Tutorial Membalang Di Rumah, Masakan Ibu Anak Bawa Balik Asrama Tahan Berbulan! Bagi anak-anak yang tinggal di asrama mahupun kolej penginapan di universiti sebenarnya tetap boleh menikmati masakan ibu dengan kaedah membalang.
Malah ikut teknik ini masakan yang dimasak tak basi pun, malah mampu tahan berbulan, walaupun diletakkan pada suhu bilik. Menarik kan! Memang jimat duit anak-anak tak perlu beli makanan di luar, malah jimat masa pun iya.
1. Selepas masak lauk, masukkan ke dalam balang kaca yang telah disteril.
2. Jangan masukkan penuh, memadai hanya paras ‘bahu’ balang kaca.
3. Kemudian boleh label siap-siap, nama makanan dan tarikh luput.
4. Selepas itu tutup balang kaca ketat-ketat dan masukkan ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 20 minit menggunakan air yang telah mendidih.
Ads
6. Bila dah siap buka penutup periuk kukus, keluarkan balang dengan berhati-hati sebab sangat panas.
7. Pastikan penutup balang akan sedikit menaik.Iaitu macam kembung sikit. Kalau tak kembung, membalang mungkin tak jadi.
8. Biarkan sehingga sejuk, penutup balang sedikit melengkung.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sangat menjimatkan masa dan duit kerana tak perlu lagi beli makanan di luar. Hanya perlu guna kaedah membalang sebegini.
Rupanya sangat senang nak buat sendiri serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan makanan. Menggunakan bahan-bahan semulajadi yang pastinya bebas msg, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Hidayat Sahidini sebagai panduan;
Homemade mushroom seasoning powder. Ke arah perisa semulajadi tanpa garam dan msg.
Bahan-Bahan:
Cendawan shitake lotuss halfprice stiker kuning
Lobak merah (hiris guna peeler)
Bawang putih
Cara Membuat:
1. Hiris semua bahan dan masukkan dalam air fryer. Dehydrate 80°c 60min++ sehingga bebetul kering macam kerepek.
2. Selepas itu blend kering.
Siap!
Info Ekstra!
Guna cendawan segar, bilas-bilas kemudian hiris je. Tengok mat salleh buat guna dry mushromm dia terus blend je.
Kalau tak ada dhydrtor pakai Air Fryer biasa guna suhu paling rendah 80°c.
Boleh juga bakar cendawan tu sekejap dalam oven. Pastu agak-agak lembab dan tak basah sangat, masukkan dalam kuali dan sangai. Leceh sikitlah sebab tak ada alatan sesuai. Tapi insya allah tetap jadi.
Mingguan Wanita:Menarik boleh buat sendiri serbuk perasa cendawan ni di rumah. Memang jimat,perisa semulajadi bebas garam dan msg malah boleh dapat banyak hasilnya.
Memang ada benarnya penting bagi wanita zaman sekarang untuk mempunyai ilmu dan asas dalam menguruskan kewangan sendiri dengan baik. Ilmu ini sangat penting untuk wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumahtangga. Pengurusan kewangan sendiri dapat diamalkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah, dengan mempunyai simpanan sendiri, melakukan perbelanjaan secara berhemah, membuat pelaburan bijak dan sebagainya.
Bukan apa, ia sebagai persediaan dalam menghadapi kekangan seperti contoh, keadaan ekonomi yang tidak menentu, serta perlindungan kecemasan untuk masa depan nanti. Malah tidaklah kita sampai terlambat dalam menyedari kepentingan mengurus kewangan sendiri mahupun untuk keluarga.
Ini antara perkara yang wanita boleh melakukan untuk menguruskan kewangan dengan baik.
1. Mengenali Sumber Pendapatan Anda.
Untuk menguruskan kewangan dengan baik, wanita wajar mempunyai pendapatan dan simpanan sendiri. Wanita juga perlu belajar untuk menyimpan tanpa mengira bentuk hasil pendapatan, sama ada duit dari bekerja, berniaga kecil-kecilan, dividen pelaburan, bonus mahupun pemberian nafkah daripada suami.
Setiap ‘duit masuk’ atau pendapatan yang ada perlu diasingkan untuk simpanan sendiri. Sekurang-kurangnya, buat simpanan 10% dari pendapatan setiap bulan secara konsisten, kemudian tingkatkan jumlah simpanan sehingga 20% ke 30% setiap bulan. Jika berkemampuan, ada baiknya juga untuk wanita mempelbagaikan simpanan mereka, seperti membuat pelaburan bagi menambah nilai dan jumlah simpanan untuk jangka masa panjang, dan lain-lain.
2. Tahu Menguruskan Hutang & Harta Dengan Bijak
Asas dalam pengurusan kewangan yang baik ialah mengetahui cara menguruskan hutang dan harta dengan bijak. Berhutang itu tidak salah namun uruskanlah dengan bijak. Jangan kerana hutang yang ada, membuatkan kita terbeban dengan tanggungan yang tidak wajar.
Tak dinafikan ramai sebenarnya yang masih mengambil mudah dalam urusan melangsaikan hutang ini. Tak kiralah berhutang pada orang lain, pihak bank dan sebagainya.
Oleh yang demikian, penting sebenarnya bagi kita agar tahu menguruskan setiap hutang dan harta dengan bijak. Antaranya, tidak terperangkap dengan hutang jahat seperti membuat pinjaman peribadi pada ‘kehendak’ serta perkara bukan keperluan yang akhirnya boleh memakan diri sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
Bagi wanita terutamanya, sebolehnya ‘tahankan’ hati untuk membeli pelbagai barangan yang diingini secara berhutang. Sebaiknya jika ingin membeli sesuatu dalam jumlah yang besar, buat simpanan khas dan beli secara tunai. Ia mungkin mengambil masa yang panjang, namun ia lebih selamat dan berbaloi, berbanding hutang.
Bukan itu sahaja, pelajarilah beberapa teknik pengurusan hutang yang boleh diamalkan antaranya ialah ‘Snowball Effect’. Teknik ini dapat membantu menyelesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah atau ‘interest’ yang tinggi dulu, kemudian diikuti dengan hutang-hutang yang lain.
Semoga usaha kita untuk melunaskan semua hutang-hutang ini, dapat membebaskan diri dari bebanan, sedikit demi sedikit.
3. Tahu Menguruskan Perbelanjaan Secara Berhemah
Tahu menguruskan perbelanjaan secara berhemah merupakan antara perkara penting dalam menguruskan kewangan dengan baik. Wanita atau isteri selalu dianggap sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga, kerana peranannya dalam menguruskan segala perbelanjaan dapur serta hal ehwal kewangan rumahtangga.
Oleh yang demikian, wanita boleh mengamalkan prinsip 50:30:20 dalam menguruskan kewangan, iaitu 50% perbelanjaan, 30% keperluan dan 20% simpanan apabila menerima gaji atau pendapatan pada setiap bulan.
Pastikan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dengan mengukur baju di badan sendiri. Malah sangat penting dalam memastikan pendapatan yang diperolehi lebih besar dari komitmen dan perbelanjaan bulanan yang perlu dilangsaikan.
Pada masa yang sama, selalulah mengenal pasti dan menganalisis tahap kewangan anda pada setiap 6 bulan, mahupun setahun sekali atau setiap kali gaji dinaikkan. Ini penting bagi memastikan tahap kewangan berada di tahap yang sihat dan digunakan secara berhemah.
4. Ada Matlamat Kewangan Yang Jelas
Akhir sekali, untuk menguruskan kewangan dengan baik, wanita juga perlu mengetahui dan mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Para wanita perlu bertanya, apakah tujuan wang simpanan tersebut dan apakah kegunannya? Wang simpanan adalah untuk digunakan pada hari tua, waktu kecemasan, pendidikan anak-anak, deposit pembelian rumah, menunaikan umrah/haji dan sebagainya, bergantung pada objektif setiap individu.
Dalam memastikan setiap matlamat simpanan tercapai, penting untuk mewujudkan tabung khas pada setiap tujuan. Sebagai contoh, ‘Tabung Kecemasan’, wanita perlu ada sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji, juga sebagai persedian bagi menghadapi waktu yang sukar mahupun musibah yang boleh berlaku. Anggaran ini adalah supaya boleh bersedia apabila diuji dengan keadaan yang tidak dijangka.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kesan minyak melekat pada bekas plastik memang payah nak bersihkan. Walaupun dan guna air sabun, kesan kotorannya selalu tetap masih ada. Kena lebih ‘gigih’ menyental kesan-kesan minyak ni.Sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk mak-mak menanggalkan kotoran minyak melekat pada bekas plastik ni.Hanya perlukan sabun cecair basuh pinggan, air dan tisu.
Kaedah ini dikongsikan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai ajezzzzzzz. Katanya dia mendapat tahu tentang kaedah ini menerusi aplikasi TikTok.
Bahan Diperlukan:
Sabun cecair basuh pinggan
Air
Sekeping Tisu Dapur
Cara-Caranya:
1. Masukkan sedikit sabun cecair basuh pinggan dalam bekas plastik.
2. Isikan air paip dalam 1/3 bekas.
3. Gunakan sekeping tisu dapur.
4. Letakkan dalam bekas plastik yang berisi air tadi dan tutup rapat.
5. Kemudian hanya perlu goncang selama 2-3 minit.
6. Buka penutup dan bilas bersih bekas tersebut.
Tadaaa..Siap! Lihat hasilnya, kesan kotoran tanggal dengan mudah.
MW: Cukup mudah guna cara ni, tak perlu nak sental bekas plastik yang ada kesan minyak melekat, hanya perlu guna tisu, air sabun dan goncang-goncang je.
Kisah inspirasi tentang Shamsuri dan isterinya yang menerima cahaya mata ke-13, membuktikan bahawa rezeki anak ramai adalah anugerah penuh keberkatan. Ketabahan dan kasih sayang pasangan ini menjadikan keluarga besar mereka sumber kekuatan.