nabi SAW, ini semua untuk elakkan penyakit ‘ ain’. Penyakit ‘ ain ‘ ni sebab pandangan mata / pujian berlebihan yang tak dinisbahkan pujian tu pada Allah.
Sesebuah rumah tangga memerlukan tolak ansur dan kerjasama antara pasangan. Rumah tangga sebenarnya bukan medan suami semakin senang dan isteri pula semakin susah, itu sudah zalim namanya.
Pabila sang isteri merasakan perkahwinan membuatkan dia terbeban dengan terlalu tanggungjawab berbanding, suami perlu check balik. Salah dan zalim seorang suami kepada isterinya bila perkara ini berlaku.
“Serba-serbi saya kena buat sendiri, sampai saya tertanya-tanya, siapa ketua keluarga sebenarnya?”
Saya atau dia… Saya ini isteri, dia itu suami… Tapi bebanan saya lebih daripada bebanan dia… Tanggungjawab saya lebih daripada tanggungjawab dia… Tugas saya lebih daripada tugas saya…
Realiti… Persoalan yang bermain di fikiran kebanyakan isteri… Siapa ketua keluarga sebenarnya?
Bila Isteri Buat Lebih, Suami Yang Zalim
Kalau apa yang isteri perlu buat itu melebihi apa yang suami perlu buat, maka kita zalim pada isteri kita…
Kalau apa yang isteri perlu tanggung itu melebihi apa yang suami perlu tanggung, maka kita zalim pada isteri kita…
Pengertian zalim itu adalah apabila kita meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang sepatutnya…
Rumah Tangga Bukan Medan Suami Semakin Senang
Rumah tangga bukan medan suami semakin senang, isteri semakin susah… Bukan ini caranya rumahtangga itu dikendalikan…
Bila kita tidak melaksanakan sesuatu yang diwajibkan ke atas kita untuk kita sendiri lakukan, maka akan berlakunya penganiayaan pada pihak yang satu lagi…
Jangan letak tanggungjawab kita ke bahu isteri… Jangan letak kewajipan kita ke bahu isteri… Isteri bukan tempat untuk kita membuang segala apa yang patut ditanggung kita…
Akan berlaku konflik tanggungjawab jika kita membiarkan perkara ini berlarutan… Isteri lebih layak menjadi ketua keluarga berbanding suami, dan ini satu masalah besar dalam rumah tangga…
MW: Sebagai suami, jangan biarkan isteri terbeban lama-lama bimbang timbul masalah lebih besar dalam rumah tangga jika masalah ini tidak dibendung. Malah, suami jangan pula lepas tangan bila isteri mampu lakukan serba-serbi. Renung-renungkan.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Buatlah suprise. Untunglah kalau ada suami yang sentiasa bagi hadiah, romantik dan guna ayat yang berbunga-bunga untuk isteri. Tapi bagaimana kalau jenis yang tak pandai nak buat semua itu.
Isteri terimalah dengan terbuka. Mungkin suami tak pandai berkata-kata tapi ada kelebihan lain yang boleh membuatkan hati isteri terpikat. Tak gitu. Tapi, kalau tak reti sekalipun nak tunjuk kasih mesra atau romantik dengan isteri, cuba sesekali buatlah suprise. Mesti hati isteriberbunga-bunga.
Buatlah suprise untuk isteri tak perlu nak bermewah-mewah, dengan beli barangan mahal, bercuti dengan naik kapal atau sebagainya. Cukup dapat makan kat kedai kopi, teman shopping pun dah seronok buat isteri.
Antara perkongsian menarik daripada Khairul Anuar Basri ini untuk suami. Sekurangnya dengan suprise ini boleh menjadi memori indah buat isteri.
Sekali sekala, buatlah surprise kepada pasangan. Isteri yang nak marah boleh bertukar menjadi senyum. Yang kecik hati, boleh terubat dengan sendiri. Ada isteri yang tawar dan hambar, boleh jadi manis dan ceria kembali.
Surprise tu bukannya apa-apa pun. Itu tandanya ambil berat dan sangat
menyayangi. Walaupun apa yang dibuat untuk surprise tu tak berapa ringgit pun.
Saya tak pandai nak main-main kata. Saya tak pandai nak hantar-hantar bunga.
Saya bukan yang jenis macam tu kalau nak tunjuk sayang dan kasih mesra.
Saya percaya ramai suami di luar sana yang sama macam saya. Tak pandai nak buat macam orang perempuan buat kat suami mereka. Almaklumlah, orang perempuan kan jiwa lembut dan romantis.
Sekadar yang saya boleh buat, saya buat. Macam ada hari tertentu saya culik isteri saya di sekolahnya. Tinggal keretanya kat sana, naik kereta dengan saya. Kami keluar makan tengah hari.
Isteri ni kadang-kadang bukan nak apa pun dari suami. Mereka nak perhatian saja. Mereka suka kalau dibelai dan dimanja. Mereka suka kalau kita bagi sesuatu dekat mereka.
Yang duit lebih, boleh la bagi hadiah mahal-mahal. Yang duit banyak, boleh la bawa melancong merata tempat. Yang skoda-skoda macam saya ni, berilah ikut kemampuan. Nasi goreng, telur mata dan keropok keping pun jadilah tanda ingatan.
Cipta Memori Bersama
Sebenarnya yang penting bukanlah pemberian tu. Tapi saat bersama tu. Enjoy the moment orang putih cakap.
Makan makanan best dan melancong tempat menarik. Apa yang best? Apa yang menarik?
Makanan itu ke yang best? Tempat itu ke yang menarik?
Bukan. Bukan makanan itu yang best. Bukan tempat itu yang menarik.
Makanlah makanan paling mahal di restoran paling eksklusif sekalipun, tapi makan seorang diri saja, tak best mana pun.
Pergilah melancong ke tempat paling cantik dengan pakej paling mahal sekalipun, tapi pergi seorang diri saja, tak la best mana pun.
Tapi dengan siapa kita menikmati makanan itulah yang menjadikan makanan itu best. Dengan siapa kita melancong itulah yang menjadikan tempat pelancongan itu best.
Makan roti kosong dengan wife jadi best. Berjalan ke pasar pagi dengan kekasih hati jadi best. Takde apa sangat pun kan?
Tapi dia jadi sangat best. Kerana orang yang kita sayang dan kasih itulah akan menjadikan segala di dunia ini jadi best.
Para suami dan para isteri sekalian.
Hargailah setiap masa pasangan kita masih hidup. Sesibuk mana sekalipun kita, carilah masa untuk pasangan kita. Jika tak sempat nak rancang, secara mengejut pun boleh la.
Masa pasangan kita hidup masih hidup, kita takde la rasa benda tu penting sangat. Tapi bila pasangan kita dah takde, itulah memori yang akan kita kenang sampai ke akhir hayat kita.
Ciptalah memori bersama pasangan sementara nyawa masih dikandung badan.
Mingguan Wanita : Ciptalah momen-momen indah bersama.