[VIDEO] Fenomena jarang berlaku, gunung berapi lumpur meletus di Tabin, Lahad Datu Sabah. Sejak semalam tular satu fenomena luar biasa di mana berlaku letusan lumpur gunung berapi atau disebut Mud Volcanoes di Tabin Wildlife Reserve setinggi 20 kaki pada jam 10 pagi tadi.
Fenomena jarang terjadi ini dirakam oleh individu yang kebetulan berada di lokasi berkenaan sebelum ia ditular di media sosial.
[VIDEO] Fenomena Jarang Berlaku
Memetik Harian Metro, kejadian ini berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu dan ia memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas meletus.
Selepas berjaya di rakam, video fenomena itu kemudian dikongsi netizen di laman Facebook masing-masing dengan kebanyakan komen menyuarakan ketakjuban mereka terhadap fenomena berkenaan.
Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena itu dengan kemungkinan berlaku gempa bumi memandangkan kejadian gegaran semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah terutama selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 2015.
Bagaimanapun, pakar geologi Sabah Prof Dr Felix Tongkul ketika dihubungi malam ini berkata, fenomena letusan gunung berapi lumpur itu adalah perkara biasa yang berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.
“Keadaan ini berulang bila tekanan terkumpul pada sesuatu masa tertentu. Kejadian volkano lumpur seperti ini (lebih aktif) kadang-kadang berlaku semasa kejadian gempa bumi,” katanya menerusi Whatsapp.
Ads
Kewujudan gunung berapi lumpur bukan sesuatu yang baharu di Sabah, malah selain di Tabin, ia juga boleh ditemui di daerah lain dengan antara yang popular di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu.
Malah, Pulau Tiga yang kini menjadi tarikan pelancongan di Sabah dikatakan terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi lumpur pada 1897 berikutan gempa bumi di Mindanao, selatan Filipina.
Untuk info, Taman Hidupan Liar Tabin ini terletak kira-kira 50km di timur laut Lahad Datu di Semenanjung Dent, Sabah. Pusat pemuliharaan seluas kira-kira 122,539 hektar ini menjadi tumpuan pengunjung dari jauh dan dekat setiap tahun.
Seperti namanya, Tabin adalah tempat untuk melihat pelbagai hidupan liar dan terkenal seperti tiga mamalia terbesar di Sabah, gajah Asia, badak sumbu Sumatera dan tembadau.
Tabin merupakan tempat perlindungan tropika untuk hidupan liar dan terletak sesuai di sebelahnya antaranya ialah ladang luas yang menjadi padang tempat memberi makanan kepada hidupan. Kemuncak kunjungan ke Tabin ialah Night Safari.
Untuk ke sana: Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu mengambil masa 55 minit. Dari Lahad Datu, boleh mengembara menerusi jalan raya selama sejam ke Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin.
Ads
Sumber : video Rafel Suzie Rachel
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ubat stemcell. Mungkin inilah salah satu cara untuk mengubati dan menguatkan tulang rapuh yang dihadapi oleh anak istimewa ini.
Berat mata memandng berat lagi bahu memikul. Dalam usia yang masih kecil, dia terpaksa melalui liku-liku kehidupan yang tidak pernah terfikir olehnya. Tiada ubat dan penawar pada penyakit yang dihadapi dan hanya mengharapkan ubat stemcell untuk menguatkan tulang rapuh.
Sebelum ini, anak istimewa ini, adik Khayla Adha Mirza, 7 tahun, pernah viral kerana penyakit yang dihadapi sejak lahir.
Dia disahkan sakit sejak lahir dan nama penyakit dikenali sebagai Osteogenesis Imperfecta type 3 atau lebih dikenali tulang rapuh.
Dia dan ahli keluarganya menetap di Permatang Pauh Pulau Pinang dengan kedua orang tuanya meneruskan kelangsungan hidup dengan meniaga makanan secara kecil kecilan.
Ditakdirkan, adik Khayla ini menghidapi penyakit tulang rapuh sejak dilahirkan. Bayangkan sepanjang usianya, tulang dibadan anak istimewa ini sudah lebih dari 50 kali patah.
Malah, adik Khayla pernah membuat pembedahan 2 tahun yang lalu tetapi gagal. Tiada ubat yang mampu menyembuhkan adik Khayla buat masa ini.
Walau bagaimanapun, salah satu cara yang boleh menguatkan tulangnya yang rapuh adalah dengan cara menyuntik sejenis ubat cecair yang diberi nama Stemcell.
Bayangkan untuk kos ubat Stemcell tersebut sangat mahal harganya. Sekurang-kurangnya, tubuh adik Khayla perlu disuntik dengan cecair stemcell 2 minggu sekali.
Manakala kos yang diperlukan untuk membayar kos ubat Stemcell tersebut berjumlah RM4800 dalam sebulan.
Dengan sumbangan, sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban keluarga adik Khayla dan merawat masalah tulang rapuh yang dialaminya.
Sumbangan boleh terus disalurkan ke nombor akaun seperti yang tertera dibawah :- 05351090018 – Khairol Niza Binti Zaffarullah Khan Hong Leong Bank
Semoga Allah merahmati mereka yang membantu adik Khayla.
Aamin!
Mingguan Wanita : Semoga adik Khayla dan keluarga terus kuat dan tabah hadapi dugaan ini.
Zaman sekarang kalau kenal jiran rumah sebelah-sebelah pun kira bertuah. Tapi kalau nak cerita pasal masalah jiran memang tak akan pernah habis. Dalam banyak-banyak hal, anda pernah tak terkena jiran macam ni…
1. Kaki ‘kepochi’
Tak salah sibuk atau bertindak sebagai ‘jaga tepi kain orang’ bila hidup zaman sekarang sebab macam-macam kes jenayah boleh berlaku. Tapi janganlah sampai sibuk nak komen lebih-lebih bab susun atur dalam rumah. Pasal orang beli barang baru… Aduhai, bengkak hati orang kalau dengar bab ini.
2. Suka ambil parking
Pernah terkena tak? Baru nak parking depan rumah, tetiba dengan slumber ada jiran letak keretanya. Sudahlah kalut nak masuk rumah, tetiba nampak situasi ini. Lagi sakit hati kalau orang yang buat tak tinggal nombor telefonnya langsung!
3. Jenis pengotor
Yang ini mungkin anda selalu kena, tambah kalau bab sampah. Sesetengah jiran suka buang sampai letak tepi tong sampah. Sudahnya binatang rabakkan plastik dan akhirnya bau semerbak. Lagi teruk kalau sampai berterabur dan jadi ‘makanan lalat’. Ini pengotor! Kalau diri sendiri pun buat, silalah berubah.
4. Kenduri tak berjemput
Selalunya orang hormat bila bab kenduri sebab esok-esok nanti kita pun nak kenduri sama. Tetapi agak-agaklah kalau buat kenduri, guna kawasan tanpa jemput kenduri. Terasa ‘menyengat’ kalau situasi ini berlaku. Tolonglah belajar tegur-mengur dan tanam sikap minta izin dalam bab ini. Ini menyusahkan orang lain kalau sampai laluan nak masuk rumah pun dipenuhi dengan dengan khemah. Sila memahami…
5. Bising
Mulut bising memang dah biasa tetapi kalau hari-hari memekak dengan pasang lagu kuat, itu dah masuk kes ‘pencemaran bunyi’. Ya, masalah ini selalu berlaku bila kenduri atau anak muda yang suka berkaraoke di rumah. Kadang kena hormatlah situasi orang lain, mungkin jiran kita ada anak kecil yang tidurnya langsung tak boleh bising. Nak selesaikan masalah ini, sila beritahu awal kepada orang sebelah rumah. Senang dia nak ‘lari’ atau bawa anak ke tempat yang lebih selesa buat sementara waktu.
6. Bela binatang tapi tak tahu jaga
Alahaaiii… ini memang serba salah. Tambah yang suka bela kucing atau kambing. Tuan yang bela binatang kena ambil tahu juga kot binatang kesayangan ada ‘membuang’ merata. Atau mungkin makan tanaman orang. Kalau berlaku, anda wajib bersihkan dan pastikan binatang anda tak buat hal.
7. Sombong tak ingat
Buat hal masing-masing tak jadi masalah tapi apa salahnya bertegur-sapa dengan jiran sendiri. Nak minta tolong pun senang. Orang dulu-dulu, kalau nak tinggal rumah siap boleh bagi kunci pada jiran sebelah suruh tengokkan rumah. Begitu indahnya sikap yang disemai. Tapi kenapa nilai positif itu mula dilupakan dan lebih memilih buat hal sendiri. Hmmm…
8. Sidai kain
Ada juga jenis main belasah sidai kain rumah orang tanpa minta kebenaran. Balik-balik dari bercuti tengok tempat sidai kain penuh dengan pakaian. Itu ok lagi, yang sakit hati kalau dapat jiran yang tak cakap sepatah pun tapi dia sidai kain penuh kat pagar rumah kita. Allah….! Belajarlah jaga sikap sikit. Kalau rosak pagar tu macam mana, nak ganti?
Mana satu masalah yang anda selalu ‘hadap’? Ingat… tidak semua orang akan suka dengan tingkah laku kita tetapi kalau hidup berjiran biar ada adabnya. Jangan sampai orang sebelah pun tak senang dengan sikap buruk kita. Jom, berubah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak (Zahirah) tengah mengandung sekarang”. Hati ibu mana yang tidak sedih bila anak yang dikandung dihina oleh orang lain.
Begitulah luahan ibu kepada Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff yang kesal dengan kenyataan pelakon Fathia Latiff yang memberikan persamaan wajah anaknya Zahirah dengan bibik atau pembantu rumah.
“Semuanya Fitnah Semata-Mata”
Ternyata luluh hati ibu Zahirah, wajah anaknya yang sedang sarat mengandung disamakan dengan pembantu rumah.
“Semua ini ujian dari Allah. Bersabarlah Zahirah dan Aiman.
“Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, buruk-burukkan anak dan menantu mama.
“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak (Zahirah) tengah mengandung sekarang. Jangan sedih okay. Mama dan ayah sentiasa ada di sisi kamu… Kami sangat sayang kakak,” katanya.
Zahirah Seorang Anak, Ibu dan Isteri Penyayang”
Ibu Zahirah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya hari ini.
“Awak (Zahirah) mempunyai kecantikan dari luar dan dalam. Seorang anak, ibu dan isteri yang penyayang. Saya sayang awak,” katanya yang memberitahu anaknya mempunyai kecantikan semula jadi dan tiada tandingan.
Untuk pengetahuan sebelum ini Fathia tampil dalam sebuah video menyamakan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.
Fathia dipercayai berkongsi perkara itu ketika membalas komen netizen yang memberitahu Zahirah lebih cantik berbanding dirinya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Malah Fathia juga turut mendakwa bibir aktres berkenaan dipercayai hasil daripada pembedahan plastik dan bukannya asli. Dia juga memberitahu bersyukur kerana tidak bersama pelakon Aiman Hakim sebaliknya bekas teman lelakinya itu berkahwin dengan Zahirah.
Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...