Tak dinafikan ramai yang merebut peluang berazam untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan sewaktu bulan puasa. Sebab dah alang-alang berpuasa sepanjang hari, harapnya dapat berat badan yang ideal sewaktu raya nanti. Namun ia tak semudah yang disangka, silap-silap berat makin bertambah sebab pengambilan makanan yang salah sewaktu berbuka mahupun bersahur.
Jurulatih Kecergasan, Mohd Shahfazreen ada kongsikan tip penting ini sebagai panduan;
Ini antara tips berbuka puasa untuk kekal atau turunkan berat badan di bulan Ramadan.
1. Karbo Ringkas
Mula makan berbuka dengan sedikit karbo ringkas. Ia terus beri badan tenaga segera.
2. Segelas Air
Cukup secawan air manis, segelas air kosong, sebiji dua kuih atau 2-3 biji kurma.
3. Makan Berat Selepas Solat
Tunaikan solat maghrib kemudian baru sambung dengan makanan yang lebih berat.
Berbuka dengan 2/3 dari keperluan kalori diri sendiri. Sebaiknya simpan sikit untuk moreh. Sebagai contoh 2/3 ialah 1000 kalori, ambil 750 kalori masa berbuka dan 250 lagi waktu moreh.
5. Sumber Serat
Jika makan nasi, mee, roti atau karbo lain, pastikan ada protein dan sumber serat sekali.
IKLAN
6.Karbo+ Protien
Karbo kembalikan tenaga. Protein kekalkan otot dan serat berikan rasa kenyang dan lama.
7. Kawal Saiz Hidangan
Ambil portion kecil dulu. Rasa tak cukup baru tambah sikit lagi.
8. 1 Hari 1 Hidangan
1 hari 1 nikmat hidup. Bahagi jadi 30 hari. Hari ni cendol, esok roti john, lusa murtabak.
9. Makan Dengan Perlahan-Lahan
Dari suapan pertama ambil masa 15-20 minit untuk signal kenyang sampai ke otak.Makan dengan perlahan. Ia kawal paras gula dalam darah, insulin dan nafsu makan.
10.Berhenti Sebelum Kenyang
Berhenti sebelum kenyang dan bangun terus. Lagi lama ada depan makanan, lagi susah berhenti dan berterusan makan.
Elak terus belasah makan banyak awal waktu berbuka puasa. Ia bantu kawal paras gula dan insulin dari naik mendadak.Nafsu makan jadi lebih bertenang, mudah nak kawal diri dan dapat elak makan berlebihan.
Cukupkan minum air kosong. Bahagikan dari mula buka puasa sampai waktu moreh.
Berdoa juga sebelum azan. Pesan Nabi S.A.W, ini waktu mustajab untuk doa.Minta pada Allah agar terus kuat semangat dan berjaya turun berat badan pada kali ini.
Mingguan Wanita:Tip yang praktikal dan menarik. Jadi jika nak kekalkan atau turunkan berat badan pada bulan ramadan ni, pastikan ikut tip penting sewaktu berbuka seperti yang dikongsikan ini.
Sebenarnya ramai yang masih keliru tanda penyakit OCD atau OCPD, mana satu yang berkait dengan sikap suka buat benda ulang-ulang dalam rutin hariannya dan kadang saja biarkan rumah dalam keadaan berselerak sampai nampak kotor.
Tapi satu golongan lagi pula pantang nampak apa yang ada depan mata tak kemas dan akhirnya memberi kesan pada orang sekeliling jadi tak selesa dengan sikapnya. Contoh mudah sikap ini selalunya ada dalam diri orang cerewet!
Haaa… beza ya, jadi anda patut tahu jangan sampai tersalah faham dan sedap-sedap komen yang negatif yang mungkin sebenarnya anda salah!
Nak dijadikan cerita, ada pula yang mengaitkan mak-mak yang boleh hidup dengan rumah tak bersih itu jenis pemalas. Ok ini kena betulkan dan untuk bacaan penuh jom kita baca pandangan Puan Siti Fatimah ini…
Rumah Berselerak Viral
Semalam ada satu kisah viral pasal rumah berselerak, tak kemas dan kotor. Ada ramai sukarelawan yang datang bersihkan dan bawa keluar lebih 3 lori sampah dari rumah tu. Dekat RM10k dibelanja untuk bantu bersihkan.
PEMALAS adalah perkataan yang paling banyak Mak Iti jumpa dalam ruangan komen selain dari komen komen memaki hamun tuan rumah sekeluarga. Kata, tak payah tolong patutnya jenis pemalas dan pengotor ni. Membazir aje RM10k.
Tidak ketinggalan, caci dengan kata kata judging dari ahli ahli syurga yang menggunakan hukum agama. Habis bawa keluar segala jenis hadis berkaitan kebersihan itu separuh dari iman segala bagai.
Wow wow wow..syabas mera beta. Clap clap clap. Standing ovation dan tepuk perlahan buat anda yang jahil lagi puaka tu.
Malas dan kotor ni, tak banyak sikit, ada dalam diri kita semua. Kau jangan nak menipu aku kata tak ada. Bezanya cuma cara kita twist aje perangai buruk tu dengan ayat ayat manipulasi lain.
Bila Mak Iti tengok gambar tu, perkara pertama yang Mak Iti cakap adalah “Please someone, tolong bawa ibu tu ke psychiatrist. Dia perlukan pertolongan.”
Dan Mak Iti menangis, bila baca semua komen komen yang lancang. Allahu.
Itu mungkin mental disorder gais. Yang kau tengok tu baru sikit. Yang teruk dari itu pun ada.
Maksud OCD
Tahu OCD? Hah, terkejut tengok rumah macam tu ada OCD? Mesti kau ingat OCD tu bukan yang jenis suka bersih ke kan?
Hah tu lah kau. Pembersih, cerewet, nak kan kesempurnaan, itu semua adalah personaliti atau rigid atau OCPD. Bukan OCD.
OCD ni disorder. Doktor yang akan sah kan kau tu OCD atau tidak. Mental disorder macam OCD ni ada yang akan sentiasa membersih berulang ulang menyusun, dan ada juga yang tak akan mengemas langsung sebab dia akan trigger depression kalau dia kemas, lepas tu bersepah balik.
Sama ada dia kemas atau tidak, sama aje, fighter OCD ni depa struggle bila tak capai tahap apa yang depa nak. Sebab tu depa kena pergi buat terapi dan ambil ubat ubatan.
Kalau yang jenis suka kumpul sampah pula kita panggil Hoarder Disorder. Dia memang ada masalah. Dia tidak waras seperti manusia normal lain. Sejenis penyakit mengumpul barang dan sampah.
Sebab tu kita kena ambil tahu dunia mental disorder. Anggap ia pengetahuan am yang wajib kita tahu. Supaya kita tak macam ni lah. Terus menilai. Terus jatuhkan kata kata hina. Tak mustahil boleh jadi dalam ahli keluarga kita.
Macam keluarga tu, memang kena dibantu. Ramai pesakit mental yang tak tahu pun dia ada penyakit mental. Ada yang sampai ke sudah hidup dalam kekeliruan. Kerana tidak kenal masalah diri sendiri.
Ada juga yang suka kaitkan masalah mental dengan saka lah. Jin lah. Unsur mistiklah.
Tak perlu malu untuk mengaku gila. Jumpa therapist dan rawatlah.
Aku ni berkawan dengan pesakit mental. Yang jenis disorder tapi bijak dan power nak mati. Kalau dia nak sound, nak maki dia tak peduli. Memang takut kalau datang angin depression dia. Dah berkali kali buat cubaan bunuh diri. Tapi tak pernah sekali pun aku judge dia.
Mungkin dia lebih hampir dengan pintu syurga dari kita yang kononnya waras dan mulia. Siapa tahu? Kau tahu? Kau menilai tahulah. Powerlah kau kan?
Setiap hari dia mendidik friendlist dia tentang dunia sakit mental ni. Aku belajar semua ni dari dia lah.
Dan seriously to be honest, aku lagi suka berkawan dengan yang jenis disorder ni. Sebab mereka ni realistik. Depa tidak sewaras kita untuk berpura pura dan memutar belitkan dunia.
Setinggi tinggi respect dan sayang buat fighter fighter di luar sana. Mak Iti faham anda semua struggling dan Mak Iti yakin anda semua juga fighting setiap kali. Pergi mampus yang judging tu ok.
Sesetengah mak-mak, minum ais kosong atau minuman berais boleh segarkan badan kembali. Maklum saja dalam sehari-hari, tentu badan mak-mak penat dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Kadang-kadang tak sempat nak makan pun.
Nak segarkan badan, jangan sesekali amalkan minuman berais. Tak baik untuk kesihatan. Aada cara lain yang boleh membuatkan mak-mak kembali segar. Tak perlu ambil minuman berais pun. Yelah, sejuk kan!
Sebenarnya, ada cara nak segarkan badan, plus untuk mak-mak nampak awet muda dan kulit cantik. Tak perlu nak ke pusat rawatan, dengan hanya guna bahan di dapur saja. Boleh amalkan setiap hari.
Inilah yang dikongsikan oleh No Or tentang bagaimana nak segarkan badan yang lemah dan rasa macam nak demam. Amalkan minuman campuran biji selasih, kayu manis dan limau kasturi saja.
Sudah 2 hari, badan rasa lemah macam nak demam. Teringat kat dapur ada biji selasih.
Kalau ikut petua orang tua, selasih boleh sejuk kan badan dan tingkatkan daya ketahanan badan jugak.
Dalam kajian perubatan pun dah terbukti biji selasih ini boleh rangsang penyerapan, tingkatkan aliran darah, legakan sawan, demam dan sebagai pembersih toksin.
Selasih juga mampu kurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, dalam kajian tabung uji pula, ekstrak biji selasih mampu bunuh bakteria berbahaya dan mencetuskan kematian sel barah. Haaa, kan ada banyak tu khasiatnya.
Tiada Rasa
Biji selasih ini tak ada rasa. Nak dapat kan rasa yang sedap dan khasiat yang lagi power, Cik No tambah Kayu manis Ceylon (KMC) dengan limau kasturi.
Bau harum wangi bau KMC tu, bila bergabung dengan limau kasturi. Memang nyaman. Bila dah minum memang sedap. Memang automatik rasa segar terus ke seluruh badan.
Bagi khasiat limau kasturi pula, ia boleh haluskan kulit dan tingkatkan penghasilan kolagen dalam badan kita. Boleh buat kulit nampak cantik dan muka kita awet muda.
Kalau kayu manis pula, tak dinafikan banyak khasiatnya. Petua ini baik untuk kita amalkan
Resipi: 1/2 batang Kayu Manis Ceylon 1/2 sudu teh biji selasih 2 biji limau kasturi
Cara Membuat: 1. Rebus Kayu Manis Ceylon dengan 1 gelas air hingga didih. Dah tutup api, tunggu suam. 2. Masukkan biji selasih, tunggu seketika. 3. Bila nak minum, baru perahkan limau kasturi.
Ingat, guna Kayu Manis Ceylon, sebab nak minum selalu.
Kulit Kayu Manis yang biasa itu, tak boleh minum banyak. Nanti boleh rosakkan organ hati.
Lagi satu, kalau limau kasturi tak ada, bolehlah gantikan dengan lemon
Kalau nak sihat, buat pilihan tepat. Jangan pilih yang mudarat
#PetuaSihatCik No Or
Mingguan Wanita : Nak sihat, kenalah ada usaha dan bukannya ambil jalan mudah. Kan…
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ramai wanita yang mahu memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan ideal.Supaya bila pakai baju, nampak elok terletak dan cantik menawan. Pelbagai cara dilakukan demi untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman. Antara cara alternatif untuk nampak lebih kurus atau ramping dengan cara yang lebih mudah dan pantas ialah dengan memakai bengkung.
Pemakaian bengkung, dikatakan dapat ‘menyembunyikan’ lemak-lemak yang ada di tubuh. Namun ramai yang terlepas pandang, hakikatnya bahaya memakai bengkung setiap hari, ia boleh merosakkan organ dalaman dalam jangka masa yang panjang.
Ini adalah bengkung, atau nama mat salehnya waist girdle, Corset, waist band dan macam-macam lagi .
Jenis-Jenis Bengkung:
1.Bengkung abdomen (Membaluti keliling abdomen/Perut)
2.Bengkung Penuh ( Chest to Hips ) Yang membaluti dari paras Dada hingga pinggul .( Lebih merbahaya)
Tak kira lah jenis apa sekali pun, bengkung ini selalunya digunakan untuk;
1.Selepas BERSALIN (Post delivery)
Selalunya lepas bersalin.Bukan apa tujuannya untuk put on pressure pada rahim yang sedang mengecut.Bengkung ini digunakan hanya pada had masa yang tertentu sahaja. Bila rahim dah sepenuhnya mengecut, Tak ada lagi pendarahan.Bengkung dah tak perlu sebenarnya.
2.Immbobilisation of Back
Terutama sekali yang ada kecederaan tulang belakang, untuk mengelakkan “friction” geseran tulang belakang.
Tapi zaman sekarang ni, penggunaanya telah disalah guna oleh beberapa pihak.Pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual HARAPAN.
Overclaim pulak tu. Boleh kurus, boleh ramping.
ANATOMI
Secara Amnya, dibawah lapisan kulit kita terutamanya dibahagian abdomen dipanggil “Subcutaenous fat tissue”. Lapisan ini adalah lapisan lemak yang terkumpul.Kalau perhatikan Fisiologi struktur lemak. Lemak ni mempunyai sifat pejal, ia tak mudah pecah seperti yang di perkatakan oleh ramai penjual.
“Kalau sapu losyen panas ni, Lagi cepat pecah lemak..”
“Jangan ingat lemak tu macam buah delima atau belon! Boleh pecah begitu sahaja”
Menjual harapan adalah lebih mudah, memandangkan rakyat kita sibuk bekerja.Tak ada masa nak bersenam dan tak boleh kawal nafsu makan.
Jadi , Ini adalah pintu gerbang utama kepada si penjual untuk Menjual harapan..
“ Nak jadi langsing ?”
“ Sorok lemak, Dalam masa yang sama boleh shaping? ..”
Lemak tak boleh disusun atur, Macam susun biskut dalam balang.
Keburukan Pakai Bengkung Setiap Hari
1.GERD – Gastroesophageal Reflux disease
Bengkung akan membuatkan, organ perut dan paru paru tertolak ke atas disebabkan tekanan yang tinggi.Bila perut dah tertolak ke atas, injap penutup perut akan terbuka disebabkan paksaan tadi.Jus asid perut mula melimpah semula ke Esofagus (Salur makanan) dan akan menyebab kan GERD ( Gastroesophageal Reflux Disease). Simptomnya sama macam orang yang kena Serangan Pedih Ulu hati.
2.Dyspnoea ( Shortness of Breathing ) Susah bernafas
Bengkung juga akan Push Paru paru inferior ke atas.Kita bernafas menggunakan otot Diaphragma Dan ruang diafragma ini diperlukan oleh paru-paru untuk mengembang lebih baik.
Tapi kalau balut perut dengan bengkung dan pakai setiap hari, ruang diaphragma menjadi makin sempit. Otot diafragma tak dapat bantu paru paru untuk bernafas disebabkan tekanan dari bengkung yang telah menyebabkan kenaikkan tekanan abdomen “Intraabdominal pressure”.Sekali gus menyebabkan paru paru tak dapat berkembang dengan lebih baik.
3.Brain Hypoxia
Disebabkan itu, makin kuranglah kemasukan oksigen dalam badan.Bila oksigen sampai ke otak dengan jumlah yang minima, akhirnya mula jadi cepat letih, cepat mengantuk dan produktiviti hidup seharian akan berkurangan.
4.Cardiac pressure
Bila paru paru pun dah tertolak ke atas, maka paru paru tadi mula mencengkam jantung. Jatung pula yang stress, dah lah nak kena pam darah lagi , Tapi dok kena himpit pulak dengan paru paru.
Darah Beku
Mungkin ada antara kita yang tak tahu jika ada masalah “Koagulasi” Darah.Bila ruangan dalam abdomen makin sempit, secara logiknya salur darah yang kecil semuanya akan tersekat. Sekatan laluan itu akan menyebabkan darah anda mula bergumpal dan mudah menjadi thrombus.
Bayangkan kalau darah beku tadi,tersekat di salur darah paru paru?
Pastinya mengundang Pulmonary Embolism.
Keadaan ini adalah Emergency, 100% pesakit yang kena pulmonary embolism, 60-70% yang akan menempah keranda untuk dikebumikan .
Selain dari itu, pakai bengkung juga boleh mengakibatkan;
Hanya kerana nak nampak kemas, nak simpan selit lemak tu, pakai bengkung tu pun dah nampak macam nak sesak nafas.Jangan temberang bila cakap pakai bengkung tu selesa. Increase intrabdominal pressure, takkan penah selesa.
Nak nampak kemas katanya, tapi banyak keburukan yang mengundang pada badan sendiri.Kenapa perlu beri tekanan yang tak perlu pada ruang dalam abdomen.Mereka perlukan ruang untuk bekerja.
Perut, diaphragma, usus,Paru paru, ginjal, hati dan sebagainya, tuhan dah ciptakan ruang untuk organ organ ni bekerja. Tapi disempitkan ruang mereka dek kerana nak sorok lemak lemak yang berlebihan.
Ramping Cara Mudah & Pantas
Malas nak komen pasal excercise dan pemakanan. Topik ni boring. Semua orang tahu.Tapi semua cari alternatif lain untuk nampak lebih kurus atau ramping dengan cara yang lebih mudah dan pantas.Sanggup belanja duit gaji beratus-ratus untuk alat kelengkapan bengkung. Belum lagi dengan seluar shaping, baju panas, teh detox, pil kurus, Losyen panas lagi..Hanya kerana kau mahu kelihatan lebih anggun dan menawan.
Kalau tengok pada gambar ni, balut tengah tu elok dah, tapi dia degil, Dia dok keluaq ikut ataih dengan bawah.
Sebab apa?
Sebab lemak pun perlukan ruang mereka sendiri.Hang rasa hang boleh kawal susunan lemak tu ke?
Jadi lah pengguna yang bijak, dari memudaratkan diri dengan membazir lagi beli benda benda yang memberi harapan palsu.Baik kau simpan duit tu untuk masa depan diri sendiri dan anak anak.
Share & Tag lah.Supaya ramai yang buka mata.
Sekali dua pakai, boleh tahan lagi..Tapi kalau kerap? Rasa organ dalam tu tak “tercekik” mintak nyawa ke? Mereka pun sel sel hidup juga. Sama seperti anda semua yang perlukan ruang dalam hidup .
Kecantikan tu sementara, tapi organ dalaman nak pakai lama. Bukan nak jatuhkan perniagaan orang, tapi … kesan masa jangka panjang tu, siapa nak tanggung. Nanti semua salah doktor, salah diri sendiri tak perasan pulak.
Betul lah kata orang “Beauty is pain”. Memang pain pun, yang jual bengkung tu pun hari hari dok bergasak dalam Gym.Duit pun masuk macam air.
Kadang kadang tengok, bengkung tu sampai dah longgar, dah tak ada elastik..Tapi tuan punya badan, dok macam tu jugak.
Nota Ringkas
* Setiap organ kita perlukan ruang untuk bernafas dan bekerja . Tekanan normal dalam perut harus di kekalkan. Jika bengkung ini dapat menyebabkan “Increase Intraabdominal pressure” Maka ianya membawa kemudaratan.
Tak Boleh terima kebenaran ?
Tepuk dada tanya sendiri
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi hati-hati iya buat wanita yang mengamalkan bengkung setiap hari. Ia boleh jejaskan kesihatan dan merosakkan organ dalaman dalam jangka panjang. Sebaiknya amalkan pemakanan sihat, lakukan senaman untuk dapat bentuk badan yang langsing, pinggang yang ramping dengan cara yang lebih sihat.
Semua wanita yang bergelar isteri pasti mengharapkan suami yang dapat memahami dirinya dengan baik. Dia mengharapkan suaminya dapat belai dia selalu, selalu ada di sisi bila diperlukan.