Memang beruntung sangat bagi yang suka mengamalkan makan ulam-ulaman dalam pemakanan harian. Bukan apa ulam-ulaman memang diakui mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri. Malah khasiatnya pada kesihatan pula berbeza-beza mengikut jenisnya.

Baca perkongsian mengenai manfaat ulam-ulaman daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini sebagai rujukan.

ULAMAN YANG MEMBANTU KESIHATAN KITA

Kita sekarang sudah jauh dari pola pemakanan yang ditunjukkan oleh datuk dan nenek kita. Jika dikaji secara mendalam, pemakanan tradisional kita adalah yang terbaik kerana ia bukan saja lengkap, tetapi juga seimbang dan bersederhana.

Untung Suka Makan ULAM, Khasiat Berbeza Pada Kesihatan Ikut Jenisnya!

Apa yang mungkin kita tidak perasan adalah hidangan semakin tidak mempunyai hidangan sayur-sayuran. Perkataan ulam itu sendiri sudah menjadi sesuatu yang asing pada diri kita dan anak-anak kita.

Ulam adalah bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain.

Ini termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga tanaman.Sayur-sayuran biasa seperti timun, kubis dan terung juga boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja.

Dalam erti kata lain, ulam-ulaman ini sama sahaja seperti salad dalam diet barat. Di Malaysia, lebih daripada 150 jenis tumbuhan boleh dimakan sebagai ulam-ulaman.

Antara beberapa jenis ulam-ulaman yang popular:

1. ULAM RAJA

Ulam raja, atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus didapati mempunyai kesan antioksidan, antidiabetes, antihipertensi, antikeradangan, antimikrob dan antikulat. Ia juga dapat melindungi dari osteoporosis, terutamanya bagi wanita menopaus.

Untung Suka Makan ULAM, Khasiat Berbeza Pada Kesihatan Ikut Jenisnya!

2. SAMBUNG NYAWA

Sambung nyawa atau dalam bahasa saintifiknya Gynura Procumbens berpotensi mengawal tekanan darah, kandungan gula dalam darah, menggalakkan kesuburan, selain mempunyai kesan antikanser, antimikrob, antioksidan dan antikeradangan.

Untung Suka Makan ULAM, Khasiat Berbeza Pada Kesihatan Ikut Jenisnya!

3. DAUN SELOM

Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica mempunyai kesan antidiabetik, antioksidan, antiradang, selain kesan melindungi hati dan memori. Sayuran ini dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, lauk ikan sungai dan ikan kering.

Untung Suka Makan ULAM, Khasiat Berbeza Pada Kesihatan Ikut Jenisnya!

IKLAN

4. CEKUR

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia Galanga Linn mempunyai kesan antiradang, tahan sakit, anticacing, antioksidan, antimikrob dan antihipertensi.

Untung Suka Makan ULAM, Khasiat Berbeza Pada Kesihatan Ikut Jenisnya!

5. PEGAGA

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella Asiatica merupakan tumbuhan yang sering dikaitkan dengan rahsia keremajaan dan awet muda.Bukti saintifik juga telah menunjukkan bahawa ulam-ulaman ini mempunyai khasiat yang memudahkan pertumbuhan tisu penghubung seperti elastin dan kolagen, yang penting untuk penyembuhan luka.

Untung Suka Makan ULAM, Khasiat Berbeza Pada Kesihatan Ikut Jenisnya!

6. DAUN KADUK

Daun kaduk atau nama saintifiknya *Piper Sarmentosum*, agak menyerupai daun sireh tetapi tumbuhan ini tidak tumbuh memanjat sebaliknya tumbuh di atas tanah.

Makan ulam kaduk yang mempunyai rasa agak payau dan sedikit pahit ini dikatakan mempunyai manfaat untuk masalah sembelit, sakit gigi, demam malaria, lemah dan sakit-sakit dalam tulang.

IKLAN
Untung Suka Makan ULAM, Khasiat Berbeza Pada Kesihatan Ikut Jenisnya!
@Hakcipta Mohamed Yosri Mohamed Yong Di bebaskan di bawah Common Creativity Version 2, non-commercial.

7. PETAI

Petai merupakan ulam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Petai didapati mempunyai kesan antidiabetes, antimikrob, antioksidan, antihipertensi dan berpotensi menurunkan kandungan gula dalam darah.

Untung Suka Makan ULAM, Khasiat Berbeza Pada Kesihatan Ikut Jenisnya!

8. JERING

Jering mempunyai kandungan asid amino yang unik, *asid djenkolic* yang mempunyai kesan antidiabetes.Kajian dalam haiwan mendapati kesan positif pada kandungan gula dalam darah, selera makan dan berat badan haiwan yang diabetes dan normal.

Untung Suka Makan ULAM, Khasiat Berbeza Pada Kesihatan Ikut Jenisnya!

Terdapat banyak lagi ulam-ulaman yang popular seperti rebung buluh, pucuk betik, kacang botol dan peria katak. Semuanya mempunyai pelbagai rasa yang berbeza untuk anda terokai.

Untung Suka Makan ULAM, Khasiat Berbeza Pada Kesihatan Ikut Jenisnya!

IKLAN

MENGAPA KITA PATUT MENGAMALKAN ULAM?

Kebanyakan ulama yang kita makan tumbuh dalam persekitaran semula jadinya, tanpa menggunakan racun serangga. Ulam selalunya digandingkan dengan pencicah seperti cincalok, budu, sambal belacan dan tempoyak semuanya dihasilkan melalui proses fermentasi, menghasilkan produk kaya dengan probiotik (bakteria baik) yang membantu sistem penghadaman.

Untung Suka Makan ULAM, Khasiat Berbeza Pada Kesihatan Ikut Jenisnya!

Jadi, mulakan makan ulam ini daripada dapur rumah kita sendiri. Rajin-rajinlah mendapatkan bekalan ulam-ulaman yang penuh khasiat ini daripada pasar tani setempat.

Kunci pada kesihatan kita apabila kita mengamalkan ulam-ulam ini dalam kuantiti sederhana dan bersilih ganti.

Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi

Mesti Baca: RUMPUT KERAK NASI Dijadikan Ulam, Petua Berkesan Untuk Gerd/Gastrik
Baca Lagi Di Sini: Resipi Sambal Belacan Untuk Orang Diet & Suka Makan Ulam-Ulaman!
Artikel Menarik: Memori Anak Semakin Baik, Maklumat Mudah Hadam Amalkan Minum Air Pegaga + Madu!

Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang banyak khasiatnya untuk kesihatan tubuh apabila mengamalkan ulam-ulaman dalam hidangan seharian. Pastikan bergilir-gilir makan ulam mengikut jenisnya.

Sumber:Dr Zubaidi Hj Ahmad

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI