wanita hamil puasa

“Sebenarnya boleh ke wanita hamil puasa? Baik cuba atau tak payah puasa terus?” 

Haa… itu satu persoalan normal wanita hamil setiap kali tiba bulan Ramadan. Tetapi sebaiknya tak perlu tanya pendapat orang yang tak berapa arif pasal kehamilan. Kita tahu kemampuan kita dan rujuk lah doktor kalau anda betul-betul mahu berpuasa.

Badan kita tak sama dengan orang, atau lebih mudah hadam perkongsian Dr Zubaidi ini sekejap.

Boleh Ke Wanita Hamil Puasa

Ramai juga wanita yang hamil tidak berpuasa kerana bimbangkan keselamatan bayi mereka yang masih di dalam rahim.

Nasihat saya selagi wanita yang hamil itu masih mampu berdiri dan menjalankan rutin kerja sehariannya, INSHA ALLAH, ALLAH akan menyelamatkan bayi mereka. Ibadah puasa tidak sesekali menyebabkan bayi mereka berada dalam bahaya.

Tidak dapat dinafikan apabila tidak mengambil makanan atau minuman untuk jangka masa yang agak lama ketika berpuasa menyebabkan seorang wanita yang hamil itu menjadi lebih letih.

IKLAN

Tetapi bukankah tujuan berpuasa untuk merasakan diri kita letih supaya kita lebih mensyukuri nikmat kesihatan dan limpahan rezeki yang banyak sebelum ini.

Saya sangat menggalakkan wanita yang hamil meneruskan puasa kerana bayi yang berada dalam rahim tidak pernah mengalami kekurangan nutrisi.

Mereka akan tetap mendapat nutrisi pemakanan walaupun ibu mereka berpuasa kerana nutrisi-nutrisi itu bukan dibekalkan dari makanan yang diambil tetapi dari simpanan yang banyak di dalam organ hati.

IKLAN

Apatah lagi dalam ibadah puasa hanya berlangsung kira-kira 14 jam dan kemudian kita dibenarkan makan dan minum ketika berbuka puasa.

Cuma jika wanita yang hamil itu merasakan diri mereka tidak sihat, pening, rasa seperti hendak pitam, kabur penglihatan atau mengalami tanda-tanda lain yang membimbangkan, maka berbukalah dan dapatkan pemeriksaan doctor.

Selalunya hal-hal ini berlaku apabila tubuh badan mereka sedang berusaha untuk menyesuaikan dengan rutin pemakanan yang berbeza di bulan Ramadhan.

IKLAN

“Wanita hamil dan menyusui, jika takut terhadap anak-anaknya, maka mereka berbuka dan memberi makan seorang miskin.” (HR. Abu Dawud, dishahihkan oleh Syaikh Al Bani dalam Irwa’ul Ghalil).

Dapatkan Nasihat Doktor

Wanita yang hamil dinasihatkan oleh doktor untuk tidak berpuasa, boleh meninggalkan puasanya, contohnya wanita hamil mengalami komplikasi kehamilan atau mengalami penyakit yang sedia ada sebelum hamil lagi.

Wanita yang risau tentang pergerakan anaknya dalam rahim yang sedikit juga boleh meninggalkan puasa.

Antara sebab lain ialah tidak minum air yang mencukupi. Salah satu cara untuk mengetahui bahawa seseorang itu tidak minum air secukupnya apabila air kencingnya menjadi sedikit, pekat, berbau dan berwarna keruh.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI