Jangan sampai adik beradik ada sekelumit pun perasaan kecintaan pada harta dunia, berebut harta pusaka kerana semua itu takkan membawa ke jalan bahagia.
Bila kau orang adik beradik mula bergaduh kerana harta pusaka, maka tiada lagi kemanisan memori indah waktu kecil, dibesarkan mak ayah dengan penuh kasih sayang. Yang tinggal cumalah, hasad dengki dan saling tidak berpuas hati.
Pesan Firdaus Shakirin untuk adik-beradik ini terutama tentang HARTA PUSAKA perlu kita perhalusi baik-baik. Agar mak ayah terus tenang hatinya, walau pun mereka sudah ada di alam lain kelak.
Pesat Kat Adik Beradik..
Bila dah besar, dah ada keje, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri… beli rumah, beli tanah, beli aset.
Bagi ada harta dengan nama sendiri.
Ads
Jangan direbutnya tanah sekangkang kera di kampung tu nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.
Tak guna…
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan pikir, jangan berharap… jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah.
Jangan…
Ads
Usaha Sendiri Kumpul Harta, Jangan Buat Mak Ayah Macam Bola
Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut. Walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti… tup tup bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat “hak” kita.
Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?
Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita… yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka.
Ini tak, kita buat mereka seperti bola… sekejap pass sana, sekejap pass sini.
Ads
Kita sebagai anak yang perlu bagi “sesuatu” kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka.
Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan… tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama “harta pusaka”.
Time sakit tak nak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.
MW : Sayunya bila ada adik beradik yang hanyut dalam perebutan harta dunia ini. Cepat-cepatlah istighfar dalam hati, sebut sebanyak-banyaknya dalam sehari. Moga Allah pelihara hati agar cinta itu tak lagi bersifat duniawi.
Haid datang lambat selepas vaksin Covid-19, jangan risau! perkara itu normal jika tempoh datang haid itu kurang lapan hari mengikut kajian yang dijalankan ini.
Setiap orang menerima impak berbeza setelah mendapat vaksin Covid-19, ada yang demam, malah ada yang sakit-sakit badan dan manakala ada segelintir wanita yang lewat datang bulan.
Haid Datang Lambat Selepas Vaksin Covid-19
Wanita yang divaksinasi terhadap Covid-19 menyaksikan sedikit kelewatan dalam haid iaitu hampir sehari berbanding mereka yang tidak mendapat pelalian, demikian menurut satu kajian dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Kajian yang dilakukan terhadap hampir 4,000 individu dan disiarkan dalam jurnal Obstetrics & Gynecology itu bagaimanapun menyatakan, tempoh datang bulan pada wanita tidak terjejas.
Jangan Risau!
Pengarang utama kajian itu, Alison Edelman memberitahu agensi berita AFP bahawa kesan yang berlaku adalah kecil dan bersifat sementara, namun mengesahkan pengalaman sedemikian oleh sebilangan wanita sebelum ini.
Kajian itu juga membantu menangani maklumat salah mengenai topik tersebut oleh golongan antivaksin yang berleluasa di media sosial.
Perkara Itu Normal
Peningkatan dalam jarak kitaran haid itu adalah tidak signifikan. Ia berikutan sebarang perubahan kurang daripada lapan hari adalah diklasifikasikan sebagai normal oleh Persekutuan Ginekologi dan Obstetrik Antarabangsa.
Kitaran haid biasanya adalah sekitar 28 hari, bagaimanapun tempoh sebenar adalah berbeza dalam kalangan wanita dan juga sepanjang hayat seseorang wanita. Kitaran haid juga berubah sekiranya seseorang wanita berada dalam keadaan tertekan.
Dalam kajian mereka, pasukan penyelidik berkenaan menganalisis data responden yang tidak didedahkan identiti mereka menggunakan aplikasi kesuburan dalam kalanganwanita berusia antara 18 hingga 45 tahun.
Sekitar 2,400 responden sudah menerima vaksinasi, manakala 1,500 yang lain tidak mendapat pelalian. – AFP
Mingguan Wanita : Bagi mereka yang telah menerima vaksin Covid-19, jangan bimbang setiap orang mendapat kesan berbeza-beza. Haid datang lambat dalam tempoh sehari ke lapan hari adalah normal ya!
Bagi sesetengah orang, tanam pokok pudina bukan mudah. Ada yang perlu berkali-kali mencuba sampailah akhirnya subur menghijau. Cara tanam pokok pudina yang diajar oleh Ahmad Fadhirul Fitriini mudah saja.
Kaedah ‘Wicking System’ digunakan untuk merealisasikan impian menanam pokok pudina. Cara ini juga sesuai digunakan pada pokok-pokok lain seperti kesum, cili malah sawi.
Alatan Menanam
Step By Step
Masukkan tali mop pada bahagian dasar pasu.
Masukkan cocopeat(sabut kelapa) dalam pasu
Masukkan anak benih
Bancuh baja AB bersama air dan masukkan ke dalam baldi.
Buat lubang overflow pada baldi (untuk lebihan air keluar)
Masukkan pasu ke dalam baldi.Pastikan tali mop mencecah air
Siap!
Nota: Sebaik air kering, masukkan air baru bersama bancuhan baja AB. Baja AB boleh dibeli di nurseri atau secara online.
7 Manfaat Daun Pudina Untuk Masakan
Daun pudina ini baunya segar macam ubat gigi. Kalau letak dalam air minuman teh O atau soda ais lemon tu memang semerbak enak baunya. Jangan tak tahu banyak rupanya manfaat pudina ini. Bila kita dah berjaya tanam pudina, kita kenalah kerap mencubit-cubit hujungnya supaya pokok pudina kita jadi lebih segar bugar. Perkongsian 7 manfaat pudina dari blog Izhani Ithninini mudah untuk suri cuba.
1. Gunakan untuk mewangikan air gula anda. Masak air gula + daun pudina yang dipetik kasar.
2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun pudina dan gaul di dalam garam untuk khasiat yang lebih baik.
3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber’angin’ pada minuman. Tip: Sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais. Ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan.
4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa pudina. Kurangkan gula dalam masakan atau minuman.
5. Campurkan hirisan halus pudina yang dikisar dengan mentega/butter; boleh digunakan untuk menumis masakan goreng, agar lebih garing dan wangi.
6. Untuk dressing salad; kuah salad. Caranya: hirisan pudina + jus lemon + cuka + renjisan minyak zaitun.
7. Taburkan hirisan halus daun pudina pada nasi yang panas sebelum dihidangkan.
Sumber/Foto: FB Ahmad Fadhirul Fitri, yangizhaniithnin.blogspot.my via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lumrah bergelar anak seni, pastinya tidak dapat lari dari gosip dan kontroversi. Malah penyanyi Ayu Damit juga akui tidak kisah apa yang orang di luar mahu memperkatakan tentang dirinya asalkan tidak melampaui batas.
Baru-baru ini heboh dirinya menjadi mangsa tuduhan, apabila ada yang mendakwa dia memakai susuk untuk kelihatan cantik.
Berita tersebut merupakan satu fitnah buat dirinya, namun pemenang tempat ketiga program Gegar Vaganza musim ketujuh ini, tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Ayu Damit Tidak Mahu Ambil Serius
Penyanyi yang berasal dari Sabah ini juga akui tidak melihat ia sebagai suatu yang harus diberikan perhatian serius.
“Banyak lagi benda yang saya nak fikir dan berikan perhatian berbanding nak memperbesarkan hal yang saya sendiri tahu tidak benar.
“Tuduhan yang mengatakan saya pakai susuk penyeri wajah agak kelakar bagi saya kerana kalau dia tahu orang yang pakai susuk tak boleh makan sate, sedangkan saya merupakan peniaga sate sejak bertahun lalu,” ungkap Ayu.
Malah para peminatnya juga ada meminta dia menyaman individu yang menfitnah dirinya.
“Ada pihak termasuk peminat yang minta saya saman saja individu berkenaan sebagai pengajaran, tapi bagi saya, tak perlulah nak mengambil serius hal seperti ini.
“Takkan semua benda pun nak saman. Saya tak kisah apa yang mereka nak cakap asalkan ia tidak melampaui batas dan menjejaskan kehidupan saya,” ujar Ayu.
Selain bergelar penyanyi, wanita yang begitu rajin ini juga pemilik Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa.
Ayu juga menambah dia masih aktif dalam mengusahakan aktiviti pertanian.
“Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, memang tiada aktiviti seni yang berlangsung, termasuk tawaran menjayakan persembahan seperti kebiasaannya.
“Bagaimanapun saya beryukur kerana mempunyai pendapatan menerusi perniagaan hasil pertanian yang diusahakan bersama suami, selain restoran yang masih beroperasi.
“Alhamdulillah semuanya masih dalam kawalan dan setakat ini saya tidak perlu mengeluarkan wang simpanan walaupun ada ketika turut berdepan dengan keperitan untuk belanja pengurusan terutamanya membawa sewa, gaji pekerja dan sebagainya,” ungkap Ayu yang kini tampil dengan single baharu berjudul Permata.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.