Ujian Kromosom Sahkan Qiesya Sindrom Down, Ini Rezeki Yang Tuhan Selitkan Untuk Mak Ayah Kerana Ikhlas Menjaga

Perjalanan kehamilan Norlili Ab Wahab untuk mendapatkan cahaya mata penuh liku-liku. Norlili pernah keguguran waktu mengandungkan anak pertama. Apabila Allah beri rezeki hamil kali kedua, dia gembira. Dalam masa yang sama kandungan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh.

Penuh berhati-hati. Tak sedikit pun terleka kerana tak mahu pisang berbuah dua kali. Norlili dan suami, Muhamad Hazri Zainal Abidin cumalah manusia biasa. Hanya mampu merancang dan perancangan Allah ternyata lebih baik.

Walaupun pahit untuk ditelan di awal berita. Apabila doktor sahkan kelahiran anak sulungnya, Nur Qiesya Adreena berkemungkinan Sindrom Down. Air matanya cuma mampu mengalir dengan laju. Bibirnya terkunci lidahnya kelu.

Seminggu Air Ketuban Tak Kering

Rasa nak kongsi pengalaman lahirkan anak sulung. Sepanjang hamil tak ada masalah. Cuma berat naik 2.3 kh sebulan. Lepas check bp ulang alik semuanya ok. Tak ada sakit ada-apa.

GDM free, scan 20 weeks dah nampak. Masa itu scan di klinik kesihatan saja. Suamilah yang excited beli semua pinky pinky tanpa pergi detail scan pun untuk double check.

Maybe juga naluri mama sendiri rasa anak perempuan.” Sungguhpun waktu dah masuk 30 minggu hati ibu ini merancang mahu melakukan detail scan, tapi kesibukan kerja suami dan kewangan yang tak mengizinkan buatkan Norlili tak dapat melaksanakan hasratnya itu.

Kami serah pada Allah saja. Saya leaking pada 33 minggu. Air ketuban turun mencurah-curah. Kalut husband balik kerja terus bawa pergi hospital.

Saya ini GBS +Ve carrier, keputihan masa hamil tu. Mungkin sebab saya suka makan manis masa hamilkan Qiesya.

Seminggu juga doc pantau, air ketuban memang tak kering. Tapi ada tanda contraction mild. So, saya kena stay di wad.

Husband ulang alik lepas habis kerja. Jauh juga. Kena pula cucuk dexa. Sampai saya cakap dekat misi, ‘sakit juga cucuk dexa ni misi. Selalu saya baca je’. Misi tu gelak siap cakap, ‘kira awak ok lah ni. Leh lagi bercakap, ada patient lain siap nangis meraung-raung’.”

IKLAN

 

Ujian Kromosom Sahkan Qiesya Sindrom Down, Ini Rezeki Yang Tuhan Selitkan Untuk Mak Ayah Kerana Ikhlas Menjaga

Doktor Tak Benarkan Balik, Qiesya Suspek Sindrom Down

Dalam keadaan itu, Norlili dinasihatkan agar menunggu sampai 37 minggu. Tapi waktu doktor pakar membuat pemeriksaan ke atasnya, bukaan rahimnya sudah mencapai 4 cm.

Cepat-cepat dia ditolak ke bilik bersalin. “Seingat saya minum air zam-zam dengan air selusuh terus rasa nak bersalin. Saya ditolak ke labour room. Misi baik-baik semua melayan saya.”

8 jam selepas itulah bayinya selamat dilahirkan. Tapi bayi itu dah terkena jangkitan kuman GBS dari ibunya. Lalu, doktor memasukkan bayinya ke dalam NICU.

Berat bayi saya ok, 2.4 kg. Cuma dia kena on antibiotik. Keesokannya saya dah boleh discharge. Waktu saya nak tengok anak kat NICU, doc cakap tak boleh balik lagi.

IKLAN

Sebab dia on antibiotik sampai paru-parunya clear. Masa itu jugalah doktor cakap anak saya suspected Sindrom Down.

Jatuh air mata ibu tapi saya diam. Husband saya nampak sebak. Saya rasa tak percaya. Doc pun cakap baru suspected. Qiesya kena jalani ujian kromosom bagai.”

Setahun Jaga Anak Tanpa Suami Di Sisi, Tapi Akhirnya..

Andai Allah dah tetapkan dan tulis jalan hidup kita, siapa kita sebagai hamba untuk menentang qada dan qadar dariNya.

Dari situlah, Norlili berusaha jadi ikhlas dan redha.

Saya bersyukur, saya bahagia selepasnya. Kasih sayang kami bertambah dengan kehadiran Qiesya. Dialah dunia saya sekarang. Dunia akhirat cinta kami untuk dia.

IKLAN

Walaupun pada permulaannya tak mudah.” Norlili perlu menjaga Qiesya yang sakit sendirian kerana setahun suaminya dan dia PJJ (hubungan jarak jauh).

Tak mudah untuk saya hadapi sendirian. Tapi ramai orang cakap saya kuat. Dan mereka sokong saya di belakang. Kerana Qiesyalah papa dia dapat kerja tetap. Dialah harta saya.

Norlili bersyukur anaknya Qiesya tak alami sakit apa-apa. Ujian itulah yang menambahkan rasa betapa orang lain ramai lagi yang lebih diuji darinya.

Ada Anak Istimewa Bukan Satu Dosa

Punya anak istimewa itu bukan satu dosa. Yang berdosanya kita yang mengata, menghina. Bukan tak ada yang pandang pelik tapi bagi kami, inilah saham akhirat yang akan pimpin kami di sana.

Sedih itu biasa, normal. Kadang fikir macam mana dia kalau kita tiada. Menangis juga. Kadang sedih tengok dia tak diterima. Hanya kita yang dia ada. Jadi hargai, nikmati anugerah yang Allah bagi.

Normal atau istimewa sama saja. Tetap sama di sisi tuhan. Cuma bezanya anak ini Allah janji tidak sempurna di dunia. Di akhirat sebaik-baik manusia.

Permata hari Norlili dan Muhamad Hazri ini baru berusia 2 tahun 8 bulan. Dia alami Sindrom Down, Trisomy 21, extra chromosome. “Extra cute.. kesayangan kami semua. Semoga Allah sentiasa jaga anak kami ini. Mama dan papa je adik adda. Kami sayang adik dunia akhirat.”

Baca Sambungan Bagaimana Mak Ayah Ini Akhirnya Terima Dan 11 Tip Menjaga Anak Sindrom Down

Sumber/Foto : Norlili Ab Wahab

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI