
WAJIK Pulut Merelip Sukatan Cawan, Sedap Pekat Likat Manis Berlemak!Wajik antara makanan tradisional yang sering dibuat oleh orang dulu-dulu. Selalu dijumpai waktu jemputan kahwin dan majlis kenduri kendara. Cantik merelip dan memang sedap rasanya pekat likat dan manis berlemak.
Rupanya mudah je nak buat wajik ni. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Zailah Ismail ini sebagai panduan;
Tok laki suka sangat makan ni. Aritu pergi jemputan ada wajik ni. Amik sepotong, sedap. Nak amik lagi, segan. Arini gigih sis buat, harap-harap menjadi. Tok laki suka, kata sedap. Beranilah dia cakap tak sedap.
Resepi Wajik guna cawan
Bahan-Bahan:
4 cawan pulut
5 cawan santan..*saya guna santan kotak je. Malas ni gi kedai beli kelapa biji.
4 cawan gula merah (masak dengan 1 cawan air dan tapiskan)
1 cawan gula pasir (Ikut masing-masing yea..nak manis ke idok)
Cara Membuat:
1. Rendam pulut selama 3 hingga 4 jam. Kemudian kukus 25 hingga 30 minit dan ketepikn dulu.
2. Masak gula merah, tapiskan dan sediakan kuali besar sedikit, supaya senang nak mengacau.
3. Selepas itu, letak gula merah tadi, masukkann gula pasir, santan dan sedikit garam.Saya suka lebihkan santan sikit biar lemak-lemak sikit. Kacau sampai mendidih dan likat.
4. Kemudian masukkan pulut tadi, kacau sampai sampai pulut serata dan pekat.
Siap. Selamat Mencuba!
Mesti Baca:TAPAI PULUT Sedap Manis Berair Elok Menjadi, Jemur Dulu Ragi!
Baca Lagi Di Sini:Ini Caranya Masak Pulut Kuning Berkilat, Tahan Lama Tak Mudah Basi!
Mingguan Wanita:Mudah je nak buat wajik rupanya, resipi guna sukatan cawan. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Puas hati makan, sedap manis berlemak.
Sumber: Zailah Ismail
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri PATI ‘Strawberry Lemonade’ Sedap, Tinggal Tambah Soda & Ais!

Sungguh menyegarkan bila dapat minum air yang masam dan manis seperti ‘Strawberi Lemonade’ ni. Minum pula waktu cuaca panas, nyaman sungguh tekak ni. Ada buah lemon dan strawberi, mak-mak boleh buat sendiri pati ‘Strawberi Lemonade’ yang mudah ini di rumah, tinggal tambah soda dan kiub ais je!
Bahan-Bahan:
Buah Lemon
Strawberi
1 1/4 cawan Gula
Air Soda
Ais Secukupnya
Artikel Menarik:Cara SIMPAN Strawberi Tahan Lama Sehingga DUA MINGGU, Balut Tisu Tebal!
Cara Membuat:
1. Cuci buah strawberi sehingga bersih.
2. Gosok kulit lemon dengan garam dan cuci bersih.
3. Hiris buah lemon dan buah strawberi, masukkan dalam bekas.
4. Kemudian, masukkan pula gula dan kacau rata.
5. Masukkan ke dalam balang dan biarkan seketika.
6. Setelah itu, ambil dua sudu besar pati tersebut dan masukkan ke dalam bekas.
7. Masukkan kiub ais dan masukkan air soda.
Siap!
Info Ekstra!
- Pati ini boleh bertahan sehingga seminggu.
- Selain gula, boleh juga gantikan dengan madu.
Selamat Mencuba!
@little_ingredient Strawberry lemonade 🍓 #calmvideo #easycooking #drinkrecipe #lemonade #pinklemonade #calmcooking #homecook #relaxcooking #cambodiatiktok #khmercooking #khmertiktok #homecookingshow #EasyRecipes #enjoycooking #homemadefood ♬ Impressive piano solo like a Korean drama(1036310) – PIANO FLAVA
Mesti Baca:Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!
Baca Lagi Di Sini:Strawberry Peanut Butter Sandwich, Menu Paling Laris Masa Potluck Sekolah Anak!
Lagi Di Sini: Tanam Pokok Strawberi Di Rumah, Guna Benih ‘Local’ Supaya Senang Tumbuh!
Mingguan Wanita: Menariknya dan sangat sedap serta menyegarkan! Boleh cuba buat sendiri pati ‘Strawberi Lemonade’ ini di rumah nanti!
Sumber: TikTok Little_ingredient
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Betul ke isteri bekerja sebab bimbang bebankna suami?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Oren Bukan Sekadar Buat Jus, Macam-Macam Boleh Dimasak

Buah oren yang masam manis punya peminat tersendiri dan warnanya juga cantik dan menyerlah. Selain dimakan mentah atau dijadikan jus, terdapat pelbagai juadah yang boleh menggunakan buah oren sebagai bahan utama.
Buah ini yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia juga mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan untuk mencecah penyakit.
Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Zat yang terkandung
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, potasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Selalunya ia dimakan begitu saja atau dibuat jus. Tapi sebenarnya macam-macam boleh dimasak mengunakan oren. Jom cuba!
KASTARD OREN
BAHAN-BAHAN:
120gm gula pasir
250gm susu pekat
500gm susu sejat
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
1/2 biji hirisan halus kulit oren
1/2 sudu teh garam
Sedikit mentega
HIASAN:
Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
- Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
- Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan.
- Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk. Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
SUP OREN
BAHAN-BAHAN:
125gm dal merah halus yang telah direbus
1 biji parutan kulit oren
1 biji perahan jus oren
1 batang lobak merah |potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
400ml air
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar.
- Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
- Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Lagi resipi di sini:
Roti Goreng Berinti Super Sedap, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Roti Nak Tamat Tempoh, Boleh Buat Roti Kering, Sedap Cecah Kopi O!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
SCONE OREN DAN MARMALADE OREN
BAHAN-BAHAN ORANGE MARMALADE:
10 biji oren | ambil jus
2 biji lemon | ambil jusnya
2.5kg gula pasir
2.5ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat orange marmalade; Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan.
- Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seranya tadi sehingga selesai.
- Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem. Simpan di tempat yang sejuk dan redup. Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehnigga tutup botol jem dibuka.
BAHAN UNTUK SCONE OREN:
500gm tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan + 1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 teh garam
125gm mentega
125gm kismis
1 biji parutan kulit oren
125gm susu segar penuh krim
1 biji telur gred B
2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
1 biji telur
1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat scone; Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi.
- Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
- Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm.
- Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone.
- Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
- Enak dimakan bersama Scone oren.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Begini Resepi Campak-campak Nasi Daging Kurma, Senang Masak Sekali Harung

Resepi nasi daging kurma ini sesuai betul untuk mak-mak yang terkejar waktu. Boleh siapkan semua bahan masakan sekali harung. Kalau superdaddy Khairul Abdullah ini boleh buat dengan senang hati, mak-mak lagilah mampu kan.
Kata Khairul lagi, mudah sebab campak-campak je bahan, tekan suis dan tunggu nasi masak. Dalam nasi siap sudah berperisa dan berlauk.
“Kau tahu lah kan, memasak jenis sekali harung atau “one pot meal” ni memang kegemaran aku. Selagi boleh semua nak sumbat sekali dan tekan butang on. Siap.
Anak-anak pula jenis suka makan nasi berperisa ni. Maka hari ni aku buat Nasi Daging Kurma. Senang baqhang, campak-campak dan tekan suis sahaja.
Nah macam biasa, resipi Nasi Daging Kurmahu Cintamu Mekar di Hatiku ala Superdaddy Khairul Abdullah, yang korang kata tengah angau tu.”
Resepi Nasi Daging Kurma
Bahan-bahan yang perlu ada:
2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan.
250gm daging atau ayam. (Daging bahagian lembut yer. Kalau keras sila rebus dahulu)
4 sudu rempah kurma, cap apa pun takpe.
3 ulas bawang putih diketuk.
1 biji bawang besar dipotong boleh didadu pun boleh.
1 tangkai daun kari (optional) aku suka benda alah ni.
1 helai daun pandan (optional) dicarik dan disimpul.
1 biji tomato (optional) dibelah 8.
1 tangkai daun sup (optional).
1 sudu rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga).
2 sudu minyak sapi atau ganti butter atu marjerin.
1 sudu minyak masak.
1 cawan santan atau susu atau, kalau taknak ganti air .
1-2 cawan air (ikut jenis beras yang korang gunalah).
*Bahan yang optional tu kalau takde pun takpe yer, jangan susah hati. Rileks sudah.
Cara nak buat dia:
1. Perap daging atau ayam dengan 1 sudu rempah kurma dan sedikit garam dalam setengah jam.
2. Panaskan minyak dan butter/minyak sapi dan tumiskan rempah 4 sekawan sekali dengan bawang putih, bawang besar, daun kari dan daun pandan sampai naik bau.
3. Perlahankan api dan masukkan 3 sudu rempah kurma yang telah dibancuh engan sedikit air. Kacau sampai naik bau dan masukkan daging atau ayam tadi. Kacau lagi dengan penuh kasih sayang. Kalau nak transfer ke periuk elektrik maka transfer sekarang.
4. Lepas tu masukkan susu/santan jika ada atau jika mahu. Kalau tak suka berlemak sangat tak payah masukkan. Terus masukkan air dan biar mendidih.
5. Masukkan beras, kacau rata dan masukkan tomato dan juga daun sup jika ada. Tekan suis on kalau dah memang buat dalam periuk letrik. Atau jika belum boleh transfer semuanya ke dalam periuk letrik dan tekan on. Atau boleh biar masak dalam periuk biasa tu jer.
Siap dahh.
Tips:
√ Nasi macam ni guna ayam lebih best dari daging, sebab ayam akan sentiasa moist dan flavourful. Daging pula dia akan dry dan kurang flavour sikit. So kalau guna daging nak kena buat air asam untuk cicah dia, barulah boleh pergi jauh.
√ Daging pula kalau kena yang keras maka jenuhlah nak mengunyah. Jadi sebaiknya rebus dulu biar empuk dan guna air rebusan tadi ganti air biasa untuk masak nasi.
√ Bagi yang ada pressure cooker bolehlah guna.
√ Bagi yang tidak memiliki pressure cooker,
Milikilah aku.
#superdaddy
#ResepiSuperDaddy
Sumber/Foto : Khairul Abdullah
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI