
Isi Kandungan
ToggleBila kena kemas rumah tanpa bantuan orang lain, mak-mak cuma harapkan cara paling membantu untuk memudahkannya. Tambah musim cuti ni, kena pantas sebelum anak-anak kecil bangun dan mula ‘senikan’ rumah dengan semua barang mainanya.
Agak-agak boleh tak buat semua kerja tanpa bantuan suami atau anak yang dah besar? Haaa…
Tetapi percayalah, selepas anda membaca artikel ini, persepsi anda akan berubah.
1. Cuci mesin & teko kopi
Mesin kopi: Lumatkan roti atau nasi putih mentah untuk menyingkirkan bau lama. Kemudian kisar 1 sudu baking soda untuk membersihkan dan lap.
Teko Kopi: Kalau dah suka kopi tu, mesti sanggup buat serbuk kopi sendiri. Untuk cuci, masukkan sedikit cuka dan air. Blend dua atau tiga kali dan biarkan sekejap. Kemudian bilas dengan air.
2. Kesan gincu di baju
Hilangkan kesan kotoran dengan semburan rambut, biarkan selama 10 minit. Sapukan dengan tuala kecil yang lembap dan basuh seperti biasa.
3. Kotoran pemanggang & kuali
Pemanggang: Potong dua bawang putih dan guna garpu untuk gosok pada pemanggang yang masih panas. Betul, pemanggang anda pasti lebih bersih dan tidak berbau.
Kuali: Masukkan air dalam kuali yang hitam dan tambah secawan cuka putih. Reneh. Ambil kuali dan tambah 2 sudu baking soda. Kosongkan kuali dan gosok perlahan-lahan untuk membuang kesan terbakar.
4. Kesan di karpet
Sembur tempat kotor dengan campuran 2 bahagian air dan 1 bahagian cuka. Letakkan kain lembap, kemudian tekan sterika panas dengan tetapan stim ke kain buruk selama 30 saat. Ulangi sehingga kesan hitam itu hilang.
5. Cuci microwave dalam masa 5 minit
Potong dua beberapa lemon dan masukkan ke dalam piring kaca dengan air. Panaskan microwave sehingga air mula mendidih. Biarkan air lemon tadi selama satu minit sebelum buka. Dan anda boleh cuci kotoran dengan sapu sedikit demi sedikit. Confirm bersih dan macam baru!
6. Rak & sudu besi jadi baru
Rak: Tak perlu nak cari yang baru, anda boleh cuci dengan cara lebih mudah. Lapkan dengan air suam dan gosok dengan cuka di rak pinggan. Kemudian taburkan sedikit baking soda di bahagian bawah dan tempat kotor. Hasilnya anda pasti terkejut!

Sudu: Tambah 1/2 cawan garam dan 1/2 cawan baking soda. Rendamkan barang-barang besi anda dengan air panas. Selepas 30 minit rendam, kotoran akan hilang. Hanya bilas dan lap kering.
Yang mana satu masalah anda untuk bersihkan alatan dapur dan barang hiasan rumah? Boleh cuba satu-satu untuk tengok hasilnya, ya! Semoga membantu dan mudahkan kaum wanita untuk bersihkan rumah setiap hari.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu Kieda Crepe Ada Unsur Paksaan Belian, Ustaz Lariba Beri Penerangan Paling Jelas Mudah Difahami

Isi Kandungan
ToggleIsu Kieda Crepe ada unsur paksaan belian, Ustaz Lariba beri penerangan paling jelas mudah difahami. Beberapa hari ini tular tentang isu kieda crepe yang didakwa wujudnya paksaan dalam belian crepenya yang mendapat sambutan ramai.
Saat dikecam ramai orang termasuk ada merasakan dirinya membuat paksaan dalam sistem jual belinya, Kieda Crepe tampil memberi penjelasan bahawa dia mahu membantu vendor-vendornya sama. “Ia bukan berkaitan poket atau perut saya saja tapi untuk bantu vendor-vendor mencari rezeki sama.
“Dari awal lagi, semasa pembeli datang ke kedai, sudah dimaklumkan tentang konsep belian vendor ini. Tapi bagi yang nak beli Kieda Crepe saja tanpa makanan vendor boleh ikut tour personal kami,” katanya dalam penerangan video selepas wujud banyak kecaman mengenainya.
Isu Kieda Crepe Ada Unsur Paksaan Belian
Dalam pada itu, isu ini turut mendapat perhatian bila mana Ustaz Azhar Idrus turut ditanyakan soalan dalam ceramahnya dan isu ini terus menarik perhatian bila mana katanya adalah salah jika ada konsep paksaan dalam jual beli.
Dalam pada itu, memandangkan isu ini masih tular, Ustaz Lariba tampil memberikan penerangan paling mudah untuk difahami. Adakah benar wujud unsur paksaan dan menjadi dosa atau apa sebaliknya.
Dikongsikan di fbnya, Ustaz Lariba memberikan penerangan paling mudah.
ISU KIEDA CREPE – ADAKAH ITU SUATU JUAL-BELI PAKSA?
Kami telah menerima beberapa soalan mengenai isu Kieda Crepe di mana ada orang mendakwa beliau telah “memaksa” pelanggannya membeli barang-barang yang pelanggannya tidak mahu beli.
Ini adalah kerana beliau menjual crepe beliau dengan digabungkan dengan produk lain. Telah menjadi viral pulak kerana agak ramai yang mendakwa beliau memaksa pembeli beli barang pada asalnya tidak mahu beli.
Ada juga dikongsi suatu sedutan video Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyatakan bahawa jual-beli sebegitu adalah tidak sah sebab tiada keredhaan penjual dan pembeli kerana pembeli “dipaksa” beli benda yang dia tidak mahu beli.
So adakah elemen paksaan dalam jual-beli ini?
Antara syarat jual-beli adalah التراضي بين الطرفين (saling meredhai antara kedua belah pihak). Ertinya penjual bersetuju untuk menjual dan pembeli juga bersetuju untuk membeli dengan ketetapan tersebut. Maka, tiada pihak yang dipaksa menjual apa yang beliau enggan jual atau tiada pihak yang dipaksa membeli apa yang beliau enggan beli.
Ini berasaskan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa ayat 29:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٖ مِّنكُمۡۚ
(Maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”
Tapi apakah jual-beli secara paksa itu?
Dalam Islam, paksaan yang boleh menjejaskan syarat keredhaan dan membatalkan akad adalah yang mengandungi unsur ancaman atau ugutan. Oleh itu, para ulama telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan kita mendakwa transaksi yang kita lakukan itu adalah secara paksaan. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Orang yang memaksa hendaklah mampu melaksanakan ugutan atau ancaman yang dibuat;
- Orang yang dipaksa ada sangkaan tinggi bahawa orang yang memaksa tersebut mampu melaksanakan ancaman atau ugutannya sekiranya dia enggan menurut perintahnya dan dia pula tidak mampu menghalangnya daripada melaksanakan ugutan atau ancaman tersebut;
- Ancaman atau ugutan yang dibuat oleh orang yang memaksa itu melibatkan keselamatan ke atas nyawa, anggota dan harta; dan
Orang yang dipaksa telah menunjukkan keengganannya untuk melakukan perbuatan tersebut sebelum ugutan atau ancaman dibuat lagi.
Contoh jual-beli paksa ialah:
- Kita bayar tunai RM100 untuk isi minyak. Setelah isian penuh, jumlah harga minya ialah RM90 maka kita mintak daripada pekerja stesen minyak baki RM10. Namun pekerja stesen minyak itu berkata polisi mereka ialah baki tidak dikembalikan. Sebaliknya, baki itu hendaklah digunakan untuk beli barang yang senilai di stesen minyak mereka.
- Abang kita jual produk MLM sebanyak RM200. Dia berkata kepada adiknya jika adiknya tak beli barang RM200, mereka bukan adik-beradik lagi.
Ustaz Lariba Beri Penerangan Paling Jelas Mudah Difahami
Dalam isu Keida Crepe, kami difahamkan seperti berikut:-
- Beliau pernah pada asalnya menjual crepe sahaja dan tidak digabungkan (secara kombo) dengan produk lain. Pendek kata beliau menjual crepe beliau sahaja.
- Beliau kini tidak menjual crepe secara berasingan dan kini menjual crepe beliau dengan digabungkan dengan produk orang lain. Beliau memberi alasan bahasa beliau ingin “membantu vendor lain”.
Adakah syarat-syarat baru ini merupakan satu paksaan dalam jual-beli?
Walau apa pun niat beliau menukar syarat-syarat pembelian, pendapat kami adalah seperti berikut:
- Jual-beli dengan syarat-syarat baru Keida Crepe bukanlah jual-beli paksaan. Sebab pembeli ada pilihan samada untuk beli atau tidak serta boleh beli di tempat lain jika tidak setuju dengan syarat-syarat baru beliau.
- Syarat-syarat baru beliau adalah jelas dan tidak disembunyikan atau hanya diberitahu selepas pembeli bayar. Beliau dengan jelas pamerkan maklumat harga baru di luar dan di dalam kedai. Beliau dah ubah produk dia jadi combo dan telah jelas diberitahu kepada semua pelanggan.
- Mungkin ada elemen paksaan jika orang yang dah beli crepe dan dah bayar tetapi dia belum hantar, dia tukar syarat mesti tambah wang sebab mesti beli choco jar, jika tidak wang tidak dikembalikan. Itu barulah paksaan. Tapi jika dia refund sebab pelanggan tak mahu beli, itu bukan paksaan.
- Mengenai pendapat UAI, kami kurang bersetuju sebab jual-beli Kieda Crepe ini tidak memenuhi kriteria “paksaan” dalam jual beli sebab beliau telah pamer maklumat produk baru dan pelanggan masih ada pilihan samada ingin meneruskan pembelian atau tidak. Walaupun mungkin soalan itu tidak ditujukan kepada isu Kieda Crepe. Mungkin soalan kepada UAI itu boleh dibaiki untuk pencerahan beliau yang lebih baik.
Tapi kita tidak alami “paksaan” bila sebaliknya kita bayar serta sudah dapat produk. Tiada elemen “saya terpaksa beli” atau “dipaksa beli” lagi.
Dalam industri runcit, jual kombo adalah perkara biasa. Pengalaman kami di stesen minyak ialah kami sentiasa ambil cakna melalui sistem runcit produk-produk yang “bergerak perlahan” atau tidak laku (slow moving product).
Produk “bergerak perlahan” akan digabungkan sebagai jualan kombo dengan produk yang selalunya “bergerak laju” (fast moving product). Kombo juga adalah satu produk.
Oleh itu, nasihat kami kepada pelanggan-pelanggan beliau agar berhenti daripada menuduh beliau memaksa pelanggan beli benda yang pelanggan tidak mahu atau tidak perlukan. Pilihan adalah di tangan pelanggan untuk meneruskan pembelian atau tidak.
Jom belajar muamalat!
Semoga bermanafaat.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

Insha Allah…
Nota Lariba: Sebahagian isi post ini dipetik dari FB Dr MAZA dan mesti produk crepe sedap ini…
Rujukan penerangan Kieda Crepe https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6706039699481074&id=100002253308569&mibextid=Nif5oz
Rujukan pendapat UAI https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6744350835631964&id=100001713420637&mibextid=Nif5oz
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Usia 47 Tahun Ustazah Norhafizah Dapat Cucu Pertama, Namakan ‘Sara El Latheefa’
“Saya Namakan Sempena Nama Anak,” Penyanyi Black Bina Sendiri Villa Di Langkawi!
Kurus Tanpa Jalan Singkat, Fasha Sandha Dedah Tak Makan Nasi 2 Minggu & Workout
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Nasihat untuk kaum wanita tentang hari Safar iaitu 360 ribu bala akan diturunkan hari ini. Jaga akidah kita kerana bala itu bila kita lakukan dosa. Itulah bala namanya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ku Layan Isteri Bak Permaisuri, Tapi ‘Yang Satu’ Ini Tak Mampu Ku Beri..

Isi Kandungan
ToggleKisah duda ini cukup tragis. Dinodai rakan sejenis membawa kepada kisah rumah tangga yang berantakan. Kerana tidak mahu menanggung dosa, lelaki ini (yang MW rahsiakan namanya) melepaskan isteri yang begitu baik.
Demi menghormati permintaan ibu, aku akhirnya bersetuju mendirikan rumah tangga dengan Hayati. Gadis pilihan ibu ini memang sempurna, baik, berpendidikan tinggi dan cantik rupa parasnya.
Ramai yang mengatakan aku beruntung memiliki Hayati. Aku hanya mampu mengukir senyuman. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Bukan aku tak bersyukur tapi sebenarnya aku bimbang tidak dapat menunaikan tanggung jawab sebagai suami dengan baik.
Secara zahirnya memang aku mampu tapi jauh si sebalik tubuh sasa ini tersimpan rahsia. Semasa melanjutkan pelajaran di UK dulu, aku pernah terjebak dengan ‘cinta songsang’.
Sungguh aku tak sangka hubungan kawan dengan James menjadi sebaliknya. Aku juga tidak terfikir akan menjadi kekasih kepada James.
Namun layanan James membuatkan aku tertewas. Mungkin kerana aku bersekolah di sekolah lelaki lantaran aku kekok berkawan dengan perempuan. James rupanya sudah lama memerhatikan aku.
Dalam diam dia memasang jerat, aku yang buta dengan niat jahatnya terpedaya. Mujur Allah memberi hidayah kepadaku.
Aku kembali ke jalan yang benar, walaupun aku mendapat tawaran bekerja di UK. Aku memilih untuk pulang ke tanah air, iman aku sangat rapuh aku bimbang terjebak dengan hubungan yang jijik.
Trauma Dinodai Rakan Sejenis
Sejak kejadian di UK, aku menjadi pendiam. Aku malu dengan Allah. Walaupun aku susah insaf namun aku masih trauma dengan apa yang berlaku.
Aku berasa jijik dengan diriku. Berbalik kepada kisah rumah tanggaku dengan Hayati. Secara luaran kami kelihatan bahagia, aku memberikan segalanya buat Hayati.
Layananku kepadanya seperti permaisuri. Cuma satu sahaja yang aku tidak berikan…Layanan batin. Bukan sekali dua Hayati cuba menggoda tapi nafsuku mati.
Aku sering mengelak untuk bersama dengan Hayati. Aku sibukkan diri bekerja dan sering out station. Aku tahu Hayati sangat terseksa dengan sikapku.
Dia pasti mengharapkan layanan mesra seorang suami. Akhirnya selepas tiga bulan berkahwin, aku mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Hayati.
Aku katakan aku mempunyai masalah batin sehingga tidak mampu memenuhi tanggung jawab kepadanya.
Doakan Bekas Isteri Bahagia
Aku katakan padanya, aku rela melepaskan dia. Aku mahu dia hidup bahagia bersama lelaki yang mampu memberi layanan kepadanya.

Hayati hanya menitiskan air mata. Dia mengatakan amat menyayangi aku dan sanggup menunggu sehingga aku mampu melayannya. Malah Hayati mencadangkan aku berubat cara tradisional untuk pulihkan masalah batinku.
Sungguh aku tersepit. Ingin sahaja aku bercerita tentang kisah silamku tapi aku teramat malu dan aku sangat takut jika Hayati membenci diriku.
Masa terus berlalu, hubungan kami semakin dingin. Aku menjauhkan diri daripada Hayati. Setahun hidup bersama akhirnya kesabaran Hayati sampai di penghujung.
Kami akhirnya berpisah dengan cara baik, aku lepaskan Hayati dengan talak satu. Aku amat menyayangi Hayati, dia isteri yang baik.
Aku doakan Hayati bertemu dengan lelaki yang dapat membahagiakan dia. Aku pula sehingga kini masih trauma.
Aku berdoa kepada Allah akan memberi kekuatan kepadaku untuk melupakan kisah silam dan dapat menjalani hidup seperti insan lain. Semoga ada bahagia buatku.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aisyah Hijanah & Alif Teega Didakwa 10 Pertuduhan, Salah Guna Wang Sedekah Derma Awam RM1.52 Juta

Isi Kandungan
ToggleAisyah Hijanah & Aliff Teega didakwa, salah guna wang sedekah derma awam RM1.52 juta. Pempengaruh Aisyah Hijanah dan suaminya, Alif Teega didakwa hari ini di Mahkamah Seksyen atas 10 pertuduhan menyalah gunakan derma dana awam sebanyak RM1,526372.16.
Bagaimana pun keduanya, tidak mengaku bersalah di atas 10 pertuduhan terbabit yang melibatkan wang derma awam atas infak yang mereka lakukan sejak tiga tahun lalu.
Aisyah Hijanah & Alif Teega Didakwa 10 Pertuduhan
Memetik laporan Sinar Harian, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.
“Faham, mohon dibicarakan,” kata pasangan suami isteri itu.

Salah Guna Wang Sedekah Derma Awam RM1.52 Juta
Mengikut semua pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama, secara tidak jujur menyalahgunakan wang sedekah bagi jumlah berkenaan, dengan nilai terendah ialah RM438.38 sementara tertinggi RM425,890.64.
Ia membabitkan 10 program sedekah iaitu pek makanan, kurma, korban, al-Quran dan set pakaian untuk orang miskin di Makkah serta Madinah, termasuk anak yatim, mangsa banjir di Pantai Timur.
Kesalahan didakwa dilakukan di Maybank dan CIMB Bank, Bandar Baru Bangi, di sini antara 11 Mei 2021 hingga 2 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Awang Kerisnada membenarkan dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM50,000 dan syarat tambahan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali setiap bulan.
“Memandangkan tertuduh pertama telah menyerahkan pasport kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, maka tertuduh kedua iaitu Aisyah Hijanah perlu menyerahkan dokumen perjalanan sama kepada mahkamah di sini, hari ini.
“Kedua-dua tertuduh juga tidak boleh berhubung dengan mana-mana saksi,” kata hakim itu yang kemudiannya menetapkan 27 November depan untuk sebutan semula kes.
Pada Jumaat lalu, Alif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq iftar di Mekah, Syria dan Palestin serta korban, berjumlah RM63,605.48 pada April dan Jun lalu.
Pada 11 Julai lalu, seorang pempengaruh dan isterinya ditahan reman tujuh hari, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah, bermula 2022 lalu.
Ia susulan, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma, dengan peratusan yang tinggi.
Selain itu, pasangan itu juga dikatakan hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.
Bagaimanapun, pasangan itu tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.

Selain itu, pasangan itu juga dikatakan hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.
Bagaimanapun, pasangan itu tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Aisyah Hijanah Miliki Syarikat Hijanah Sepenuhnya, “Layak Dapat Harta Sepencarian Bukan Tamak…”
Alif Teega sahkan sudah berkahwin 2. Aisyah Hijanah kini hidup bermadu
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI