Sepatutnya hari ini menjadi hari yang menggembirakan buat keluarga Annuar Yusof — anak sulung kesayangan, Akmal Wafi berjanji mahu pulang ke Kulim bersama adik perempuannya. Tapi janji itu hanya tinggal kenangan.
Annuar Yusof, 55, menahan sebak ketika menceritakan detik terakhir bersama anaknya, Konstabel Akmal Wafi, 27, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang maut dalam kemalangan tragis membabitkan trak pasukan dan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.
Nahas itu meragut nyawa sembilan anggota termasuk Wafi — anak sulung daripada lima beradik yang sering menjadi tempat bergantung keluarga.
“Tiga hari lepas Wafi buat panggilan video. Dia ceria seperti biasa. Kami sekeluarga termasuk adik perempuannya, Nor Wardina, 26, berborak panjang. Katanya nak balik kampung… nak tumpang kereta adik dia dari Shah Alam, singgah di Ipoh. Tapi hari ni… kami terima jasadnya, bukan senyumannya.”
Peramah & Habiskan Masa Bersama Keluarga
Annuar mengimbas kenangan dua minggu lalu, kali terakhir dia bersua muka dengan anaknya yang peramah dan suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan lama setiap kali bercuti. Tiada langsung petanda Wafi akan pergi buat selama-lamanya.
“Waktu saya dapat tahu pasal kemalangan, saya tengah sarapan dengan kawan. Tengok gambar dan video yang tular… tak sangka anak sendiri ada di dalam tu.”
Ads
Hatinya mula gelisah bila panggilan telefon kepada Wafi tidak dijawab. Gerak hati seorang ayah mula meronta, sehinggalah panggilan ke tempat kerja anaknya mengesahkan berita paling menyakitkan itu.
“Selalu dia kongsi video dan cerita pasal kerja dengan kami… kali ni dia senyap terus.”
Proses bedah siasat yang bermula pukul 2.30 petang itu melibatkan tiga doktor pakar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Jenazah anggota beragama Islam disembahyangkan di Surau Ar-Rahman sebelum dibawa ke Markas FRU Unit 5, Sungai Senam, Ipoh bagi istiadat penghormatan terakhir.
Lapan daripada sembilan mangsa dikebumikan di Perak dan seorang di Lunas, Kedah.
Ads
Allahyarham Sarjan Mohd. Roslan Abd. Rahim, 46, dikebumikan di Meru, Ipoh manakala Koperal Mohd. Pozli Jaudin, 41, di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau.
Jenazah Koperal Amiruddin Zabri, 38, dikebumikan di Kampung Sungai Itek, Gopeng; Koperal Mohamad Hilmi Mohd. Azlan, 38, di Masjid Simpang, Taiping dan Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, di Kampung Parit Teluk Piai, Kuala Kurau.
Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33, dikebumikan di Tanah Perkubutan Islam Kampung Kepayang, Ipoh
Ads
Jenazah Konstabel Akmal Wafi Annuar, dibawa menaiki van jenazah berasingan dan bertolak pada jam 10 malam dari Jabatan Forensik hospital itu.
Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Surau Ar-Rahman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk disembahyangkan dan akan dibawa ke Markas Unit 5 FRU Sungai Senam untuk acara penghormatan terakhir. Jenazah Konstabel Akmal Wafi Annuar akan dikebumikan di Lunas, Kedah.
Al Fatihah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Telur Mata Cili Padi Menyentap lauk ringkas sahaja tapi boleh membuatkan makan nasi bertambah tau! Ditambah pula sewaktu berbuka makan dengan nasi panas, fuhh memang sedap sampai menjilat jari.
Keenakan menu ini ditambah dengan proses penyediaan yang mudah kerja mak-mak jadi senang. Balik saja kerja letak beg dah boleh terus masuk dapur, asalkan air tangan mak-mak walau ringkas tapi berebut anak-anak makan.
Telur Mata Cili Padi Menyentap
Mari cuba memasak Telur Mata Cili Padi menggunakan resipi yang Mak Empal Masak Apa Hari Ini? kongsikan.
Bahan-Bahan :
5 biji telur
10 biji cili padi
5 biji cili merah
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
Daun limau
1 biji tomato
Cara Memasak :
1.Telur digoreng terlebih dahulu.
Kisar kasar cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
Selepas cili garing masukkan serai yang telah diketuk bersama daun limau.
Biarkan sambal menjadi garing kemudian letakkan telur mata ke dalam kuali gaulkan. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
Hidangkan di atas pinggan bersama tomato yang telah dihiris. Sedia untuk dimaju buat keluarga tersayang.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina memasuki hari ketiga hari ini dengan tumpuan khusus terhadap sebuah diari yang didakwa milik remaja berusia 17 tahun itu.
Menurut peguam bela keluarga, Shahlan Jufri, seorang saksi dari Jabatan Kimia dijangka dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dokumen peribadi berkenaan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.
Selain itu, dua pegawai perubatan turut berkemungkinan tampil memberi keterangan, antaranya seorang doktor yang menerima serta merawat Zara di Unit Rawatan Rapi, dan seorang lagi pakar neurologi yang terlibat dalam kes ini.
Prosiding inkues yang dijadualkan berlangsung selama 17 hari ini dijangka terus membuka ruang kepada pelbagai persoalan. Pada Khamis ini, pemeriksaan tempat kejadian juga bakal dilakukan di Papar, lokasi di mana Zara ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu. Prosiding yang dijadualkan berlangsung selama 17 hari itu sudah memasuki hari ketiga hari ini.
Ancaman Terhadap Saksi
Terdahulu, Dr Jessie Hiu, Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), dilepaskan sementara selepas memberikan keterangan selama dua hari. Beliau yang berkhidmat di HQE sejak 1998, menerima ugutan daripada orang awam berikutan hasil penemuan bedah siasat dan pemeriksaan tempat kejadian.
Seorang pesara berusia 61 tahun dari Semporna ditahan pihak berkuasa kerana didakwa membuat ugutan terhadap Dr Hiu melalui media sosial. Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mempertimbangkan langkah menyediakan perlindungan kepada saksi sepanjang prosiding.
Pentas Marhaban peringkat akhir bakal menyaksikan empat kumpulan bersaing merebut hadiah bernilai RM50,000. Empat kumpulan yang bakal berentap merebut gelaran juara adalah kumpulan Qalbun Hadi, Al-Maqari’, Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq.
Pentas Marhaban Saksi Persaingan Empat Kumpulan Bersaing
Menurut juri tetap, Ustazah Asni Mansor, setiap kumpulan berjaya mempamerkan keunikan dan keaslian Marhaban mengikut format yang telah ditetapkan oleh penganjur. Malah, pada peringkat akhir Sabtu ini, para juri mencari kumpulan yang mampu menyampaikan persembahan paling menyentuh hati.
“Jika anda tanya apa yang para juri cari di pusingan akhir nanti, jawapannya hanyalah ketenangan.
“Penyampaian mereka bersangkutan dengan kisah Rasulullah, maka kita cari persembahan yang mampu menjentik dan menyentuh hati.
“Pesan saya kepada peserta, berlatihlah dengan bijak. Jangan terlalu kuat berlatih hingga hilang suara dan penyampaian tidak terkawal,” katanya ketika ditemui pihak media sejurus selepas separuh akhir Pentas Marhaban sabtu lalu.
Menurut Penerbit Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed memaklumkan pihak produksi masih memikirkan tugasan yang lebih bersesuaian disebabkan penambahan kumpulan pada peringkat akhir ini.
“Asalnya kita ada pusingan ‘battle’ tetapi memandangkan hanya ada satu kumpulan wanita, pihak produksi akan memikirkan tugasan yang lebih sesuai.
“Mungkin setiap kumpulan bakal mempersembahkan dua tugasan.
Tambahnya lagi, nilai hadiah juga bakal ditambah bagi dua kategori saguhati.
“Hadiah untuk juara ialah RM50,000 manakala tempat kedua pula bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000.
“Pemenang ketiga dan keempat bakal menerima hadiah saguhati bernilai RM5,000 bagi setiap kumpulan,” katanya.
Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu turut diadili Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus dan seorang juri jemputan.
Pemarkahan diberikan bedasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.
Pentas akhir Pentas Marhaban bakal disiarkan secara langsung di TV AlHijrah, Sabtu ini jam 9 malam.
Program itu dihoskan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.