Ternyata ubat yang paling berkesan untuk hilangkan rindu seorang anak ialah jahit kain pelikat arwah ayah dan dijadikan baju untuk dipakai sentiasa.
Mungkin cara gadis ini yang meminta ibunya menjahit sehelai baju menggunakan kain pelikat kesayangan arwah ayah sedikit sebanyak mengurangkan rasa rindu.
Sumber: Tik Tok
Jahit Kain Pelikat Arwah Ayah Jadikan Baju
Seorang gadis dari Indonesia yang kehilangan ayah menemui cara menarik untuk mengubat kerinduannya apabila mengubah suai kain pelikat Allahyarham menjadi baju, lapor Suara.com, semalam.
Menerusi muat naik di akaun TikTok @redvelvetenak, gadis itu memaparkan beberapa keping foto menunjukkan dia menyarung baju bercorak kotak coklat hasil jahitan ibunya.
“Baju kesayangan yang dijahit ibu daripada kain pelikat arwah ayah,” tulisnya pada video itu. Berdasarkan paparan video, gadis ini memberitahu ibunya yang bekerja sebagai tukang jahit menyuruh dia memilih salah satu kain pelikat milik arwah bapanya untuk disimpan.
Dia memilih kain pelikat paling digemari dan meminta ibunya menjahit kain itu menjadi baju moden yang boleh dipakai sentiasa.
Sumber: Tik Tok
Ubat Paling Berkesan Hilangkan Rindu
Kisah ini mengundang rasa sebak netizen yang rata-rata meminta semua yang masih mempunyai bapa untuk menghargai kehadiran mereka.
“Ubat paling berkesan untuk menghilangkan rasa rindu, pakaian milik arwah yang sudah pergi,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Pasti dia terasa bapanya sentiasa bersamanya pada setiap saat,” komen seorang lagi. – Agensi
Ads
Mingguan Wanita : Rindu yang paling menyakitkan ialah rindu pada mereka yang telah tiada. Hanya doa sahaja mampu dikirimkan kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Al-Fatihah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Isteri Along Cham kecewa dituduh curang. Hati wanita mana tidak luluh dan tersakiti bila dituduh curang oleh suami. Itulah yang berlaku kepada isteri Along Cham, Afreena Suhaimi, 29.
Afreena sewaktu ditemubual memberitahu, dakwaan Along menuduh dirinya curang menyebabkan punca perceraian mereka adalah tidak benar. Perkara tersebab tidak diketahui sehinggalah Along mengeluarkan kenyataan kepada media selepas menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang petang tadi.
Isteri Along Cham Kecewa Dituduh Curang
Sewaktu dihubungi Afreena turut menyatakan apa yang Along perkatakan tentang dirinya adalah sesuatu yang tidak patut.
“Sepatutnya prosiding hari ini sangat ringkas untuk pengesahan lafaz cerai. Namun saya berasa sangat sedih apa yang Along burukkan saya tak patut. Hari ini bukannya untuk fokus mengaibkan pihak mana-mana.
“Tak perlu burukkan dan aibkan sebab kita pernah bersama satu masa dulu walaupun hanya dalam masa singkat.
“Sebenarnya kalau Feena nak buka aib boleh saja tapi Feena rasa tak perlu dikongsi. Sebab masing-masing ada anak dan sudah dewasa,” kongsi Feena.
Feena turut menegaskan dirinya juga tidak pernah curang.
“Saya tak tahu macam mana isu curang itu boleh timbul. Saya menafikan sebab saya tak pernah curang dengan dia. Itu semua hanyalah tuduhan.
“Dia bercakap dengan jelas di hadapan hakim menyatakan definisi curang adalah menipu. Tapi bagi saya, curang itu bermaksud menjalin hubungan sulit.
“Kami sendiri tidak tahu curang yang bagaimana dimaksudkan. Saya terlalu sibuk, saya ada kerja dan karier yang sedang saya kejar. Saya tak ada masa nak buat perkara macam tu,” kongsinya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
“Emak Mana Sanggup Buang Anak”
Afreena turut memberitahu media dirinya tidak pernah mengabaikan anak-anak.
“Saya rasa perkara ini tidak ada kena mengena dengan kes kami. Orang yang kenal saya tahu saya memang jaga anak-anak. Emak mana yang sanggup buang anak,” sambung Afreena yang turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah bermasalah sejak dua bulan selepas berkahwin.
Untuk rekod Afreena mendakwa berlaku lafaz cerai luar mahkamah pada Jun tahun lalu, sebelum membawa perkara itu ke muka pengadilan bagi mendapatkan pengesahan.
“Baju terakhir dipakai Arwah sebelum ke hospital masih elok dalam simpanan. Jadi pengubat kerinduan” begitulah antara ungkapan daripada Shuib yang juga suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang mengundang sebak.
Ternyata kerinduan masih bersarang dihati Shuib sekeluarga selepas kehilangan isteri tercinta setahun yang lalu.
“Baju Terakhir Dipakai Arwah Sebelum Ke Hospital Masih Elok Dalam Simpanan”
Kejutan dan kesedihan yang dialami selepas kehilangan seseorang adalah sangat berat. Kehilangan orang yang dicintai sememangnya tidak mudah.
Pastinya kita mula berubah dengan kehilangan yang berlaku, tetapi sebagai insan biasa kita juga mesti belajar untuk bertahan, dan menjadi lebih matang.
Seperti yang umum ketahui, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu jam 5.13 pagi, akibat Covid-19. Arwah juga menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.
Terbaru menerusi kenyataan di Harian Metro, Shuib menerangkan walaupun sudah setahun pemergian Siti Sarah, dia masih menyimpan barang-barang peribadi milik isterinya itu untuk dijadikan kenangan.
“Ada barang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang.
“Baju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital masih elok dalam simpanan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwah,” katanya ayah kepada empat cahaya mata itu.
Mimpi Sedih
Shuib juga menerangkan dia pernah mendapat mimpi sedih seakan-akan Allahyarham Sarah tidak bersetuju dengan keputusannya untuk mengubah suai kediaman.
“Selepas enam bulan arwah meninggal dunia, saya pernah terfikir nak ubah suai rumah untuk memberi suasana baharu dan sudah berbincang dengan pereka dalaman.
“Namun, bulan lalu saya batalkan hasrat itu selepas mendapat mimpi sedih.
“Dalam mimpi itu, saya masuk ke rumah baharu dan tercari-cari arwah tapi dia tiada.
“Ketika itulah saya sedar dia sudah meninggal dunia,” ungkapnya.
Ini berita gembira untuk diraikan oleh petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila setelah berhempas pulas selama lima bulan tanpa cuti rehat, akhirnya mereka diberikan cuti rehat dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi secara bergiliran.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menjelaskan, frontliners KKM ini juga akan menerima khidmat kaunseling bagi memulihkan kembali semangat pada petugas ini.
Lima Bulan Bekerja Tanpa Cuti Rehat
Para petugas ini mempertaruhkan segalanya. Sehingga ada yang tidak pulang ke rumah bertemu anak isteri mahupun suami. Dan bermacam kisah terjadi dalam perjalanan mereka ‘berperang’ dengan wabak Covid-19.
“Lima bulan bekerja siang malam, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja.” Itulah gambaran tentang mereka.
Dan hasil pengorbanan mereka menampakkan keputusan penurunan kes. Yang mana, penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) pun semakin berkurang.
Keadaan ini membolehkan, warga kerja KKM ini diberi cuti rehat seminggu dua secara bergilir-gilir.
Kemungkinan Peningkatan Kes, Frontliners Persiapkan Diri
Khidmat kaunseling ini juga turut diberikan, bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes. Jadi, dapatlah petugas KKM bersiap sedia dengan ketahanan diri untuk menghadapinya.
Dalam tempoh seminggu dua ini juga, KKM bakal menyusun semula strategi dari segi tenaga kerja, peralatan, hospital, makmal dan kesihatan awam.
Katanya lagi, “inilah pertahanan terakhir kami untuk mengelakkan daripada bencana yang besar berlaku kepada Malaysia.”
Sehingga Selasa 12 tengah hari semalam, Malaysia mencatatkan 30 kes positif baru dengan jumlah kes Covid-19 sebanyak 6,386 kes di negara ini.
MW :Biar pun PKP sudah diberikan sedikit kelonggaran, tidak bermakna Malaysia sudah menang. Ingat! untuk ambil langkah keselamatan, kebersihan dan sentiasa berjaga-jaga bila berada di tempat awam.
Uqasha Senrose tampil memohon maaf secara terbuka selepas hantaran di media sosial mencetuskan kontroversi. Pelakon ini mengakui dirinya terlalu marah, sedih dan letih ketika membuat tindakan tersebut serta berjanji untuk memperbaiki diri dan menjadi ibu yang lebih kuat.