Usop bertunang, tak pernah mengalah banyak kali kena ‘reject’. Namun penyanyi dan pelakon yang juga pemilik nama sebenar Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24 tidak pernah mengalah dan bertekad untuk mendampingi gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim, 25.
Pasangan itu selamat bertunang semalam di Pulau Pinang. Majlis tertutup mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diadakan di sebuah dewan komuniti itu menyaksikan Usop menyerahkan lima dulang berbalas tujuh.
Turut dilakukan upacara menyarung cincin sebagai simbolik disaksikan keluarga terdekat keluarga masing masing.
Usop Bertunang, Tak Pernah Mengalah Banyak Kali Kena ‘Reject’
Seperti mana yang dikongsi, Usop yang juga Naib Juara Mentor Milenia 2017 pada awalnya mahu menyunting Fatihah yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu secepat mungkin.
“Benda baik, saya kalau boleh nak mempercepatkannya. Insya-Allah majlis nikah rancangnya awal Februari tahun depan juga akan dibuat di Pulau Pinang.
“Majlis untuk KL, belum putuskan lagi. Tapi kalau ada penaja sudi, boleh pertimbangkan.
“Dugaan bertunang, orang selalu kata kuat cabarannya. Jadi saya dan tunang kenalah kuat,” ujarnya.
Terkesima Lihat Kecantikan
Bercerita semula detik perkenalan menerusi sidang media yang diadakan secara virtual, Usop mula terserempak dengan tunangnya di sebuah rumah terbuka anjuran kawan.
“Masa itu, saya terkesima melihat kecantikan dan pesonanya. Anak mamilah pula. Masa itu saya fikir, jodoh tak salah alamat.
“Saya terus pasang strategi untuk berkenalan dengannya di Instagram. Tapi pada mulanya, dia tak layan. Banyak kali juga di’reject. Dalam hati terdetik berlagak sungguh dia. Rupa rupanya, jual mahal.
Ads
“Tapi saya pula pantang mengalah. Saya cuba dapatkan apa yang diidamkan,” katanya.
Sedar Diri Tak Ada Rupa
Usop yang sentiasa merendah diri akur dan sedar sedar dirinya tak ada rupa.
“Namun dia tak pandang rupa. Masa itu pun saya tak ada apa apa,” katanya.
Wanita ini, Sarinah Binti Nayan berkongsi kisah rakan yang menang emas lelong mahu membeli emas baru. Disertakan panduan pengiraan apabila meletak emas di ar-rahnu. Kenapa ianya, lebih berbaloi berbanding meletak atau trade in emas di kedai emas.
Tentunya sistem ar-rahnu ini patuh syariah. Yang mana, pajak gadai atau pinjaman bercagar cara Islam ini tidak mengandungi unsur riba di dalam urusan perniagaannya. Bermakna, urusan kita itu lebih berkat lagi.
Selebihnya boleh ikuti kisah yang dikongsikan Puan Sarinah di bawah ya.
Minggu lepas ada sorang kawan menang bid lelongan ar-rahnu.. dia dapat 5 barang (seperti dalam gambar). Total harga barang tu RM2,420 dan total berat semua barang tersebut adalah 14.35 gram.. semua emas 916.
Setelah dapat semua barang-barang tu kawan minta pergi teman gi kedai emas. Konon nak tanya berapa harga kalau kedai ambil.. ada 2 jenis harga yang kedai emas offer.. sebab dia ada berkenan dengan gelang trendy sekarang ni.. konon nak gi beli la.
Pertama, dia offer harga trade in iaitu 75% dari keseluruhan nilai emas. Trade in maksudnya tukar ke emas baru.
Kedua, tauke tu offer kalau dapat cash.. akan dapat lebih rendah daripada harga trade in.
Buat Pinjaman Di Ar-Rahnu Untuk Beli Emas Baru
Bincang punya bincang, saya ajak kawan tu buat ar-rahnu. Kat bawah ni simple calculation untuk dikongsi bersama kenapa saya ajak dia untuk buat ar-rahnu.
Mutu emas : 916
Berat keseluruhan barang kemas : 14.35 gram
Harga beli semasa lelong :RM2,420
Harga semasa emas d kedai emas : RM267/gram (Limbang)
Harga semasa emas : 14.35g x RM267 = RM3,831.45
Harga trade in yang tauke emas offer : RM2,873.90 (75%)
Harga kalau ambil cash : RM2,540 (yang ni tak tau macam mana tauke kira)
Jika buat ar rahnu : 14.35g x RM258.73 = RM3,712.77 (harga emas hari ini @ 06.07.20)
Upah simpan untuk 6 bulan = RM144.80 (RM24.13 je sebulan)
MW : Secara ringkasnya, ini perkongsian untuk tambah emas baru, tanpa perlu melepaskan emas yang sedia ada di tangan.
Boleh lah bayar upah simpan itu perlahan-lahan. Hati pun senang, sebab emas menang bidaan lelongan itu masih lagi jadi milik tuannya. Impian beli emas trendy pun dapat dinikmati juga.
Dan ini juga salah satu cara untuk menambah gram emas dalam tangan, tanpa perlu trade in emas.
Ilmu pertahanan diri sangat penting bagi seorang wanita. Terutamanya ketika berhadapan dengan detik cemas untuk keselamatan diri.Pelajarilah apa juga jenis ilmu pertahanan diri yang ada, muay thai, tinju, silat, taekwondo dan sebagainya sebagai ‘bekalan’ dalam diri.
Silap besarlah apabila cubaan seorang perompak untuk menyamun wanita yang juga merupakan seorang peninju antarabangsa, tidak kesampaian.
Ternyata tindakan perompak ini yang cuba menyamun mangsanya mengundang padah apabila dia dibelasah teruk dalam satu kejadian di Jacarepagua, Rio De Janeiro baru-baru ini.
Senjata Pistol Palsu
Suspek lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu menggunakan senjata pistol palsu yang diperbuat kadbod ketika cuba merompak Polyana Viana, 26. Mangsa pada ketika itu sedang menunggu ketibaan pemandu Uber di luar kediaman blok apartmennya ke satu lokasi yang tidak dinyatakan.
Berdasarkan laporan, Polyana Viana, 26, adalah salah seorang peserta wanita Ultimate Fighting Championship (UFC), membelasah suspek hingga berlumuran darah.
Tumbuk, Tendang & Cekik
Suspek dikatakan mengarahkan Viana untuk menyerahkan telefon bimbit, namun rompakan itu gagal selepas mangsa segera menumbuk dan menendang lelaki itu sebelum mencekiknya hingga polis tiba.
Viana meminta bantuan pejalan kaki di situ untuk menghubungi polis selepas menyedari suspek enggan melawan balik.Polis kemudiannya membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan siasatan mendapati, suspek baru sahaja dibebaskan bagi satu kesalahan jenayah lain.
MW: Barulah buku bertemu ruas. Jangan ingat wanita seorang insan yang lemah. Semoga lebih berhati-hati dan lengkapkan diri dengan ilmu pertahanan diri.
Kejam sungguh pengasuh dan suami ini, tiada hati perut malah dipercayai mendera dan membunuh bayi perempuan 12 bulan di bawah jagaannya. Lagi tragis bila dikesan ada 39 kecederaan pada tubuh bayi itu. Allahu..
Doktor di klinik tersebut berusaha memberikan rawatan dan cuba menyelamatkan bayi tersebut. Hampir 15 minit berusaha, namun bayi malang itu tidak dapat dipulihkan dan disahkan meninggal dunia jam 8.48 malam.
Rupanya dari dakwaan pengasuh dan suaminya yang mengatakan anak jagaannya jatuh sofa, ada cerita kejam yang berlaku di sebaliknya. Bayi perempuan itu dipercayai telah didera dengan kejam sebelum dibunuh.
Ada 39 Kesan Kecederaan, Parah Di Kepala Akibat Objek Tumpul
Si kecil 12 bulan itu ada 39 kesan kecederaan pada badannya.
Dan lebih mengejutkan, selepas pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan siasatan didapati bayi malang itu meninggal dunia disebabkan parah di bahagian kepala disebabkan objek tumpul.
Allahu! Kejamnya manusia yang sanggup dera bayi sekecil itu.
Hasil siasatan itulah, pihak polis mendapatkan kenyataan dari pengasuh dan suaminya yang masing-masing berusia 28 hingga 34 tahun. Ketika disoal, kenyataan mereka sama sekali berbeza daripada hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas bayi itu.
Suami Pengasuh Ada Enam Rekod Jenayah Lampau
Kata pengasuh dan suami, bayi itu terjatuh sendiri.
Dakwa pengasuh lagi, ketika bayi perempuan itu jatuh dia berada di dapur. Sedar-sedar bayi itu sudah terjatuh dari sofa dalam keadaan terlangkup.
Suami pengasuh pula mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Dari siasatan juga mendapati ibu bayi perempuan itu menyerahkan kepada pengasuh bersama suaminya untuk menjaga anaknya.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof memaklumkan pengasuh dan suaminya mengaku terbabit dalam kejadian itu. Ketiga-tiga mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
MW : Mak ayah di luar sana, sebelum hantar anak ke pengasuh perati-peratilah background pengasuh tu. Ada sesetengah pengasuh tu, offer perkhidmatan tru online. Itu pun kena soal selidik lebih. Bukan semuanya tak bagus, tapi langkah berjaga-jaga tu kan lebih baik lagi. Orang kata.. benda boleh elak, kita usahalah elak. Bimbang terjadi tak elok.. mahu kes polis sudahnya.
Sumber/Foto : Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.