Masakan orang-orang lama selalunya walaupun ringkas namun memang terasa kesedapannya. Selain ‘air tangan’ dan dimasak dengan penuh kasih sayang, ada 3 bahan utama yang digunakan untuk menyedapkan lagi rasa masakan dan hidangan yang disediakan. Malah digunakan secara berbeza mengikut jenis masakan.
Untuk tahu lebih lanjut baca perkongsian daripada Puan Nuha ini sebagai panduan;
Tips masakan daripada orang lama. Ada 3 bahan utama saya guna yang diajar oleh orang-orang lama atau yang lebih berpengalaman untuk menyedapkan masakan.
Pertama: Sos Tiram
Biasanya untuk masak sayur, sup, saya guna sos tiram. Jika masakan saya tawar (biasanya nasi/mee/bihungoreng), saya gunakan sos tiram untuk menambah rasa masin agar mudah sebati berbanding garam.
Kedua: Garam Kasar
Arwah mak ajar saya masakan menggunakan garam kasar lebih sedap berbanding garam halus. Terutama ketika menggulai atau yang berkuah.
Ketiga: Nise atau Gula Melaka
Jika masakan memerlukan rasa manis, saya gunakan nise sebagai pengganti kepada gula. Nise menghasilkan rasa manis berlemak berbanding gula. Jika masak sambal, nise juga berperanan menggelapkan warna sambal.
DIY Almari Tudung Isteri Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun! Biasanya bila tudung-tudung banyak dan berlambak di rumah, memang payah nak menyimpannya dengan kemas tersusun dan mudah dicari. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan tudung-tudung elok tersimpan dan kemas tersusun.
DIY buat almari tudung sendiri je di rumah, guna paip PVC dan papan lapis. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, malah memang jimat kos.
Siapa tak sayang bini ooi. Almari Tudung DIY untuk bini pakai paip PVC je.Baru la muat tudung-tudung kita yang berlambak-lambak tu. Barang-barang simple je cari dekat kedai hardware.
Bahan Diperlukan:
Paip PVC 2 batang 19 kaki, potong 6 inci (RM76)
Pemegang pintu 2 buah (RM4)
Papan lapis 12mm (RM65)
Engsel (RM4)
Syelek Kayu 1 liter (RM20)
Cara Membuat:
1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu.
2. Buat ukuran pada papan lapis, pasang pemegang pintu dan engsel.
3. Kemudian sapu syelek kayu supaya almari nampak lebih menyerlah dan biarkan kering.
4. Susunkan paip PVC tadi dan boleh simpan tudung di dalam almari tersebut.
Siap! Selamat Mencuba!
Total kos hanya RM109 je tapi cinta terhadap isteri tiada nilainya.
Mingguan Wanita: Memang kreatif sungguh, buat almari tudung sendiri di rumah. Hasilnya tudung-tudung pun elok tersimpan dan kemas tersusun. Encik suami yang pandai bertukang tu, boleh cuba buat sendiri untuk isteri tersayang.
Bagi mak-mak yang suka berkebun, memang geram bila pokok mahupun tanaman tak sihat dan bermasalah pada bahagian daun dan batang. Seperti diserang kulat/hama/kutu/ulat dan sebagainya. Sebenarnya dengan menggunakan bahan-bahan dapur yang semula jadi seperti serbuk kunyit, cili padi dan bawang merah berkesan menjadi semburan organik bagi mengatasi masalah ini.
Untuk faham lebih lankjut, boleh cuba buat sendiri semburan organik di rumah seperti yang dikongsikan oleh Puan Liyana Mohd Poad ini.
Air kuciba (semburan organik).
Bahan-Bahan:
Botol minuman 1.5L.
1 sudu besar serbuk kunyit
5 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
Saya sediakan cara-caranya di sini.
1. Sediakan botol minuman 1.5L.
2. Ambil sesudu besar serbuk kunyit dan masukkan ke dalam botol yang sudah disediakan.
3. Ambil 5 tangkai cili padi sama saiz. Patahkan 2 atau 3. Masukkan ke dalam botol.
4. Ambil 5 ulas bawang merah yang kecik (bukan bawang putih atau bawang besar). Belah dua dan ketuk sikit bagi pecah lalu dimasukkan ke dalm botol tadi. Kulitnya sekali ya.
5. Isikan penuh air biasa ke dalam botol.Goncang.
6. Peram semalaman dalam suhu bilik. Saya letak bawah sinki.
7. Keesokannya (selepas 24 jam) dah boleh digunakan.Isi dalam botol spray.Tak perlu tambah air lagi.
Spray pada pokok yang bermasalah terutamanya daun.
Sesuai untuk semua pokok sayur dan bunga berumur sebulan ke atas.
Fungsi kunyit untuk mematikan kulat /hama/kutu/ulat dan sebagainya pada daun dan batang. Cili padi dan bawang sebagai agen pemangkin kematian.Ibarat wajah yang berjerawat, kunyit digunakan untuk mengecutkan jerawat dan digunakn pada waktu malam.
Syor saya, gunakan dua atau tiga kali seminggu. Petang sahaja,pukul 6.30 ke atas.
Bakinya boleh simpan. Bukan dalam peti sejuk.Letak dalam suhu bilik. Air semburan ini boleh tahan sehingga 7-10 hari sahaja.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat Mencuba!
Mingguan Wanita : Jika pokok sayur dan bunga bermasalah terutamanya bahagian daun, boleh cuba semburkan ‘Air Kuciba’ semburan organik ini. Sembur dua atau tiga kali seminggu, ia berfungsi dalam mematikan kulat /hama/kutu/ulat dan sebagainya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Wanita memang tak boleh lari daripada benda yang cantik-cantik. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan emas. Rasanya semua wanita suka dengan barang kemas, macam-macam rekaan yang ada kat pasaran sekarang ini.
Sebut saja pulut dakap, biskut tawar atau nama-nama yang memang menjadi tarikan untuk wanita.
Bagi yang gila dengan emas, setiap kali rekaan baru mesti dibelinya. Hebat. Sebab emas sekarang ni jadi buruan wanita. Harganya pun tidak pernah susut dan kiranya semakin tinggi nilainya.
Namun, rasanya tidak semua wanita suka dan gila dengan barang kemas. Kalau ada pun hanya seutas dua, mungkin hadiah masa perkahwinan dulu yang masih tersimpan rapi. Boleh dikiralah berapa yang ada. Itu pun disimpan elok dalam almari.
Jarang pakai atau kerap pakai, kadang-kadang ia boleh nampak kusam dan tidak bersinar. Nak pakai nanti takut orang cakap emas palsu pulak. Jadi, ambillah masa 10 minit untuk bersihkan supaya berkilau dan berkilat seperti baru.
Kalau upah kat kedai untuk bersihkan mungkin agak mahal. Jadi, perkongsian daripada Hani Mynis ini boleh membantu mak-mak untuk bersih dan cuci sendiri barang kemas. Ambil masa 10 minit sahaja dah kembali berkilau macam beli baru kat kedai.
Hani sebenarnya tak suka pakai barang kemas lagi-lagi yang diperbuat dari emas.
Tapi dah namanya perempuan, paling tidak koman-koman mesti ada walaupun satu utas/ bentuk. Tak kira lah sebentuk cincin atau seutas gelang tangan kan.
Jadi, Hani buat deep cleaning barang kemas yang ada. Ini sahaja koleksi yang ada, seutas gelang tangan, seutas rantai dan dua bentuk cincin. Sekarang kan ada amacam-macam rekaan.
Deep cleaning ini selalu buat setahun sekali setiap kali nak raya je sebenarnya. Tapi, alang-alang cuti bolehlah buat. Senang sangat dan semua bahan ada kat rumah. Ambil masa lebih kurang 10 minit je. Dah buat ni barulah berkilau-kilau balik barang kemas yang kita ada.
Semoga bermanfaat .
MW: Mana-mana mak yang ada barang kemas banyak, tak payah nak Membazir duit, boleh cuci sendiri kat rumah.
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...