Video Pak Mat Western parodi versi Tamil dipuji, ramai mengalir air mata isteri didera mentua dan suami. Idea luar biasa dari kebiasaan. Jika sebelum ini produk kambing perap Pak Mat Western sering menampilkan pelakon-pelakon terkenal tanahair khususnya pasangan suami isteri tetapi kali ini mereka menampilkan pelakon wajah “awam” untuk mempromosikan kambing perap mereka.
Namun apa yang menariknya, ia dibuat dalam versi Tamil di mana mengisahkan seorang isteri didera emosi dan fizikalnya oleh suami dan mentua. Sinonim mentua kepochi dan suami yang hanya mengikut cakap emaknya (drama-drama Melayu juga cliché tentang hal sama).
Video Pak Mat Western Parodi Versi Tamil Dipuji
Tak sah tanpa tumbuk dan tendang berbunyi, nampaknya video yang sudah ditonton lebih sejuta orang ini juga memasukkan elemen Tamil yang sangat disukai ramai.
Lebih menarik, dalam mempromosikan kambing perap keluaran mereka, kesemua pelakon terdiri dari orang Melayu dan bukan berbangsa India. Paling best kesemuanya berjaya menghafal skrip Tamil dengan sangat lancar dan sebutan juga betul.
Ramai Mengalir Air Mata Isteri Didera Mentua & Suami
Lakonan isteri didera mentua dan suami nampak real hingga ramai menjuraikan air mata tetapi part paling best tentunya bila hero datang iaitu abang kepada isteri didera. Berdasarkan komen orang ramai, mereka benar-benar bersedih dan masa yang sama tak mampu menahan ketawa melihat pelakon dalam video ini.
Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah
Ads
Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rasa tidak sedap hati itu rupanya petanda, mangsa nahas UPSI hilang 15 rakan termasuk sahabat karib. Rasa gelisah yang menyelubungi hati Nurul Athirah Zakaria sebelum menaiki bas dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim rupa-rupanya menjadi bayangan kepada satu tragedi besar.
Rasa Tidak Sedap Hati Itu Rupanya Petanda, Mangsa Nahas UPSI Hilang 15 Rakan Termasuk Sahabat Karib
Mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu tidak menyangka perasaan tersebut menjadi petunjuk bahawa dia bakal kehilangan 15 rakan, termasuk sahabat karibnya, Nurly Shahirah Azman.
Menurut Nurul Athirah, 23 tahun, dia sempat memaklumkan rasa tidak sedap hati itu kepada ibunya, Rosmawati Muda, 57, sewaktu bersalaman sebelum menaiki bas. Namun, ibunya menasihatinya agar tidak terlalu memikirkan perkara yang buruk.
“Tidak sangka malam itu merupakan detik yang paling memilukan dalam hidup saya, apabila saya kehilangan sahabat baik saya, Nurly Shahirah. Kami sudah bersahabat sejak Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Imtiaz Besut. Kami sangat rapat dan sama-sama merupakan hafizah al-Quran,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Padang Landak, Terengganu.
Kemalangan Tragis Di Jalan Raya Timur-Barat
Kemalangan yang berlaku pada malam Isnin lalu di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, meragut nyawa 15 penuntut UPSI apabila bas sewa khas yang membawa mereka terbalik selepas memintas sebuah Perodua Alza. Bas itu dalam perjalanan pulang ke kampus utama di Tanjung Malim. Insiden ngeri itu turut mencederakan 33 individu lain, termasuk pemandu serta kelindan bas dan empat orang dari kenderaan Alza berkenaan.
Saat Akhir Bersama Sahabat
Menceritakan kembali saat-saat terakhir bersama arwah, Nurul Athirah berkata dia sepatutnya duduk bersama Nurly Shahirah di sebelah kiri bas. Namun, tempat duduk itu sudah diisi oleh rakan mereka yang lain, menyebabkan dia duduk di sebelah kanan, sebaris dengan tempat duduk sahabatnya.
“Saya masih ingat, sebelum kemalangan berlaku, saya nampak arwah tidak tidur. Tetapi selepas itu saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku, saya tercampak keluar dan terus pengsan,” katanya.
Nurul Athirah hanya sedar sekitar jam 3 pagi dan ketika itu dia dibantu oleh sepasang suami isteri yang kebetulan melalui kawasan kejadian. Mereka membantunya menghubungi ibunya.
“Saat itu, saya cuma fikir, kalau saya meninggal, biarlah saya sempat bercakap dengan ibu buat kali terakhir,” katanya sebak.
Kecederaan Dan Pemulihan
Akibat kejadian itu, Nurul Athirah mengalami kecederaan pada paru-paru, kaki dan belakang kepala. Kini, dia masih dalam tempoh berehat di rumah dan akan kembali ke kampus selepas pulih sepenuhnya.
Melahirkan di dunia, berpantang di syurga, ibu muda lahirkan anak ke 11 meninggal dunia. Besar pengorbanan seorang ibu yang mengandung kerana tidak tahu risiko apa yang menanti sepanjang kehamilan. Bahkan islam mengangkat darjat dan kemuliaan wanita hingga dijanjikan pahala syahid akhirat jika meninggal ketika mengandung dan melahirkan anak.
“Syuhada’ (orang-orang mati syahid) yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh: mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.” (HR. Malik (16/558), Abu Dawud (20/3105), An-Nasai (21/1847), juga Ibnu Majah (24/2909)
Berkata Syu’aib Al Arnauth Hadis ini adalah sahih.
Kematian seorang ibu muda, Nur Zaihan Abdul Halim yang meninggal ketika melahirkan anak ke 11nya sangat dicemburui. Diberitakan allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berjuang melahirkan anak bongsunya.
Innalilahiwainilaihirojiun. Arwah Nur Zaihan meningal selepas melahirkan anak ke 11Anak-anak yang ditinggalkan ibu dan moga Allah memelihara mereka
Dirinya disahkan meninggal dunia selepas melahirkan bayi kecilnya. Difahamkan, bayinya dapat diselamatkan walau dilahirkan awal sedikit iaitu 32 minggu dan kini di tempatkan di NICU, HUKM.
Dari nukilan dikongsikan adiknya, dirinya berkongsi rasa sedih dialami.
Beranak di dunia , Berpantang di Syurga Ditidurkan di dunia, Dibangunkan di Syurga.
Masih terkilan. Masih tak percaya pemergiannya. Hilang tempat mengadu. Hilang seorang kakak. Hilang tempat bergaduh. Hilang penyeri kami semua.Dari kecil sampai kini susah senang bersama. Aku rindu mu Yong. Terngiang-ngiang lagi suaramu. Allahuuu. Dalam kenangan. Doakan arwah Nur Zaihan dimasukan ke dalam syurga bersama-sama orang yang beriman. Semoga suami dan anak yang lain tabah dengan segala dugaan.
‘Walaupun sedih, kami reda & tak berdendam dengan pemandu.’ Bayi meninggal dilanggar bas. Keluarga ini sedar bahawa kejadian yang berlaku adalah takdir dan mereka tidak berdendam dengan sesiapa.
Memanglah sedih dengan apa yang terjadi, namun sebagai hamba-Nya apa lagi yang dapat dilakukan selain reda dengan takdir yang ditentukan.
Walaupun Sedih
Ibu kanak-kanak perempuan yang maut dilanggar bas sekolah di Taman Anggerik, Sepang, reda dengan pemergian anak ketujuhnya itu serta tidak mahu mengambil sebarang tindakan ke atas pemandu berkenaan.
Menurut Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, keluarganya sudah lama menggunakan perkhidmatan pemandu bas berkenaan untuk menghantar anaknya berulang-alik dari sekolah.
Katanya, walaupun sedih dengan kejadian berkenaan, namun dia memahami kejadian itu tidak disengajakan oleh pemandu bas berkenaan.
Kami Reda
“Saya belum lagi bertemu dengan pemandu bas berkenaan, sebab dia masih lagi trauma dengan apa yang terjadi. Tapi dia sudah menghubungi saya dan minta maaf atas apa yang berlaku dan saya maafkan.
“Saya pun tidak boleh salahkan pemandu bas, ketika keterangan yang diberikan kepada polis pun saya beritahu supaya pemandu ini tidak diapa-apakan. Tiada dendam pun saya simpan untuk pemandu bas ini, dia pun sudah lama menjadi pemandu bas iaitu kira-kira 25 tahun.
“Saya tiada masalah dengan dia (pemandu bas), begitu juga dengan suami, kita terpaksa reda dan tidak boleh berdendam,” katanya.
Semalam kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya ke sekolah.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa keluar rumah dan mengekori kakaknya yang sedang menaiki bas untuk ke sekolah.
Sementara itu, saksi kejadian yang juga kakak ketiga kepada mangsa, Nurul Aishah Mohamad Kassim, 13, dia berada di tangga bas untuk memberikan duit poket kepada adik kelimanya yang ketika itu sudah berada di dalam kenderaan.
Bayi Meninggal
“Lepas saya bagi duit pada adik, saya turun dari bas. Saya nampak bas itu bergerak dan melihat Zahida (mangsa) sudah berada di bawah bas. Saya terus menjerit dan mengambil adik yang pada ketika itu sudah terperosok. Tindakan itu diambil kerana saya takut Zahida akan digilis kali kedua dengan tayar belakang bas berkenaan.
“Nenek dan jiran yang mendengar jeritan saya kemudiannya keluar dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum jiran menolong kami menghantar Zahida ke klinik berdekatan,” katanya.
Tambah Nurul Aishah, selepas pemandu bas menyedari kejadian itu, dia terus meminta maaf berulang kali kepada nenek dan memaklumkan tidak menyedari Zahida berada di bahagian kiri bas terbabit.
“Selepas meminta maaf, nenek menyuruh pemandu bas itu menghantar murid lain ke sekolah sebelum terlambat. Pemandu bas sangat bertanggungjawab kerana selepas menghantar kesemua murid itu, dia datang ke rumah bertanyakan keadaan Zahida.
“Dia sekali lagi meminta maaf, kerana tidak nampak Zahida dan kejadian itu tidak disengajakan. Mak kata tidak mengapa, dia tak salahkan pakcik ataupun saya. Kami berdua tidak perasan Zahida keluar dari rumah,” katanya.
DiLanggar Bas
Mengenangkan keletah adik bongsunya itu, Nurul Aishah berkata, Zahida manja dengan semua orang dan sangat rapat dengan bapa serta neneknya.
“Saya memang rapat dengan Zahida, dia memang suka ‘mengekor’ walaupun ke mana saja saya pergi, saya juga selalu bergurau dengannya,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dibawa kepada pihak pendakwaan.
“Pemandu bas berkenaan sudah ditahan semalam dan selesai memberi keterangan kepada polis. Dia juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga ini dan diharap mereka tabah berdepan dengan ujian berat ini.
Kisah menyentuh hati seorang nenek memangku jenazah bayi meredah banjir sejauh 3km menaiki pacuan empat roda demi menyempurnakan pengebumian. Ketabahan keluarga ini mengundang sebak.