
Selepas beberapa hari, tragedi letusan Gunung Dukono ditamatkan apabila tiga mangsa telah dijumpai. Namun rakyat Malaysia turut berdukacita dengan berita mangsa korban pendaki.
Apa yang menyayat hati, tubuh korban yang nampak hanya dari kaki hingga pinggang sementara bahagian tubuh lain masih tertimbus pasir vulkanik.
Tinggal Rangka

Sebelum ini dua warga Singapura dilaporkan hilang selepas letusan Gunung Dukono, Kabupaten Halmahera Utara, Maluku Utara disahkan maut selepas ditemui dalam keadaan berpelukan, lapor Detik.com.
Ketua Pejabat Basarnas Ternate, Iwan Ramdani berkata, kedua-dua pendaki itu berumur 30 dan 27 tahun ditemui pada hari ketiga pencarian sekitar jam 1 petang waktu tempatan.
@inilahcom olda Maluku Utara mengerahkan tim DVI ke RSUD Tobelo untuk mengidentifikasi dua warga Singapura yang menjadi korban erupsi Gunung Dukono, yakni Heng Wen Qiang Timoty (30) dan Shahin Muhrez Bin Abdul Hamid (27). Wakapolda Maluku Utara, Stephen M Napiun, mengatakan proses identifikasi terkendala karena jenazah korban sudah tidak utuh dan hanya ditemukan serpihan tulang. Tim DVI kini mengandalkan temuan dua rahang serta tes DNA untuk memastikan identitas korban. Sampel DNA juga telah diambil dari keluarga Shahin yang sudah tiba di Tobelo. Hasil tes diperkirakan keluar sekitar dua pekan, namun pihak kepolisian berupaya mempercepat proses agar keluarga segera mendapat kepastian. Sementara itu, Bupati Halmahera Utara Piet Hein Babua menyatakan pemerintah daerah siap membantu proses pemakaman di Halmahera Utara jika diinginkan keluarga korban. – Selengkapnya kunjungi website dengan klik link di bio atau download aplikasi di Appstore dan Google Play Store. #inilahNews #GunungDukono #Inilahcom #TitikTengah #titikcerah ♬ original sound – Inilah.com
Penemuan ini menjadikan jumlah keseluruhan korban nyawa akibat letusan Gunung Dukono kepada tiga orang, selepas seorang pendaki bernama Angel Krishela Pradita ditemui lebih awal.
“Kedua-dua mangsa berada di satu lokasi yang sama, dalam keadaan dihimpit batu besar. Mereka saling berpelukan dan keadaan tubuh sudah tidak sempurna,” katanya.
Tiga Mangsa Letusan Gunung Dukono Ditemukan & Operasi SAR Ditamatkan

Sementara itu, portal Kompas.com pula melaporkan keadaan kedua-dua mangsa sudah tidak sempurna dan hanya rangka.
Pasukan mencari dan menyelamat berdepan susulan kedudukan mangsa tertimbus di bawah batu vulkanik dan batu-batu besar.
Jenazah mangsa kemudiannya dibawa menuju ke posko induk di Desa Mamuya, Kecamatan Galela, dan tiba pada jam 5.43 petang.
“Jenazah mangsa kini telah dibawa ke RSUD Tobelo bagi proses bedah siasat,” kata Iwan sambil menambah operasi SAR ditamatkan selepas semua mangsa ditemukan.
Letusan Gunung Dukono

Terdahulu Gunung Dukono dilaporkan meletus pada Jumaat dan telah memerangkap sekurang-kurangnya 20 orang pendaki di kawasan puncak.
Daripada jumlah tersebut, 17 pendaki disahkan selamat, manakala 3 lagi meninggal dunia.
Anda mungkin berminat dengan
Gabenor Maluku Utara, Sherly Laos dalam satu kenyataan merakamkan ucapan takziah di atas musibah yang berlaku ini.
Beliau turut memberikan penghargaan kepada Basarnas, TNI, Polis, dan sukarelawan yang bekerja keras di lapangan.
“Saya menyampaikan rasa dukacita yang mendalam atas musibah ini. Semoga almarhum ditempatkan di tempat yang terbaik di sisi Tuhan dan keluarga diberikan ketabahan,” kata Sherly.
Namun para pendaki faham, bagaimana sebuah perjalanan dari kaki gunung sehinggalah sampai ke puncak. Setiap langkah melihat ciptaan dan menghargai kebesaran Allah SWT, memupuk hati menjadi lebih berjiwa besar.
Sumber video: Inilahcom
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

