Pemain gitar profesional, Wan Radzie atau Eddy Wan Othman 30, meninggal dunia di kediamannya, di Gombak, kelmarin dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
Allahyarham Eddy
Turut terkorban dalam insiden tersebut ialah kakaknya, Wan Zunira, 32, sementara anak saudaranya yang berusia tiga tahun, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang.
Berita Duka Dikongsi Abang Allahyarham Eddy
Berita duka tersebut dikongsikan abang Allahyarham iaitu Wan Razmie Wan Othman menerusi laman Facebook miliknya.
Ads
“Dukacita dimaklumkan bahawa kedua adinda saya, Wan Zunira dan Eddy Wan Othman sudah berpindah alam menghadap Ilahi malam tadi.
“Kedua jenazah mereka kini di Forensik Selayang dan anak bongsu kepada adinda saya Allahyarhamah Wan Zunira, kini di ICU selayang kerana terlibat sama,” ujarnya.
Perginya Seorang Ibu Ketika Sedang Memandikan Anaknya
Dalam perkongsian sama, Wan Razmie memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika Allahyarham Wan Zunira sedang memandikan anak bongsunya. Renjatan elektrik tersebut dipercayai berpunca daripada alat pemanas air elektrik.
Ads
“Perginya seorang ibu ketika sedang menyempurnakan tugasan terakhir beliau memandikan anaknya.
“Perginya seorang adik kerana berusaha menyelamatkan kakak dan anak buah yang sedang dalam renjatan elektrik.
“Semoga keduamu pergi sebagai syahid dan syuhada. Berehatlah kedua adikku. Tugasan kalian di dunia dah berakhir. Semoga Allah menerima kebaikan kamu berdua,” luahnya.
Difahamkan jenazah kedua-duanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, pada petang semalam.
Ads
Dikenali Sebagai Eddy Malmsteen
Sepanjang pembabitannya dalam dunai muzik, Eddy yang turut dikenali sebagai Eddy Malmsteen pernah mengiringi persembahan barisan artis popular tanah air seperti Datuk Hattan, Joey BPR dan lain-lain.
Sumber/Foto: Facebook Eddy Wan Othman dan Facebook Wan Razmie Wan Othman Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masalah anak gigi rosak dan rongak ini memang agak common tetapi kenapa ramai mak ayah kurang kesedaran betapa pentingnya penjagaan gigi kanak-anak walau pun masih gigi susu?
Comel ke bila gigi anak jadi buruk? Lebih kasihan bila gigi anak berlubang sampai sakit dan bengkak gusinya!
Bayangkan anak-anak yang masih kecil terpaksa lalui situasi ini, samapi tak boleh tidur dibuatnya.
Jadi untuk jentik pemikiran mak ayah yang tak kisah anak gigi rosak sebab minum susu yang ada banyak kandungan gula, jemput baca perkongsian daripada Doktor Hannani Murni Indah Kamarudin ini.
KAN DAH CAKAP….
Beberapa kali post saya sebelum ni, menekankan pilihan yang baik untuk anak-anak.
Pilih susu dan makanan yang baik.
Cheat day tu ok laaa sekali sekala. Tapi kalo hari-hari cheat day???
Mak ayah tak nak susah. Malas nak berperang atau terpedaya dengan iklan-iklan tv.
Atau merasakan ilmu-ilmu parenting tak penting. Saya pun tak paham.
Ni saya sajikan gigi pesakit saya.
Baru 3 tahun, gigi dah semuanya rosak!!!
Semua ok!!!
Punca Gigi Rosak
Saya tanya mak dia kenapa teruk sangat rosak gigi??
Dia cakap sebab dia minum “tamark@k@” dia tak nak susu lain. Dia tidur pun mesti nak kena minum tamar*^#% ni sehari 6 botol wajib!”
Post saya sebelum ni saya ada share kandungan gula dalam tamar$&@) (bukan nama sebenar).
Sebb ada kurma??
Sebab murah? Sebab anak suka??
Orang yang jual benda tu kadang hanya nak tarik pelanggan je, berapa percent kurma dia letak.
Kurma itself da cukup manis lepas tu tambah gula lagi??
Mana anak tak ketagih gula??
Kesian anak ni.. hari-hari nangis sebab sakit gigi.
“Tulaaa doktor… saya ingat nanti saya cuti ni nak bawa datang kat sini nak cabut gigi dia semua ni.”
Nak dicabut semua??
Hmmm…
Cuba awak gi cabut sebatang?? Mc berapa hari?? Ni awak nak cabut semua gigi tu sekali gus??
Well done mother????
Banyak penyakit yang disebabkan oleh gula.
Kesan anak sukar focus dalam task.
Boleh lead to hyperactive disorder.
Anak boleh dapat kencing manis lebih awal.
Malah ada pesakit saya ketagih gula.
Mesti nak minum air gas.
Budak baru umur 8 tahun.
Mak dia kerja restoran.
Entahlaaa…
Guna Nama Sunnah
Kadang masyarakat kita kalau disajikan dengan iklan makanan sunnah, diiktiraf rasulullah lagi…
Dari mekah
Dalam alquran
Tanpa selidik tanpa dikaji mesti nak beli!
Saya bukan anti makanan sunnah tapi bukan sekali saya jumpa dan melaporkan “makanan sunnah” ni ke pusat racun negara. Sekali ada steroid dan bahan terlarang.
Bukan sekali…
Jika nak makan kurma gi la beli kurma!
Kalau nak makan buah zaitun buah tin.. watuuurisiiiniin gi la beli zaitun itself.
Kenapa nak dicampur adukkan ditambah perisa dan ditambah stabilizer dan dijadikan amalan??
Sebab… senang dalam satu sudu ade 23 herba dan makann sunnah kan?
Hebat betul!!
Sekarang semuanya dihujung jari.
Bukak cek.
Andai nak tak tahu tanya, kami kan ada!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehidupan seorang remaja yang menguasai hampir 16 bahasa di Kemboja kini bertukar 360 darjah malah semakin popular kerana mendapat perhatian pelbagai pihak.
Thuch Salik, 14, hanya seorang remaja biasa datang dari keluarga susah namun memiliki keunikannya tersendiri. Salik, mempelajari kesemua bahasa itu ketika berinteraksi dengan pelancong ketika menjual cenderamata seperti pelekat magnet dan poskad di hadapan kompleks kuil Angkor di Krong Siem Reap, Kemboja.
Mendapat Perhatian Ramai
Susulan videonya yang bercakap dalam pelbagai tersebut viral di media sosial, kehidupan Salik sekeluarga kini sudah mula berubah.Baru-baru ini, mereka dijemput menjadi tetamu dalam program televisyen tempatan.
Malah, terdapat juga orang-orang perseorangan yang mendermakan basikal dan permainan baru, serta turut berjanji untuk membiayai pendidikan Salik sehingga ke peringkat universiti.
Dengan situasi kewangan keluarganya yang semakin baik dan stabil, Salik komited untuk belajar dan meningkatkan kemahiran bahasanya.
Menurut ibunya, Mann Vanna, dia tidak lagi membenarkan anaknya menjual cenderahati kerana ingin menumpukan pelajaran.
“Saya tidak membenarkan Salik bantu saya menjual cenderahati, jika ada kelapangan, baru dia boleh bantu saya.
“Keutamaan adalah pelajarannya kerana saya mahu dia menjadi insan berguna,” katanya.
Tidak Sedar Anak Bijak
Malah Vanna mengakui tidak menyedari anaknya itu seorang yang bijak sehingga mampu mempelajari begitu banyak bahasa dalam tempoh masa yang singkat.
Kisah Salik sebelum ini mendapat perhatian selepas video dia berkomunikasi menggunakan 16 bahasa antaranya Rusia,Mandarin, Jerman, Tagalog, Jepun dan Itali, viral menerusi perkongsian di laman sosial.
MW: Kemahiran menguasai pelbagai bahasa adalah sesuatu anugerah yang tidak ternilai buat remaja ini. Semoga kelebihan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya dan mampu merubah kehidupan keluarga dengan lebih baik.
Biar pun bukan mudah bagi seseorang wanita menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang anggota badan beruniform, tetapi ianya sama sekali tidak mematahkan semangat Nurul Adni Che Omar, 31 tahun.
Malahan dirinya meletakkan tanggungjawab itu sebagai cabaran utama dalam menjalankan tugasnya sebagai Laskar Kanan Maritim dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Menurutnya segalanya bermula sejak di bangku sekolah menengah. Kala itu, wanita ini aktif dalam unit beruniform iaitu Kadet Bersatu Malaysia (Laut). Minat yang mendalam ketika di sekolah membuatkan dia memasang angan-angan untuk bergelar anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) setelah tamat belajar kelak.
Namun rezekinya bukan bersama TLDM sebaliknya bersama APMM. Bagi empunya diri, tidak kisahlah badan uniform apa sekali pun, sebaliknya kesediaannya untuk menjalankan amanah yang diberikan. Paling penting jua, seluruh ahli keluarga menyokong minatnya untuk menyertai APMM.
Dalam diam tak diam, kini hampir 12 tahun Nurul Adni bersama APMM atau Maritim setelah memulakan tugas pada bulan Januari 2007. Ibu beranak tiga ini awalnya ditugaskan di Daerah Maritim 4 Klang, Selangor ( kini dikenali Maritim Negeri Selangor)
“Ketika mula-mula melapor diri di unit yang ditugaskan, perasaan ini memang bercampur baur. Bayangkanlah staf baru, nak buat kerja pun kekok. Tidak dinafikan pada peringkat awal, saya ambil masa untuk sesuaikan diri dengan suasana baru. Mujur ada rakan sama yang batch melapor diri di unit sama.
“Kenangan manis terlalu banyak, tetapi paling saya tak boleh lupa apabila kami “grounded” di satu kawasan ketika keluar operasi dengan bot kilat. Kami tersadai hampir dua jam kerana perlu menunggu sehingga air pasang kerana bot tidak mampu bergerak. Walaupun kelam-kabut tetapi ianya pengalaman yang manis apabila kenangkan masing-masing muka menjadi gelap kerana terpaksa menahan panas.
“Sebagai anggota badan uniform, kadang-kadang kita perlu akur dengan arahan daripada pihak atasan. Kenangan pahit adalah apabila saya terpaksa tinggal berjauhan dengan suami dan anak-anak pada tahun 2012.
“Masa tu saya ditukarkan ke Ibu Pejabat Maritim di Putrajaya. Suami pulak perlu balik kampung atas masalah tertentu. Lebih mudah, anak ikut suami balik ke kampung untuk memudahkan saya. Tetapi sedihnya saya tinggal sendirian, tetapi alhamdulilah lama-kelamaan segalanya berjalan dengan lancar,” jelas Nurul Adni satu persatu.
Disiplin Yang Tinggi
Tambah Nurul Adni, perkara utama yang membuatkan kita disenangi ramai adalah menerusi sikap yang kita pamerkan. Apa tugas sekali pun, jika kita tidak biasa dengannya sudah tentu akan membuatkan setiap dari kita merasa janggal.
Nurul Adni bersyukur dirinya seorang yang suka bertanya dan cepat mesra. Oleh itu, dirinya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Rakan sekerja tidak kiralah anggota dan pegawai juga memang banyak membantu Nurul Adni dalam menjalankan tugas setiap hari.
“Sebenarnya menurut pandangan saya sendiri, tiada perubahan sangat anggota maritim yang junior. Mereka kebanyakannya telah dilatih dengan baik oleh jurulatih. Oleh itu, tiada istilah manja atau sukar disuruh-suruh.
“Perlu diingat, menjadi anggota badan beruniform ini memang memerlukan disiplin yang tinggi dan perlu patuh arahan dari pegawai atasan. Sama ada anda pengawai atau anggota, anda perlu akur. Kalau ada yang bermasalah mungkin berpunca daripada sikap mereka sendiri.
“Saya sendiri setelah lama bergelumang dengan Maritim, tanpa saya sedar tugas saya mendidik saya menjadi seorang yang berani, berdisiplin tinggi dan hormat. Sikap ini bukan sahaja ketika menjalankan tugas, malah diaplikasikn dalam kehidupan harian saya setiap masa.
Cabaran Dalam Tugas
Tidak semua ahli masyarakat memahami bidang tugas badan beruniform, Nurul Adni sendiri menghadapi konflik ini. Kadang-kadang dalam menjalankan tugas, wanita berasal daripada utara tanah air ini dipandang serong seolah-olah menyalahgunakan kuasa.
“Tolong faham bahawa kami hanya menjalankan tugas yang telah diberikan. Kadang-kadang ada sahabat, jiran tetangga dan kaum keluarga yang ditahan akibat melakukan kesalahan di laut, kami terpaksa mengikut prosedur kerana kami hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.
“Selain itu sebagai maritime, cabaran utama adalah apabila kami diperlukan di lapangan tak kira masa dan keadaan. Saya perlu sentiasa siapsiaga dalam masa yang sama harus seimbang tugas sebagai isteri dan ibu,” katanya yang berharap dapat terus menjalankan tugas dengan baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...