Generasi usahawan perlu bijak merebut peluang untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi. Ia penting untuk memastikan perniagaan dapat berkembang pesat dan kekal relevan dalam persaingan global yang sememangnya semakin mencabar setiap masa.
Pelan Khas Bantu Usahawan
Menyedari keperluan ini, U Mobile tampil sebagai peneraju dengan melancarkan pelan U Biz Fibre 10Gbps, direka khusus untuk membantu usahawan melangkah lebih jauh dan mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat dunia.
Dengan kelajuan luar biasa, U Biz Fibre 10Gbps adalah kunci untuk memastikan perniagaan anda tidak hanya bersaing, tetapi juga memimpin dalam era digital yang serba pantas ini.
Ads
Tahukah anda, dengan serendah RM1899/bulan, pelan ini memberikan kelajuan internet yang sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding pelan fiber perniagaan standard, yang biasanya di sekitar antara 100MBps hingga 2GBps.
Hakikatnya, dunia perniagaan digital bergantung kepada teknologi tinggi, pelan Internet 10GBps menawarkan solusi yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, tetapi berdaya tahan menyahut cabaran masa depan.
Ads
Gambar hiasan
Ia bukan sekadar pelan internet, tetapi satu lonjakan teknologi yang membolehkan perniagaan terus berinovasi dan berkembang dalam era digital yang penuh persaingan.
Serangan Siber Jejas Bisnes?
Bimbang serangan siber atau penggodam akaun ‘mengganggu’ perjalanan bisnes anda? Pelan ini turut disertakan dengan Secure DNS (Domain Name System) tanpa kos tambahan untuk memberikan lapisan keselamatan tambahan terhadap serangan siber dan pelanggaran keselamatan. Kesemua ciri khas ini mempunyai nilai tambah yang amat berbaloi untuk pemilik perniagaan yang mengutamakan keselamatan data dalam sistem operasi.
Selain Secure DNS diberikan secara percuma dalam pelan ini, U Biz Fibre 10GBps turut menawarkan satu alamat IP awam tetap secara percuma untuk perniagaan yang memerlukan satu server tunggal. Bagi perniagaan yang mengendalikan pelbagai server, mereka boleh mendapatkan sehingga lima alamat IP tetap dengan tambahan RM300/bulan (harga runcit asal RM500/bulan).
Ads
Pelancaran U Biz Fibre 10GBps yang terbaru merupakan pelan tertinggi dalam rangkaian U Biz Fibre U Mobile, yang direka untuk memenuhi keperluan sambungan fiber perniagaan tanpa mengira saiz. Malahia memberikan nilai fleksibiliti kepada perniagaan dalam mengurus dan menyelaraskan keperluan rangkaian mereka dengan lebih efisien dan kos efektif.
Pelan yang telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada Julai 2023, kesemua pelan U Biz Fibre kini didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan dan boleh didapati di Berjaya Times Square dan Pavilion Damansara Heights, serta beberapa lokasi tambahan yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
Jangan pernah rasa tak selamat, bila ada hobi ’kerap tukar warna rambut’. Ada wanita yang berasa susah hati bila kerap kali warnakan rambutnya. Bimbang rambut rosak.
Boleh saja, penuhi hobi tukar warna rambut ikut warna idaman asalkan tahu cara macamana nak kekalkan rambut sihat, cantik lagi beralun.
Sebelum itu, kenalah tahu punca kerosakan rambut ketika mewarnakan rambut. Dalam sesetengah produk pewarna rambut terdapatnya kandungan bahan kimia iaitu ammonia.
Ammonia inilah yang menyebabkan rambut malah kulit kepala rosak. Sebelum jadi lebih melarat, hadamkan dulu macam mana nak pastikan rambut sihat, walaupun warnakan rambut berkali-kali.
Pertama : Baca Betul-betul Kandungan Pewarna Rambut Sebelum Beli
Jadi, semasa memilih produk pewarna rambut di pasaran, carilah kandungannya yang berasaskan bahan alami malah bebas bahan kimia ammonia.
Tiga bahan alami ini; Minyak Zaitun, Minyak Badam dan Minyak Avokado, wajib ada dalam produk pewarna rambut. Lagipun, setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun ini pun antara pemakanan sunnah. Kelebihan minyak zaitun adalah dapat menjadikan akar rambut lebih kuat, sihat dan hidari masalah kebotakan.
Minyak Badam
Minyak badam atau Almond ini mengandungi vitamin E yang dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala dan rambut. Bagus untuk elak rambut bercabang. Lagi-lagi, anda yang ada masalah rambut kering setelah diwarnakan.
Minyak Avokado
Bagus untuk menghilangkan kelemumur dan mencegah keguguran. Ia juga melindungi rambut daripada rosak akibat terdedah sinaran matahari yang terlalu lama. Malah, bertindak sebagai pelembap yang sangat baik.
Kedua : Pelihara Kelembapan Rambut Selepas Diwarnakan
Setelah memilih produk pewarna rambut yang sihat dan selamat. Pastikan anda memakai syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda. Penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut dan kulit kepala, membantu rambut kekal sihat.
Jangan lupa pakai perapi rambut selepas bersyampu. Dan gunalah masker rambut sebaiknya sekali seminggu. Tujuannya untuk mengekalkan kelembapan rambut tidak terjejas.
Ketiga : Kurangkan Hair Styling Ya!
Maksudnya di sini, selepas mewarnakan rambut, janganlah terlalu kerap lakukan styling rambut misalnya rebonding ataupun curling. Haba panas dari alat styling ini akan menyebabkan rambut berwarna mudah kering dan rosak.
Produk Pewarna Rambut Halal Alami Ini Selamat, Walau Berkali Warnakan Rambut
Lagipun, di pasaran sekarang ada produk pewarna rambut halal alami yang sesuai untuk anda buat sendiri mewarna rambut di rumah.
Pewarna Garnier Color Naturals yang berstatus halal (sila rujuk pada pek untuk logo halal) adalah solusi untuk anda yang gemar mewarnakan rambut berkali-kali.
Ia solusi untuk menjadikan rambut lebih berkilau.
Pewarna rambut Garnier Color Naturals didatangkan dengan 2 produk pilihan iaitu pek kit dan sachet. Pek kit diperkaya dengan 3 minyak semulajadi iaitu minyak zaitun, badam dan avokado. Setiapnya berfungsi menjaga ketahanan warna dan rambut terawat selamat 8 minggu.
Formulasinya tanpa ammonia malah telus air, membuatkan rambut 5 kali lebih berkilau dari biasa.
Manakala pek sachet, diperkaya dengan minyak badam dan Serum Extra Shine yang membuatkan rambut 5 kali lebih berkilau dari biasa, telus air malah tanpa ammonia.
Anda yang gemar mewarna rambut, ada 6 pilihan warna untuk anda. Antaranya, Hitam Alami, Coklat Gelap, Merah Burgundy, Coklat, Coklat Caramel dan Merah Berry.
Pembungkusan yang lebih moden dan premium ini cuma menawarkan harga berbaloi-baloi untuk pembelian. Pek sachet hanyalah RM8.40, manakala pek kita berharga RM19.90.
Belian boleh dibuat di farmasi, pasaraya, pasaraya besar dan belian online di :
Miliki wajah ‘flawless’ sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Malah jika ditanya kepada mereka, apakah perkara paling dibimbangi mengenai kecantikan pasti jawapannya kulit berminyak, berjerawat dan jeragat serta bintik hitam pada wajah.
Wahai wanita jangan biarkan diri anda kurang selesa dan tidak berkeyakinan, percayalah untuk cantik sebenarnya tidak memerlukan kos yang tinggi paling penting bijak memilih produk.
Sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit berminyak, berjerawat, liang pori yang tersumbat dan kulit sensitif, Hada Labo Rejim Produk Kawalan Minyak membantu menyerlahkan seri wajah anda.
Mudahnya Rutin Penjagaan Kulit Wajah Harian
Bagi hasil terbaik, wanita di luar sana amalkan Hada Labo Rejim Produk Kawalan Minyak secara konsisten setiap hari. Rutin penjagaan kulit wajah harian yang mudah dengan menggunakan Booster Serum dari Hada Labo merangkumi losyen, serum dan moisturiser.
Anda juga harus tahu cara merawat kulit supaya dapat mengekalkan kecantikan seterusnya mencapai matlamat kulit agar cantik, sihat dan berseri-seri. Pasti aura kejelitaan akan menyerlah.
Ingin kulit wajah yang cantik tidaklah sesukar mana, anda boleh amalkan tiga langkah penjagaan wajah iaitu dengan mencuci muka, meletakkan serum sebagai pelindung kulit muka dan moisturizer sebagai pelembap.
Nyahkan Kulit Wajah Berminyak
Wanita jangan biarkan wajah anda berminyak, pastikan produk yang anda gunakan sesuai. Sememangnya jika wajah berminyak akan menampakkan kulit berkilat dan memudahkan jerawat timbul.
Ketahuilah tujuh punca kulit wajah anda berminyak antaranya, perubahan hormon, tidak menjaga pemakanan, stress, faktor genetik, pola tidur dan cuaca panas,
Jangan risau jangan sedih! Penggunaan Hada Labo Rejim Produk Kawalan Minyak secara konsisten bukan sahaja boleh mengatasi masalah kulit berminyak malah hindari jerawat, parut jerawat, jeragat dan liang-liang pori besar.
Buat mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, jerawat dan sensitif. Selepas membersihkan wajah gunakan gabungan produk-produk terbaik dari Hada Labo iaitu Blemish & Oil Control Lotion, H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum dan Hydrating Snow Dew.
Blemish & Oil Control Lotion
Blemish & Oil Control Lotion membantu mengawal lebihan minyak dan juga mengurangkan jerawat. Produk ini diperkaya dengan ekstrak hatomugi yang membantu mengawal masalah kulit jerawat serta melegakan iritasi.
Bukan itu saja malah Blemish & Oil Control Lotion diformulasi dengan campuran asid hyaluronik dan campuran ekstrak botanikal yang berkesan mengawal lebihan sebum. Malah paling penting masalah kulit anda yang berminyak, berjerawat dan liang pori yang tersumbat dapat diselesaikan.
H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum
Diperkenalkan khas buat mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan kulit sensitif. Produk ini kaya dengan kompleks Centella Asiatica 20,000ppm dan 4 jenis asid hyaluronic.
Malah ia juga boleh menghidrat dan menenangkan kulit yang teriritasi dalam masa 5 minit sahaja. Paling penting teksturnya ringan dan cepat meresap ke dalam kulit.
Hydrating Snow Dew
Produk Hada Labo Hydrating Snow Dew merupakan pelembab dan krim wajah. Mengandungi ceramide yang mengandungi nutrient lembapan. Kulit akan lebih anjal.
Juga mengandungi bahan Lilac & Swiss Edelweiss Essences membantu mengecilkan liang pori dan mengawal minyak yang terhasil. Produk ini juga dapat mengurangkan iritasi dan melembabkan kulit wajah. Jangan risau, tiada bahan alkohol, pewangi, mineral oil, MIT dan Diglycol.
Ternyata koleksi penjagaan rejim wajah seharian Hada Labo yang terbaik. Sangat ideal untuk mereka yang mempunyai kulit yang berminyak, berjerawat dan liang pori yang tersumbat. Menambahkan kejelitaan wanita dan pastinya akan membuatkan wanita lebih yakin untuk melangkah ke hadapan.
Jangan berlengah sebarkan kebaikan Hada Labo Rejim Produk Kawalan Minyak ini bersama kenalan anda. Sila layari Hada Labo Malaysia dan MY Hada Labo | Facebook untuk lebih lanjut.
TONTON VIDEO TERBAIK INI
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Demi sesuap nasi, ibu tunggal anak 9 derita sakit saraf bersengkang mata jual nasil lemak. Takdir perjalanan hidup setiap hambanya tidak sama. Ada diulit kemewahan dari kecil dan tidak terbiasa dengan kesusahan hidup. Namun ada diuji dengan seribu satu kesusahan termasuk kehilangan orang tersayang.
Perit rasanya kehilangan tulang belakang keluarga, susuk seorang ayah tahun lalu secara mengejut membuatkan sembilan beradik berusia di antara 3-20 tahun berhempas pulas meneruskan kehidupan. Seawal jam 5 pagi mereka sudah bangun. Membantu ibu di dapur menyediakan nasi lemak untuk dijual di Pasar Tani di Saujana Utama Sungai Buloh.
Demi Sesuap Nasi
Jika si anak bangun jam 5 pagi, waktu tidur ibu jauh berbeza. Seawal jam 3 pagi dirinya sudah bersengkang mata menyediakan pelbagai lauk pauk bersama nasi lemak air tangannya. Dalam keadaan masalah saraf dihidapinya, si ibu tahu jika dirinya tidak kuat, anak-anak akan rebah.
Tiga beradik ini bertungkus lumus seawal jam 7 pagi di tapak pasar tani berjualan nasi lemak. Alhamdulillah sambutan orang ramai memberikan kegembiraan bila mana dua tong nasi habis setiap kali berniaga di sini.#ERAFoodsMY #ERAUntukSemua#sempurnakanraya#tabungskuadsedekah
Penderitaan ibu tunggal anak sembilan, Azian Abd Rahim kami jejaki selepas kisahnya dikongsi di akaun Tik Tok @reezmell. Rasa tersentuh hati melihatnya berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat akibat masalah saraf dihadapinya ketika kami kunjungi gerai jualannya. Tanpa tongkat menyokong, langkahnya pasti rebah kerana kakinya tidak lagi kuat berdiri lama.
Di usianya 43 tahun, ada banyak garis duka di wajahnya. Duka kerana dia sama sekali tidak menyangka suami dikasihi, Amzar pergi secara mengejut di dalam teksi akibat serangan jantung ketika keluar mencari rezeki.
Menyedihkan pada malam suaminya meninggal, Azian dan anak-anak sudah menanti di rumah kerana mahu memberi kejutan kek hari lahir.
Kenangan bersama arwah suami.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya#tabungskuadsedekahTiada lagi insan dikasihi yang menjadi tunjang keluarga besar ini.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya #tabungskuadsedekah
“Kami tidak pernah sambut hari jadi selama berpuluh tahun berumahtangga. Entah kenapa tahun lalu saya suruh anak-anak belikan sebiji kek untuk ayah mereka. Konon nak buat kejutan. Arwah suami keluar rumah seawal pagi membuat kerja sambilan membawa bas pelancong di sekitar Kuala Lumpur,”ujarnya.
“Dari pagi membawa ke tengahari. Kemudian senja melabuh tirai hingga langit tiada lagi bintang. Gelap gelita. Saya dan anak-anak terus menantinya di rumah tapi hati saya semakin tak sedap kerana arwah suami tak ada telefon langsung. Bila kami cuba menelefon, baterinya sudah mati. Hati jadi tertanya-tanya kerana jarang suami begini”
“Rupanya kejutan membelikan kek menjadi kejutan besar buat kami sekeluarga bila pihak polis memaklumkan yang suami ditemui meninggal di dalam kereta dan ada di hospital. Masa tu saya bayangkan nasib anak-anak kerana selain anak sulung, suamilah tunjang ekonomi keluarga. Saya buat nasi lemak pun seminggu sekali saja,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir laju.
Ibu Tunggal 9 Anak Derita Sakit Saraf Bersengkang Mata Jual Nasi Lemak
Dari pasar tani kami menurutnya di rumah. Kali ini bersama team Beras Era (Era Food My) yang turut sama mahu membantu ibu tunggal anak sembilan ini. Kami memahami deritanya kerana air matanya sentiasa tumpah ketika temubual dilakukan.
Di rumah sewa didudukinya, wajah segannya tetap terserlah. Mungkin tidak biasa dengan lensa kamera kerana dunianya banyak di dalam rumah.
Kata Azian, dia mahu teruskan perniagaan nasi lemak ini di sebalik masalah saraf dihadapinya. Kerana inilah satu-satunya punca rezekinya sekeluarga.
Dia tahu, dia harus menjadi wanita besi kerana pada bahunya anak-anak berpaut. Sembilan anak; Muhammad Izzul Irshad, 20, Muhamad Irfan Syafiq, 19, Nur Aisyah Balqis, 17, Siti Nur Amelyna Balqis, 15, Siti Nur Raudhah Balqis, 12, Siti Nur Najwa Balqis, 11, Siti Nur Ain Balqis, 9, Siti Nur Khadijah Balqis, 8 dan Muhammad Iman Rayyan,3 tahun bergantung padanya.
Semua keputusan keluarga terpikul di bahunya. Dialah ibu, ayah dan tunjang ekonomi keluarga sementelah anak sulungnya menjadi kelindan lori. Anak keduanya menjadi penghantar makanan manakala lainnya masih bersekolah menengah dan rendah.
Anak-anak ini gembira menerima sumbangan dari Beras Era.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya #tabungskuadsedekah
Sudah tertulis rezekinya, saat kedatangan kami itu, kami bawakan bersama peralatan memasak seperti tong gas, bekas nasi, periuk nasi dan lain-lain keperluan sumbangan Beras Era termasuklah juga bekalan beras untuk satu tempoh panjang, bagi pemberi semangat buatnya terus berniaga.
Azian sama sekali menyangka ada pihak baik jiwa dan hati membantunya dan anak-anak. Dan lebih mengharukan selama ini dirinya memang menggunakan Beras Era bagi nasi lemaknya selama bertahun-tahun ini.
“Tak tahu apa nak cakap tapi saya sangat terharu dengan sumbangan dari Beras Era ini. InsyaAllah, saya akan terus berjualan sepanjang Ramadan kerana inilah sajalah rezeki kami,”katanya sambil mengesat air mata kegembiraan.
Mana yang mahu mencuba nasi lemaknya yang sedap, carilah di Pasar Tani Saujana Utama Sg Buloh dan gerainya, Nasi Lemak Anak Ramai. Ada banyak lauk pauk sedap seperti paru masak merah, kerang, ayam masak merah dan banyak lagi. Ya jualannya sentiasa diburu dan setiap kali jualan, habis dua tong besar nasi sekitar 15 kg nasi.
Bagi kita yang mempunyai rezeki lebih bolehlah salurkan sedekah kepada Azian dan anaknya seramai 9 sembilan orang ini baginya meneruskan kelangsungan hidup.
Hari ini hari puan Azian. Dan esok lusa kita tidak tahu siapa yang diuji.
Bagi memberikan keceriaaan buat keluarga-keluarga di luar sana yang diuji kesulitan hidup, bersempena Ramadan mulia ini, Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita bersama Beras Era menggerakkan usaha membantu bukan sahaja keluarga puan Azian malah juga keluarga asnaf lain agar dapat meraikan hari raya dengan lebih bermakna.
Marilah kita berkongsi rezeki sempena Ramadan ini dengan memberikan sumbangan seikhlas hati, menyalurkan sumbangan melalui Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita.
Alhamdulillah, pihak Beras Era Food turut akan menggandakan jumlah sumbangan orang ramai bagi menyemarakkan Tabung Skuad Sedekah ini. Hulurkan sumbangan anda melalui akaun bank rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia iaitu 0704 3011 0620 93 atau scan QR Code tertera.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...