simpan-ar-rahnu

Ramai yang buat gadaian emas di Ar-Rahnu, tapi berapa ramai yang akhirnya tersangkut tak dapat nak tebus. Jika dapat tebus pun, pasti gadaian yang dilakukan tak setimpal dengan upah simpan ar-Rahnu yang terpaksa di bayar.

Lelaki ini, Hasbullah Badri berkongsi tip membuat gadaian emas di Ar-Rahnu agar dapat menebusnya kembali emas dengan baik.

Tip Upah Simpan Ar-Rahnu, Pelbagaikan Saiz Emas Anda

1. Jika memerlukan jumlah pinjaman yang banyak, maka banyak gram yang perlu digadai.
2. Faktor utama yang perlu diberi tumpuan adalah upah simpan yang berkadar langsung dengan jumlah gram yang digadai.
3. Jadi perlu untuk rendahkan nilai marhum dari semasa ke semasa bagi merendahkan upah simpan yang dikenakan setiap bulan.
4. Cara utama untuk rendahkan upah simpan anda adalah dengan pelbagaikan saiz emas anda untuk digadai, contoh kalau nak gadai 100 gram gunakan 50 gram + 20 gram + 10 gram + 10 gram + 10 gram, elakkan gadai 100 gram seketul.
5. Gadai emas-emas tadi dalam surat yang berlainan,
50g – 1 surat
20g – 1 surat
10g – 3 surat

Tebus Ikut Urutan

6. Buat tebusan ikut turutan berikut:
a. Bulan pertama tebus 10 gram.
b. Bulan kedua tebus 10 gram.
c. Bulan ketiga tebus 10 gram.
d. Bulan ke-4 gadai 10 gram, tebus 20 gram.
e. Bulan ke-5 gadai 40 gram (3 surat), tebus 50 gram
f. Bulan ke-6 hingga bulan ke-9 ulang langkah a hingga d, setiap bulan keluarkan 10 gram.
g. Bulan ke-10 tebus 10 gram terakhir anda.

7. Dengan cara di atas upah simpan berkurang setiap bulan kerana jumlah yang berat emas yang masih digadai menurun 10 gram setiap bulan.
Contoh upah simpan RM2/gram:
*100 gram seketul*
RM2 x 100 gram x 10 bulan = *Total RM2000*
50+20+10+10+10
RM2 x 100g x 1 bulan = 200
RM2 x 90g x 1 bulan = 180
RM2 x 80g x 1 bulan = 160
RM2 x 70g x 1 bulan = 140
RM2 x 60g x 1 bulan = 120
RM2 x 50g x 1 bulan = 100
RM2 x 40g x 1 bulan = 80
RM2 x 30g x 1 bulan = 60
RM2 x 20g x 1 bulan = 40
RM2 x 10g x 1 bulan = 20
*Total = RM1100*

IKLAN

Hanya dengan susunan yang teratur anda *berjaya kurangkan upah simpan sebanyak RM900* untuk tempoh 10 bulan gadaian.

Semoga bermanfaat terutama keadaan ramai yang susah disebabkan wabak Covid-19 sekarang ni.

IKLAN

*Patuhi SOP, tingkatkan kesedaran untuk jaga diri, jaga keluarga dan jaga orang lain dengan mengamalkan SOP dengan bersungguh-sungguh bagi memutuskan rantaian virus covid*

*STAY SAFE, STAY HEALTHY, STAY AT HOME*

IKLAN

Cara Tambah Simpanan Emas Dengan Ar Rahnu, Lelaki Ini Tunjuk Kiraannya

Mingguan Wanita : Semoga bermanfaat untuk anda yang mahu membuat gadaian dan memahamkan konsep upah simpan di Ar-Rahnu.

Sumber/Foto : Hasbullah Badri

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI