Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak kesayangan berhadapan dengan penyakit kronik. Begitu juga yang dialami oleh pelawak terkenal yang juga adik kepada Abam Bocey, Ali dari kumpulan Puteh.

Pemilik nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ini juga sering berharap peminat mendoakan kesihatan anak keduanya, Sharifah Ainul Mardhiah yang berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.

“Tidur Nyenyak Wahai Anak Walid, Kuatkan Semangat dan Teruskan Kekuatan Itu”– Ali Puteh

“Semua Sayang Kamu”

Menurut Ali anaknya yang kini berusia sebulan lebih pada awalnya dilahirkan normal di Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 6 Ogos lalu.

“Kami terkejut apabila doktor memberitahu injap jantung Ainul terbalik selain jantungnya berlubang. Kami membuat pemeriksaan susulan di Hospital Serdang dan sekali lagi diberitahu masalah sama,” ungkap Ali yang turut mengakui yang turut mencabar kerana perlu menguruskan dua anak termasuk anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang berusia dua tahun.

IKLAN
“Tidur Nyenyak Wahai Anak Walid, Kuatkan Semangat dan Teruskan Kekuatan Itu”– Ali Puteh
Isteri juga berhadapan dengan keadaan mencabar dalam menjaga dua anak mereka.

Ungkap Ali lagi, dia sangat berharap peminat dapat mendoakan kesihatan Ainul dan semoga dia kuat.

“Tidor nyenyak wahai anak…kuat semangat dan teruskan kekuatan itu dan esok walid akan terus semangat membuat persembahan final muzikal lawak superstars demi kamu. Semua doakan kamu. Semua sayang kamu. Kamu kuatt!!!” ungkap Ali seperti mana di tulis di dalam Instagram miliknya sebelum dia beraksi di Final Muzikal Lawak baru-baru ini.

“Tidur Nyenyak Wahai Anak Walid, Kuatkan Semangat dan Teruskan Kekuatan Itu”– Ali Puteh

IKLAN
“Tidur Nyenyak Wahai Anak Walid, Kuatkan Semangat dan Teruskan Kekuatan Itu”– Ali Puteh
sumber gambar instagram @aliputeh89

Semoga Allah Balas Jasa Baik Anda

“Sharifah nur ainul mardhiah…harini genap sebulan umur adik…doakan adik sihat ye..masih dihospital lagi…untuk pengetahuan semua…anak sy mengalami masalh injap jantung dan jantung berlubang…doakan anak sy sihat kembalii

“Salam semua…ni lah wajah adik yg terbaru…sebulan dah umur adik…doakan adik kuat dan sihat…terima kasih semua yg mendoakan anak sy…semoga allah dpt membalas jasa baik anda semua… SHARIFAH NUR AINUL MARDHIAH”, luah Ali di Instagram miliknya.

IKLAN

Hari ini MW bertuah kerana Ali Puteh turut sama hadir ke studio MWTalkshow dan berkongsi kisahnya tentang anak keduanya Sharifah Nur Ainul Mardhiah. Ali juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan dan sama-sama mendoakan kesejahteraan kesihatan anaknya.

“Tidur Nyenyak Wahai Anak Walid, Kuatkan Semangat dan Teruskan Kekuatan Itu”– Ali Puteh

Ikuti siaran ulangan MWTalkshow pada jam 5 petang sebentar lagi dengan topik yang membincangkan isu tentang Derita Anak Syurga.

#MingguanWanitaTV
#AstroPrima

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI