Hasrat sebuah keluarga untuk menghadiri majlis kenduri kahwin tidak kesampaian selepas kereta Perodua Myvi dinaiki lima mangsa merempuh belakang sebuah lori tiga tan dalam kejadian di Kilometer 427.5 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan 4.40pagi tadi.
Mangsa yang maut adalah pemandu kereta, Mohamad Rodzi Abdul Kadir,52; penumpang di sebelah pemandu, Jamilah Jalim @Jamil, 47, dan penumpang di bahagian belakang, Bashirah Jalim@Jamil, 49; Nur Intan Mohamad Rodzi, 18, dan Nur Shifa Abdul Rashid, 17.
Hadiri Kenduri Perkahwinan
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Azman Ab Rahman berkata, kereta berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kedah menuju ke Shah Alam untuk menghadiri kenduri perkahwinan.
“Difahamkan kereta dinaiki lima mangsa itu dari Kedah menuju ke Shah Alam berkonvoi bersama dua lagi kenderaan. Ketika kejadian, berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori yang terbalik pada jarak kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi kejadian.
“Kemalangan lori terbalik itu menyebabkan trafik perlahan di lokasi. Difahamkan dua kenderaan yang berkonvoi bersama kereta Myvi berkenaan sudah melepasi laluan kemalangan itu.
Ads
“Manakala kereta dinaiki lima mangsa terbabit yang berada di lorong kiri melanggar bahagian belakang sebuah lori membawa muatan buah yang sedang bergerak perlahan,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.
Melibatkan 5 Sekeluarga
Azman berkata, mereka yang meninggal dunia adalah lima sekeluarga membabitkan pesara tentera, Mohamad Rodzi dan isterinya, Jamilah bersama anaknya, Nur Intan.
“Dua lagi mangsa yang meninggal adalah kakak ipar kepada Mohamad Rodzi, Bashirah dan anaknya Nur Shifa.
“Difahamkan urusan pengebumian kelima-lima mangsa akan dilakukan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk membawa balik jenazah ke Yan, Kedah, untuk dikebumikan,” katanya.
Ads
Mangsa Meninggal Tempat Kejadian
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, kemalangan berlaku apabila lori dalam perjalanan dari Selama, Perak ke Selayang dilanggar dari belakang oleh Perodua Myvi di lorong kiri lebuh raya.
“Akibat kemalangan itu kesemua penumpang kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Lori berkenaan mengalami kerosakan di bahagian belakang manakala Perodua Myvi mengalami kerosakan di bahagian hadapan.
“Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ads
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikerahkan ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima.
Menurutnya, dua mangsa tersepit di bahagian depan kereta berjaya dikeluarkan dengan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan oleh anggota bomba.
“Penumpang di bahagian belakang tidak tersepit namun disahkan meninggal dunia di lokasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga semua mangsa ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. Pesanan buat yang memandu, semoga lebih berhati-hati di jalan raya terutama dalam musim hujan dan keadaan jalan yang licin.
MUA Bellaz berkongsi bahagia dapat peti ais impian, LG Knock Knoc. Bahagia rasa hati sehingga semangat memenuhkan barang-barang makanan dalam peti sejuk impiannya itu.
Bersyukur dengan hadiah yang diterimanya, jurusolek terkenal Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini ini, berhasrat pula mahu menghadiahkan peti ais jenis standard. Kepada beberapa keluarga yang di rumahnya belum pernah ada peti ais.
Dapat Peti Ais ‘Dah Lama Tak Beli Barang-barang Macam Ni’
Menerusi perkongsiannya ini Bellaz mengungkapkan kesyukuran berpanjangan,
“Peti ais impian ni.. sajalah bellaz nak share dengan hampaa. Saya pon masih tak percaya lagi.. Alhamdulilah rezeki dapat present Peti ais LG knock knock ni. Semoga Hamba yang memberi ini dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah. Amin Aminn.
Syukur Alhamdulilah.. lepas tu dah lama saya tak beli barang-barang macam ni hari ni semangat p beli sebab peti ais baru. Sekali sekala tak salah reward kerja penat seharian.
Sangat-sangat cantik peti ais ni. MasyaAllah luar dalam. Tak leh move on lagi duk pandang ja sambil berfikir rezeki Allah tu sangat-sangat luas masyaAllah.
Lagi banyk kita memberi lagi berganda kita dapat, InsyaAllah Bellaz doakan yang nampak post ni insyaAllah rezeki kalian akan tiba sebesar nya mengalir umpama air zam-zam tanpa henti insyallah Aminnnnn.
Rezeki anak-anak ni mama abah tumpang saja.. masyaAllah.”
Hadiah Untuk Keluarga Belum Pernah Ada Peti Sejuk
Tidak lama selepas memuat naik perkongsian hadiah peti ais impiannya itu, Mua Bellaz berkongsi pula hasrat hatinya mahu menghadiahkan peti ais jenis standard kepada beberapa keluarga yang belum memiliki peti ais di rumah.
“Sapa di rumah dia tak dak peti ais lagi. Maksud Bellaz tak pernah ada cer komen. InsyaAllah jikalau saya ada rezeki lebih saya nak hadiahkan untuk beberapa keluarga insyaAllah. Kalau Bellaz nak beli bagi Bellaz beli yang standart peti ais tu, insyaAllah.”
Kemurahan hatinya itu mendapat respons yang positif daripada follower di laman facebook miliknya. Malah, mendoakan kebaikan untuk Bellaz yang berbagi rezeki dengan orang lain.
Hancur hati seorang isteri, suami tergamak noda anak OKU hingga lahirkan bayi perempuan. Betapa kecewanya seorang isteri bila mana anak perempuannya menjadi mangsa nafsu serakah suaminya sendiri.
Hancur Hati Seorang Isteri, Suami Tergamak Noda Anak OKU Hingga Lahirkan Bayi Perempuan
Anak perempuannya itu yang berusia 13 tahun melahirkan seorang bayi dipercayai hasil perbuatan terkutuk suaminya dalam kejadian di Dungun, Terengganu.
Perbuatan terkutuk suspek berusia 45 tahun itu terbongkar selepas mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) mengadu sakit pada bahagian perut sebelum dibawa ibunya ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati anaknya hamil sebelum remaja itu melahirkan seorang bayi perempuan di klinik itu kira-kira 7 malam hari sama.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penantian selama tujuh tahun selepas mendirikan rumah tangga akhirnya pelakon Jehan Miskin, 41 berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa, apabila isterinya, Julie Camelia Rhee, 36, kini hamil cahaya mata sulung mereka.
Jehan menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto imbasan kehamilan isterinya dan memaklumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Menurut pelakon filem Cun itu, bakal anak yang digelar ‘bayi PKP’ itu dijangka lahirkan pada tahun depan.
Julie yang berasal dari Korea itu juga menerusi laman Instagram turut berkongsi berita sama dan meluahkan rasa terujanya bakal bergelar ibu kepada bayi yang dikandungnya itu.
Serentak dengan itu, ruangan komen Instagram Jehan dan isteri telah dihujani dengan ucapan tahniah dan kiriman doa daripada peminat serta pengikut mereka yang turut sama meraikan berita gembira tersebut.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada Mei 2013.