Ternyata bukan mudah menggalas tugas sebagai seorang jururawat di saat gawat sebegini. Namun jururawat dan staf kesihatan yang lain tidak pernah mengeluh dan menganggap ini jihad mereka untuk bangsa dan negara.

Bagi Farah yang bertugas sebagai seorang staff nurse dengan hospital kerajaan, setiap hari memang terdedah dengan pelbagai kuman di hospital. Lagi-lagi di musim COVID-19. Farah juga seorang ibu dan mempunyai anak yang masih kecil, jadi setiap kali pulang ke rumah, dia akan pastikan akan bersih dan mandi sebelum menyentuh barang dan anaknya.

Ikuti sesi temubual bersama Farah:

Sebagai langkah keselamatan, saya akan pastikan badan bersih sebelum sentuh barang di rumah atau anak.

Tak kiralah saya atau suami yang sama-sama frontliner, kami akan mandi dan bersihkan badan terlebih dulu. Baju yang kami gunakan akan diasingkan dan dibasuh dengan antibacterial soap. Rutin ini dilakukan supaya tiada kuman yang dibawa balik ke rumah pula.

So far sekarang macam yang kerajaan cakap kita kekurangan staff dan alhamdulillah dengar tadi ada pengambilan 2000 orang staf baru akn diserap. Keadaan kita masih terkawal walaupun ada staf yang dijangkiti COVID-19. 

Kami sebagai staf kesihatan ingin memberi yang terbaik dan kita mahu kita berjaya dalam misi ini seperti di China. Kita mampu “break the chain” dan selamatkan semua rakyat Malaysia.

IKLAN

Walaupun keletihan tapi semangat docktor dan jururawat sangat-sangat tinggi. Mereka sanggup berkoban dan berjihad untuk negara.

Jaga Diri Agar Tidak Dijangkiti

Sebagai seorang isteri dan bergelar nurse yang berada di frontline. Saya perlu menjaga standard precaution yang betul supaya kita tidak dijangkiti dan kena prepare mental serta diri yang sihat. Semestinya keluarga risau tentang keadaan ini.

Saya dan suami keduanya berkhidmat untuk negara sebagai benteng utama. Tak dinafikan memanglah keluarga akan risau. Tapi kami tidak mahu buat mereka sedih dan saya dan suami berusaha untuk sentiasa positifkan diri. Paling utama keluarga sentiasa doakan kami dari jauh walaupun tidak dapat pulang ke kampung.

IKLAN

Setiap hari terdedah dengan pesakit dan virus buatkan suami jadi bimbang. Saya juga anak seperti orang lain. Saya juga seorang ibu yang mahu keluarga selamat dan tak mahu keluarga dijangkiti. Oleh itu, kami perlu jaga segala aspek dan sentiasa bersihkan diri.

Suami saya juga bekerja dalam proses perintah kawalan ini di Jabatan Penerangan. Jadi tak menjadi masalah untuk dia memahami dan banyak membantu saya yang bekerja shif macam ini. 

Kes Semakin Meningkat

Tidak dinafikan bertugas buat masalah sekarang memanglah berbeza daripada sebelum ini dengan peningkatan kes COVID-19  yang diumumkan oleh kerajaan dan KKM setiap hari.

IKLAN

Staf perlu bertambah dan perlu ada sesuatu perubahan untuk membantu kes ini supaya berjalan lancar. Setakat ni keadaan masih terkawal dan kita dapat mengawal lagi keadaan ini. Jika rakyat dengar dan patuhi arahan kerajaan, insyalah kita dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin. 

Setakat ini angka kematin dan  mencecah 11 orang (23 Mac 2020) . Ada yang memabitkan staff dan kami sentiasa diingatkan supaya menjaga precaution yang betul semasa mengendalikan pesakit. Saya dapat tengok dari riak wajah semua staff mereka masih bersemangat dan nak raikan kejayaan ini bersama-sama. Kami akan buat yang terbaik untuk pesakit.

Nasihat Kepada Masyarakat

Terima kasih banyak-banyak kepada yang menghargai jasa kami dan anggap kami hero negara. Kami yang bertugas, ingin buat yang terbaik dan kami sudah anggap ini jihad kami untuk negara. Kami mahu kita fight COVID-19 ini bersama-sama.

Tanpa bantuan rakyat kita tak dapat jayakan misi ini. Jadi nasihat Farah buat semua…

  1. Tolonglah dengar arahan KKM.
  2. Patuhi dan duduk rumah.
  3. Jaga kebersihan diri.
  4. Selalu cuci tangan.
  5. Paling penting, jujur dengan staf kesihatan jika ada contact dengan orang yang terlibat dengan COVID-19.                                                                                                    Jika  anda lakukan perkara di atas, sudah tentu kes baru tidak akan bertambah dan staf terhindar dari dijangkiti. Bayangkan jika benteng negara ini jatuh. Apa akan berlaku, jujurlah apabila jumpa doktor kerana dia akan merawat mereka hingga pulih.                                                                                                                          Marilah kita sama-sama lawan dan berjaya tangani masalah ini. Tanpa rakyat kita tak boleh buat ini semua. Jangan ingkar dan dengar apa yang kerajaan beritahu. Kita semua tak mahu kehilangan orang yang kita sayang.                                                                                                                                                                                       MW: Semoga hero-hero negara yang berada di frontliner terus kuat dan dilindungi Allah selalu. Insyallah. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI