Tanggungjawab dan ikatan kasih sayang adik beradik cukup kuat bagi kanak-kanak perempuan ini.Ketika kanak-kanak lain diusianya sedang seronok bermain dan mengikuti pembelajaran, namun tidak bagi Nurul Farisha Mohd Ridzuan,11, yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai mak dan ayah.
Anak kedua daripada lima beradik itu langsung tidak pernah mengeluh malah komited menjalankan tugas yang terbaik buat abangnya, Muhammad Faris Abdullah,12, dan tiga adiknya, Muhammad Faisal, 6, Muhammad Fakhrul Rizal, 3, dan Muhammad Faiz Farhan,1.
“Jangan ambil mereka, saya boleh jaga. Tolonglah jangan pisahkan kami,” pinta Nurul Farisha Mohd Ridzuan, 11.
Mak Ayah Ditahan Polis Penyalahgunaan Dadah
Nurul Farisha menggalas tanggungjawab menjaga tiga adiknya berusia setahun sehingga enam tahun,dibantu abangnya, Muhammad Faris Mohd Ridzuan, 12, selepas ibu bapa mereka ditahan polis akibat penyalahgunaan dadah.
Dia bagaikan ‘ibu’ buat adik bergantung harap terutama si bongsu, Muhammad Faiz Farhan, yang sentiasa berada di pangkuannya, malah banyak menghabiskan masa di rumah tidak seperti kanak-kanak lain yang bebas bermain dengan rakan seusianya.
“Setiap pagi, rutin harian saya ialah bangun untuk mandikan adik dan memberi mereka makan atau minum. Biasanya, saya hanya memberi adik susu pekat manis dibancuh dengan air yang direbus di atas dapur kayu.
“Makan pula apa yang ada sahaja, biasanya saya akan menggoreng telur atau masak mi segera sahaja yang dibeli oleh datuk, Fauzil Semail, 63. Kadangkala, jiran tetangga datang ke rumah membawa lauk-pauk untuk kami adik-beradik.
“Kami menumpang berteduh di rumah datuk yang juga menghidap pesakit asma kronik dan tidak boleh bekerja. Sebelum ini, kami tinggal dan bersekolah di Negeri Sembilan, sebelum mengikut ibu dan ayah pulang ke Kelantan,” katanya ketika ditemui di Kampung Binjai Pulau, Kubang Terap, di sini, semalam.
Ads
Bersekolah Hingga Tahun Tiga
Nurul Farisha berkata, dia hanya bersekolah sehingga Tahun Tiga sahaja, begitu juga dengan abangnya selain meluahkan keinginan untuk kembali bersekolah kerana sedar hanya ilmu yang boleh mengubah kehidupan mereka adik-beradik.
Bagaimanapun, katanya risau siapa yang akan menjaga adik-adiknya jika dia kembali bersekolah, terutama yang bongsu, dan paling ditakuti jika mereka dipisahkan antara satu sama lain.
“Kali terakhir kami bersekolah semasa di Seremban, saya tidak pandai menulis dan membaca tetapi abang (Muhammad Faris) boleh.
“Kami sangat teringin untuk bersekolah, tapi hidup kami tidak seperti orang lain,” katanya.
Ads
“Ada sahaja yang datang menjenguk kami di sini dan meminta kebenaran saya untuk mengambil adik tetapi saya berkeras tidak beri kerana saya sayang mereka semua. Cukuplah kami diuji dengan ‘hilang sementara’ ibu dan bapa, jangan ditambah dengan perpisahan antara kami.
“Jujurnya, saya rindu ibu dan ayah, macam mana buruk sekali pun, mereka tetap orang tua kami, namun saya berharap mereka insaf dan tidak melakukan kesilapan lagi demi kami adik beradik,” katanya yang petah berkata-kata selain murah dengan senyuman.
Cucu Bertanggungjawab
Sementara itu, datuknya, Fauzil berkata, Nurul Farisha cucu yang sangat bertanggungjawab da tidak pernah meninggalkan adiknya terutama yang bongsu, malah sentiasa didukungnya ke mana sahaja dia pergi.
Ads
“Saya sendiri tidak berdaya membantu, kerana sakit yang dialami, manakala isteri saya, Wan Asiah Wan Aziz, 65, lebih banyak keluar menjual minyak angin untuk menampung kehidupan kami. Jadi, memang Nurul Farisha sendiri yang banyak menjaga adik-adiknya.
“Dia anak yang sangat kuat dan kental, semua kerja dia lakukan sendirian termasuk menidurkan serta memandikan adik selain banyak mengorbankan masa kanak-kanaknya,” katanya.
Kisah kehidupan anak terbabit mendapat perhatian dan tular selepas diceritakan melalui laman sosial Facebook milik, Raja Anita Raja Mukhtar, yang turut menyampaikan sumbangan susu serta bantuan kewangan kepada lima beradik itu, semalam.
MW: Allahu, sebaknya kisah adik beradik ini. Semoga adik Farisya terus cekal dalam membesarkan adik-adiknya. Jangan pisahkan mereka, sebaliknya diharap pihak berwajib dapat membantu anak-anak ini.
Bantal busuk, kalau tak ada ni, mahunya tak boleh tidur malam. Masih ada lagi ke yang punyai tabiat macam ni. Selalunya, pembawakan ini bila dah jadikan tabiat masa kecil.
Biasanya, dulu mak-mak bagi bantal untuk anak supaya anak tidur lena. Tapi silap, tabiat ini membawa ke dewasa dan kalau tak ada bantal, tak akan dapat tidurlah anak itu.
Hanya mereka yang mengalami dan ada bantal nostalgia ini akan memahaminya. Entah di mana ‘bestnya’ bila ada bantal busuk dan apa akan jadi kalau tak ada dia. Mahunya tak keruan jawabnya.
Inilah yang terjadi pada wanita yang tular di media sosial. Di mana, dia masih menyimpan bantal busuk yang sudah berusia 23 tahun.
Dengan menggunakan nama innnnnn_tan, video di tiktoknya tular dengan memperlihatkan dirinya bersama bantal busuk yang disimpannya sejak tahun 1998 dan masih digunanya sehingga kini.
Dalam videonya turut menggambarkan betapa sayang nya pada bantal busuk yang kelihatan sangat lusuh dan lunyai itu.
Mingguan Wanita : Aduh…apalah yang dia rasa pada bantal tu. Kita yang tengok pun geli pulak.
Ia juga dikenali sebagai bantal peluk seing digunakan pada waktu tidur. Bila dikatakan bantal busuk ia biasanya digunakan untuk membuatkan seseorang itu tidur lebih lena. Mungkin juga ada yang gunakan selimut busuk, patung busuk dan sebagainya.
Bagi pemiliknya, mungkin ia tidaklah kelihatan lusuh dan itu adalah penenang buat dirinya. Kita tak tahu.
Apa bahayanya? Ia tentulah mempunyai:
Debu
Habuk
Hama
Kulat
Bakteria
Virus
Kesemua ini mikroorganisma yang boleh menyebabkan:
1. Alahan
Hama, pepjat kecil yang wujud di kawasan berdebu, berhabuk termasuklah kelengkapan tidur yang tidak dicuci dengan baik dan kerap.
2. Gangguan Tidur
3. Penyakit Akut
4. Jangkitan
Bakteria bacteroides menyebabkan jangkitan radang paru-paru dan apendiks.
5. Masalah kulit
Jika ia tidak dicuci dengan baik dan kerap ia akan mengakibatkan debu dan habuk tertinggal di situ, akibatnya akan merengsakan kulit badan dan timbul masalah jeragat dan jerawat.
Akhirnya spekulasi terungkai apabila, kakak Neelofa, Noor Nabila, 36, melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, kira kira jam 10.02 pagi tadi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan berwalikan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor sebagai wakil.
Engku Emran & Nabila Pilih Buat Yang Wajib Saja
Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Bagaimanapun tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin berkenaan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja. Kita buat yang wajib saja selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini,” ujar Nabila.
“Kami Tak Bertunang”
Nabila turut menafikan desas desus yang mereka mengikat tali pertunangan seperti digembar gemburkan sebelum ini.
“Memang kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.
“Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah sama sama berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal,” katanya.
Hubungan Mekar Tanpa Diduga
Mengenai suami, Nabila menyifatkan hubungan antara mereka mekar tanpa diduga.
“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup.
“InsyaAllah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya
Untuk rekod Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.
Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum itu, Engku Emran berkahwin dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.
Perjalanan ibu menghantar anak ke sekolah berakhir tragedi, dua anak parah kenderaan bertembung Axia. Innalilahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.
Rutin seorang ibu yang juga suri rumah menghantar anak-anak ke sekolah berakhir tragedi selepas kenderaan Viva dinaikinya bertembung dengan Axia yang hilang kawalan. Dalam kejadian menyedihkan ini, Nor Hayati meninggal di lokasi kemalangan dan dua dari empat anaknya mengalami kecederaan parah sementara dua lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Renggam.
Perjalanan Ibu Menghantar Anak Ke Sekolah Berakhir Tragedi
Memetik laporan Harian Metro, seorang ibu yang dalam perjalanan menghantar empat anaknya ke sekolah maut selepas Perodua Viva dipandunya terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 77, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, mangsa dikenali sebagai Nor Hayati, 45 yang juga seorang suri rumah maut akibat parah di dada dan kaki dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu.
Katanya, manakala anaknya, Muhammad Asyraff Putra, 6, yang duduk di tempat duduk hadapan dan Muhammad Azzam Putra, 8, di tempat duduk belakang, parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.
Perodua Viva dinaiki remuk dan mengorbankan Nor Hayati di lokasi kemalangan sementara dua dari anaknya parah dan dua lagi menerima rawatan di klinik kesihatan. Gambar Bomba Renggam
Dua Anak Parah Kenderaan Bertembung Axia
“Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari Simpang Renggam menghala Air Hitam bertembung dengan Perodua Axia yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
“Perodua Axia kemudian berpusing dan masuk semula ke laluannya dan berlanggar dengan lori Nissan.
“Pelanggaran itu menyebabkan pemandu Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anaknya, Muhammad Asyraff Putra mengalami pendarahan dalam kepala, perut dan patah tangan kiri manakala abangnya, Muhammad Azzam Putra, disyaki alami pendarahan dalam kepala dan patah peha kiri,” katanya ketika dihubungi.
Bahrin berkata, dua lagi anak Nor Hayati, Putri Ainnur Umairah, 9, cedera di kaki kiri manakala Muhammad Airell Putra, 16, cedera di kepala, kaki kiri dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam.
Katanya, pemandu dan penumpang Perodua Axia turut cedera dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.
“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.