Mudah je rupanya nak buat Cucumber Pickle atau Jeruk Timun yang rangup dan sedap ini di rumah.Rendam timun semalaman,esoknya dah boleh makan.Kalau mak-mak perasan selalu jumpa timun jeruk ni bila makan burger di restoran makanan segera.

Boleh cuba perkongsian cara buat jeruk timun ini di rumah oleh Puan AJ Idris sebagai rujukan.

“Cucumber Pickle @ Jeruk Timun. Yang selalu kita jumpa dalam burger McD, Subway, A&W tu.Sedap tapi nak beli selalu mahal. Buat sendiri, semudah ABC”

Bahan-Bahan:

Timun yang dibasuh bersih. Saiz kecil macam ni tak perlu dipotong
Daun dill (kalau suka atau kalau ada)
Bawang putih (seulas dua pun cukup),
Garam, gula, cuka (mana-mana jenis cuka pun boleh- cuka makan, cuka epal, cuka kurma atau cuka anggur) – tiada sukatan sebab ikut anggaran masing-masing je ya
Air mineral

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Mak Mak Boleh Buat Sendiri Jeruk Timun Di Rumah!

IKLAN

Cara Membuat:

1.Rebuskan air, cuka, garam dan gula hingga mendidih.
2.Susun timun dan bawang putih di dalam balang macam ni.

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Mak Mak Boleh Buat Sendiri Jeruk Timun Di Rumah!3.Bila bahan rebusan tadi dah suam-suam kuku, masukkan dalam balang berisi timun tadi. Tutup dan biarkan semalaman.

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Mak Mak Boleh Buat Sendiri Jeruk Timun Di Rumah!

IKLAN

Dah siap… Biarkan dalam balang tu ya. Bila nak makan baru keluarkan timun tu.

Sedap dimakan begitu saja. Gigit sebiji-sebiji pun boleh. Nak letak dalam sandwich, potonglah nipis-nipis 🙂

IKLAN

Info Ekstra!

  • Kalau guna timun besar kena belah, toskan buang air-air dari timun tu.
  • Kalau guna timun besar yang biasa, kena salut garam dulu biarkan airnya keluar dan supaya tak bergetah.
  • Nanti dah habis timun jeruk tu, masukkan je timun fresh yang lain. Tambah cuka, gula dengan garam lagi sikit.
  • Saya guna air lebih sikit dari separuh balang, tambahkan bahagian cuka untuk penuhkan balang. Garam 7 sudu besar, gula 3 sudu kecil.
  • Ni ikut citarasa masing-masing ya, kalau tak suka cuka kuat, kurangkan cuka. Tak suka masin, kurangkan garam. Tapi pastikan campuran air rebusan cukup untuk penuhkan balang dan tenggelamkan timun.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Selamat mencuba!

Sumber: AJ Idrış

Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI