Berangannya nak jejak pulau Maldives, tempat glamour yang Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pernah sampai tu. Tapi kos cuma mampu jalan-jalan dalam Malaysia je. Janganlah rasa Malaysia ni tak best, sebab dekat Kepulauan Mersing, Johor pun cantiknya macam dekat Maldives.
Seronok tengok percutian yang dikongsikan oleh Yusniza Yusoh dengan rakan-rakannya ini. Itu percutian 2 hari 1 malam menjelajah beberapa buah pulau yang ada di Kepulauan Mersing.
Trip Daytrip Ke Kepulauan Mersing, Johor
Perjalanannya bermula dari Jengka -Kuantan. Sekitar jam 8.15 menaiki bas Transmalaya. Tiket bas dari Kuantan-Mersing adalah RM18.20.
Jam 11.45 malam pula kumpulan ini naik Plusliner dari Terminal Sentral Kuantan dan sampai di pekan Mersing sekitar 3 pagi.
Bagi mereka yang naik bas dari Kuala Lumpur, boleh terus beli tiket di TBS. (Terminal Bersepadu Selatan – iaitu terminal bas utama di bahagian selatan di Kuala Lumpur. Pakcik bas akan turunkan dekat tepi jalan.
Tapi jangan risau, kawasan jeti dekat kawasan situ juga. Nanti anda perlu jalan kaki dalam 10 minit gitu je. “Kami berjalan dan melepak di kedai mamak sementara tunggu pagi.”
Ads
Hostel sebelah mamak tu je iaitu Riverside Hotel. Ambil family room kosnya dalam RM132.27. Kami request chek ini awal. Jadi check ini dalam pukul 710 pagi untuk letak barang dan bersiap.
Keluar Ke Jeti Mersing
Lepas tu kami keluar semula pukul 8.30 untuk ke jeti. Jalan kaki lagi dalam 10 minit. Lenggang kangkung saja. Kalau lenggang bayam, cepat la sikit. Hihihi..
Untuk pengetahuan, kawasan pekan Mersing ini sangat mudah diakses. Jeti, terminal bas, hotel, restoran, dobi, semuanya dekat.
Jadinya tak perlu risau. Terutama untuk siapa-siapa yang terlintas nak pergi tapi tak berapa berani.
Panduan yang dikongsikan Yusniza ini cukup-cukup membantu untuk anda menikmati perjalanan adventure percutian yang indah dan menenangkan.
Ads
Sebaik Sampai Jeti
Sampai jeti, breakfast sambil tunggu boatman dengan planner pakej yang kami guna. Kami ambil pakej daripada Chekgu Murni (info lanjut ada dalam posting Yusniza). Mereka ambil pakej daytrip dengan kos RM140 per pax.
Sekitar jam 9.30 pagi kami naik boat dan menuju ke destinasi iaitu Pulau Sibu, Pulau Lima Besar dan Lima Kecil. Kami juga membuat hiking di Pulau Sibu Kukus, Gua dan Pulau Tinggi.
Setelah puas meronda, kumpulan ini menikmati makan tengah hari di Pulau Sibu Kukus. Snek dan air unlimited untuk dimakan di atas bot.
“Bagi mereka yang mabuk laut, makan ubat mabuk laut siap-siap sebelum naik bot dan sediakan ubat angin untuk kecemasan“.
Ads
Air di Mersing berombak agak kuat jadi pastikan jaket keselamatan dipakai siap-siap sebelum bot berjalan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Balik Semula Ke Jeti Mersing
Pukul 6 petang, kumpulan kami balik ke jeti Mersing. Pulang ke hotel dan rehat.
Esok pagi, check out hotel pukul 10 pagi, makan tengah hari di kedai sebaris dengan hotel dan naik bas Plusliner ke Kuantan pukul 12 tengah hari. Total perjalanan saya untuk jelajah daytrip ke ke Kepulauan Mersing tambah tolak dalam RM 250.
Semoga panduan dan info yang dikongsikan oleh Yuniza Yusoh ini membantu anda yang berhasrat mahu ke Kepulauan Mersing.
Tak rugi datang ke tempat ini, cepat pemandangannya memang cantik, air lautnya jernih membiru. Ini pun boleh masuk dalam senarai destinasi percutian bebas tress.
Dengan sekali lafaz pelakon drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq, 26, dan pilihan hatinya, anggota polis bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff, 31 sah bergelar pasangan suami isteri di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam.
Pasangan sama padan sama cantik ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah kira kira jam 9 pagi tadi disaksikan 18 orang tetamu. Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.
“Alhamdulillah biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini.
“Cuma selepas mengikat pertunangan sekitar awal Mac lalu, kami sepatutnya merancang pernikahan Ogos lalu. Tapi banyak benda yang tergendala rentetan Perintah Kawalan Pergerakan dan seterusnya.
“Akhirnya dianjak ke bulan ini. Semoga fasa baru kami ini akan terus membahagiakan. InsyaAllah, “ katapelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu.
Pasangan sama cantik sama padan
Isteri Memahami & Lemah Lembut
Raja Afiq atau nama penuhnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali berkenalan dengan isterinya menerusi Instagram. Isterinya bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia.
“Isteri seorang yang memahami, lemah lembut dan baik. Pendek kata saya menyenanginya,” katanya.
Afiq ‘Sweet’ – Isteri
Sementara itu, Soffwany berkata, Afiq, seorang yang sangat memahami kepadatan jadual kerjanya membuatkannya jatuh hati dan selesa.
“Sikap Afiq ‘sweet’, selalu mengambil berat dan tidak terlalu memberi tekanan kerana saya sentiasa sibuk dengan tugasan,” katanya.
Seterusnya usai majlis nikah mereka diraikan di sebuah dewan di Plaza Jelutong. Pasangan ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi pada 20 September depan.
Mengenai anak, mereka tidak merancang dan menerima rezeki Tuhan bila bila masa. Pasangan ini dijangka mengadakan majlis bersanding pada Januari depan sama ada di KL atau Ipoh.
Pelakon yang juga bergelar isteri dan ibu, Lisdawati, 42 kini lebih matang dalam menangani permasalahan yang mendatang. Isteri kepada Fauzi Nawawi jua akui apabila diberikan ujian oleh Allah SWT, dirinya lebih senang untuk bermuhasabah dan mencari kesilapan diri sendiri.
“Bukan dalam kehidupan rumah tangga sahaja, tetapi juga masalah dalam keluarga. Kalau ada ujian yang datang, saya lebih senang fikir apa salah yang saya dah buat. Saya juga sering mengingatkan diri saya bahawa kematian semakin dekat. Dengan cara itu, saya tak suka berdendam sebaliknya berbincang untuk menyelesaikan masalah,” katanya seperti mana di petik menerusi Sinar Plus Hiburan.
Tambahnya lagi, dalam setiap masalah dia lebih senang mengadu kepada Allah agar hatinya tenang dan tenteram.
“Macam saya kalau tidak dapat mengadu dengan seseorang yang lebih dekat, saya akan mengadu dengan Allah. Kadang-kadang bila kita mengadu kepada Allah, saya akan menangis dan perasaan itu datang secara tiba-tiba,” ungkapnya.
Menceritakan Soal Komunikasi Dalam Keluarga
Lisdawati juga menerangkan luahannya di Instagram baru-baru ini hanya menceritakan soal komunikasi dalam keluarga dan bukan berkaitan keretakan rumah tangga. Pelakon yang membintangi drama Light & Love ini juga berkongsi sebahagian daripada ilmu yang diperoleh ketika membintangi drama bersiri tersebut.
“Saya pun ada keluarga besar yang mana saya sendiri ada masalah komunikasi. Jadi, entri itu adalah nasihat untuk diri saya dan semua orang jika ada masalah apa patut buat, nak simpan, jaga hati atau perbetulkan. Jadi saya ambil langkah untuk duduk berbincang dan mendengar luahan orang lain juga. Alhamdulillah permasalahan itu dapat diselesaikan dalam tempoh kurang tiga hari.
“Dengan Abang Fauzi juga tiada masalah dan kami saling memahami. Apa jua kisah yang datang sebelum ini, saya anggap sebagai ujian yang perlu tempuhi dan menguatkan lagi hati saya untuk menghadapi ujian pada masa akan datang,” katanya.
Bersama keluarga kesayangan.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/category/hiburan/ Foto: Instagram Lisdawati Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kecoh di media sosial dengan kes penipuan dan belum sempat jumpa Boy Iman, Datuk Nassier Wahab meluahkan rasa sedih dengan apa yang berlaku dan dia akan bertemu dengan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul Iman untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian.
Bekas bintang Gegar Vaganza 2, Datuk Nassier Wahab sendiri sedih tidak menjangkakan perkara tersebut menjadi kecoh dan hanya mengetahui tentang penahanan Boy Iman daripada kakitangan DBI Technology.
“Saya masih belum berkesempatan berjumpa Datuk Boy, kerana baru pulang dari Mekah dua hari lepas dan keadaan kesihatan saya juga masih tidak mengizinkan.
“InshaAllah, bila kes ini reda saya akan bertemu dengan Datuk Boy untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian.
Ketika diminta mengulas mengenai penahanan Boy, Duta syarikat perumahan mampu milik itu menjelaskan dia dilantik sebagai duta DBI Technology, sementara penerbit filem 404 itu ditahan untuk membantu siasatan tentang syarikat lama iaitu, DBI Property.
“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga segala kekusutan dan kekecohan yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya,” ujarnya.
Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama ditahan di Ampang dan Setapak pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.
Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang, polis merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.
Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...