Tok Yah Ajar Satu Persatu Cara Masak Pajeri Style Utara, Memang Sedap Terangkat!

Share

Bagi yang suka makan pajeri boleh cuba resipi style Utara. Rahsia sedap tu terletak pada teknik masakan selain bahan-bahan yang segar. Ikut ja resipi dan cara masak yang dikongsi oleh Tok Yah. Nenek ni memang masak cara orang lama-lama kat Kedah. Selamat mencuba!

Resipi Pajeri Utara

Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih} dihiris

2 ulas bawang merah} dihiris

1 1/2 inci halia} dihiris

1 kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

3 biji terung} dipotong

1 senduk kerisik

2 paket kecil serbuk kari daging cap O

1 cawan santan/ 1 kotak kecil

1 keping gula Melaka

segenggam udang kepal

Minyak untuk menumis

Garam & gula secukup rasa

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/guna-air-mendidih-rahsia-cucur-bilis-rangup-di-luar-lembut-di-dalam/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Ikut Cara Masak Macam Ni Baru Jadi!

Cara membuat:

1-Tumis bawang putih, bawang merah dan halia bersama bunga cengkih, bunga lawang serta kulit kayu manis sehingga naik bau. Pastikan bahan-bahan tumis jadi kuning keemasan. Ini rahsia nak bagi pajeri bau wangi sedap.

2-Sementara itu, gaul kerisik bersama rempah siap-siap, tujuan ni nak bagi rempah dan kerisik ‘mesra’. Kemudian, baru masukkan rempah kerisik bersama sedikit pati santan. Kacau sebati, tunggu sampai pecah minyak. Perlahankan api, takut rempah hangit. Pati santan tu Tok Yah boh sebab nak bagi rempah cepat pecah minyak. Ini pun salah satu rahsia pajeri sedap.

 

3-Lepas tu, masukkan gula & garam. Nak bagi pajeri rasa lemak-lemak manis, Tok Yah letak gula Melaka. Kemudian, baru masukkan terung. Perlahankan api, kacau sebati sebab nak bagi rempah dan terung ‘mesra’. Satu lagi rahsia nak bagi rempah masuk elok dalam terung dengan cara belah sedikit bahagian terung tapi jangan sampai terputus. Ini pun cara nak terung cepat empuk. Lepas tu, masukkan udang kepal. Gaul sebati.

4-Akhir sekali, masukkan lebihan santan tadi. Gaul sebati semua bahan, masak sampai kuah pekat. Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan ikan goreng. Confirm makan bertambah-tambah.

5-Selain terung, boleh juga gantikan dengan epal merah, buah gajus, rebung atau nanas. Resipinya sama sahaja.

IKLAN