“Walaupun masih tidak diberikan rezeki anak” itulah antara luahan pelakon Siti Elizad ketika ditemubual di Forum Berbahagi Suami sempena drama Berbahagi Suami.
Elizad juga memberitahu dirinya sudah reda sepenuhnya jika tidak dikurniakan rezeki anak sebagaimana diimpikannya sejak 10 tahun lalu.
Untuk pengetahuan sebelum ini, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pertama pada Februari 2020 dan kemudian dia disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama. Dua tahun lalu, Elizad sekali lagi memaklumkan dia kembali menjalani rawatan IVF kali kedua. Pada Mac 2022 sebagai usaha berterusan untuk mendapatkan cahaya mata. Namun, dia keguguran juga.
“Walaupun Masih Tidak Diberikan Rezeki Anak”
Meskipun tidak diberikan lagi rezeki anak, namun Elizad bersyukur dek kerana perkahwinan yang dibina bersama suami tercinta Shamsul Baharin Rahman sangat tenang.
“Allah itu maha adil. Dia sudah menyusunkan takdir kita sebaiknya. Walaupun saya masih tidak diberikan rezeki anak, tetapi Allah bagi saya hubungan rumah tangga yang tenang.
“Saya dapat tengok, Allah dah bagi semua. Salah satu di antaranya, sepanjang 10 tahun perjalanan saya dengan suami (dalam rumah tangga), cerita yang betul adalah saya tak pernah dimarahi oleh suami.
“Malah, kami tidak pernah bergaduh besar. Tapi, bila saya berjumpa dengan kawan-kawan ada yang meluahkan mereka bergaduh dengan suami, tak bercakap dengan anak. Saya pula tak ada pengalaman itu,” kongsi Elizad.
Ads
Reda Jika Suami Mahu Kahwin Lain Sebab Zuriat
Elizad juga mengakui sememangnya tiada wanita di dunia ini yang mahu hidup bermadu, namun akur dengan ketidaksempurnaan diri Elizad reda jika suaminya mahu berkahwin lain atas alasan zuriat.
“10 tahun berkahwin saya sedar saya tak sempurna. Walaupun sukar namun saya tak mampu menolak keputusan tersebut kerana rezeki untuk dapat anak belum tiba waktunya. Saya ada berbincang dengan suami jika tiada zuriat saya izinkan,” luah Elizad.
Sudah Siapkan Bilik Untuk Anak-Anak Sejak Awal Kahwin
Akur dengan takdir Ilahi, Elizad dan suami telah menyediakan bilik untuk anak-anak dengan kelengkapan katil bertingkat, namun semuanya sudah diberikan kepada kawan-kawan.
“Sebenarnya, saya sudah lama menyiapkan bilik untuk anak-anak di rumah dengan kelengkapan katil bertingkat sebab fikir akan ada anak ramai nanti, sepanjang 10 tahun ini.
“Namun, hingga kini impian saya memiliki anak sendiri belum dimakbulkan oleh Allah dan saya buat keputusan memberikan katil itu kepada kawan-kawan. Saya tidak mahu berterusan rasa sedih,” sambungnya lagi.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Aidiladha ini pastinya paling meriah buat keluarga pelakon dan selebriti Fizz Fairuz.
Niatnya mahu memiliki tujuh cahaya mata, pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 41, akan menumbangkan tujuh lembu untuk ibadat korban sempena Aidiladha, tahun ini.
Sembelih 7 Lembu
Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin berkata, tujuh lembu itu adalah simbolik pada niatnya dan berharap Allah akan mengurniakan hasratnya di sebalik pengorbanan dilakukan.
“Untuk Aidiladha kali ini saya tidak balik ke kampung kerana ibu berada di Kuala Lumpur. Kami sekeluarga akan menyembelih tujuh lembu.
“Alhamdulillah, paling meriah tahun ini. Kami korbankan tujuh lembu kerana saya mahukan tujuh cahaya mata, itulah nazar saya.
“Ibu saya mempunyai sembilan anak, tetapi saya mahukan tujuh. Insya-Allah,” katanya
Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan, termasuk seorang anak angkat.
Pengorbanan Isteri Beri Makna Besar
Menyingkap erti pengorbanan dalam kehidupan sehariannya, Fizz menyifatkan pengorbanan isterinya, Almy antara yang memberi makna besar dalam hidupnya.
“Pengorbanan seorang ibu buat anak-anak. Apa yang saya maksudkan adalah pengorbanan Almy pada anak.
“Dia sanggup melakukan apa sahaja demi menuntut tanggungjawab sebagai ibu.
“Jujurnya, saya terharu melihat apa yang dikorbankan Almy selama ini. Kalau duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana Almy berkorban setiap hari.
“Banyak pengorbanan yang dilakukan,” katanya yang ditemui pada majlis tayangan media filem Sue-On, malam kelmarin.
Pelitup muka dipakai bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19 dan mempunyai spesifikasi tertentu barulah ia benar-benar berkesan dalam melindungi diri daripada virus ini. Walaupun kini, pelbagai rekaan ada di pasaran, namun material yang digunakan pula pastinya yang bersesuaian dengan tujuan pemakaian pelitup muka ini.
Pelitup Muka Emas
Mungkin atas status sosial bagi menggambarkan status dan kekayaan yang dimiliki, seorang Ahli Perniagaan di Benggal, India telah menempah dan menggayakan pelitup muka emas daripada pereka barang kemas Chandan Das.
Das difahamkan menyiapkan pelitup muka emas seberat 108 gram itu dalam masa 15 hari.Harga pelitup muka berkenaan mencecah Rs 5.7 Lakh atau bersamaan RM236,000.
Semasa perayaan ‘Durga Puja’ di Kolkata, ahli perniagaan itu memakai pelitup muka tersebut terbarunya tetapi terpaksa menanggalkannya kerana menerima pelbagai reaksi orang ramai.
Foto pelitup muka tersebut kemudian tular di Twitter dikongsikan wartawan Rituparna Chatterjee.
Pada tahun 2020, pelitup muka emas milik seorang hartawan, Shankar Kurhade dari Pune menjadi tular. Pelitup muka seberat 60 gram itu mempunyai beberapa lubang kecil yang membolehkan dia bernafas.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Mungkin sebab dah terlampau kaya, pelitup muka pun nak diperbuat daripada emas. Pelitup muka sekadar bergaya, namun tidak berfungsi untuk melindungi diri daripada virus covid-19.
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Rangup, Masam Manis Selalu Buat Jualan! Jika selalu buah mangga yang banyak, kita makan begitu sahaja atau dibuat jeruk, rupanya boleh dibuat aiskrim juga. Memang sedap masam manis malah yang paling penting, buah mangga yang dijeruk tersebut tetap kekal rangup tak lembik.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Syidah Saiful ini, resipi Aiskrim Jeruk Mangga yang selalu dibuat jual.
AISKRIM JERUK PAUH@MANGGA
Selalu buat untuk jualan tapi lama dah tak buat sebab tak berapa rajin..ghisau.
Bahan-Bahan:
Mangga
Air
Garam
Gula
Cara Membuat:
1.Potong buah & rendam air garam semalaman (untuk buang getah & merangupkan).
2.Angkat ,bilas & toskan hingga tak ada air yang menitik.(Ni part penting tau, kalau tak lembik isinya nanti.
3. Masak air gula, kasi manis sikit ya. 1 bekas air yang saya buat tu 3kg gula @ 12 liter air. Sebab nanti bila proses menjeruk tindakbalas dari rasa masam & air dalam buah akan buat air jeruk payauuu kalau kedekut gula.Jadi tak ada rasa masam manis tu.
4. Bila air gula dah masak, biarkan BETUL-BETUL sejuk. Nak cepat, anginkan dengan kipas. Kalau masukkan masa tengah suam,jeruk akan lemau & lembik nanti. Taruk dalam bekas bertutup, peram 2 hari jadilah jeruk buah mangga.
5. Angkat mangga sahaja, letak dalam bekas@ besen dan isikan dalam plastik. Masukkan air jeruk, pintal dan bekukan.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...