Comelnya puteri sulung Uqasha Senrose dan Kamal Adli, Hawra Uqaira. Baru-baru ini, telah berlangsung majlis kesyukuran dan akikah puteri sulung pasangan selebriti ini yang dihadiri kaum keluarga dan pendakwah selebriti, Ustaz Wadi Annuar.
Majlis berkenaan turut menyaksikan buat pertama kalinya wajah si kecil tersebut didedahkan kepada para tetamu.
Perkongsian Uqasha, atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut memuat naik beberapa keping foro memperlihatkan wajah puteri sulungnya itu. Hantaran tersebut memperlihatkan pelakon berkulit putih berkenaan sedang memangku anak kesayangannya.
Harapan Uqasha
Isteri kesayangan Kamal Adli itu turut meluahkan rasa syukur kerana majlis akikah anaknya berjalan dengan lancar dan menyatakan harapan agar si kecil itu membesar dengan baik dan menjadi anak solehah.
“Alhamdulilah syukur Ya ALLAH terima kasih banyak-banyak Ustaz Wadi Annuar sudi tahnikkan puteri Qasha. Semoga menjadi anak yang solehah anakku,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terutamanya peminat teruja dan memuji kecomelan anak Uqasha yang mirip seperti wajah ibunya yang jelita. Ujar mereka:
Ads
“Masya ALLAH comelnya Uqaira.”
“Comelnya.”
“Comel macam ibu dia, bulu mata tu lentik.”
Ads
“Masya-ALLAH tabarakallah comelnya Uqaira. Moga menjadi anak soleh. eii geramnya tengok dia tengah tidur tu.”
Untuk rekod, Uqasha melahirkan Uqaira seberat 2.72 kilogram pada 27 April 2024 di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Pelakon berusia 32 tahun itu bernikah pada 5 November 2021 itu sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.
Penyanyi dan pelakon Ani Mayuni berkongsi kisah sedih tentang anak sepupunya yang berusia empat tahun positif Covid-19.
Seperti yang diketahui, wabak pandemik Covid-19 sedang menular dan virus itu juga tidak mengenal mangsa. Kecil, tua, muda, dewasa dan kanak-kanak terutama bawah umur mereka mudah dijangkiti virus ini.
Ani Mayuni Harap Adik Sepupu Kuat Menghadapi Ujian
Menurut Ani lagi, setelah disahkan positif, anak sepupunya itu dijemput dengan ambulan dari rumah untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun disebabkan anak sepupunya itu masih kecil, ibunya terpaksa mengiringinya ke hospital.
“Budak empat tahun, ambulan datang rumah nak bawa anak kecil yang tak tahu apa-apa pergi hospital. Nak berpisah dengan mak dan bapa, mestilah menangis.
“Pengorbanan seorang ibu. Adik sepupu saya berkorban naik ambulan itu demi anak.
“Kalau saya di tempat dia pun, saya juga akan buat perkara yang sama,” luahnya.
Disyaki Dijangkiti Dari Salah Seorang Attendant Dalam Bilik OTD
Menerusi perkongsiannya di Facebook semalam, pelantun lagu Sedap itu berkata, kanak-kanak itu disyaki mendapat jangkitan tersebut daripada doktor yang merawatnya.
“Anak sepupu saya yang baru berusia empat tahun, positif Covid-19. Harap adik sepupu saya kuat menghadapi ujian ni.
“Nak tau tak macam mana dia boleh dapat benda ni? Pada asalnya anak buah saya kena bisul. Mak dia bawa pergi hospital untuk pembedahan.
“Selesai pembedahan itu, entah macam mana selang beberapa hari dapat tahu doktor yang buat pembedahan anak buah saya itu positif Covid-19,” kongsinya.
Namun sebentar tadi, Ani memuat naik entri terbaru dan menerangkan di mana jangkitan tersebut sebenarnya disyaki dari salah seorang attendant yang berada dalam bilik OTD dan bukannya daripada doktor yang merawat.
“Assalamualaikum pertama sekali ani nak ucapkan terima kasih pada semua rakyat malaysia yg mendoakan anak kecil (anak adik sepupu ani)…ada sedikit pembetulan disini…anak buah ani terjangkiti covid 19 ni bukan dr doktor rupanya dr salah seorg attendant yg berada dlm OTD….ani baru dpt update ni….maaf skali lagi terima kasih pada rakan wartawan juga yg begitu peka dgn keadaan sekeliling…stay safe occeyy,” coretnya.
Doa Kembali Kuat & Sembuh
Dalam pada itu, Ani juga memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan anak sepeupunya itu kuat dan kembali sembuh seperti biasa.
Pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman yang kini mempunyai sakit jantung telah dikunjungi pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew. Memberi pesanan kepada Ustaz Ebit, andai pergi dahulu, dia mohon sampaikan mohon maaf pada semua.
Ustaz Ebit yang umum mengetahui keikhlasan dan kemurahan hati membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan yang memerlukan pelbagai bantuan sanggup terbang ke Kelantan untuk bertemu dengan Bob Lokman dan menghulurkan bantuan.
Andai Pergi Bob Lokman Nak Minta Maaf, Sayang Semua Orang
Menerusi perkongsian di laman Facebook Ustaz Ebit terus menaiki pesawat untuk bertemu dengan Bob Lokman selepas mendengar kesulitan dan perlukan perbelanjaan untuk pembedahan jantung.
“Ustaz, tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah.
“Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Pasir Mas Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu Isabella.
Bob Lokman menangis ketika kunjungan Ustaz Ebit ke rumahnya.
InsyaAllah Panjang Umur Selamat Semuanya – Ustaz Ebit
“Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari. Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya.
“Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi.
“Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang Bob Lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat,” tulis Ebit Lew.
Sebelum ini seperti mana dipetik menerusi portal Harian Metro, Bob Loman memberitahu tentang keadaan kesihatannya terkini.
“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.
“Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV,” kongsinya.
Difahamkan Bob Lokman mengalami masalah jantung sejak tahun 1998. Namun baru-baru ini dia pitam dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Selepas dirawat doktor memaklumkan jantungnya semakin membengkak dan banyak parut. Ia membuatkan kadar denyutannya tak stabil.
Satu cara adalah untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung. Namun, kos untuk pemasangan alatan itu dan juga kos rawatan mencecah RM60,000 sekali gus memaksa Bob dan keluarga memohon bantuan.
Mohon Jika Ada Yang Sudi Menderma
“Selama ini, kos untuk ubat-ubatan saya setiap bulan mencecah RM700 sebulan. Itu tak menjadi masalah kerana saya masih lagi mampu untuk menanggung kos itu. Cuma apabila dimaklumkan kos rawatan dan pemasangan alat IACD ini mencecah RM60,000, saya akui memang tak mampu. Jadi, saya mohon kalau ada yang sudi membantu untuk menderma.
“Terima kasih juga kepada pihak Muslim Care Malaysia yang sudi membantu. Alhamdulillah, ada juga rakan-rakan penderma yang sebelum ini pernah menderma untuk surau dan sekolah tahfiz yang saya bantu, kini membantu saya pula,” katanya yang menjalani ujian darah dan perlu melaksanan rawatan pemasangan IACD dalam masa sebulan.
Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.
MW: Semoga Bob Lokman diberi kesembuhan segera. Amin.
Sumber/Sumber Foto: Facebook Ebit Lew
Sumber: Harian Metro
Oktovia Berhijab Berkat Doa Iwan “Asbab Usaha Niat Ikhlas Doa Seorang Bapa Soleh”. Pelakon cantik yang sudah setahun berhijab berterima kasih atas usaha berterusan bapanya yang ingin melihat dia berubah menjadi lebih baik.
Oktovia Manrose mendedahkan penghijrahannya adalah berkat doa dan istiqamah bapanya yang juga penyanyi dangdut era 1990-an, Iwan Syahman.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, pemilik nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, meluahkan rasa syukur.
“Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masya-ALLAH dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah.
“Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang ALLAH beri sekarang. ALLAH bagi rasa dan bagi faham. Masya-ALLAH sangat luar biasa.
“Hari berlalu, makin kuat rasa cinta kepada ALLAH SWT dan Rasullullah SAW, makin saya faham apa tujuan hidup.
“Dunia adalah ujian semata-mata untuk kita mengumpulkan saham di akhirat. Yang pasti kehidupan selepas dunia adalah lebih dasyat. Umur di dunia sangatlah singkat berbanding beratus ribu tahun di akhirat lamanya, nauzubillahminzalik.
Dunia ni bukan kehidupan abadi
“Tersangatlah rugi kalau mensia-sia diri dengan kemungkaran. Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian. Itulah hakikat yang sebenarnya.
“Sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH dan percaya bahawa Dia akan terima setiap doa umat-Nya yang benar-benar ikhlas. Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat reda ALLAH.
“Bukan saja daripada banyaknya ibadah kita lakukan seharian, tapi daripada istiqamah dalam melakukan kewajipan pada ALLAH SWT. Alhamdulillah ALLAH dengan sifat Ar- Rahman Ar- Rahim dan Al- ghofur, bagi peluang.
”Satu persatu perubahan dalam diri. Masya-ALLAH saya bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai ayahanda Iwan Syahman,” katanya wanita berusia 31 tahun itu lagi.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...