Islam itu mudah, jangan terlalu mudah mengatakan haram dan halal. Semuanya kena lihat keadaan itu sendiri. Jangan terlalu mudah mengatakan suami dayus atau isteri tak tahu malu hanya kerana perkara-perkara tertentu.
Isu tentang isteri bersalin disambut dan diuruskan oleh doktor lelaki. Keadaan ini timbul bila ada mengatakan suami itu dayus sebab doktor lelaki melihat ‘aurat’ isteri.
Sedangkan kita sendiri boleh fikir, sebelum dan selepasnya. Sebelum bersalin, boleh saja kita memilih untuk bersalin dengan doktor perempuan.
Tapi ditakdirkan masa hari kejadian, tiada doktor perempuan, yang ada hanyalah doktor lelaki. Demi nak selamatkan ibu dan anak dalam kandungan, keadaan ini diharuskan.
Ada benar dan ada salahnya. Tapi janganlah sampai nampak complicated. Islam itu mudah dan ikutlah cara yang betul,
Perkongsian daripada Mahmud Jumaat ini mengulas tentang bersalin dengan doktor lelaki, ada benarnya.
Dengan menyifatkan suami sebagai seorang yang dayus dengan membenarkan Doktor lelaki menguruskan proses bersalin isteri adalah satu perkara yang kurang cerdik tentang ilmu agama dan perlu berlajar tentang hukum dalam keadaan darurah!
Mungkin orang yang bercakap itu,tak pernah hidup susah atau kahwin lambat kerana kurang faham apa maksud apabila pada hujung bulan duit hanya tinggal RM500 dalam bank cukup-cukup untuk beli kelengkapan anak dan isteri selepas bersalin.
Tiada suami dalam dunia ni yang inginkan isteri mereka diuruskan oleh Doktor lelaki di hospital kerajaan. Nak minta kena maki ke bila demand-demand Doktor perempuan? Dah la Doktor perempuan pun tak memang tangan untuk uruskan pesakit yang nak bersalin dekat hospital.
Syarat Doktor Lelaki Urus Wanita Bersalin
Hospital swasta pula bukannya murah. Nak pula bila hantar hospital swasta ada komplikasi perlu buat C-zer, boleh cecah berbelas ribu ringgit.
Paling kurang yang saya dengar RM7K. Jangan bebankan orang luar dengan hukum-hukum agama sendiri sedangkan Islam tak melarang pun Doktor lelaki menguruskan pesakit untuk bersalin sekiranya mengikut syarat-syarat seperti:
Ads
(i) Tiada doktor perempuan yang bertugas. Sebab bukannya kita sengaja. Pernah dengar tak darurah (terdesak). Tak pernah dengar pergi belajar hukum fiqh dulu.
(ii) Mesti tidak berlebihan. Saya tak rasa mana-mana doktor lelaki yang ghairah waktu bertugas melahirkan isteri yang bersalin.
Saya sebagai suami pun dah tiga kali pengalaman masuk dalam bilik pembedahan bersama isteri saya pun seram, apatah lagi doktor lelaki. Waktu itu, semua fokus nak selamatkan isteri dan anak saja.
(iii) Wajib ditemani oleh suami dengan kehadiran pembantu wanita
yang lain bersama ketika menjalankan pembedahan. Untuk pengetahuan semua, ikutkan hukum bukannya doktor lelaki saja tak boleh tengok kemaluan wanita, doktor perempuan pun tak boleh tengok.
Tetapi dalam keadaan darurat semua hukum haram tersebut menjadi HARUS atas alasan untuk menyelamatkan nyawa isteri dan anak. Pernah dengar maqasid syariahkan? Dalam konteks ini, untuk menyelamatkan nyawa, kesemua tindakan, dengan syarat tidak berlebih-lebihan, adalah harus!
Ads
Buat semua, jangan ambil hati dengan celaan yang diperkatakan di media sosial. Ini kerana ada segelintir yang kurang sensitif dan tidak faham keadaan sekarang yang ramai tiada kerja, gaji bawah RM2K ini hidup susah dan pada masa yang sama betapa sayangnya kita dengan isteri kita.
Ingat, kalau pesakit lelaki tua yang uzur nak tukar pampers tiada jururawat lelaki yang bertugas nak tukar pampers macam mana ya? Kalau 3 hari hanya ada sepuluh jururawat perempuan dan tiada jururawat lelaki, tiga hari la dia kene pakai pempers tu?
Hukumnya harus dengan syarat-syarat seperti di atas. Islam itu mudah, jangan buat complicated sangat.
Mingguan Wanita : Masing-masing ada pendapat dan alasan tersendiri. Kita ambil yang baik, yang cakap macam terlebih pandai tu, biarlah. Siapa kita untuk menghukum semua ini. Hanya Allah yang mengetahui dan mengaturnya.
Begitulah lumrahnya seorang wanita bergelar isteri. Mudah memaafkan, tapi sukar untuk melupakan. Ibarat lukanya sudah sembuh, parutnya kekal ada. Sekali suaminya melukakan perasaannya, dia akan ingat sampai bila-bila. Sebab tu pesanan buat suami, jagalah hati seorang isteri sebagaimanan kita nak isteri menjaga hati suami.
Wanita bergelar isteri, sekuat mana pun dia, sekering mana pun hati dia sehingga dia tak pernah tunjuk dia sedih tak pernah menangis depan suami, atau sesolehah sewara’ sealim manapun dia dari segi agama dan ibadah, dia tetap wanita bergelar isteri.
Satu kali suami melukakan perasaannya, dia akan ingat sampai bila-bila, kerana dia boleh tunjuk dia cool depan kita, tetapi dalam hatinya menangis hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu.
Sebab itulah sebagai suami, kalau ada silap cepat-cepat minta maaf pada isteri. Bukan takut isteri, tetapi takutkan Allah SWT. Kalau isteri mengadu pada Allah, “Ya Allah, suamiku lukakan hatiku, Kau kuatkanlah hatiku,” apa kita sebagai suami nak jawab kepada Allah kalau Allah tanya kenapa kita lukakan hati isteri?
“Sebaik-baik manusia adalah yang terbaik bagi isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kalian terhadap isteri…”(HR At-Thirmidzi no 3895 dari hadits Aisyah dan Ibnu Majah no 1977 dari hadits Ibnu Abbas dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani (lihat As-Sahihah no 285))
Jaga hati isteri, sebagaimana kita nak isteri jaga hati kita sebagai suaminya.
Peringatan ini terutamanya untuk diri saya sendiri, saya catat di sini moga ada manfaatnya buat kawan-kawan semua juga.
Ini sisi berbeza Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, penyanyi tersohor no.1 negara yang dikongsikan dengan DJ Fara Fauzana dan Faizal Ismail FBI dalam sesi temubual live di konti rumah DBilique.
Ketika menjawab soalan dari Buku Beracun, yang mana soalan di buku tersebut berbunyi, “Pernah gaduh zaman sekolah? Siapa nama orang itu.” Datuk Seri Siti akui kenangan sebegitu sememangnya pernah terjadi padanya di alam persekolahan.
Datuk Seri Siti Nurhaliza ini muka mengantuk pun flawless.
Saya Kejar Dia Satu Sekolah Sampai Dapat – Siti Nurhaliza
“Saya pernah gaduh dengan seorang budak ni. Kan masa itu tengah kecoh pasal bohsia. Semua perempuan kat sekolah itu dia panggil bohsia termasuklah saya.”
“Saya tak ingat nama dia. Tapi saya panggil dia ‘Budak Nakal’.”
Sudahnya ini yang Datuk Seri Siti buat demi mempertahankan dirinya. “Saya kejar dia satu sekolah sampai dapat. Saya minta maaf ya pada adik yang saya ‘bagi’. Sebab mesti dia ingat sampai sekarang.”
“Serius! dia mesti ingat yang saya pernah gedebuk dia sekali.” Cerita Datuk Seri Siti mengimbas kenangan di waktu tingkatan 3.
Ketika Datuk Seri Siti meluahkan rasa bersalah dengan tindakannya pada waktu remaja lalu, Fara Fauzana pula mempertahankan diri beliau.
“Kalau kau (Faizal) jadi laki tu mesti kau tak marahkan? Kau lagi bersyukur, bangga kena pukul dengan Siti Nurhaliza.”
Fara Fauzana Cari ‘Budak Nakal’
Memanjangkan video live itu, Fara menulis di twitter miliknya yang dia sedang mencari ‘Budak Nakal’ tersebut.
Tulisnya, “Macam nak cari jea ‘budak’ yang kena belasah dengan kakiti.. kakiti cakap junior dia. Kalau awak ‘budaknakal’ tu tolong contact saya.”
Haa.. tak pasal pasal glamour ‘Budak Nakal’ itu. MW pun tak sabar nak tahu siapa agaknya ‘Budak Nakal’ yang kena belasah dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.
Jangan ingat ibu Siti Aafiyah ini boleh buat main-main ya. Sebenarnya, banyak lagi rahsia-rahsia Datuk Seri Siti yang dikongsikan dalam konti rumah itu waktu live itu.
SITI BELASAH BDK LAKI WEII hahah tq @CTNurhaliza11 jawab soalan dengan jujur dan siap minta maaf lagi @DBilique
Jap! Boleh tlg RT tak? Macam nak cari jea ‘budak’ yg kena belasah dengan kakiti .. kakiti cakap junior dia
Siapa sangka harapan bekerja sebagai pembantu rumah untuk menyara keluarga menjadi mimpi ngeri apabila diri diseksa teruk dan diperlakukan sesuka hati tanpa ada rasa sifat perikemanusiaan.
Badannya dicucuh dengan bara rokok selain dipukul majikan sehingga patah dua gigi hadapan.Pembantu rumah malang warga Kemboja berusia 20-an itu diibaratkan seperti hamba abdi kerana bukan saja didera majikannya, malah tidak dibayar gaji sejak dua tahun lalu selain dihalang berhubung dengan keluarganya di kampung.
Penderitaannya berakhir apabila wanita terbabit melarikan diri dari rumah majikan di Taman Sri Siantan, Bentong, Pahang, Jumaat lalu.
Minta Bantuan Pusat Tahfiz
Wanita itu kemudian meminta bantuan di pusat tahfiz terletak tidak jauh dari kawasan rumah majikannya.
Pemilik Madrasah Tahfiz Darul Furqan, Mohamad Azam Shah Aziz Mohamad berkata, ketika wanita terbabit datang ke madrasah meminta bantuan, tenaga pengajar di situ yang juga warga Kemboja membantunya.
“Tenaga pengajar itu segera membawa wanita itu ke rumah saya,” katanya.
Menurutnya, dia yang berada di luar kemudian dihubungi ibunya memaklumkan kejadian sebelum bergegas pulang.
“Saya terkejut melihat kecederaan teruk dialami wanita itu. Katanya, dia bukan saja dipukul malah turut dicucuh bara rokok di badannya.
“Mujur ustaz Kemboja menularkan gambarnya dalam kumpulan WhatsApp sebelum dapat menghubungi ahli keluarga di kampung,” katanya.
Ibu Sangka Anak Meninggal Dunia
Mohamad Azam berkata, ibu wanita terbabit memberitahu dia menyangka anaknya meninggal dunia kerana terputus hubungan sejak dua tahun lalu dan sangat sedih mendengar berita menimpa anaknya.
“Kakak ipar saya membawanya ke Balai Polis Bentong untuk membuat laporan.
“Saya difahamkan susulan laporan itu pasangan suami isteri terbabit ditahan polis dan direman tujuh hari,” katanya.
Sumber memberitahu, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom).
“Pasangan suami isteri berusia 56 dan 48 tahun juga ditahan Sabtu lalu. Polis turut merampas rotan dan penggaru badan. Kedua-dua suspek warga Kemboja yang mendapat taraf penduduk tetap,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusof Unis ketika dihubungi, mengesahkan laporan berhubung kejadian itu dan penahanan kedua-dua suspek.
MW: Sebagai manusia haruslah ada sikap belas kasihan dan berperikemanusiaan pada orang lain. Tak patut sungguh bagi majikan menyeksa pekerja amah dengan cara sedemikian. Semoga wanita ini mendapat pembelaan dan yang menindas mendapat pembalasan dibawa ke muka pengadilan.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...