Wanita Hampir Di53mbelih Anak Kaki D*dah, Terpaksa Hidup Gelandangan Kerana Suami Berbini Baru

Share
Mak hampir disembelih anak kaki dadah, suami suruh lari ke mana saja kerana sudah berbini baru. Seorang ibu berusia dari utara tanah air terpaksa melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas hampir disembelih anak kandungnya yang juga penagih tegar jika tidak memberikannya wang untuk membeli najis dadah berkenaan.

Kisah pilu seorang ibu berusia dari utara tanah air yang hampir disembelih anak kandungnya akibat najis dadah didedahkan oleh individu dikenali sebagai Abbe Hae yang juga pengasas Ngo Pertubuhan Jejak Jalanan yang sering membantu mereka yang hidup di jalanan selepas menemui wanita ini hidup di gelandangan di ibu kota.

Kisah pilu ibu ibu sudah cukup membuatkan ramai yang sebak kerana di usia tuanya dirinya terpaksa hidup di jalanan demi sesuap nasi. Menurut Abbe Hae, ibu ini memaklumkan anaknya memaksa dia menyerahkan wang bantuan zakat untuk membeli dadah. Jika tidak memperolehnya dia akan dipukul hingga cedera. Malah pernah dicederakan anak sendiri. Kemuncaknya anaknya pernah meletakkan pisau untuk menyembelih si ibu jika enggan menyerahkan wang. Nauzubillah.

Lebih menyedihkan, suami yang diharapkan sebagai pelindung hanya menyuruhnya melarikan diri ke mana sahaja kerana sudah beristeri lain. Sejak itu, ibu malang ini melarikan diri ke ibu kota dan  terpaksa berteduh di kaki lima bersama gelandangan lain dan hanya menyewa bilik kecil jika ada sedikit wang.

Baca kisahnya yang sangat menyayat hati.

Ibu ini agak berusia dan datang dari utara tanah air..Kenapa dia lari dari utara secara bersendirian dan tinggal disini iaitu Kuala Lumpur. Dia sering tidur ditempat yang kalian lihat ini dan kadang kadang kalau larat dia akan balik ke bilik yang dia sewa disekitar kawasan ini.
Ramai juga gelandangan yang tidur disini dan tidur mereka sentiasa dalam kesejukan.Alhamdulillah abbe dah bawakan selimut, keperluan mandi makanan dan ubat nyamuk buat semua gelandangan disekitar sini pulak. Tidur mereka tidak lagi sejuk.
Tentang ibu ini..Menurutnya dia ada beberapa orang anak dan salah seorang anaknya adalah penagih tegar dan anaknya sering memaksanya supaya menyerahkan wang untuk dia dapatkan stok dadahnya.
Ibu ini adalah penerima bantuan dari zakat di negeri utara tanah air. Duit tu memang selalu diserahkan pada anak lelakinya agar dia tidak diapa apakan oleh anaknya.
Dia terpaksa lari ke KL disebabkan satu hari anak lelakinya itu telah meletakkan pisau dilehernya dan dia hampir dis3mb3lih. Semua duit bantuan zakat diserahkan untuk menyelamatkan dirinya. Alhamdulillah dia tidak diapa apakan selepas duit diserahkan.

Kepala ibu ini pernah cedera kerana dipukul oleh si anak yang penagih.Ibu ini ada lagi anak anak yang lain tapi tak pedulikan ibu mereka yang dah tua ini.

Suaminya? Suaminya ada dan tinggal bersama isteri yang satu lagi.Si suamilah yang meminta isterinya ini lari dari anak si penagih dan pergi kemana saja. Boleh ke gitu ????Bodoh punya laki.
Maka lari lah ibu tua ini ke KL hidup bergelandangan sehingga ada sikit duit maka dia menyewa sebuah bilik.Ibu tua ini rasa dia lebih selamat dan aman hidup seperti yang dia hidup hari ini.

Untuk menyara kehidupan selain ada.lagi bantuan zakat bulanan dia menjual kerepek dan tisu. Pada anak anak di luar sana jagalah ibu kalian sebaik baik mungkin selagi ibu kalian masih diberi nafas oleh Sang Pencipta.Kredit :- FB Abbe Hae.

Published by
Almaswa Haji Che Ros