Kadang-kadang cari ruang untuk diri sendiri.

Sehari, dua ni hati saya panas tahap mendidih apabila grup makcik bawang saya dok bercerita pasal seorang lelaki sudah berkahwin dan beranak pinak, mengaku bujang. Rasa menyirap sampai muka merah padam bila kenangkan sang isteri yang baru sahaja habis berpantang melahirkan anak ketiga. Sudah bertahun-tahun kahwin, pastilah rasa curiga tu kurang. Oleh itu mulai sekarang walaupun dah kahwin 15 tahun dan anak berderet, please berhati-hati dengan tindak tanduk suami.

Kasihan, itu perkara pertama yang terkeluar dari mulut seorang wanita. Sebab apabila perkara ini berlaku pada insan-insan sekeliling kita pasti cuba meletakkan diri kita dalam kasut mereka. Kadang-kadang kita terlebih beremosi apabila melibatkan soal hati dan perasaan ini. Sebab kita kenangkan nasib sang anak dan isterinya. Yang ditipu hidup-hidup tanpa belas kasihan. So sekali lagi beware dengan tindak-tanduk suami anda walaupun anak berderet.

Saya sendiri sentiasa berdoa agar perkara ini dijauhkan daripada keluarga saya. Mintak simpang. Memanglah kadang-kadang Tuhan nak menguji hambanya, namun sebagai hambanya saya berdoa agar segalanya dijauhkan. Benda tak elok lebih baik kita hindarkan.

Saya doakan sang suami geng makcik bawang dikurniakan akal fikiran yang waras dapat menimbang keputusannya untuk berkahwin dua dan paling penting hentikan penipuannya agar tiada hati terluka. Ingatlah awak tu dah berbelas tahun kahwin, anak pun berderet. Jika hatinya sudah tiada lagi pada sang isteri, berterus teranglah. Janganlah menipu, sakit pula hati kita.

Biar pun ramai yang emosi apabila kami mula membicarakan perkara ini dalam grup, ada juga segelintir kawan-kawan yang lebih matang mula memberi nasihat. Antara tip yang dapat dikongsi apabila suami anda buat perangai adalah…

Jangan Terlampau Ikut Hati

IKLAN

Biar pun anda kecewa dengan sikap suami, cuba ambil masa bertenang. Jangan sesekali tinggalkan suami tanpa meminta penjelasannya terlebih dahulu. Biar pun ianya menyakitkan, lebih baik anda berbincang. Fikirkan anak-anak sebelum anda lakukan sesuatu keputusan yang drastik.

Jangan Buat Tak Tahu

Sesetengah wanita di luar sana selesa untuk buat tak nampak apa yang mereka lakukan di luar. Tahu suaminya curang tetapi biarkan. Perkara ini lama-lama akan rosakkan hubungan rumah tangga anda. Mungkin anda berharap suami akan berubah dengan sendirinya, suami pula mungkin anggap anda tidak kisah dia curang di luar. Oleh itu dia akan ulangi kesilapan yang sama.

IKLAN

Jangan Kalut

Tenangkan diri, walaupun part ini emmang susah nak buat apabila sang suami kantoi. Cuba juga ambil masa dan bertenang. Jangan terburu-buru buat keputusan. Percayalah jalan penyelesaian lebih mudah dicari apabila anda tenang dan emosi anda stabil.

Kongsi Dengan BFF

IKLAN

Kadang-kadang anda stres apabila anda memendam perasaan, oleh itu dapatkan BFF anda, luahkan perasaan agar anda dapat meminta pendapat daripada orang kedua. Jika anda selesa dengan iu bapa, kongsikan masalah anda dengan mereka. Dapatkan pandangan mereka sebagai orang yang lebih berpengalaman.

Allah Segalanya

Akhir sekali, jangan lupa pada sang pencipta. Sentiasa berdoa padanya agar Allah sentiasa pegang hatinya untuk kita dan anak-anak. Mohon juga petunjuk dari-Nya bagi menyelesaikan masalah anda dan si dia.

*** Tip yang turut dikongsi oleh kenalan saya, setiap kali selepas solat jangan lupa baca surah al-fatihah dan doakan agar allah pelihara hubungan kita dan suami seterusnya Allah tetapkan hati suami pada kita dan anak-anak. Wallahuallam.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI