Bawa anak sambil kerja dan inilah pilihan terbaik untuk menjaga dan menguruskan anak-anak. Jika diletakkan di rumah tentu tidak tahu keselamatan mereka, sementelah umur mereka masih kecil.
Mungkin ada yan tertanya-tanya kenapa perlu bawa anak sambil kerja, di manakah isteri yang sepatutnya menjaga anak-anak-anak ini?
Inilah kisah yang viral di media sosial tentang seorang ayah yang sanggup ‘mengangkut’ anak yang masih kecil ke tempat kerjanya sebagai tukang kasut.
Daripada kisah yang dikongsikan di Berita Harian, pemuda ini yang dikenali sebagai Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis, 24 tahun.atau mesra dengan gelaran Mad berkata, dia tidak mempedulikan tanggapan buruk sesetengah individu berkaitan kerjayanya sebagai tukang kasut jalanan kerana ia adalah rezeki halal demi empat cahaya mata.
“Saya tidak mengabaikan anak dan terpaksa bawa mereka ketika menjahit kasut kerana tiada pilihan,” katanya.
Ads
Menurutnya, dia juga sentiasa memastikan keselamatan anak mahupun keperluan mereka ketika bekerja di hadapan sebuah bank di Taman Johor Jaya.
Jaga Anak Selepas Berpisah Dengan Isteri
Bagaimanapun dia berdepan cabaran menjaga anak-anak selepas berpisah dengan isteri sejak setahun lalu.
“Kami tidak serasi dan mengambil keputusan untuk bercerai dan buat masa ini saya menjaga dua orang anak berusia 3 dan 6 tahun manakala bekas isteri menjaga anak sulung dan bongsu berusia 8 tahun dan bayi berusia setahun.
“Keluarga saya bukan orang senang, ibu saya menjual pisang goreng di Taman Puteri Wangsa manakala bapa masih menjadi tukang kasut jalanan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Johor Jaya,” katanya yang tinggal bersama keluarga ibunya di Taman Puteri Wangsa.
Ads
Menurutnya, pekerjaan ini dia mampu memberi nafkah RM50 pada setiap hari dan membelikan anak susu serta lampin pakai buang mengikut keperluan.
“Pendapatan saya kira-kira RM80 hingga RM100 sehari namun ia tidak tetap kerana sekiranya hari hujan, ia berkurangan,” katanya.
Ads
Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia tidak sangka ada pelanggannya yang prihatin dengan keadaannya itu menularkan kisahnya di Facebook (fb) dan TikTok tanpa pengetahuannya.
Keladi bunting di kolam kumbahan jadi tempat berpaut, ibu saksi anak terkapai dihanyut arus deras. Tiada daya upaya seorang saat melihat anak kecilnya dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumah.
Hendak diselamatkan, arus terlalu deras mengheret anaknya sebelum dibawa terus ke kolam kumbuhan. Dan syukur keladi bunting yang banyak tumbuh banyak di dalam kolam kumbahan itu menjadi penyelamat anak dari terus lemas.
Memetik laporan Kosmo, seorang ibu hanya mampu berdoa dan mengharapkan keajaiban selepas melihat anak lelakinya berusia enam tahun terkapai-kapai sebelum hilang dibawa arus deras ke dalam kolam kumbahan di Taman Sejati Indah, di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, Mohamad Harith Nasrullah Mazzwan terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan sehingga ke kolam kumbahan tersebut.
Ibu mangsa, Naziroh Abdullah, 40, berkata, kejadian 30 minit tersebut begitu mendebarkan, namun nyawa anaknya masih panjang apabila kanak-kanak itu terselamat di sebalik pokok keladi bunting di kolam berkenaan.
Cerita wanita itu, ketika kejadian, anak ketiga daripada empat beradik tersebut bermain bola sepak bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter terletak di hadapan rumahnya ketika hujan lebat.
“Sambil berlari, saya menjerit meminta jiran-jiran supaya mereka menghubungi pihak bomba. Dalam masa sama, saya cuba capai tangan anak, tetapi gagal kerana arus air terlalu deras.
“Tidak lama kemudian anak saya hilang daripada pandangan mata. Ketika itu saya hanya mampu berserah kepada Allah SWT. Benarlah kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila dia berjaya diselamatkan anggota bomba tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sejati Indah, di sini semalam.
Menurut Naziroh, anaknya ditemui dalam keadaan tenggelam timbul di kolam kumbahan yang dipenuhi pokok keladi bunting yang terletak kira-kira 15 meter dari rumahnya.
“Alhamdulillah anak saya sihat dan hanya mengalami luka pada kaki,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Syukri Hashim berkata, sebaik menerima panggilan, beliau bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik sampai di kawasan kolam kumbahan, kami ternampak tangan kanak-kanak seperti melambai di permukaan kolam.
“Anggota bomba kemudian terjun ke dalam kolam kumbahan tersebut dan berjaya membawa naik mangsa sebelum diberikan rawatan awal,” ujarnya.
Ketika diselamatkan, kanak-kanak tersebut dalam keadaan sedar dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Lelaki juga kena pandai bergaya, jika ada rezeki lebih ‘reward’ diri dengan barangan berjenama” Datuk AC Mizal. Bergelar selebriti bukanlah sesuatu yang mudah setiap gerak geri dan gaya yang ditonjolkan akan menjadi ikutan peminat.
Tegas pemilik nama sebenar, Mizal Zaini itu lagi, golongan lelaki juga sebenarnya kena pandai bergaya dan jika ada rezeki lebih ‘reward’ diri dengan barangan berjenama.
Selebriti yang juga kini sudah bergelar usahawan berjaya ini juga akui pada kebiasaannya pada pandangan pertama orang akan melihat apa yang digayakan oleh seseorang individu.
“Selalu pandangan pertama, orang akan melihat apa yang kita pakai dan bagaimana paras rupanya. Ia perlu datang dan disokong dengan imej yang baik.
“Ia juga bukan soal apa yang kita belanjakan… ia mengenai bagaimana kita ‘reward’ diri sendiri,” luah AC.
Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu juga tidak kedekut ilmu dan sering berkongsi tip kejayaan. Malah AC dan isteri Datin Emylia Rosnaida juga sangat bangga bila melihat anak bumiputera terutama wanita berjaya dalam perniagaan.
Menerusi sesi lintas langsung yang diadakan menerusi laman sosial, AC menjelaskan bahawa manusia hidup atas satu benda dipanggil harapan.
“Kita bangun tidur dengan harapan esok lebih sihat, berjaya, kaya dan sebagainya. Kita juga sering berharap boleh beli sesuatu tapi dengan syarat kena kerja keras.
“Apabila tak ada harapan dan selesa duduk rumah, ia tak membawa apa-apa makna. Macam sekarang ini selepas tengok harga beg di butik ini contohnya berharga RM900, kita sasar nak beli.
“Nak beli mungkin tidak hari ini, tapi waktu mendatang. Kena kumpul duit. Semua manusia hidup dengan harapan. Sesekali ‘reward’ atau beri ganjaran kepada diri dan sentiasa positif dalam hidup. Satu lagi, kena ada ilmu… jangan main langgar saja,” sambung AC yang turut memuji semangat dan kesungguhan usahawan jenama Sellection, Nor Rafidah Khairuddin meluaskan empayar perniagaannya.
Kini Nor Rafidah memiliki sebuah butik tiga lot premis niaga yang terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju. AC dan isteri merupakan pelanggan setia dan menyifatkan kejayaan Rafidah wajar dijadikan contoh.
“Bukan senang nak cari peniaga Melayu bumiputera macam ini. Dua tahun lalu saya jumpa dia di butik kecilnya.
“Sekarang ini butiknya semakin membesar dan meluas. Tahniah. Siap bawa jenama Coach dan lain-lain.
“Saya suka pemilihan rekaan yang Rafidah bawakan di Sellection. Lain dari lain dan paling terbaru. Kalau tidak, mungkin saya tidak datang.
“Butik baharu miliknya mengingatkan saya seperti sebuah butik saya lawati ketika percutian di Jepun baru-baru ini. Memang sebiji. Malah harga ditawarkan juga lagi murah berbanding di luar,” kata bekas anggota kumpulan 4U2C itu.
Selain AC, jenama ini juga terkenal di kalangan artis popular lain termasuk Maria Tunku Sabri, Elly Mazlein, Amyra Rosli dan pempengaruh lain termasuk di aplikasi Tiktok.
Menurut Rafidah pula, kehadiran golongan berkenaan tidak disangkal sebagai antara yang melonjakkan pengaruh serta jenama diusahakannya.
“AC sendiri banyak berkongsi tips dan nasihat kepada saya. Dari zaman 4U2C hingga bergerak solo, beliau membuktikan keampuhan dirinya hingga masih relevan,” kata pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection ini.
Sementara itu, Rafidah yang bermula dari personal shopper dan memiliki butik sendiri di Wangsa Melawati bersyukur kini empayar perniagaannya naik taraf.
Wanita berjiwa besar itu sejak hujung tahun lalu sudah berpindah lokasi butik fizikalnya dengan tiga kali ganda besar dari yang lama. Perpindahan itu juga menjadi bukti kesungguhannya bergelar usahawan yang diceburi sejak tahun 2014.
“Bagi saya kejayaan memiliki butik baharu yang turut menempatkan gudang dan pejabat ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan terutamanya pelanggan setia.
“Dari personal shopper dan memiliki butik kecil sebelum ini juga saya anggap sebagai pencapaian penting dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada orang diluar sana. Walaupun bermula dari kecil, sesiapa sahaja boleh berjaya dan maju jika mahu.
“Ia sebuah perjalanan panjang yang menuntut kesungguhan, minat, keazaman dan komitmen tinggi diiringi dengan sepenuh jiwa. Cabaran datang tetap dilalui, namun lebih terkawal.
“Dulu orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu termasuk Mak Datin. Tapi kini sebaliknya semua golongan termasuk wanita bekerjaya, sektor kerajaan seperti guru, suri rumah dan peniaga indusri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh memilikinya.
“Kami meraikan keyakinan semua golongan tanpa prejudis. Tambah pula, dengan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali kami perkenalkan. Lebih banyak peluang dibuka untuk merasai pengalaman bergaya. Hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan,” kongsi wanita kelahiran Ipoh, Perak ini.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelukis mural kena scam dengan cikgu, janji RM1000 bila siap nak bayar RM300 saja. Ramai orang mahukan sesuatu yang murah. Harga murah yang adakalanya tak masuk akal dan seperti tidak menghargai kerja seni orang lain.
Pada mereka, kerja itu nampak senang sedangkan untuk melukis ia memerlukan kepakaran, ketelitian, masa diambil untuk menghasilkan mural selain jarak perjalanan diambil ke tempat yang dipersetujui.
Satu perkongsian dari pelukis mural Nur Zaind di fb mengundang simpati masyarakat. Mana tidaknya, dia menerima satu job melukis dinding sekolah dan janji upah RM1125. Namun awal-awal lagi cikgu yang berurusan dengannya minta RM1000 saja.
Namun menyedihkan, penat melukis 5 jam, dengan terpaksa memanjat tinggi, panjat scaffolding dengan dinding sampai 20 kaki, bila dah siap minta diskaun lagi.
Dari RM1000, turun ke RM800, alasannya terlalu mahal dan guru besar tak nak bayar. Pusing sana pusing sini, malas nak bertekak, dirinya terima juga. Tapi malangnya RM800 pun dianggap mahal dan guru besar tak nak bayar.
Memang sedih kena begini, hasil seni yang tak dinilai. Akhirnya disebabkan malas nak bertekak, dia meminta bayaran RM500 saja. Tapi menyedihkan, walau dah turun harga banyak, RM500 pun dianggap mahal. Bila minta nombor guru besar, cikgu tak bagi.
Last sekali Nur tanya, cikgu nak berapa? Dia cakap RM300.
Serius laaaa. Tudiaaaaa penaya orang gaya ni. Masa kita, tenaga kita, barang kita, hasil kerja kita, tak dak nilai pada mata dia. Serius laaaa..
Orang ingat melukis mural ni senang kot. Dahla kita usaha luangkan masa untuk sekolah depa. Depa boleh buat macam ni weh.
Pengajaran untuk Nur, lepas ni tak mau ambik job tiba-tiba macam ni. Lepas tu, setuju ja design, apa kita suggest, apa dia nak, kena ada hitam putih. Kena ambik deposit.
Lepas siap, tolong laaaaa jangan tiba-tiba nak tambah-itu ini yang tak ada dalam persetujuan awal, secara percuma. Posting ni bukan nak salahkan sesiapa, TAPI PENGAJARAN untuk Nur yang diluahkannya di fbnya namun kemudian di turunkan selepas ianya menjadi viral.
Dalam perkongsian terbarunya, Nur akui ramai yang bersimpati dengan apa yang dialaminya bahkan katanya, ia satu pengajaran buat dirinya untuk lebih berhat-hati di masa depan. Jelas ia satu penganiayaan bila hasil seni mural ini dianggap murah sedangkan penat orang tidak diambil kira.
MENGANDUNG DI USIA 40-AN, DYNAS KONGSI PERASAANNYA.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mulianya hati Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terhadap golongan golongan berpendapatan rendah (B40) di Johor, Seri Paduka Baginda bertitah mahu melaksanakan program kekeluargaan.