
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Rezeki si Pengutip Sampah, siapa sangka ‘batu’ wangi yang dikutip tepi pantai, rupanya bernilai tinggi dan sekaligus menjadikan lelaki ini seorang jutawan serta kaya sekelip mata.
Tuah bagi seorang pengutip sampah di Thailand apabila menemui sebongkah batu bernilai 537,500 Pound Sterling (kira-kira RM2.9 juta).Bastille Post melaporkan, lelaki dikenali sebagai Surachit itu tidak menyangka batu ditemui adalah ambergris yang amat bernilai tinggi.
Bahan Buangan Ikan Paus
Pada awalnya, dia menemui batu berwarna kelabu itu yang dihanyutkan air di pinggir pantai ketika mengutip sampah.Lelaki terbabit kemudian membawa pulang batu itu ke rumahnya sebelum mendapati ia mengeluarkan bau aneh seperti lilin.
Lelaki itu kemudian memaklumkan rakan dan saudaranya dan ramai menyangka batu itu adalah bahan buangan ikan paus yang dipanggil ambergris. Surachit dan rakannya kemudian memeriksa batu itu dan membakarnya sehingga ia mengeluarkan bau yang harum.
Kini, dia sedang menunggu pakar kerajaan yang relevan untuk menilai batu berkenaan.
Bahan Sukar Diperolehi
Ambergris lazimnya didapati dalam usus ikan paus. Bahan ini terbentuk akibat tindak balas ketika proses penghadaman mamalia itu.Pakar berpendapat bahawa bahan ini keluar melalui usus ikan paus sebagai bahan buangan.
Tetapi ada juga yang mendakwa bahawa ia dimuntahkan oleh mamalia itu memandangkan saiznya yang terlalu besar.Selepas keluar dari badan mamalia itu, ia akan hanyut di laut dan boleh bertahan sehingga 100 tahun.
Keunikan ambergris adalah kerana bahan ini sukar diperolehi dan digunakan sebagai antara bahan dalam pembuatan minyak pewangi.
MW: Rezeki sungguh siapa sangka ingatkan kutip sampah, rupanya ‘batu’ wangi berharga yang boleh jadi jutawan.
Sumber: Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sehari Selepas Hari Lahir Ke-33, Adik Ipar Meninggal Dunia Di Rumah Allah

Bila dah jadi satu keluarga, perkara utama yang perlu dijaga ipar duai adalah hubungan baik sesama mereka kekal terpelihara. Paling indah, sampai ke akhir hayat hati kekal bertaut dan tiada masam muka.
Inilah cantiknya hubungan ipar duai antara Hijab Stylist, Azlia Idha dengan adik iparnya, Allahyarham Ahmad Saif-elisham yang kembali ke rahmatullah sehari selepas hari lahirnya yang ke 33 tahun.
Adik iparnya itu seorang yang baik hati malah sentiasa menyenangkan hati. Bukan saja kakak iparnya, sesiapa saja yang ada di sekelilingnya akan terkesan dengan kebaikan akhlak lelaki ini.
Bila dikhabarkan adik iparnya yang baik itu meninggal dunia di Masjid pada Subuh 15 November lalu, hati kakak iparnya ini luluh. Empangan air mata tak dapat lagi ditahan tahan. Pecah!
Baik Adik Iparnya.. Sentiasa Fikirkan Orang Lain
Orangnya suka tersenyum, tak pernah saya tengok beliau marah. Saya selalu tanya “Ko tak pernah marah orang ek? Cool je.”
Orangnya sangat menyenangkan, suka membantu memudahkan urusan orang lain.
Nak cakap buruk tentang orang lain, memang jauh sekali.
Solat dijaga, dia tak pernah nasihat suruh orang solat. Dia suka ajak “Jom jemaah sekali.” Halus sekali dakwahnya.
Dia tak pernah judge orang. Jahat ke baik. Solat ke tak. Kaya ke sederhana; semua dia layan sama rata.
Kalau balik rumah kami, beliau suka keluar ke masjid lama-lama. Bila saya tanya kenapa pada adik; beliau kata nak bagi masa saya dan Erin (adik ipar) boleh selesa bukak tudung kat rumah.. Allah tak pernah terfikir langsung.. tapi itulah Ahmad.
Banyak lagi perbuatannya yang sangat consider orang lain.
Dan banyak kenangan saya dengan Ahmad.
Aku Sentiasa Doakan Syurga Balasan Untukmu
Orang lain nampak kami sebagai hubungan ipar sahaja. Tapi kami closed macam adik beradik, rakan bisnes dan sahabat yang sentiasa membantu.
Jujurnya, saya sangat gembira adik saya berkahwin dengan orang seperti Ahmad. Beliau selalu risau sebab saya hidup seorang diri (sebelum kahwin, saya dan Allia buat bisnes dan tinggal bersama). Sebenarnya saya tak rasa keseorangan pun sebab adik & Ahmad sentiasa berjumpa keep in touch.
Baiknya Ahmad sampai kami selalu bergurau saya kata dia, “Ahmad, kalau ko meninggal mesti ko masuk syurga Mad..ko baik sangat.”
“Aku rasa ko ni ahli syurga la Mad..sebab ko suka tolong orang.” Ahmad akan ketawa gembira.
Tenanglah kau di sana duhai adikku Ahmad Saif-elislam. Terima kasih selalu teman dan support segala apa yang Kakngah buat. Terima kasih jaga dan jadi suami Allia dengan baik sekali.
‘Dah takde dah orang nak jadi barista buat kopi untuk aku, Mad.. Kita kan hantu kopi.’
Aku sentiasa doakan syurga balasan untukmu.. moga doa aku makbul dan aku percaya engkau salah seorang ahli syurga. Kebaikan kau menjentik hati kami semua.
Kau sentiasa hargai orang lain dan jaga hubungan dengan Allah. Indahnya pengakhiran hidup kau di tempat yang kau selalu pergi; rumah Allah.
Mulianya kau solat jenazah sampai 2 kali. Ramai orang datang semua menceritakan kebaikan kau. Muka kau macam tengah tidur je Mad.

Doa Untuk Adik Yang Baru Kehilangan Suami
Ini doa kakak untuk adiknya yang baru saja kehilangan suami tercinta. “Tabahkan dirimu Allia Idha. Aku selalu ada untukmu sampai bila-bila. Kita hadap benda ni sama-sama ya?
“Mohon doakan kekuatan Allia, keluarga Ahmad dan keluarga kami semua untuk menghadapi dugaan ini. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang datang semalam.”
Alfatihah buat Ahmad.

Kau Sentiasa Ada Dalam Hati Kami
Kau selalu teman aku, Ahmad..
Kau selalu tolong masa aku susah..
Kau & Allia tahu segala yang aku tanggung.. Naik turun hidup aku..
tapi Kau tak pernah pandang rendah dekat aku..
Kau sentiasa bagi semangat & kau percaya dengan potensi aku..
Kau anggap aku macam kakak sendiri walaupun aku sedar aku taklah baik mana.. Semalam aku berkesempatan temankan kau, Mad. Aku berkesempatan solat jenazah untuk kau.
Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan @thesaifulislammalek untuk kami. Masukkanlah beliau ke dalam syurgaMu.
Mohon sedekahkan alfatihah buat adik ipar kami sempena jumaat (ketika catatan ini ditulis) yang mulia ini.
Moga doa kalian dibalas dengan sebaik-baik balasan. Amin.
Sumber/Foto : Azlia Idha
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercerai 48 Tahun Lepas, Lelaki KENCING Atas Kubur BEKAS Isteri Setiap Hari

Bercerai 48 tahun Lalu, lelaki Kencing atas kubur Bekas isteri setiap hari. Entah apa yang terbuku dan di dendamkan di dalam hati, meskipun sudah bercerai 48 tahun lalu, seorang lelaki tergamak membuang air kecil di atas kubur bekas isterinya di tanah perkuburan Orangetown, New York setiap hari. Memang melampau perlakuan ini.
‘Beg Berisi Najis’
Lapor Daily Mail, perkara itu terbongkar selepas anak mendiang, Michael Murphy, 43, menemukan beg berisi najis di kubur ibunya ketika datang menziarah.
Pada mulanya, dia menyangka najis itu ditinggalkan tanpa sengaja oleh pemilik haiwan yang membawa anjing mereka bersiar-siar.
Namun, dia mula berasa aneh apabila menemukan beg najis lagi pada hari lain.
Pasang Kamera Tersembunyi (CCTV)
Selepas dimaklumkan kepada pihak polis, pengurus tanah perkuburan tersebut memberi kebenaran kepada Michael untuk memasang kamera tersembunyi di kubur ibunya.
“Saya terkejut sebaik melihat kelibat lelaki yang pernah mengahwini ibu saya pada 1970-an.
“Dia datang pada awal pagi dengan kenderaan jenis SUV sebelum berjalan ke kubur dan melondehkan seluarnya untuk membuang air kecil,” katanya yang membuat pendedahan dalam Facebook.
Ibu Meninggal Pada 2017
Murphy berkata, ibunya, Linda Louise Torello meninggal dunia akibat kanser pada 2017 ketika berusia 66 tahun.
Katanya, dia mempunyai bukti selama berbulan-bulan mengenai perlakuan biadab itu dan sudah membuat laporan polis.
Polis bagaimanapun memaklumkan, pihaknya tidak dapat bertindak kerana tiada ancaman khusus seperti keganasan fizikal.
Mesti Baca:Akibat Selalu Dibandingkan, Cucu Berdendam Bakar Rumah Atuk & Nenek
Baca Lagi Di Sini:Usah Berdendam, Jadilah Pemaaf & Beri Peluang Sebab Kita Bukanlah SEMPURNA
Mingguan Wanita: Entah apa masalah lelaki ni. Biadap dan melampau sungguh perbuatannya. Jika sakit hati atau berdendam sekalipun tak perlu sampai tahap begini. Apatah lagi bercerai pun dah lama.
Sumber: Utusan
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pekerja Wanita Ditikam Dalam Rompakan Kedai, Berjaya Halang Suspek Dipercayai Warga Asing Larikan Wang

Pekerja wanita ditikam dalam rompakan kedai, berjaya halaang suspek dipercayai warga asing larikan wang tunai. Tular di media sosial rakaman video melibatkan rompakan sebuah kedai francais jualan aiskrim popular Mixue di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Dalam kejadian semalam dari sumber awal, kelihatan dari video dikongsi di media sosial, kedai minuman popular ini dimasuki seorang lelaki yang memakai pelitup muka. Dapat dilihat lelaki ini terus mengambil sebilah pisau dan kemudian mengejar pekerja tersebut sebelum menikamnya sebanyak 8 kali seperti dilaporkan sebuah portal.
Pekerja Wanita Ditikam 8 Kali Dalam Rompakan Kedai
Melalui paparan data rakaman kamera litar tertutup (CCTV), difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.25 pagi. Melalui klip berdurasi dua minit lebih itu, premis ini kelihatan lengang dan mangsa berada di bahagian dapur.
Suspek dipercayai warga asing pada mulanya berada di hadapan kaunter sebelum menuju ke arah mangsa dan terus mengejar dan menyerang mangsa sebelum menikamnya bertubi-tubi.
Mangsa dilihat cuba melawan dan melarikan diri namun suspek terus mengejar mangsa.
Rompakan kedai mixue dekat Taman Sri Muda..anak AZMAN SANI…adik izmah yang wahida tu..
Sekarang dia dipantau oleh DR.
Dia supervisor dekat mixue tu.
8 kali kena tikam dekat perut.
Kena samun & ada duit dekat dia RM4000
Sumber info : FB pic.twitter.com/DPkd1RnGkL
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 13, 2024
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, semakan rakaman CCTV berjaya mendapatkan wajah sebenar suspek.
Katanya, usaha sedang giat dijalankan oleh pihak polis untuk kesan dan tangkap suspek pada kadar yang segera.
Jelas beliau lagi, ketika kejadian mangsa yang berusia 21 tahun seorang diri di tempat kejadian dan polis menerima laporan daripada abang kepada mangsa pada pukul 11.40 pagi hari kejadian (Selasa).
“Hasil siasatan mendapati kejadian lebih kurang pukul 11.30 pagi, semasa mangsa bekerja seorang diri di kedai tersebut sementara menunggu pekerja-pekerja lain untuk masuk bertugas.
Suspek Dipercayai Warga Asing Diburu
“Suspek merupakan seorang lelaki memakai pelitup muka dan bersenjatakan pisau pemotong kertas cuba melakukan samun ke atas mangsa namun berjaya dihalang oleh mangsa sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan akibat ditikam oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Mohd Iqbal, mangsa yang dirawat di Hospital Shah Alam dan telah dibenarkan pulang pada pukul 1.00 pagi Selasa. Setakat ini jelas beliau, tiada sebarang kerugian dialami oleh mangsa mahupun pihak syarikat mangsa.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid di talian 0136544996,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Kanak-Kanak 5 Tahun Mati Didera Keluarga Angkat, Jiran Bongkar Selalu Dengar Suara Tangisan & Dimarahi
Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun ‘Selamat’ Bertunang, Ibu Bapa Nazar Ketika Di Arab Saudi
Kanak-Kanak 5 Tahun Tertinggal Dalam Kereta, Ibu Terlupa Selepas Ambil Anak Dari Taska
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI