diabetis type 1

Siapa sangka anak kecil bernama Amin Arsyad ini baru berusia 5 tahun. Namun pernah berhadapan dengan saat kritikal dimasukkan ke ICU baru-baru ini apabila bacaan gula dalam darahnya pernah mencecah 50! Anak kelima daripada enam orang adik beradik ini, disahkan menghidap kencing manis tahap 1, menyebabkan Amin terpaksa bergantung pada suntikan insulin setiap hari seumur hidupnya.

Perlu tahu, penyakit kencing manis adalah penyakit berbahaya yang bukan sahaja boleh dihidapi oleh golongan dewasa, malah golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali. Namun bagi penghidap Diabetes Type 1 ni, bukanlah berpunca daripada pengambilan makanan manis yang tidak terkawal sebaliknya akibat tubuh badan tidak boleh menghasilkan insulin sendiri.

Berikut adalah catatan perkongsian oleh Puan Anie Saniyah, ibu kepada adik Amin Arsyad sebagai panduan buat mak ayah yang lain.

“Allahuakbar..Seperti tak percaya apa yang nurse beritahu…ahh bohong la..tak kan budak semuda tu ada penyakit tu…Sehingga datang seorang doktor yang memaklumkan perihal Amin..Amin kini dalam keadaan kritikal dan akan dihantar ke Hospital Besar Kuala Terangganu.Persiapan dilakukan untuk Amin. Dalam perjalanan ke hospital, dalam ambulans mulut ku tak henti berdoa moga ada keajaiban untuk anak kecilku ini.Sampai di HSNZ Amin diletakkan di ICU sehingga saya dan suami dimaklumkan lagi keadaan Amin oleh Dr Pakar Peadtrik.Sukar nak percaya.”

Usia Baru 5 Tahun, Bacaan Gula Pernah Cecah 50 & Terpaksa Bergantung Suntikan Insulin Seumur Hidup!

Kronologi Sakit

Seminggu sebalum cuti sekolah Amin tak sihat, sehingga habis cuti sekolah pun still tak sihat.4 kali ke klinik, kali keempat baru dapat detect Amin ada jangkitan kuman sehingga refer ke hospital. Bila tanya Amin, kenapa dengan Amin, Amin jawab amin letih ibu..Lantas ku jawab kalau amin letih Amin tido la. Dalam 2 minggu tak sihat amin tak menyusahkan ibu dan abah, berat badan Amin susut sehingga ke 14kg.Kurusnya Amin tapi ibu dan abah tak tahu sakit Amin.Simptom-simptom itu dah ada tapi kami tak tahu.

Ibu tak sangka Amin kuat, Amin kuat lawan sakit Amin. Bacaan gula Amin 50 semasa di Hospital Jerteh.

Diagnose Kencing Manis Type 1

Bermula kehidupan baru amin di ICU.Pada usia Amin Arsyad 5 tahun dia diagnose dengan kencing manis type 1 (Diabetes Type 1).Kencing manis yang diagnose ketika kanak-kanak disebabkan badannya TIDAK BOLEH menghasilkan insulin sendiri.Ini adalah kencing manis TYPE 1. Bukan sebab makanan manis, tapi sebab badan tak boleh buat insulin.

PERLU TAHU

DIABETES TYPE 1

IKLAN
  • Kencing manis yang diagnose ketika kanak-kanak disebabkan auto immune disorder.
  • Badan TAK BOLEH hasilkan insulin.
  • Terpaksa bergantung pada insulin injections

Banyak yang saya dan suami belajar sepanjang Amin admit di hospital, selama 22 hari.

  • Cara jaga makan Amin
  • Cara baca label
  • Cara manage Amin pada hari tertentu.
  • Cara bagi insulin dan dose insulin untuk Amin.
  • Dan banyak lagi perihal kencing manis

Banyak benda baru dan perubahan yang kami perlu buat untuk Amin..rutin seharian Amin di rumah dan disekolah. Jadi sekarang Amin bergantung pada insulin injections setiap hari seumur hidup setiap hari sebelum makan.

Amin boleh makan seperti orang lain cuma saya perlu sukat dan kira kandungan karbohidrat dalam makanan amin setiap kali makan supaya saya dapat beri dose yang disarankan oleh doktor dengan berapa banyak amin makan.

IKLAN

Alhamdulillah, kini saya kuat melalui semua ini.In sha Allah.Kami redha atas apa yang berlaku, kalau Allah tak izinkan dah lama Allah elakkan.Ujian ini adalah ujian kami untuk menjaga anak seistimewa seperti Amin dan sesungguhNya Allah lebih kenal saya dan suami.Allah lebih tahu kami mampu sebenarnya dan apa yang kami tak mampu.

Berkat doa dan sokongan dari kalian semua kami terus kuat dalam hari-hari awal yang mencabar.Mohon doa Amin Arsyad sihat selalu, doakan dia tak senang demam atau tidak sihat, doakan Amin terus kekal sihat.

Buat semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat kenalan jauh dan dekat yang sentiasa prihatin bertanya khabar tentang Amin dan kami sekeluarga.Saya doakan moga Allah lapangkan rezeki kalian dan memudahkan segala urusan seharian.Moga kebaikan kekal bersama kalian.Aamiin.

“Kenapa dengan Amin..Amin sakit apa, anak sakit apa..ini saya dah share tentang anak saya sakit apa..”Sakit yang datang dariNya bukan kami minta, tiada seorang ibu yang mahu anaknya sakit.

IKLAN

Terima kasih semua.

Semoga bermanfaat, kongsikan pada mak ayah yang lain agar lebih prihatin dengan simptom-simptom diabetes type 1 ini. Buat keluarga ini Mingguan Wanita doakan semoga kuat menghadapi ujian menjaga anak istimewa ini.Semoga diberikan kesihatan yang terbaik buat adik Amin.

Baca Juga Disini:

Bukan Disebabkan Makanan Manis, Usia Baru 1 Tahun 11 Bulan Doktor Pakar Sahkan Hidap Type 1 Diabetis

Sumber: Anie Saniyah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI