Tragedi Batang Kali, Huang Shaoqi pelajar 11 tahun. Satu-satunya mangsa belum ditemui. Hari ini memasuki hari ke 8 pencarian insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya.
Semalam membawa berita positif apabila empat mayat ditemui di kedalaman tujuh meter melibatkan dua kanak-kanak dan dua dewasa yang ditemui dalam khemahdi Sektor C (Riverside) pada kedalaman tujuh meter.
Tragedi Batang Kali, Huang Shaoqi Pelajar 11 Tahun
Semua mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan lengkap berpakaian, namun keadaannya sudah mula mereput.
Dengan penemuan itu, menjadikan keseluruhan 30 mayat mangsa ditemukan sehingga kini sejak tragedi berlaku awal pagi Jumaat lalu, dengan tiga lagi mangsa masih hilang.
Namun dalam sidang media dikeluarkan semalam oleh Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh adalah 92 orang dan bukannya 94 seperti dilaporkan sebelum ini.
Jelasnya, berlaku kekeliruan mengenai jumlah mangsa pada awalnya dan setelah beberapa semakan dibuat pihaknya berpuas hati bahawa jumlah sebenar adalah 92 orang.
Jadi kita buat rumusan bahawa jumlah sebenar, ini rasmi kecuali ada mana-mana pihak lagi datang tuntut ada ahli keluarga yang hilang.
“Jumlah yang rasmi adalah 92 orang, kurang dua orang. Berdasarkan jumlah tersebut, yang telah kita jumpai meninggal dunia 30 orang, yang selamat 61, dan yang kita belum jumpa lagi maknanya ada satu sahaja,” jelasnya.
Ads
Tambah Arjunaidi, berlaku dua pertindihan nama dalam pendaftaran di tapak perkhemahan berkenaan.
Mengulas lanjut ujarnya, ketika ini seorang sahaja mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan.
Ini menjadikan hanya seorang sahaja tidak dijumpai iaitu Huang Shaoqi, pelajar berusia 11 tahun.
Pelajar darjah 5 ini merupakan anak kepada pengusaha kantin sekolah iaitu SJKC Mun Choong. Namun sehingga semalam pencarian dihentikan kerana hujan lebat dan bakal disambun semula mengikut masa yang sesuai.
Marilah kita berdoa agar mangsa terakhir ini dapat dijumpai segera dan semoga urusan ini dipermudahkan. Gambar pelajar kredit :- Sin Chew Daily
Sakit Lutut, Chef Wan Lakukan Rawatan PRP. Chef Selebriti popular dan bersuara lantang yang juga pemilik nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan telah menjalani prosedur rawatan Plasma Kaya Platelet (PRP).
PRP dilakukan selepas Che Wan mengalami komplikasi di bahagian lutut dan bahu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Chef Wan memaklumkan prosedur itu dilakukan untuk memudahkan fungsi lututnya supaya dia dapat berjalan seperti biasa.
“Selepas ibu saya selesai menjalani pemeriksaan dan keluar dari hospital, kini giliran saya pula. Ia adalah prosedur kecil dan saya menginap selama dua malam di Hospital Gleneagle.
“Prosedur ini akan membantu kedua-dua lutut saya untuk berfungsi dengan lebih baik ketika saya berjalan.
“Sejak saya berada di Abu Dhabi, saya rasa ada sesuatu yang tak kena dan rasa tak selesa ketika berjalan atau berdiri terlalu lama.
“Dah tua pun. Segalanya dah kering kontang dalam tempurung itu, macam perigi buta! Lagi pula, kita ini kuat merayap. Jadi, kuranglah ‘pelincir’ dia, itu (sebab) dah kehausan,” tulisnya.
Chef Wan juga memberitahu dia menerima nasihat daripada pakar tulang supaya melakukan prosedur sama untuk bahagian bahunya yang mengalami ‘frozen shoulder’ (sendi bahu membeku).
“Sejak bahu kanan saya juga berada dalam kesakitan setiap kali saya berbaring dan menjadi ‘frozen shoulder’ (sendi bahu membeku), pakar tulang menasihatkan saya untuk melakukan rawatan PRP sekali gus.
“Bukan prosedur yang murah. Tak apa, janji boleh lari macam Tom Hanks dalam filem Forrest Gump,” kongsianya.
Siapa sangka masalah lambakan tikus di kota besar, mampu mewujudkan peluang pekerjaan bergaji lumayan. Kota metropolitan New York, Amerika Syarikat (AS) mengiklankan ‘jawatan kosong’ pembunuh tikus yang menjadi masalah utama bandar raya berkenaan.
Pejabat Datuk Bandar, Eric Adam turut menetapkan kriteria yang akan mengetuai operasi memerangi haiwan perosak tersebut yang akan memegang jawatan sebagai ‘Pengarah Mitigasi Tikus’ atau ‘czar tikus’ dengan gaji tahunan mencecah antara AS$120,000 (RM526,500) dan AS$170,000 (RM746,000).
“Calon yang ideal adalah mereka yang bermotivasi tinggi dan ‘dahagakan darah’ serta berusaha mencari jalan penyelesaian dari pelbagai sudut termasuk meningkatkan kecekapan operasi, pengumpulan data, inovasi teknologi dan pengurusan sampah,” menurut iklan tersebut.
New York dikatakan bergelut untuk mengawal populasi tikus selama beberapa generasi selepas haiwan perosak itu semakin ‘bermaharajalela’ dan membanjiri taman serta laluan utama di bandar raya berkenaan.
Sehingga Oktober lalu, jabatan sanitasi kota metropolitan itu telah melaporkan lebih 21,600 aduan tentang tikus yang merupakan peningkatan drastik berbanding sebelum pandemik COVID-19 bermula.
Masalah haiwan perosak itu menyebabkan New York berada di tangga kedua mempunyai populasi tikus paling tinggi di belakang Chicago yang berada di kedudukan teratas untuk tempoh lapan tahun berturut-turut.
“Isteri bisnes, ada duit jangan sombong dengan suami”. Jika si isteri nak berbisnes, dapatkan reda dan restu suami kerana syurga kita ada pada keredaan suami yang soleh. Wanita yang berbisnes pastinya banyak cabaran yang perlu dilalui.
Wanita hari ini rata-ratanya serba boleh dan mampu menyaingi lelaki dalam semua perkara, wanita sebagai anak, isteri, ibu, dan pekerja. Malah ada Pepatah Melayu menyebut ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia’.
Tidak hairanlah ramai wanita yang berjaya dalam pelbagai lapangan termasuklah perniagaan. Dengan mempraktikkan tip pengurusan masa yang bijak, wanita sebenarnya mampu untuk bekerja dalam masa yang sama mampu menguruskan keluarga.
Namun jika sudah berjaya dan bisnes berkembang maju para wanita yang bergelar isteri jangan pula sombong dengan suami.
Seperti mana yang dikongsi oleh salah seorang wanita berjaya yang juga pemilik empayar perniagaan, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin, golongan isteri jika berbisnes janganlah sombong dengan suami. Manakala suami pula bila isteri punya perniagaan yang berjaya jangan pula ambil kesempatan pada kekayaan isteri.
“Bila kita business..
“Kita ada suami dan hidup berpasangan…
“kenapa lepas kawen makin susah? Sebab itulah ujian allah.
“bila kita kawen nak rezeki makin murah.. Kita kena saling meredhai suami isteri. Itu yg allah suka.
“suami redha isteri, isteri redha suami. Jangan pentingkan diri sendiri.
“rezeki boleh jadi tersekat kalau psangan kita tak redha pd kita dan tak suka kita dlm diam. Bila pasangan kita makan hati. Merajuk tu asam garam tp dlm diam jangan simpan dendam. So sebab tu kena betol-betol jaga.
“isteri business ada duit jgn sombong dengan suami.
“Suami bila isteri business nk tlg suami jgn ambik kesempatan plak.. Tak baik.
MELENGKAPI
“Lagikan Org luar kita kena buat baik apatah lagi sesama suami isteri. buat baik kat orang luar je tp yg dalam rumah terasa pon tak boleh jugak. so kena sentiasa berkasih sayang.
“sebab dulu khyra dah lalui dari susah nak bina business ni. seriously bukan senang. Perit sangat. Macam-macam asam garam khyra hadap.
“jangan rasa senang, happy untuk diri kita sorang je tapi kita nak bagi semua merasa. kita fight sebab nak bagi orang yg kita sayang happy bahagia. sebab Allah takkan bagi andai kata kalau kita pentingkan diri. Allah akan bagi bila kita nak bagi orang lain bahagia,” kongsi isteri dan ibu berjaya ini menerusi akaun Instagramnya. Syarifah Khyra juga merupakan pengasas produk Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral.
Pemilik nama sebenar Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin ini juga turut berkongsi tip kejayaannya. Menempuh pelbagai kehidupan yang agak mencabar. Pegangannya mudah iaitu, tinggalkan apa sahaja yang Allah larang dan buat apa Allah suka.
“Khyra fight giler-giler for my team.
“walau apa pon i will makesure guide sape yg nak sampai berjaya. sape nak kita akan bagi habis habisan. sae tak nak takpe, Kita Tak paksa.
“Apa je khyra buat…?
“Sebab dulu khyra dah lalui dari susah nak bina business ni. seriously bukan senang. Perit sangat. Macam-macam asam garam khyra hadap. So khyra Guide adik beradek felleraskin ni dengan penuh nasihat & pesan. khyra tak nak dorang lalu apa khyra lalui tp lalui shortcut nk brjaya. bila dah faham
“konsep, Tinggal apa Allah larang & buat apa Allah suka.. InshaAllah Mudah.
“ikot je satu persatu..
“InshaAllah ikot Jalan Shortcut.
“Apa saja khyra buat untuk Adik beradek,
“Sebab khyra nak dorang rasa apa nikmat khyra rasa. Sebak ramai bole ke umrah asbab felleraskin. Allah mudahkan semua.
“Ni la maksud perjuangan.
“Jangan rasa senang, happy untuk diri kita sorang je tapi kita nak bagi semua merasa. Kita fight sebab nak bagi orang yg kita sayang happy bahagia.
“Sebab Allah takkan bagi andai kata kalau kita pentingkan diri. Allah akan bagi bila kita nak bagi orang lain bahagia,” tambahnya yang turut memberitahu bermula 20 hingga 27 Disember ini bakal mengadakan jualan hujung tahun dengan diskaun. Dia juga berharap dengan harga istimewa mereka yang mahu mencuba dan merasai faedah dan keberkesan produknya bolehlah mencuba.
Syarifah Khyra yang mahu membantu golongan wanita juga terharu apabila dapat membantu memberikan semangat yang positif.
“Ada yang hampir bercerai sebab tak dikurniakan anak.
“Ada yang dihina berbakul-bakul dengan mentua kerana tak mampu memberikan cucu. Tak kurang yang diherdik dan dipandang sinis kerana belum ada anak hingga suami minta mencari jalan.
“Malah ada digelar dengan panggilan jahat iaitu mandul kerana tak mampu melahirkan anak. Namun dengan izin Allah, pasangan itu dikurniakan cahaya mata. Semuanya paparan realiti hidup yang pahit dilihat, namun setiap usaha itu pasti ada hasil indah,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga bersyukur kerana produk yang diusahakan turut mendapat sokongan dari selebriti popular seperti Neelofa, Rozita Che Wan, Elfira Loy dan Syatilla Melvin.
Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat lima tahun lalu.