Memandangkan angka kes seharian Covid-19 semakin mengganas, kerajaan menyarankan kita duduk di rumah dan jika terpaksa keluar patulah segala SOP yang telah ditetapkan.

Sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan di rumah. Ikuti perkongsian dari Puan Dzuriasikim Dzulkefli tentang tip berguna ketika kita lakukan Self Lockdoen di rumah. Jangan cepat stress ya bila duduk di rumah.

Duduk Rumah & Elakkan Stres

Ikuti enam tip untuk SELF LOCKDOWN

1. Bersederhana dalam menyediakan makanan, membeli dan menyimpan barang basah. Kita boleh simpan bahan asas yang mudah dan murah tetapi boleh digunakan untuk pelbagai jenis resepi masakan. Contohnya seperti ikan bilis dan telur. Boleh masak sambal ikan bilis, nasi goreng, rencah untuk menumis, telur dadar, telur rebus, telus masak lemak, telur sambal. Di rumah saya sentiasa ada bahan asas memasak seperti garam, gula, beras, minyak masak, telur, sardin, ikan bilis, ikan masin. Dan itu sudah lebih dari cukup.

2. Isi minyak kenderaan tangki penuh. Rasanya semua orang tahu dan amal kan ini.

3. Lakukan aktiviti senaman di sekitar rumah sahaja. Saya sendiri sudah berhentikan semua aktiviti sukan saya sejak 2 minggu lalu termasuk untuk kawasan berdekatan rumah. Ada banyak senaman “indoor” yang kita boleh amalkan untuk kekal cergas dan sihat. Apabila kita bersenam di luar, kita yang sememangnya tidak memakai pelitup muka ketika bersenam mempunyai potensi untuk berselisih dengan orang lain yang sedang bersenam juga. Kita mungkin menjadi pembawa kuman tanpa gejala.

4. Tidak menerima tetamu atau berkunjung ke mana-mana rumah saudara atau rakan. Adik saya yang selalu datang ke rumah saya juga dengan rasa penuh tanggungjawab memberitahu saya dia tidak akan datang ke rumah saya dalam masa terdekat ini memandangkan beliau sering keluar masuk ofis dan bimbang jika dia menjadi pembawa tanpa gejala.

5. Solat berjemaah lima waktu bersama ahli keluarga. Ianya adalah lebih baik bagi mengeratkan ikatan keluarga.

6. Optimumkan pembelian secara dalam talian.

Kurangkan Kebosanan Di Rumah

10 PERKARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN DAN KEBOSANAN DI RUMAH (MENJAGA KESIHATAN MENTAL ADALAH SANGAT PENTING)

1. Bangun bagi, mandi, bersiap diri (merapikan diri agar kemas, bersih dan harum sudah mencukupi). Buka tingkap rumah dan dapatkan sinaran matahari dari jendela. Get some positive energy and vibes begini setiap hari.

IKLAN

2. Tingkatkan sedekah. Best sangat bersedekah ni. Bila kita pesan makanan dari luar contohnya, berikan tips pada jumlah yang membahagiakan penghantar (anda faham maksud saya bukan?). Bahagiakan orang lain akan membahagiakan diri kita sendiri.

3. Declutter and decorate. Inilah waktu terbaik untuk buat decluttering segala pakaian, pinggan mangkuk dan barangan dalam rumah. Untuk baju contohnya, semua baju yang tidak digunakan melebihi 3 bulan, boleh disedekahkan. Jangan simpan terlalu banyak pakaian atau barangan di rumah tanpa memakainya.

4. Kita boleh kekal berinteraksi bersama kawan dan keluarga secara online atau di atas talian. Hantar Voice message, video Call, chat.. kongsi resepi, video…macam-macam. Stay Happy and connected ok!

Bercucuk Tanam

5. Bercucuk tanam adalah antara terapi minda yang paling best. Bila kita tanam, siram dan baja ianya mendidik kita untuk mendisiplinkan diri. Bila keluar bunga dan buah… ianya menjadi terapi diri!

6. Sertai kelas online. Tak kisah samada untuk perniagaan, masakan, menjahit, menyelam, kecantikan atau apa sahaja. Ilmu memang tidak akan sia-sia.

7. Cuba resepi baru dari buku atau internet. Atau mungkin ada resepi dari arwah ibu yang belum pernah kita buat. Kenalkan pada anak-anak agar ianya dapat diturunkan ke generasi baru. Best kan?

8. Membaca. Kalau sudah mula, sudah nak berhenti. By the time habis MCO, anda akan semakin lebih berilmu. Buku boleh dibeli secara online atau boleh baca e-book. Jika tidak gemar membaca boleh dengar audio book atau tonton filem berbentuk documentary.

IKLAN

9. Susun semula segala peralatan penjagaan diri. Cuci berus (brush) atau span atau peralatan solekan dan asingkan peralatan solekan serta skincare yang lama.

Masanya Untuk Turunkan Berat Badan

10. Ini paling best. Lockdown adalah waktu terbaik untuk kita buat challenge menurunkan berat badan dan jadi lebih fit serta lebih cantik! Jaga makan, minum, tidur. Jaga wajah. Jaga badan. Jika anda memang semulajadi Slim atau memiliki badan bersaiz kecil, boleh tingkatkan kecergasan atau fitness atau lakukan apa sahaja untuk tingkatkan diri. Come back after lockdown with a better version of you!

Sumber: FB Dzuriasikim Dzulkefli

Baca Disini Juga: 

Kenangan Gambar Raya Terakhir, Mak Ayah & Adik Meninggal Akibat COVID-19

Positif Covid “Sebaik-Baik Kita Menjaga SOP Tak Campur Orang Akhirnya Kecundang Jua” Puteri Sarah

IKLAN

Positif Covid “Sebaik-Baik Kita Menjaga SOP Tak Campur Orang Akhirnya Kecundang Jua” Puteri Sarah

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

 

Cookies Viral Legend 

Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.

Klik ini untuk mendaftar:  https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com