kerja rumah

Tiada masa bersenam adalah alasan yang selalu diberikan bila susah untuk turunkan berat badan. Nak bersenam mahupun sekadar mengeluarkan peluh tidak semestinya kena pergi gim mahupun berjogging di taman.Perasan atau tidak dengan melakukan kerja-kerja harian di rumah juga, mak-mak sebenarnya boleh mengeluarkan peluh dan membakar kalori dengan cepat. Ia sekaligus mampu menurunkan berat badan!

Jom semak!

Jenis Kerja Rumah & Jumlah Pembakaran Kalori

1.Membasuh Pakaian (178 kalori)

Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa ia mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.Bahkan aktiviti membasuh baju ni juga memberi latihan dan merangsang otot di bahagian lengan setiap kali menyental kekotoran pada baju.

2.Mop Lantai(112 kalori)

Jangan biarkan orang lain mop lantai anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam.Membersihkan permaidani, mengemop lantai tiga kali seminggu membantu bahu dan tangan anda bersenam dengan cara mudah. Namun jika mahukan jumlah pembakaran secara berkesan lakukan kerja membersihkan lantai secara konvensional kerana pergerakan agresif ini berupaya membakar 187 kalori dalam masa 30 minit.

3.Berkebun (265 kalori)

Melakukan aktiviti berkebun mampu membakar sebanyak 265 kalori setiap jam. Melakukan senaman squad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.Ketika anda mencangkul tanah, anda menggunakan banyak tenaga. Banyak pergerakan tangan di gunakan. Apabila anda mengangkat air untuk menyiram, anda seperti sedang membuat senaman dumbbell di gym!

4. Menggosok Baju (140 Kalori)

Aktiviti ini mungkin dianggap paling membosankan dan paling malas nak buat.Tapi sebenarnya, ia sangat bagus dalam membakar kalori.Suhu panas pada seterika memberi tindak balas pada badan dan mempercepatkan lagi proses membakar lemak. Dalam tempoh satu jam menggosok baju, mampu membakar sehingga 140 Kalori.

5.Memasak(150 Kalori)

Mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 dalam tempoh satu jam hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!

6. Vakum (119 Kalori) & Menyapu Rumah (136 Kalori)

Membersihkan habuk di lantai perlu membongkok. Banyak pergerakan pinggang di lakukan.
Kedua-dua aktiviti ini membantu menjadi lebih aktif sekaligus meningkatkan kekuatan jantung. Jika menggunakan vacum ia mampu membakar 119 kalori dalam tempoh setengah jam manakala jika mmenggunakan penyapu ia membakar 136 kalori pada tempoh sama.

3 Trik Supaya Dapat Membakar Lebih Banyak Kalori :

1. Letakkan bakul yang berisi baju untuk di gosok di atas lantai, berbanding meletakkan di atas meja/perabot yang selaras dengan papan seterika. Setiap kali mahu mengambil baju dari bakul , anda harus tunduk di mana ianya LEBIH banyak membakar kalori berbanding hanya bergerak ke tepi.

2. Rancang kerja-kerja mengemas rumah anda supaya anda sentiasa perlu menjalankan naik dan turun tangga. Sebagai contoh, kosongkan mesin basuh pinggan mangkuk di dapur, kemudian mengemas bilik tidur di tingkat atas, selepas itu vakum ruang tamu di tingkat bawah, kemudian membersihkan bilik mandi di tingkat atas – dan sebagainya.

3. Mengupas bawang/ memotong lada sambil berdiri lebih baik daripada duduk di atas lantai.

Jadi selepas ini jangan berikan banyak alasan untuk melakukan kerja-kerja rumah. Disebalik segala pekerjaan yang di lakukan sebenarnya membawa banyak manfaat pada badan dan diri anda sendiri.

Jika mahu lebih seronok, lakukan semua aktiviti tersebut dengan penuh ikhlas dan bersama keluarga tersayang. Jangan berhenti melakukan senaman di luar kerana aktiviti-aktiviti di dalam rumah ini hanya berkesan untuk memperbaiki kecergasan kardiovaskular terutama untuk menyihatkan JANTUNG!

Sumber: Nashata & pressreader

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI