Cantiknya Kain Duyung ‘Ruffle’ yang dikongsikan oleh Puan Anida Aliyas Anida ini. Elok terletak dan beralun ketika dipakai.Masih mood syawal, sempat lagi kalau mak-mak nak jahit baju atau kain untuk dipakai ketika hadiri rumah terbuka nanti. Mak-mak boleh cuba cara buat Kain Duyung ‘Ruffle’ yang cantik dan mudah dijahit ini mengikut tutorial yang dikongsikan oleh tukang jahit ni.
“First time buat kain design ni, tak sangka ramai yang nak kan tutorial. Walau pun sibuk sangat time ni, tapi demi kawan muka buku saya buat juga tutorial yang tal seberapa ni. Ini cara saya tak tiru mana-mana. Harap semua boleh faham lah ye.Saya halalkan ilmu ni dunia akhirat.”
Kain bidang 45″ 3 meter
Kain bidang 60″ 2 suku atau 2.5 meter.
Cara Membuat:
1.Potong radius tu sebab nak bagi ruffle tu flowy (beralun). Radius tak standard.Kalau nak ruffle banyak alunan besar kan radius tu.
Panjang ruffle tu tolak 3 inci dari labuh kain. Contohnya, labuh kain 40 inci, ruffle buat panjang 37 inci.
2.Pastikan kain ni sebelah luar/ cantik. Mungkin kalau nak jimat kain buat lawan ira.
3.Kemudian jahit setengah inci.
4.Bila dah cantum beginilah kejadiannya.
5.Saya susun ruffle bila dah siap cantum. Yang bahagian atas akan jadi macam tu nanti potong bagi rata. Pastikan kedudukan ruffle sama balance.
6.Tengok betul-betul cara nak susun ruffle tu.
7.Potong bahagian atas bagi sama rata. Lepas tu jahit macam biasa la ye.Kiranya ruffle ( kain tangga) terletak atas skirt biasa.
Siap! Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Jadi jika mak-mak yang pandai menjahit tu, nak cuba kelaianan sikit untuk rekaan kain boleh cuba tutorial ini. Cukup mudah dan pastinya nampak cantik bila dipakai nanti.
Sumber: Anida Aliyas Anida
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI