Allahu, sebaknya kisah ibu anak lima ini yang juga seorang frontliner. Ketika rindu makin menebal, terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan suami, tanpa diduga dirinya pula disahkan positif Covid-19.
Kini, dia berada jauh dari mereka. Bertugas di negeri di bawah bayu, Sabah yang juga kawasan zon merah Covid-19.
Diuji positif Covid-19 pada hari ke-18 bertugas sebagai frontliner, ibu ini masih boleh kuat, cekalkan hati. Namun, ujian paling sukar untuknya adalah RINDU mahu mendakap kembali anak-anak dan suami seperti sebelum-sebelumnya.
Sungguh Covid-19 ini, bukan ujian yang biasa-biasa.
Sebak catatan frontliner,
Meninggalkan anak 5 dan suami untuk berbakti pada negara sebenarnya bukan keputusan yang mudah… mana mungkin seorang isteri dan seorang ibu sanggup meninggalkan keluarga jika untu berseronok.
Ads
Ya, memang ada mulut-mulut mengatakan aku BODOH sebab serah diri ke tempat yang sememangnya diketahui sebagai RED ZONE, ada juga mengatakan seronok sebab akan dapat elaun yang banyak yang aku sendiri tak faham maksudnya.
Tapi aku tak kisah.. bagi aku, tujuan aku pergi semata-mata kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan-rakan seperjuanganku yang lain.. selain aku dapat menimba pengalaman di tempat orang.. ye la nak jadi askar, pegang senapang aku tak layak.. jadi ini saja la bakti aku pada negara.. melawan musuh yang tak nampak di mata.
Ads
Aku Disahkan Positif Covid-19..
Membaca mesej yang diberikan oleh cikgu pra pada aku, membuatkan aku menangis.. sungguh hati seorang ibu sangat mudah tersentuh bila berkaitan anak 5.
Dan hari ini, setelah 18 hari aku di bumi Sabah.. aku disahkan positif Covid-19. Benda yang aku paling tak jangka, yang aku tak pernah mimpi, yang aku takuti, terjadi jua.
Rasa down? Speechless? Menangis la aku sepuas hati tadi selepas dapat keputusan yang paling aku tak jangka.. namun menyesal tidak sekali. Aku tau perancangan Allah lebih baik.. Allah sayang aku dan keluarga aku sebab tu macam-macam Allah uji aku.
Ads
Aku berdoa agar aku cepat sembuh dan dapat jumpa semula keluarga aku. Terima kasih pada keluarga, rakan, orang-orang atasan yang call dan wassup kata-kata semangat pada aku.. sungguh sangat bererti doa kalian pada aku.
Dan sesungguhnya ujian yang paling tidak tertanggung adalah RINDU
AKU SEORANG FRONTLINER Doakan aku bebas dari Covid
MW : Sesungguhnya Malaysia masih belum menang. Marilah semua terus patuhi SOP dan jika tiada keperluan mendesak, duduklah rumah. Semoga Siti Nurjannah Abu Bakar dipermudahkan urusan dan segera bebas dari Covid-19.
“Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Mohon Rahsiakan Nama & Wajah
“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.
“Salam sayang dari kami bertiga.”
@fattzuralovelife
Rakan Artis Ucap Tahniah
Menerusi komen di entri tersebut juga ramai rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan itu.
Selamat menjalani tempoh berpantang kepada Fazura dan menempuhi hari baru sebagai seorang ibu.
Sebelum ini heboh diperkatakan mengenai seorang pelakon wanita bersama seorang rakan ditahan kerana dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila melakukan aktiviti berbasikal dengan merentas negeri.
Ketika itu Bella Dally, 29, bersama rakannya dikatakan melakukan aktiviti berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah sehingga dikecam teruk netizen sebelum dipanggil pihak polis untuk siasatan.
Semalam pelakon ini telah tampil membuat perjelasan selepas timbul kekeliruan berhubung tindakannya yang dikatakan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan merentas sempadan negeri pada Ahad lalu.
Bella menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya semalam, menjelaskan, dia tidak merentasi sempadan seperti mana ditularkan.
“Saya mengambil maklum laporan media termasuk yang tular di media sosial berkaitan dakwaan saya mengingkari PKPB yang sedang berkuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini.
“Untuk makluman, saya telah selesai memberi keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
“Apa yang berlaku pada 18 Oktober lalu (Ahad), saya dan seorang rakan melakukan aktiviti riadah berbasikal di sekitar daerah Gombak, berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan antara negeri Selangor dan Pahang.
“Satu gambar telah dimuat naik ke Instagram saya dengan kapsyen ‘Woohoo Genting Sempah with…” dan ia telah menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya telah merentasi antara dua negeri dan melanggar PKPB,” katanya.
Mohon Maaf Sekali Lagi
Menurut pelakon ini lagi, dia dan rakannya masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri.
“Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.
“Apa pun saya mengambi iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran hantaran di Instagram saya tempohari.
“Ini sahaja kenyataan saya untuk merungkai kekeliruan yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melangkapkan siasatan,
“Saya memohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” ujarnya yang turut mendoakan agar semua berada dalam keadaan selamat.
Penyakit kanser ini tak kenal pangkat, mahupun nama. Ia boleh dihidapi siapa saja tanpa amaran. Oktober 2018, kanser prostat mengubah kehidupan personal Datuk Seri Mohamed Nazir Tun Razak. Daripada seorang yang terlalu fokus kerjaya, menjadi lelaki yang lebih memandang serius tahap kesihatan diri.
“Alhamdulillah, saya sangat bertuah kerana penyakit barah saya dikesan dengan awal. Tanpa alami sebarang simptom, saya mendapat tahu penyakit saya secara tidak sengaja.”
Waktu itu, beliau yang juga adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjalani pemeriksaan prostat sebagai syarat awal pembelian insurans. “Saya menjalankan ujian saya di London dan memberitahu doktor saya ketika itu untuk menjadualkan pembedahan saya selepas saya pulang dari bercuti.”
Betapa sihatlah saya rasa pada masa itu sehingga boleh bercuti dengan keluarga! Abang-abang saya, Nizam dan Johari serta keluarga mereka melawat saya di London.”
Beliau juga menerima kunjungan rakan-rakan yang lain seperti Tan Sri Tony Fernandes, Datuk David Chua, Datuk Haris Onn dan Datuk Kamaluddin Badawi.
“Mereka telah menjadi sumber semangat pada saya dalam proses pemulihan.”
Ternyata kanser prostat ini memberi impak dari segi gaya hidup ahli lembaga Tabung Amanah Kanser Urologi, di bawah naungan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya ini.
“Saya mengambil keputusan berhenti merokok dan lebih kerap bersenam.
Sebelum ini, saya telah mengabagikan kesihatan saya kerana terlalu fokus dengan kerjaya di CIMB. Sekarang, saya lebih memandang serius kesihatan saya.
Malah, saya cuba meluangkan lebih banyak masa bersama mereka yang tersayang. Pengalaman ini membuatkan saya sedar akan kepentingan orang di sekeliling saya seperti keluarga dan juga kawan-kawan rapat.”
Pengalaman peribadi yang dilalui Datuk Seri Nazir Razak, antara sebahagian daripada kisah-kisah kanser survivor di negara ini. Ramai lagi sebenarnya di luar sana yang senasib, tetapi mereka masih malu untuk mendapatkan rawatan mahupun bantuan.
‘Kesedaran mendapatkan rawatan awal’ inilah yang masih terus diperjuangkan. Kerana kanser sebegini masih boleh dirawat jika dikesan awal.
“Kempen ‘onlymencan’ memberi keyakinan kepada kaum lelaki, bahawa terdapat pelbagai perkara yang mereka boleh lakukam. Umpamanya bermain watak seperti Hang Tuah, namun kaum lelaki juga terdedah kepada masalah kesihatan yang secara eksklusif mempengaruhi mereka.
Khususnya, kami ingin menggariskan hanya lelaki yang boleh menghidap penyakit kanser prostat dan sembuh, sekiranya ia dikesan dan dirawat dengan awal.
Semoga dengan pendedahan ini, rakyat Malaysia dapat dididik dan disedarkan mengenai kanser prostat, risiko dan gejalanya.
Lebih daripada 60% kes kanser prostat di Malaysia didiagnosis lewat pada tahap-tahap terakhir, dan kami ingin mengurangkan peratusan itu kepada 30% menjelang 2025.” Jelas Datuk Seri Nazir lagi.
Menerusi kempen, secara amnya terdapat 2 kumpulan yang akan disasarkan,
Pertama adalah lelaki yang berusia 50 tahun ke atas kerana mereka adalah golongan
yang paling berisiko untuk mendapat barah prostat.
Kedua ialah ahli keluarga lelaki-lelaki tersebut seperti isteri serta anak-anak mereka kerana mereka dapat meyakinkan suami ataupun ayah mereka untuk menjalani ujian.
“Kempen ini merupakan kempen yang inklusif kerana walaupun bukan semua orang terdedah kepada penyakit itu, ada golongan yang memainkan peranan yang penting untuk membantu mengesan dan mencegah maka sangat penting untuk seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang mempunyai kesedaran mengenai ancaman penyakit kanser prostat.
Saya rasa memiliki kesedaran mengenai kanser prostat adalah sangat penting. Kanser prostat adalah salah satu kanser yang lebih mudah dirawat dan kadar pulih pesakit kanser prostat yang dirawat awal juga adalah tinggi, hanya jika dikesan awal.”
Jika seseorang lelaki yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai gejala seperti perlu
membuang air kecil dengan kerap, sukar untuk membuang air kecil ataupun
mempunyai nafsu berahi (libido) yang rendah, mereka perlu berjumpa dengan doktor
yang berdekatan secepat mungkin untuk mengambil ujian “prostate specific antigen”
ataupun ujian PSA.
Dari ujian tersebut, doktor dapat menasihati pesakit untuk mendapat rawatan yang sepatutnya.
Ujian saringan kanser prostat yang pertama adalah melalui ujian PSA yang disebutkan
tadi, yang boleh didapati melalui ujian darah. Jika dapatan ujian PSA adalah tinggi
(lebih dari 4), doktor akan menasihati pesakit untuk melakukan MRI untuk
mengesahkan bahawa ada ketumbuhan. Kemudian, diikuti dengan biopsi untuk
mengesahkan jika ketumbuhan tersebut menjadi barah.
Pesakit tidak perlu terlampau risau kerana jika dikesan awal, pesakit juga boleh mendapati rawatan awal.
“Berdasarkan pengalaman saya, selepas prosedur biopsi tersebut mengesahkan bahawa ketumbuhan saya sudah menjadi barah, doktor cadangkan saya untuk menjalankan pembedahan secepat mungkin.
Selepas pembedahan tersebut, alhamdulillah saya pulih dengan sepenuhnya dalam beberapa bulan. Data menunjukkan bahawa kalau dirawat dengan awal, kadar ‘survival’ adalah setinggi 95%.” Ujar Datuk Seri Nazir lagi.
Sebenarnya, tak perlu malu untuk membicarakan penyakit kanser prostat ini. Jelas beliau lagi, “salah satu cara adalah untuk mengetengahkan simptom-simptom kanser tersebut serta mengongsi pengalaman pesakit kanser prostat.
Terdapat stigma yang negatif bagi kanser prostat kerana ia berhubungkait dengan organ seksual, oleh itu ramai lelaki mungkin berasa malu untuk membincangkan simptom-simptom yang dihadapi. Kita harus menormalisasikan perbincangan mengenai kesihatan prostat.”
*Artikel diterbitkan dengan kerjasama Datuk Seri Nazri Razak sempena Kempen ’To Combat Against Prostate Cancer’
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Raih 11A+ SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), anak penjual pisang goreng dan laksa buat ramai rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai sebagai seorang pelajar.