Tiba musim durian, memang sesiapa yang suka sanggup ‘memburu’ tempat jualan yang murah dan buah durian yang cantik-cantik. Namun, sekarang musimnya dah nak sampai ke penghujung. Tetapi, anda yang ‘hantu’ durian tetap tak melepaskan peluang untuk membeli dan tak kisah berapa harganya.

Masa awal-awal, harga durian boleh tahan tapi dek kerana suka, harga bukan menjadi persoalan. Durian kampung, D24, IOI, XO, Musang King dan macam-macam gelaran. Beza harga pada isi durian tersebut dan jenis kacukan.

Bagi yang suka rasa pahit-pahit tu, nikmatnya makan durian tapi ada juga yang suka rasa-rasa manis. Citarasa memang tak sama. Walau bagaimanapun, jangan terlalu ‘ghairah’ makan durian sebab durian nie’panas’ dan bagi yang ad masalah kesihatan memang tak digalakkan makan durian.

Bukan itu sahaja, durian nie tinggi kalorinya berbanding dengan buah-buahan lain. Jadi, kalau ras nak makan banyak tu, kiralah sendiri berapa banyak kalori yang masuk.

Dietitian Fizah Sobri berkongsi tentang kalori buah durian ini dan bolehlah gantikan dengan buah-buahan lain.

Baca Artikel Lain Di Sini: Rendah Kalori, Tinggi Zat, Pilihlah Daun Kucai Jadi Menu Harian!

IKLAN

Coach Ini Dedah 10 Makanan Tinggi Kandungan Garam, Jadi Punca Diet Selalu Kecundang

Info Lebih Menarik DI SINI

Tinggi Kalori

Makan buah masam tak setinggi gula dari buah manis

IKLAN

Betul ke?

1 ulas durian saiz musang king / 2 ulas saiz durian kampung kandungan kalori (60-80kcal) dan karbohidrat (lebih kurang 15g) bersamaan dengan:

8 biji anggur (tak kisah hijau/merah/purple)
4 biji rambutan/duku/langsat
1 biji epal (hijau/merah saiz sederhana)
1/2 jambu / mangga
1 potong betik/nenas/tembikai
1 pisang emas (bukan pisang cavendish)

Yang penting bukan jenis tapi kuantiti

IKLAN

Hati-hati

Perlu jaga kuantiti untuk mereka yang:

1. Nak berdiet
2. Ada penyakit seperti kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi.

MW: Tak salah makan durian tapi jangan keterlaluan dan bagi yang ada masalah kesihatan tu kenalah berhati-hati.

Sumber: Dietitian Fizah Sobri