uban

Biasanya kalau rambut yang dulunya hitam tetiba dihiasi dengan warna putih yang dipanggil uban, mereka akan dikaitkan dengan faktor umur yang sudah tidak lagi muda.

Namun realitinya andai dirujuk dengan persekitaran hari ini, rambut beruban itu tak semestinya simbol kepada tua sebab ada juga yang berkait dengan penyakit dan ini menyebabkan uban muncul dalam usia yang masih muda.

Banyak sangat penyebab uban boleh menghiasi rambut anda pada peringkat awal, contohnya faktor daripada genetik, salah pakai produk rambut, kurang pemakanan yang berkhasiat untuk rambut dan mungkin juga tekanan!

Jadi kalau masalah uban sudah menyerang anda yang usianya masih muda, macam mana agaknya pandangan si dia? Ok, mungkin ada segelintir pasangan hidup tak kisah pun rambut sudah beruban tetapi sebaiknya anda patut berhias dan sedapkan mata dia memandang.

Niat itu kena betul ya, dan anda boleh ikut tip menutup uban secara alami ini…

IKLAN

1. Ampas Teh

Jangan buang ampas teh yang diguna tetapi seeloknya simpan dan pakai di rambut untuk atasi asalah uban. Caranya cukup mudah, anda cuma perlu biarkan ampas teh selama satu hari dan untuk hasil yang bagus anda boleh campurkan ampas teh dengan sedikit garam sebelum disapu secara merata pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama satu jam dan kemudian bilas dengan shampu. Boleh amal selalu supaya rambut bebas daripada uban.

2. Guna daun rambutan

Anda cuma perlu membuat masker rambut daripada daun rambutan, ambil daun secukupnya dan kisar dengan mesin pengisar hingga lembut. Kemudian ambil patinya gunakan untuk sapu di rambut dan biarkan beberapa minit. Bilas rambut dengan air suam.

Tetapi kalau nak senang eloklah guna produk ini…

IKLAN

3. Rivon Herbal Darkening Hairdye

 

Produk ini mengandungi ramuan herba yang sihat seperti Noni, Ginseng Liar, Noni, Minyak Zaitun, Aloe Vera dan herba ayurveda. Lagi bagus, anda boleh jimat masa sebab pewarna ini cuma ambil masa dalam beberapa minit untuk tutup uban dengan cepat dan diserap dengan berkesan.

IKLAN

Haaa… bonusnya, pewarna rambut ini menggalakkan rambut tumbuh lebih sihat dan lebih kuat. Diperkayakan dengan vitamin berkesan membantu menyuburkan rambut dan jadi sangat lembut dan bersinar.

Nampak tak produk ini cukup sesuai untuk anda yang sibuk dengan rutin harian sebab mudah dan tak ambil masa yang lama, cuma 20 minit penampilan anda nampak muda depan Si Dia. Moga anda mampu membuat pilihan terbaik untuk ikat hubungan suami isteri setiap hari!

Boleh didapati di semua cawangan Mydin seluruh Malaysia.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi

Lakhs Marketing
No. 20 Jalan Yeo Guan Hup,
Off Jalan Tengku Kelana,
41100 Klang,
Selangor.
Tel: 03-3371 9121
Faks: 03-3371 9131

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI