Ajal maut di tangan tuhan. Allahu, beratnya ujian yang terpaksa ditanggung bagi seorang ibu yang masih sedang dalam tempoh berpantang apabila kehilangan anak yang baru sahaja berusia 25 hari, disamping suami dan ibu tersayang sekelip mata. Lebih menyayat hati, kemalangan tersebut berlaku dalam perjalanan pulang selepas melakukan pemeriksaan kesihatan bayi di hospital.
Sinar Harian melaporkan tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia 25 hari maut dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Bota di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.
Mereka yang maut adalah pemandu Proton Wira, Zamzainal Ahmad Kusharay, 49; ibu mentuanya, Salmah Abdul Manap, 65, dan anaknya, Mior Muhammad Qalish Zamzainal yang berusia 25 hari.
Isteri mangsa, Nor Iashah Abd Rani, 32, dan anaknya, Mior Mohamad Harraz Zamzainal, 3, dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang di sini.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, kemalangan itu berpunca apabila kereta yang dinaiki lima sekeluarga itu terbabas sendiri di lokasi kejadian.
“Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Lumut menuju ke Ipoh.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang berada di laluan kanan dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar pengadang besi jalan sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari.
Beliau berkata, kesemua mayat dan mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ads
Kereta terbabas yang mengorbankan suami, ibu dan anak tersayang. Foto PDRM
Kenal Kereta Abang
Sementara itu menurut adik mangsa yang kebetulan melalui kawasan kejadian terkejut apabila mengenali kereta jenis Proton Wira biru itu adalah milik mangsa, Zamzainal Ahmad Kusharay, 49.
“Chor… bangun chor,” jerit Ismawati Ahmad Khusaray, 41, apabila melihat jenazah abangnya dibawa keluar oleh pasukan bomba dari kenderaan yang remuk akibat terbabas di Kilometer 47, Jalan Ipoh – Lumut di sini hari ini.
“Dari jauh saya dan suami nampak pasukan penyelamat menjalankan operasi. Terdetik dalam hati teruk kemalangan ini tetapi, apabila lihat kereta warna biru, saya tahu itu kereta abang saya.
“Kami berhenti dan luluh hati lihat sekujur tubuh yang tersepit itu abang saya. Saya tahu dia dah tiada tapi saya jerit panggil dia berulang kali,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik, Hospital Changkat Melintang d sini.
Nahas itu turut mengorbankan ibu mentua Zamzainal, Salmah Abdul Manap, 65, dan bayi lelakinya, Mior Muhammad Qalish Zamzainal yang baru berusia 25 hari.Isteri mangsa, Nor Iashah Abd Rani, 32, dan anaknya, Mior Mohamad Harraz Zamzainal, 3, dilaporkan masih menerima rawatan di hospital sama.
Ads
Mior Muhammad Qalish Zamzainal yang baru berusia 25 hari turut terkorban dalam kemalangan ini.
Balik Pemeriksaan Hospital
Ismawati berkata, walaupun jarang bertemu, abang sulungnya yang dipanggil Chor itu sangat baik terhadap 12 adiknya.
“Mereka difahamkan baru pulang dari Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan kesihatan bayi mereka sebab kakak ipar masih dalam pantang.
“Setiap kali pemeriksaan, mereka akan bawa bersama ibu mentuanya sekali. Kali ini, mereka tidak bawa dua anak mereka yang berusia lapan dan enam tahun kerana bersekolah,” katanya.
Katanya, kakak iparnya menerima rawatan di wad kecemasan reda dengan pemergian suami dan ibunya dalam kejadian itu.
“Ketika mula sedar dia mencari suaminya dan kami memaklumkan keadaan sebenar. Mulanya dia menangis tapi lama-lama dia mula reda,” katanya.
Ads
Jenazah kedua-dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pisang, Bota Kiri, pagi esok.
Jenazah Salmah dibawa keluar untuk dikebumikan di Tanjung Dedalu.
Tak Sangka Ibu Terbabit Kemalangan
Sementara itu, anak sulung kepada arwah Salmah, Rosli Abd Rani, 41, tidak menyangka ibunya turut terbabit dalam kejadian itu.
“Adik telefon beritahu mak dah tiada tetapi saya tidak percaya tapi saya tetap bergegas pulang dari Bidor.
“Saya sempat melihat adik, Nor Iashah di wad kecemasan dan dia menerima jahitan di lidah dan anaknya berusia tiga tahun akan dirujuk ke Hospital Seri Manjung kerana penyakit asma,” katanya.
Katanya, jenazah ibunya dibawa pulang ke kampung halaman dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Dedalu, Parit.
MW: Salam Takziah buat keluarga mangsa. Semoga wanita ini diberi kekuatan dan reda dalam menghadapi ujian yang ditakdirkan. Al Fatihah.
Kesan kemoterapi pertama Elyana kongsi penglihatannya semakin hari makin kabur. Ujian demi ujian datang, namun satu perkara yang buat semua orang kagum adalah semangat Elyana.
Bagi pelantun lagu Diri ku Tapak Sulaiman ini dirinya terus berjuang setelah diuji kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun yang lalu.
Seperti mana pesakit kanser lain, setiap kali masuk hospital, pasti beberapa proses atau rutin perlu dilalui dan penyanyi ini turut berkongsi di akaun instagramnya.
Seperti mana yang dikongsi dua minggu lalu, Elyana dikejarkan ke hospital dan kini sedang menjalani rawatan kemoterapi.
Kesan Kemoterapi Pertama “Penglihatan Semakin Hari Makin Kabur”
Luah isteri kepada Khairul Anuar Hussin, keadaan kesihatannya selepas menjalani sesi pertama rawatan kemoterapi minggu lalu, dia mengalami rabun yang semakin teruk.
“Selepas menjalani kemoterapi pertama, badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan.
“Paling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala.
“Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening. Untuk sel kanser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama,” katanya.
Malah dalam perkongsian terbaru di Instagram Elyana turut memberitahu penglihatannya semakin kabur.
“Penglihatan semakin hari makin kabur. Baru tahu seksanya rabun.
“Masa kecil, nak sangat rabun sebab nak pakai cermin mata. Sanggup tengok TV dekat-dekat,” kongsinya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga berkongsi dia bakal jalani kemoterapi kedua dan dicadangkan doktor menggunakan satu ubat khas.
Menurutnya harga ubat tersebut agak mahal dan mencecah RM50,000 untuk satu rawatan. Tambahnya lagi, ubat itu perlu digunakan untuk lima kali rawatan.
Namun difahamkan seperti mana dilaporkan sebuah portal berita tempatan, Elyana masih berbincang dengan pihak pengeluar ubat berkenaan mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga.
“Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas,” katanya.
Hargai Diri Sendiri
Seperti mana yang pernah ditembual sebelum ini, Elyana pernah meluahkan pada Mingguan Wanita disebalik ujian sakit sebenarnya ada hikmah yang terselindung.
Bagi Elyana, antara hikmah daripada ujian penyakit kansernya ialah Allah menyedarkan dirinya agar lebih menghargai diri sendiri.
Selama ini, dia merasakan telah menjaga diri dengan baik sekali dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan tetapi sebenarnya dia tidak pernah menjaga perasaannya sendiri.
Setiap hari, dia alpa menjaga perasaan orang lain daripada menjaga perasaan sendiri. Tetapi setelah diuji sakit, Elyana lebih menjaga perasaan dan juga perasaan orang-orang tersayang.
Manakala, hikmah keduanya pula menjadikan dia lebih kuat dan mendidik dirinya menjadi insan yang lebih bersabar. Elyana lebih selesa mengambil pendekatan take it easy dan insyallah Allah sentiasa ada membantu memudahkan kehidupannya kini.
Bagi anda yang ingin membantu ringankan beban belanja perubatan Elyana bolehlah hulurkan sumbangan seikhlas hati anda. Semoga Allah murahkan rezeki mereka yang sudi menyumbang.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Elyana
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Farah Nabilah Saipuddin, 28 atau lebih mesra dengan pangilan Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor pagi semalam.
Pelakon yang popular dengan drama lakonannya seperti Titian Cinta, Papa Ricky dan Halalkan Hati Yang Ku Curi telah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29, pada 20 Disember 2019.
Menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya, Farah memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi wajah dan nama putera sulungnya itu buat sementara waktu.
“Syukur Alhamdulillah Fawaa (Farah) telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi (semalam), 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442.
“Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya,” kongsinya.
Semoga Allah Merahmati Kita Semua
Pelakon ini juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga selama ini.
“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” luahnya.
Begitu berseri ketika mengandung.Tahniah buat pasangan ini.
Tahniah MW ucapkan buat Farah Nabilah dan suami. Selamat menjalani tempoh berpantang.
Siapa yang tak sebak lihat barisan hadapan yang berdepan secara direct pesakit Covid-19. Hinggakan ada yang terpaksa memakai baju PPE yang dibuat dari plastik sampah. Begitu sekali pengorbanan Frontliner ini demi kesihatan dan kesejahteraan negara.
Mereka tidak minta lebih, mereka cuma mengharapkan agar anda DUDUK DI RUMAH. Dan biar mereka yang keluar bekerja. Namun, ada yang masih berdegil tidak menghiraukan arahan pihak kerajaan ini.
Semakin hari, kes Covid-19 semakin bertambah. Kerana perkumpulan orang ramai, tidak jaga jarak itulah punca tersebarnya. Usahlah buat barisan hadapan ini kepenatan mental dan fizikal.
Sebak membaca catatan, Dr Redza Zainol ini. Hari ini, sudah 14 kes kematian akibat Covid-19. Jika anda masih tidak bertindak mengikut arahan, tentunya semakin sukar untuk barisan hadapan.
Sanggup Menipu Semasa Ujian Saringan Covid-19
Kita sedang ketinggalan.
Sehingga ke hari ni, makin banyak hospital yang melaporkan wujud pesakit yang positif Covid-19 di wad masing-masing.
Puncanya ialah pesakit dan waris tak jujur ketika memberi sejarah perjalanan dan sejarah kontak rapat pesakit.
Sampaikan sanggup mengaku ujian saringan Covid-19 dia negatif. Bila kami periksa dengan pihak berwajib, rupanya nama dia tak pernah disaring. Ujian saringan tak pernah dibuat.
Gila!
Waktu begini, bukan masa untuk bermain-main dengan kami. Kami staf kesihatan juga ada keluarga masing-masing.
Namun, kami tetap rawat, kami tetap beri perkhidmatan sebaik mungkin. Kami berikrar untuk beri rawatan tanpa prejudis.
Usahakan Sendiri Baju PPE Dari Plastik Sampah
Kita sedang ketinggalan.
Kes makin meningkat, namun peralatan PPE tak mencukupi.
Pelindung muka, penutup kepala sampaikan ke topeng muka, tak cukup. Tak cukup kawan-kawan.
Namun, kami usahakan untuk buat sendiri peralatan yang tak cukup ni. Dalam group watsapp, kami sama-sama berkongsi video macam mana nak buat pelindung muka (face shield).
Ada kawan yang usahakan untuk cari baju PPE.
Ada yang tawar diri untuk cari bahan untuk buat alat-alat ni.
Kami tak nak dikuarantin. Kami nak bekerja. Dengan pastikan diri kami selamat, barulah kami boleh keluar untuk merawat anda dan anak anda.
Pagi ni, kami berkongsi video bagaimana nak guna plastik sampah sebagai ganti untuk pakaian PPE.
Kami tak malu.
Kalau plastik sampah yang perlu kami pakai sebagai baju, seluar dan penutup kepala, kami akan pakai.
Putuskan Rantaian Jangkitan Covid-19
Kita sedang ketinggalan.
Fasiliti KKM sedang bersedia untuk gelombang Covid-19 yang seterusnya. Di Johor, Hospital Kluang akan dijadikan sebagai hospital Covid-19.
Pesakit sedia ada (yang bukan Covid-19) di Hospital Kluang akan dipindahkan ke hospital berdekatan. Hospital Permai, JB pula akan terus menerima pesakit kategori PUI (person under investigation).
Namun, kemampuan KKM ada batasnya. Sungguh kawan-kawan.
Negara Australia, Itali, UK yang jauh lagi maju pun bergelut dengan peralatan yang tak cukup. Buka mata dan baca tulisan doktor dan ahli kesihatan dari sana.
Yang mampu ubah keadaan sekarang ialah kita semua.
Awak, awak, awak dan awak.
Putuskan rantaian jangkitan Covid-19. Satu orang yang dijangkiti Covid-19 berupaya pindahkan virus ni pada 3 orang. 3 orang tadi boleh pindahkan pada 9 orang lain dan gandaan itu terus meningkat hingga nombornya tak masuk akal.
Rendahkan “epidemical curve”. Itu apa yang pakar-pakar katakan di TV dan di media sosial.
Anda tak faham tak apa. Tapi sokonglah perintah kerajaan #StayAtHome.
Jauhkan diri 1 meter dari orang lain, cuci tangan dengan air dan sabun.
Dan tolong jangan sebarkan berita palsu. Runtuh semangat kami.
Seperti kata Perdana Menteri, just stay at home.
Bantu saya sharekan.
MW : Terkini, KKM memaklumkan berjaya memperoleh stok belakan PPE sebanyak 33 juta unit untuk menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan. Dan akan diedarkan dalam minggu ini.
Dan dari semasa ke semasa, menerima sumbangan bekalan PPE dari pelbagai pihak. Sejumlah 3 juta unit PPE sedang diagihkan ke fasiliti-fasiliti kesihatan mengikut keperluan.
MW mendoakan petugas-petugas Barisan Hadapan ini dilindungiNya sentiasa.
Pelakon Amyza Aznan berkongsi kisah anaknya yang menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Walaupun diuji hebat, Amyza kekal kuat dan bersyukur melihat anaknya masih tersenyum serta tidak pernah merungut.