Sesekali mak-mak kena curi masa untuk kemas pantri macam yang Puan Hani Mynis buat ini, barulah senang nak cari barang waktu tengah masak.
Apa yang menarik sangat, wanita ini menggunakan barang-barang yang tak mahal untuk kemaskan ruang dapurnya.
Tip Kemas Pantri
Tutorial langkah asas mengemas ruang dan cara untuk membeli bakul/bekas muat-muat satu laci/rak.
Atas permintaan, hani import perkongsian hani di group ke wall hani. Kemain panjang tajuknya. Ok here we go:
Teori dah hani ajar sekarang masa nak tunjuk praktikal pulak. Gigih hani punggah pantry dan recreate situasi dalam pantry kalau kita tak organise dan kemas demi uols.
Ini langkah-langkah asas untuk mula mengemas sesuatu ruang.
1. Keluarkan semua barang dan kosongkan ruang@ almari @ rak @laci.
2. Bersihkan ruang. kalau nak redecorate ruang buat lah masa ni. Nak tampal wall paper ke, nak baiki ke. nak betulkan loose screw ke.
3. Asing dan sisihkan barang-barang yang dah dikeluarkan tadi sama ada nak simpan, buang, derma, kitar semula atau jual.
4. Beli atau sediakan alat penstoran, rak ke, bakul ke, bekas.
5. Susun semula dalam rumah masing-masing.
6. Label.
Boleh tengok gambar ya untuk langkah-langkah:
Ads
Ni senario kebanyakan kita menyimpan barang. Ni kira worst case lah ye. Kadang-kadang bila dah susun pun still nampak semak. Tapi tu lah kalau kena caranya kita boleh perbaiki cara kemas dan susunan supaya cantik di mata kita dan juga semestinya praktikal. Nanti nak mencari tak de lah mengagau semua para kan. Mana lah aku letak stok serbuk kunyit ni ha gitu. Last tak jumpa pergi beli lagi untuk kali kelapan. Padahal ada je kat situ kan.
Step pertama: kita keluarkan semua barang. Kosongkan rak.
Step kedua : kita bersihkan para, berhabuk sikit sbb dah lama tak lap. Ni kira sikit juga ni kalau tak lagi menebal.
Ini kelengkapan nak mengelap tu.
Surface cleaner hani guna bukan jenis disinfectant yang hani pernah kongsi. Hani guna khas utk dusting. Hopefully lama lah bertahan sebelum habuk menebal balik. Tp kalau ikut pengalaman memang lambat habuk nak tebal.
Hani lap dulu habuk dengan microfiber supermitt tu.
Ads
Lepas tu spray dengan dusting spray, lepas tu lap dengan wipe cloth tu. Berkilat balik nnt.
Plastik sampah tu wajib ada sebab nanti nak sorting sisih barang-barang dalam pantri yang kita dah keluarkan tu.
Selepas dibersihkan
Step ketiga : kita sort dan sisih masa ni. Tengok mana yang dah expired boleh buang. Kemudian sort ikut kategori.
Ni kategori pantri hani
✅ telur (telur hani simpan dalam pantri)
✅ bihun/suun
✅ pasta (utk letak mi spaghetti, makaroni)
✅ pasta ing (utk letak sos bolognaise atau carbonara yg dlm tin/jar, cendawan dalam tin, apa-apa kelengkapan nak masak pasta
✅ mi segera (megi)
✅baking ing
✅stok rempah
✅bubur ing (barang nak masak bubur)
✅stok aqil (stok susu dia)
Ads
Step keempat kita nak susun balik barangan makanan tu dalam pantri. Tapi kali ni kita nak buat rumah untuk barang-barang tu. Tak nak lah pakai letak je kan. So kita kena beli bekas sesuai dengan saiz ruang tu. So apa lagi ambil surat khabar buat template para tu.
Dah ukur, lipat comel-comel bawa template tu ke eco hehe kat eco nnt buat muka tak malu, bentang template kat lantai, amik bekas atau bakul susun atas ni. Tapi masa susun tu pastikan terbalik kan bekas /bakul tu. Maksudnya tapak bakul ke atas. Susun muat-muat kertas. Haa… itulah rahsia nya mcm mana hani dapat bakul yang ngam-ngam je dengan ruang.
Susun tapak bekas ke atas ya atas template tu nanti
Ini lah bakulnya. Setelah dua tiga kali juga try error dulu kat eco. Malu tolak tepi lah kan org pandang-pandang tapi tak sempat lah hani nak ambil gambar kat eco.
Susun bakul dalam ruangnya. Dan mula isi dengan barang-barang pantri tadi. Dah nampak kemas kan. Tapi belum siap lagi!
Step terakhir : label. Now baru lah siap. Tak ada lah kalau nak cari mihun mengagau buka satu-satu bakul kan. Nanti husband nak cari barang pun senang. Lepas je siap fasa ni hani kejap-kejap buka pintu pantri admire kerja sendiri.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tingkap nako kebiasaannya mudah ‘ditemui’ di kediaman yang telah berusia binaannya. Tidak perlu ambil peduli andai ada orang cakap tingkap nako sudah tidak trend, tapi idea yang diolah dapat memberi nafas baru kepada tingkap kediaman.
Jika anda perasan, bagi pembangunan yang berkonsepkan industri dan minimalis, tingkap nako ini telah diguna pakai semula. Jadi bagi anda yang kediamannya menggunakan tingkap nako, jangan sedih. Ia masih ada nilai yang tersendiri.
Seperti yang dikongsikan oleh Pn Suhana Mat Rasau ini, bukanlah sesuatu yang rumit dan menelan belanja yang banyak. Cukup sekadar melekatkan mirror sticker pada setiap bilah tingkap.
Nak tahu cara pasang mirror sticker pada tingkap nako? Anda perlu ikut ENAM langkah mudah dan cepat ini.
Bahan-bahan:
1 gulung Mirror sticker (saiz 90cmx2cm @RM23.50)
Air bercampur sabun
Gunting atau pisau
Pen marker
CARA-CARA:
1. Keluarkan cermin dari bingkainya dan cuci bersih. Masa ini lah akak excersice, mana yang tidak pernah cuci tu boleh la bawak-bawak dicuci ye.
2. Dah kering betul, letak cermin atas gulungan mirror sticker. Ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin. Kepingan mirror sticker yang sudah siap dilukis tadi dijadikan sukatan untuk memudahkan ketika proses memotong bilah lain nanti
– Potong mirror sticker ikut panjang dan lebar yang telah di tanda
3. Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun sikit.
4. Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong. Plastik lapik ini sangat nipis kena betul-betul tengok untuk kopek tu
5.Tampal pada cermin yang permukaannya licin dan rata. bukan yang bertekstur tau dan ratakan elok-elok. Gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara (air bubble)
6. Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali dibingkai tingkap
Ini gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker. Mudah sahaja nak pasang tambahan pula kos murah dan tak makan masa yang lama pun.
Dengan pemasangan mirror sticker ini maka terjagalah privasi penghuni seisi rumah. Tiadalah orang luar boleh nampak terus ke dalam rumah.
Sumber: Suhana Mat Rasau
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan basuh baju putih memang agak renyah.Perlu dicuci berasingan dengan baju berwarna, malah jika dipakai lama boleh menyebabkan warna kekuningan.Sebenarnya, ada tip mudah yang mak-mak boleh gunakan ketika cuci baju putih untuk memastikan ia kekal putih melepak dan tak perlu disental.
Mak-Mak boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Leena Hassan ini sebagai panduan;
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So.. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse-nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara-caranya. Anda boleh cuba untuk uniform anak-anak sekolah nanti.
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Bahan-Bahan:
Sabun Mandi (Lux)
Penyagat
Sabun Baju
Cara-Caranya:
1.Sagat sabun mandi secukupnya.
2.Rendam baju-baju putih dengan sabun lux yang diparut selama 1 malam didalam mesin basuh.
3.Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa, Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.
Info Ekstra!
Saya guna 3 cawan sabun lux yang diparut + ½ cawan sabun biasa. 3 cawan sabun lux tu nampak macam banyak tetapi sesuai dengan sukatan minimum air yang telah diset kan oleh mesin basuh saya. Kalau sikit sangat, nanti sabun nya cair pulak.
Jangan risau, sabun tak berketul setelah direndam semalaman. sabun tu sempat cair & larut. Saya ada elergik dengan sabun basuh, so kaedah ini membantu saya supaya saya tak perlu sental baju & tangan pun selamat tak kena sabun.
Semoga bermanfaat!
Selamat Mencuba!
MW: Terima kasih atas perkongsian tips ini. Jadi buat mak-mak yang nak cuci baju putih tu, seperti baju uniform kerja atau baju sekolah anak-anak bolehlah cuba cara ini. Barulah baju tahan lama, wangi serta nampak baru dan putih je selalu.
Makan sayur kangkung, masak bening, masak kicap dan masukkan dalam mihun goreng memang sedap. Nak makan, kenalah beli kat pasar. Tapi beruntungnya bila kita tanam kangkung sendiri, boleh petik sahaja.
Sebenarnya, nak tanam kangkung tak susah dan ia antara sayuran yang senang nak tumbuh. Kalau kat kampung memang mudah untuk tanam dan kadang-kadang terlalu banyak dibiarkan sahaja kangkung itu.
Bagi mak-mak yang duduk di bandar dan bila teringin makan hanya beli sahaja. Apa kata cuba tanam sendiri kangkung terutamanya kangkung paya atau dipanggil kangkung kampung.
Perkongsian daripada Fatiman Naamat ini boleh dijadikan panduan dan lepas ni tak perlulah nak beli lagi, petik je dalam pasu dan boleh sediakan dengan aneka masakan.
Kangkung paya atau dikenali dengan kangkung kampung. Memang tumbuh liar di kawasan paya atau mana-mana hutan. Kalau nak beli pun selalu orang akan jual seikat RM2, boleh tahan harganya.
Jadi, daripada asyik beli setiap minggu, saya cuba tanam sendiri. Jimat belanja. Lagipun, kalau nak makan, petik sahaja.
Cara Tanam
1. Masa beli tu, ambil daun buat goreng sayur. Tinggalkan pucuk pada bahagian atas sekali dan batang dia. Ada pucuk pokok akan cepat tumbuh. Kalau terpotong pucuknya pun takpe.
Potong daunnya dan biarkan tumbuh semula. Nanti kita potong lagi..
2. Rendam dalam masa dua atau tiga hari untuk bagi akar keluar. Kadang-kadang boleh rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam.Rendam dulu batang kangkung utk 2 atau 3 hari. Nanti akan tumbuh akar camtu..
3. Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos. Atau takde pasir pun takpe sebab kangkung nak air banyak.
4. Boleh juga tanam dalam air bertakung. Tim buat macam no 3 cuma tak tebuk lubang. Kiranya ada sepasu ada lubang. Ada sepasu lagi takde lubang. Cuma Tim rasa pasu yang ada lubang pokoknya lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.
Tanam dalam tanah, pasir, kompos. Yang ni buat ada lubang bawah dia..
5. Tanam di tempat redup untuk 2 minggu. Kemudian pindahkan ke tempat panas. Tengok daunnya lecur ke tak bila kena panas. Kalau kelihatan layu atau lecur pindah balik tempat redup.Jenis kangkung yang lain. Tanam dalam bekas bertakung..
6. Boleh dah tuai lepas 4 minggu. Kemudian tuai lagi lepas 2 minggu. Atau tuai bebila nak. Batang pucuk yang potong tu boleh ditanam semula.
Boleh juga buat cara air bertakung. Cuma make sure nyamuk tak buat sarang la..
Kalau simpan pucuk dia, pokok akan tumbuh cepat. Namun kalau terpotong pucuk atas, it is okay. Pucuk baru akan tumbuh gak. Cuma lambat sikit..
Kangkung paya dah ready untuk di makan..
Kangkung ready untuk dimakan..
Kalau nak sentiasa banyak stok, tanam lah banyak-banyak. Tim pun nak tanam lagi beberapa pasu. Supaya stok sentiasa banyak.
MW: Ingatkan kangkung perlukan tempat air yang banyak. Dalam pasu pun boleh. Bolehlah buat stok dan petik je kalau nak makan. Sihat pun sihat.