Dua wanita di wilayah Sulawesi Barat tular selepas menikahi lelaki lain tanpa pengetahuan suami masing-masing, memetik laporan akhbar Tribunnews. Kedua-dua wanita tersebut merupakan warga Kota Mamuju di Sulbar dan mempunyai status sudah berkahwin.
Biasanya kebanyakan suami menikahi wanita lain tanpa izin isteri, namun perkara sebaliknya berlaku dalam kejadian tersebut.
Kedua-dua wanita terbabit ditahan polis dan siasatan telah dilakukan.
Dua wanita ditahan dan disiasat polis selepas menikah lagi tanpa pengetahuan suami masing-masing. – TRIBUNNEWS
“Pasangan suami isteri dilarang berselingkuh atau berkahwin dengan orang lain tanpa izin,” kata pegawai polis, H Muhtar.
Ads
“Jika hal tersebut terjadi dan pasangannya membuat laporan di balai polis, maka pelaku boleh dihukum atas kesalahan zina.
“Saya minta warga Mamuju dapat memahami hukum perkahwinan dan agama agar tidak terjadi lagi seorang isteri menikah yang lain tanpa izin suami,” kata Muhtar. – AGENSI
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Selamat jalan abang, lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih sayang”- Siti Aisyah. Mulut abang tak pernah lekang dengan ucapan terima kasih. Terima kasih abang itu selalu buat sayang rasa dihargai.”
Demikian luahan isteri kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa di Facebook miliknya.
Pada masa sama, Siti Aisyah Mohd Roslan, 34, turut menzahirkan rasa syukur susulan urusan pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini pada Rabu berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah semua dah selamat, semua dipermudahkan, selamat jalan abang. Sayang doakan rumah baru abang luas, terang dan lapang.
Berikut coretan penuh isi hati Siti Aisyah Mohd Roslan buat arwah suaminya, Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi dilaman Facebooknya.
Alhamdulillah semua dah selamat, semua dipermudahkan… Selamat jalan abang..
Sayang doakan rumah baru abang luas, terang dan lapang…
Abang, hari ni hari jadi sayang. Setiap kali bulan April, sayang mesti suka. Sebab abang lahir 3 April 1989
Anniversary ibu dan ayah abang 3 April 1988 Ibu abang lahir 5 April 1965 Anniversary kita 15 April 2016 Affan lahir 21 April 2022 Sayang lahir 25 April 1992
Lepas ni, bertambah 1 tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang… 23 April 2024 hari pemergian abang untuk selama lamanya…
Affan yang paling manja dengan abg. Tiap kali abang balik keje, Affan yang selalu laju peluk abang depan pintu rumah.
Lepas ni sayang dah tak dengar abang akan cakap
“Terima kasih sayang hantar anak sekolah” “Terima kasih sayang masak sedap-sedap” “Terima kasih sayang jaga anak-anak” “Terima kasih sayang bawa anak-anak pergi hospital”
Mulut abang tak pernah lekang dengan ucapan “terima kasih”. “Terima kasih” abang tu selalu buat sayang rasa dihargai.
Sekarang sayang pula nak ucapkan “terima kasih” kat abang..
“Terima kasih abang jaga sayang dan anak-anak” “Terima kasih abang jadi suami yang baik” “Terima kasih abang jadi abi yang baik buat anak-anak” “Terima kasih abang jadi menantu yang baik buat mama dan ayah”
Pergilah abang. Sayang dah reda. Sayang kuat abang. Abang jangan risau. Sebab abang pernah cakap, abang tahu sayang mampu jaga anak-anak abang. Anak-anak tu lah harta yang abang tinggalkan untuk sayang. Sayang dan anak-anak sentiasa mengingati dan merindui abang.
Al-Fatihah suamiku..
Selamat jalan suamiku…
Sayang dan anak-anak sayang abang selamanya.
Dalam satu hantaran yang berasingan, Siti Aisyah juga turut bercerita tentang hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang diberi oleh arwah suaminya.
Berikutan coretan penuh yang dipetik dari laman Facebook Siti Aisyah:
Abang tahu sayang tak suka bunga.. tapi sayang hepi dapat bunga ni masa anniversary kita beberapa hari lepas… sayang cakap berserilah rumah kita ada bunga.. tapi abang.. seri tu hanya seketika.. hanya beberapa hari.. rumah kita dah hilang seri.. abang dah tak ada. Abang dah tak balik… dan bunga pink sebelah tu abang kasi masa sayang konvo udlu.. sayang simpan apa saja yang abang kasi…
TLDM pada Selasa mengesahkan 10 anggotanya meninggal dunia dalam kejadian jam 9.32 pagi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.
Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan berkata, mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita merupakan anggota dari Pangkalan TLDM Lumut dan Kota Kinabalu.
Menurutnya, semasa kejadian, semua kru terlibat sedang mengikuti sesi latihan sempena perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun ‘selamat’ bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya. Pertunangan itu atas persetujuan bersama kedua-dua buah pihak keluarga. Menerusi perkongsian satu video di Jakarta, Indonesia, tular rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di media sosial.
Majlis bertunang itu turut menerima pelbagai reaksi warga maya malah ada yang terkejut memandangkan dia masih budak.
“Ada yang berasa pelik, namun ia adalah perkara biasa di Madura,” kata seorang pengguna media sosial.
Pemilik akaun @asiyah juga cuba berseloroh apabila menyatakan ada ibu bapa yang sudah menjodohkan anak mereka sejak masih dalam kandungan.
Klip tersebut yang dikongsi di TikTok jelas menunjukkan kanak-kanak itu yang memakai persalinan berwarna hijau hanya mendiamkan diri dan bersalaman dengan para tetamu ketika peristiwa unik di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur.
Dia turut diberikan sebentuk cincin dan gelang emas.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Intan Ladyana selamat bersalin anak lelaki. Intan melahirkan bayi keduanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat. Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu selamat dilahirkan secara normal sekitar pukul 12.45 tengah hari.
Pelakon dan pengacara Harris Alif berkongsi berita gembira apabila isterinya, Intan Ladyana telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.