Bulan Ramadan sangatlah digalakkan untuk menunaikan solat Terawih kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Rezeki kita tahun ini bulan Ramadan dalam tempoh PKP, berpeluang berpuasa sekaligus merebut manfaat solat terawih secara berjemaah bersama keluarga di rumah sendiri.
Bagi suami sebagai ketua keluarga pastinya diberi tanggungjawab untuk memimpin Solat Terawih. Walaupun suami hanya lancar surah-surah 3 Qul sahaja, sebagai isteri usah sindir suami, sebaliknya tetap berikan galakan atas usahanya untuk mendirikan solat terawih secara berjemaah ini.
Usah menyindir suami kita jika dia hanya baca 3 Qul sahaja masa solat tarawih ini.
Lepas solat, salam, cium tangan dia dan ucap terima kasih padanya yang sudi imamkan solat tarawih. Itu yang sebaiknya.
Bahkan jika ada suami yang suruh isteri solat tarawih sendiri-sendiri kerana segan tidak hafal banyak surah, cakaplah pada suami dengan penuh hikmah,
“Abang. Saya tak kisah abang ulang baca ‘Qulhuallahu ahad’ pun dalam setiap rakaat. Saya tahu saya tidak berkahwin dengan Al Hafiz yang hafal semua surah.
Ads
Saya terima abang seadanya sepertimana abang terima saya. Cuma saya teringin sangat nak solat berjemaah dengan abang. Jangan risau bang, bacaan surah apa pun sah asalkan ada Al Fatihah.”
Bisik begitu pada suami sebelum tidur, peluk dia dengan erat, InsyaAllah malam esok boleh solat berjemaah bersama.
Rahsia Suami Isteri Tak Perlu Canang
Rahsia kita laki bini, aib suami, aib isteri tak perlu canang pada media sosial. Tak perlu lah tag suami pada gambar kartun menunjukkan suami tidak tahu baca surah panjang.
Ads
Pada kita ianya gurauan. Namun dalam tak sedar orang yang memerhati memandang rendah pada suami kita bahkan memandang rendah pada kita yang tidak tahu menjaga aib suami.
Sokonglah suami sendiri. Walau macamana pun dia, dia tetap suami kalian yang melafazkan akad suatu ketika dahulu menerima kalian menjadi sebahagian bebanannya.
MW: Semoga pesanan ini menjadi peringatan buat kita. Surah panjang atau pendek bukanlah faktor utama. Paling penting usaha suami menunaikan solat terawih secara berjemaah sekaligus menjadi imam keluarga di rumah sendiri.
Kala petang, isteri mula tak menang tangan kat dapur, sibuk memasak untuk hidangan berbuka puasa nanti. Pagi-pagi tadi, sibuk dengan urusan harian lain, basuh baju, jemur baju, sapu sampah dan sebagainya. Itu belum lagi kepala dok fikir menu apa untuk berbuka nanti.
Itulah isteri dan ibu pada anak-anak. Sentiasa inginkan yang terbaik untuk keluarga. Bagaimana dengan suami? Hanya rileks depan televisyen dan kejap-kejap dok tengok handphone. Ini belum lagi, main games dan tidur. Rasanya inilah ‘kesibukan’ suami pula.
Untungnya mak bila anak perempuan rajin tolong. Itu kalau yang rajin dan ringan tulang membantu. Jadi, para suami jangan fikir, kerja-kerja rumah ini, semuanya di tangan isteri dan selebihya di bantu oleh anak perempuan. Suami dan anak-anak lelaki pula menjadi ‘raja’ dalam rumah.
Ini antara perkongsian oleh Khairul Fahmi Ramli, Peguam Syarie & Konsultan Undang-undang Islam yang beramal di Negeri Kedah, Penang, Perlis dan Perak tentang perkara ini.
Di dalam Islam dan rumah tangga, tanggungjawab di dalam rumah, tak kira di dapur ke, di mana sudut pun dalam rumah sebenarnya menjadi tanggungjawab lelaki. Cuma, sebaiknya perlu ada kerjasama sahaja. Jika sekiranya isteri, tidak mahu melakukan kerja basuh pinggan atau memasak, ia tidak menjadi satu kesalahan. Kerana itu sememangnya menjadi tanggungjawab SUAMI.
Jika tanggungjawab ini dilakukan juga oleh isteri, ia dikira sebagai sedekah atau kebajikan seorang isteri di dalam rumah tangga. Sebab itu di dalam kes Harta Sepencarian misalnya, seorang isteri boleh tuntut harta yang dibeli oleh suaminya walaupun dia tidak mengeluarkan wang untuk membeli harta tersebut. Sumbangannya di dalam membasuh pinggan dan kerja-kerja dapur itu boleh menjadi hujah bahawa dia LAYAK untuk mendapat harta tersebut.
Tidak benar. Di dalam Islam tidak dinyatakan kerja dapur ini kerja anak perempuan. Bahkan di dalam rumah tangga, tanggungjawab yang paling besar diletakkan kepada bapa dan anak-anak lelaki. Mereka bukan sahaja bertindak sebagai WALI, tapi bapa dan anak lelaki sepatutnya memainkan peranan sebagai pencari nafkah dan pengurus rumah tangga. Jika, si bapa yang sepatutnya melakukan semua perkara ini, dia perlu MENGGAJIKAN seorang PEMBANTU RUMAH buat isteri dan anak-anaknya.
Cuma, jika nak mendidik anak perempuan untuk pandai masak misalnya, itu tidak menjadi satu kesalahan. Yang salah bila kita menganggap anak perempuan atau isteri kita sebagai KULI di dapur dan rumah tangga.
Antara perkara terbaik boleh dilakukan oleh bersama keluarga sepanjang Ramadan adalah:
Apa salahnya kita sepakat untuk masak bersama. Mungkin ketika sahur atau pun mungkin ketika nak berbuka puasa. Kalau pun tidak masak, sekurang-kurangnya bantu untuk menyiapkan makan minum yang dibeli. Nikmat sebenarnya bila dapat makan masakan sendiri. Wang pun jimat. Momen berharga dengan satu keluarga juga tidak akan ternilai. Masakan pun boleh siap dengan cepat. Ini tidak, bila anak perempuan dan ibunya di dapur, anak lelaki dan bapanya hanya bermain Facebook, game dan menunggu azan di hadapan TV sahaja. Buangkan tabiat tersebut.
Biasanya di bulan Ramadan, kita akan ada satu atau dua hari untuk kita mengemas rumah sebelum menjelang Aidilfitri. Yang biasa tengok, ibu dan anak-anak perempuan yang akan salin langsir dan mengemas rumah. Cuba biasakan pula, anak lelaki juga turut mengambil kerja yang sama. Bukan susah pun nak tukar langsir. Tambah-tambah sekarang kebanyakan langsir hanya perlu masukkan lubang dalam satu kayu panjang sahaja. Mencantikkan rumah bukan tugas anak perempuan sahaja yer. Kalau mungkin citarasa lelaki dalam mencantikkan rumah ini kurang, biarkan anak lelaki mengambil tugas mop lantai, vakum karpet dan sebagainya. Boleh?
Sangat nikmat kalau dapat bersolat jemaah bersama. Si bapa menjadi Imam, anak lelaki pula menjadi bilal dan yang lain menjadi makmum. Tak semua orang akan dapat nikmat ini. Tapi sayang kalau nikmat ini tidak diambil dengan sebaiknya. Kadang-kadang dalam satu rumah, ibu solat sendiri, bapa sendiri di bilik lain. Anak-anak pula buat hal masing-masing. Rugi. Sangat rugi bila ada peluang berjemaah ini tidak dilakukan di bulan Ramadan, tambah-tambah ketika kita dalam PKP ini.
Tadarus Al-Quran adalah antara anjuran terbaik dalam bulan Ramadan. Lagi ramai ahli keluarga join bersama tadarus ini, lagi seronok. Kita boleh mendengar, membaca, belajar dan khatam Quran bersama. Berbanding seorang diri, nikmat bertadarus sesama ahli keluarga sangat perlu dihargai.
Jika kita sudah berada di ambang akhir Ramadan, pastinya kita akan membuat kuih raya sempenan Aidilfitri kan? Pada kebiasaannya kuih raya akan dibuat oleh ibu dan anak perempuan. Lagi seronok kalau sebenarnya bapa dan anak lelaki boleh mengambil peluang juga untuk membuat kuih raya. Ataupun mungkin boleh agihkan tugas, bapa dan anak lelaki sediakan lemang dan dodol, ibu dan anak perempuan pula siapkan kuih semperit. Ha, kan masing-masing ada tugasan.
Amanah dan tanggungjawab lelaki ini berat sehinggalah dia yang sepatutnya berada di dapur, bukan di hadapan TV menunggu makanan terhidang seperti raja. Walaupun lelaki banyak mendapat hak di dunia, tetapi lelaki yang paling susah untuk masuk di akhirat kerana akan banyak disoal Allah tentang tanggungjawabnya.
Amanah Lelaki Sangat Berat Pada Mereka Yang Memahaminya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Duduk di rumah tidak bermakna kita tidak boleh kekal bertenaga dan sihat. Sebenarnya walau tidak boleh keluar rumah ini adalah peluang terbaik untuk kita membakar kalori dengan mudah.
Mudah sahaja hendak bakar kalori masa duduk di rumah. Tidak perlu melakukan senaman berat. Hanya lakukan kerja-kerja rumah.
Paling penting, apabila kalori banyak digunakan sudah pasti kita mampu mengawal berat badan daripada naik secara tiba-tiba.
Berikut adalah jumlah kalori yang dibakar terutamanya bila buat kerja rumah yang disebutkan ini:
Kita boleh bakar 70 kalori jika mengemas katil selama 1 jam. Kemas katil ini maksudnya tukar cadar, pasang cadar, semua katil di rumah kita. Kalori yang dibakar ini bersamaan dengan kalori yang kita dapat apabila kita makan sekeping biskut. Kalori yang sama boleh dibakar apabila melakukan senaman pilate selama 20 minit.
Kita boleh bakar 148 kalori jika basuh dan lipat kain selama 1 jam. Ini bersamaan dengan kalori yang dibakar ketika melakukan senaman angkat berat selama 40 minit.
1 Jam menggosok baju membakar 157 kalori. Ini bersamaan dengan kalori yang dibakar apabila melakukan senaman aerobik dalam air.
Menyapu sampah di dalam rumah selama 1 jam mampu membakar lebih kurang 161 kalori. Ini bersamaan dengan kalori yang kita dapat apabila kita makan coklat sekeping coklat. Kita juga perlu mengayuh basikal selama 30 minit jika mahu membakar kalori tersebut.
Sejam mengelap habuk di setiap sudut rumah mampu membakar lebih kurang 166 kalori. Ini bersamaan dengan 20 minit masa yang digunakan untuk membakar kalori ketika melakukan senaman aerobik.
Memvakum lantai dan karpet di rumah selama sejam mampu membakar 175 kalori. Ia bersamaan dengan jumlah kalori yang kita dapat apabila minum kopi latte cawan saiz sederhana. Ia juga bersamaan dengan jumlah kalori yang dibakar selama 20 minit berjogging.
Sejam mencuci dan lap tingkap mampu membakar lebih kurang 231 kalori. Anda perlukan lebih kurang 25 minit untuk melakukan senaman latihan di balapan untuk membakar kalori yang sama. Ia juga bersamaan dengan jumlah kalori yang kita dapat apabila makan sebiji donat berinti kastard.
Mencuci keseluruhan bilik air selama sejam mampu membakar lebih kurang 256 kalori. Ini bersamaan dengan jumlah kalori yang dibakar apabila anda berpusing-pusing selama 20 minit. Jumlah 256 kalori ini sama juga juga dengan jumlah kalori yang kita dapat kalau kita makan dua senduk atau 2 scoop ais krim.
Sejam membasuh kereta membakar 314 kalori. Ia bersamaan dengan jumlah kalori yang dibakar ketika berenang selama 45 minit. Ia juga bersamaan dengan jumlah kalori yang kita dapat apabila kita makan seketul brownies.
Kalori yang dibakar untuk mengelap lantai selama sejam hampir sama dengan kalori yang dibakar ketika membasuh kereta iaitu 314 kalori. 314 kalori ini juga dikatakan sama dengan jumlah kalori yang kita dapat apabila kita minum secawan kopi mocha tanpa krim putar. Kelas boxing selama 45 minit juga mampu membakar 314 kalori.
Dikatakan 30 minit mencuci pinggan dan mengemas dapur setelah memasak dikatakan membakar lebih kurang 187 kalori.
Dalam tempoh PKP ini, anak-anaklah yang paling seronok bila mak dan ayahnya sentiasa ada 24 jam depan mata. Sebelum ini, dah tentu keluar pagi, jumpanya pada sebelah petang dan malam sahaja. Tapi, bagaimana dengan anak-anak yang terpisah dengan ibu atau ayah disebabkan penceraian hidup.
Menurut Tn Khairul Fahmi Ramli, Peguam Syarie Penang, Kedah, Perlis dan Perak, antara isu yang sering ditanyakan oleh ibu-ibu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berkaitan dengan hak jagaan anak semasa tempoh ini berkuatkuasa.
Maklum sahaja, mahkamah bagi perintah, hak jagaan diberi kepada mak, ayah pula dapat hak bermalam hanya hari minggu atau hak jagaan pada cuti sekolah sahaja.Tengok-tengok, ada PKP pulak sebab virus Covid-19. Lebih teruk, ada yang berebut nak ambil anak-anak, sedangkan sekarang masih dalam tempoh PKP.
Dalam hal ini, katakan orang yang patut jaga anak adalah dengan siapa anak berada semasa bermula tempoh PKP. Sama ada duduk dengan mak atau dengan ayah. Atau pun mungkin anak ada dengan keluarga. Tak kisah siapa pun, matlamat yang paling penting, tempat yang anak tinggal tu selamat atau tidak.
Andai kata si ayah yang sepatutnya dapat hak melawat dan bermalam tak boleh nak ambil anak sebab PKP, janganlah terlalu ego atau pentingkan diri semata-mata. Fikirkan tentang keselamatan dan kesihatan anak-anak tu. Tambah pula kalau si ayah duduk terlalu jauh, keluar kawasan nak sampai rumah pun, takkan lah nak langgar juga PKP ni.
Ibu pulak, kalau ada anak bawah jagaan dia, janganlah halang ayah untuk akses bertelefon ke atau Video Call ke dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya itulah sehabis usaha kita boleh bagi untuk tidak halang akses si ayah masa PKP ini.
Sebaiknya dicadangkan, jika sekiranya anak-anak sekarang ada di bawah jagaan mak dalam tempoh yang lama semasa PKP ini, selepas PKP berilah peluang pula kepada si ayah untuk dapat hak jagaan. Tapi, tertakluk juga pada perintah iaitu hanya kepada yang mendapat hak bermalam atau hak jagaan hari minggu kepada si ayah.
Kata mudahnya, ganti balik hari-hari yang si ayah atau yang si mak ini bertolak ansur.
Kesimpulannya, janganlah kita terlalu fikir tentang diri semata-mata. Fikirkan tentang isu keselamatan dan kesihatan anak. Wabak ini bukan biasa-biasa. Ia boleh meragut nyawa. Buangkan sikit ego, letakkan kebajikan anak sebagai keutamaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!