
Terdapat persepsi segelintir wanita mengganggap bahawa ketika berhadas besar dalam keadaan tidak suci, maka potong kuku dan rambut adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sehinggakan jika dipotong perlu ‘dibawa’ mandi wajib sekali dan ditanam.
Rupanya tiada dalil yang melarang wanita daripada potong kuku dan rambut ketika sedang berhadas besar baik ketika haid, nifas atau junub. Hukum berkaitan perkara ini ada dijelaskan oleh PU Azman didalam laman instagramnya baru-baru ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Tiada dalil yang melarang wanita yang haid, nifas atau hadas besar atau junub untuk mengerat kuku, rambut dan segala bulu yang ada.
Dan tak perlu untuk dibawa semua yang dah dipotong ketika mandi wajib. Kerana tiada dalil yang mewajibkannya.
Dan takder kaitan langsung kuku atau bulu yang tak dimandikan sekali akan memberi kesan buruk di akhirat kerana tiada dalil tentang itu.
Mungkin disebabkan inilah ada perempuan yang takut nak kerat kuku ketika haid sedangkan kuku yang sedia ada pun memang panjang bak kuntilanak dan waktu haid pun panjang lagi.
Bahkan ada hadis ketika Aisyah isteri Nabi menunaikan haji Wada’ bersama Nabi dan ketika itu Aisyah haid dan Nabi memintanya untuk mandi dan bersisir.
Maksud hadis :“Uraikan rambutmu dan bersikatlah. Serta berihlal (talbiyah) dengan haji dan tinggalkan umrah.” (Bukhari Muslim)
Daripada hadis ini, kita paham bahawa bersikat mengundang risiko menggugurkan rambut sedangkan Nabi takder langsung mengingatkan Aisyah tentang rambut gugur yang mesti dibawa mandi wajib nanti.
Hukum HARUS
Jadi kesimpulannya, BOLEH/HARUS potong rambut dan kuku ketika haid, nifas (segala macam hadas besar).
Tidak wajib tanam kuku atau bulu atau rambut yang sudah dipotong. Buang saja dengan baik di samping menjaga kebersihan. Kalau nak tanam, terpulang. Tapi kalau tanam dengan kepercayaan tertentu, maka khurafat.
Potong kuku dan rambut, tak wajib dibawa sekali mandi wajib, tapi kalau potong bekalan air, memang payah nak mandi wajib.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi pencerahan buat para wanita yang keliru mengenai hukum ini. Tak salah dan diharuskan memotong kuku ketika berada dalam keadaan hadas besar.
Sumber: Instagram PU Azman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramadan Berlalu Pergi, Istiqomah Hati Untuk Terus Beribadah

Secara jujur, apa perasaan anda bila Ramadan berlalu pergi? Kita terpaksa menunggu setahun lagi untuk bertemu Ramadan yang akan datang. Banyak perkara boleh terjadi dalam tempoh setahun ini. Adakah kita bakal diberi kesempatan untuk bertemu Ram adan yang akan datang atau inilah Ramadan kita yang terakhir?
Muhasabah ini patut dinilai pada diri masing-masing. Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa untuk umat Nabi Muhammad s.a.w, yang dianugerahkan khas oleh Allah SWT sebagai tanda kasih sayang-Nya.
Sesungguhnya agak malang bagi jiwa-jiwa yang tidak merasai apa-apa bila Ramadan berlalu pergi. Agaknya jiwa sebegini merupakan jiwa-jiwa yang dimatikan oleh Allah SWT lantas nikmat dan keagungan Ramadan langsung tidak berbekas di dalam hati-hati mereka. Jika kita dalam kelompok ini maka cepat-cepat lah beristighfar agar kejahilan dan kelalaian itu diampunkan dan hati ini dihidupkan kembali dengan sinaran cahaya iman dan takwa daripada-Nya.
Makna kehidupan sebenar
Mana mungkin Ramadan selama sebulan itu tidak memberi bekas kepada diri individu muslim mukmin kerana Ramadan dan segala keistimewaan yang ada di dalamnya mengajar kita erti kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat yang kekal abadi. Kehidupan dunia hanya sementara serta sebagai jambatan menuju ke alam yang kekal abadi tersebut. Pecutan kehidupan Ramadan adalah pecutan menuju kehidupan akhirat dengan segala keistimewaan yang ditawarkan oleh Allah SWT.
Matlamat kehidupan sebenar inilah yang diingatkan kembali oleh Allah SWT dan Rasul-Nya bila bulan Ramadan menjelma saban tahun. Peluang pengampunan segala dosa diberi seluas-luasnya. Kesempatan meraih ganjaran kebaikan untuk bekalan ke akhirat dilipat-gandakan hingga tidak terhitung banyaknya. Allah SWT melimpahkan segala sifat kasih-sayang (al-Rahman dan al-Rahim) dan keampunan-Nya untuk direbut oleh hamba-hamba-Nya yang sudi menerima tawaran yang sangat luar biasa.
Bila ditanya, apa kerinduan kita setelah Ramadan berlalu pergi? Kita sepatutnya sentiasa merindui rahmat, keampunan dan keselamatan daripada azab api neraka sepertimana hadis tentang Ramadan yang sering diperdengarkan, “Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya selamat daripada api neraka.”
Sudah tentu kita sentiasa merindui malam Lailatul Qadar kerana ganjarannya melebihi seribu bulan. Mana mungkin seseorang pasti boleh hidup hingga 1000 bulan!, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1 – 3)
Maka fahamlah kita kenapa Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan bahawa sekiranya umat ini mengetahui tentang kebaikan-kebaikan yang Allah SWT sediakan pada bulan Ramadan, nescaya mereka mengharapkan agar sebelas bulan yang lain dalam setahun itu dijadikan seperti bulan Ramadan.
Budaya Beribadah
Bila mana berlalunya Ramadan, maka berlalulah juga segala keberkatan bulan ini. Namun perjuangan hidup perlu diteruskan. Apa yang tinggal untuk dihayati pastinya semangat positif serta hasil tarbiah yang dilalui sepanjang Ramadan, yang perlu dijana sebaiknya sebagai bekalan kehidupan.
Semangat positif inilah yang ingin dikekalkan. Individu menjaga anggota lahiriah dan batiniah daripada terjebak dalam tindakan negatif dan mungkar. Semangat untuk beramal amat tinggi. Terasa ringan untuk memperbanyakkan amal ibadah. Menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan menjadi budaya. Istiqamah beramal tanpa rasa letih dan jemu tidak kira siang atau malam.
Tarbiah Ramadan fokusnya adalah mendidik hati setiap insan supaya menjadi bersih dan lembut. Hati yang bersih akan dilimpahi sifat-sifat mulia dan positif. Hati yang lembut akan tersentuh dengan pancaran cahaya Ilahi hingga tunduk patuh mentaati-Nya sepenuh keikhlasan. Semoga Ramadan kali ini benar-benar terkesan dalam sanubari kita semua. Mudah-mudah kita direzekikan untuk bertemu Ramadan yang akan datang, insya-Allah.
Artikel disumbangkan oleh Dr. Muhamad bin Jantan, Perunding Motivasi & Psikologi, RMJ Holistic Solution, yang juga penulis tetap ruangan Mencari Keredaanmu di dalam Majalah Mingguan Wanita.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Rasa Malas, Susah Hati, BERSEDEKAHLAH, Itu Amalan Yang Paling Senang Dan Tenang

Kadang-kadang kita berkira untuk bersedekah sebab memikirkan kita sendiri pun rasa tidak cukup. Ini belum lagi, bila kita rasa malas, susah hati membuatkan kita rasa semua kerja tidak dapat dilakukan dengan baik dan mulalah hati tidak tenang.
Sebenarnya, semua itu kita kena tolak ketepi dan cara mudah untuk kita hilangkan rasa malas, susah hati adalah dengan bersedekah.
Ada juga, kita fikir tak nak memberi kerana diri sendiri pun rezeki sempit dan bimbang diri tidak cukup bila bersedekah. Semua ini adalah tafsiran diri dan takut dengan apa yang Allah tetapkan.
Lagipum bersedekah bukan hanya dengan memberi duit semata-mata. Kadang-kadang dengan memberi senyuman pun sudah cukup. Kita tak tahu, rezeki kita sempit boleh bertambah dengan hanya bersedekah.
Sebab itu, kalau kita rasa malas, susah hati, orang tak suka dengan kita dan sebagainya, cubalah bersedekah. Dengan cara ini, kita akan rasa lebih tenang seperti apa yang dikongsikan oleh Bonda Nor ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bersedekahlah Sampai Jadi Kaya, Bukan Tunggu Kaya Dulu Baru Nak Bersedekah
Info Lebih Menarik DI SINI
Rasa Malas, Susah Hati
Perancangan saya tak menjadi, saya sedekah.
Bila saya susah hati, saya sedekah.
Begitu juga orang fitnah saya, kawan khianat saya, saya sedekah.
Orang benci, dengki, sindir, sihir, saya sedekah.
Malah, kalau ada kesalan dengan dosa yang saya buat, mengumpat, buat maksiat, saya sedekah.
Sungguh saya tak pandai, tak banyak ilmu, bukan hafaz Quran.
Saya juga malas duduk atas sejadah, zikir lama-lama.
Bagi orang jahil dan malas macam saya, sedekah ialah amalan paling senang dan buat kita tenang.
Tidak kisah banyak atau sedikit, yang penting saya sedekah.
Memberi tanpa harap balasan. Beri tanpa harap pujian dan lupakan.
Sebab itu hak Allah belaka. Saya cuma perantara.
Jujur Dengan Kata-kata
Saya tulis ini bukan dalam iman yang humble, bukan tawadhu’.
Tapi dalam keadaan jujur, sejujurnya. Saya sedar diri, memang faktanya, bukan orang banyak ilmu, tak ada PHD, tak berpangkat besar dan saya belajar pun setakat diploma saja.
Saya banyak kongsi pengalaman saja. Sungguh, hanya itu saja yang saya mampu.
Tapi Allah Maha Bijaksana, Dia uji saya dengan sedikit pengaruh dengan rezeki percaya daripada orang sekeliling saya.
Jadi, Alhamdulillah… buku saya laku, cakap saya laku.
Saya tak kaya, tapi rezeki tak pernah putus.
Malah dengan saya memberi, rezeki tak pernah habis , sentiasa bertambah.
Sungguh, saya malu dengan Allah.
Jadi saya sedekah.
Berbagi-bagi Rezeki
Dapat rezeki, saya berbagi-bagi bukan sebab saya baik hatoi atau murah hati.
Tapi sebab saya tak tahu amalan apa lagi yang boleh saya buat untuk pamer rasa syukur.
Saya tak kuat untuk buat amalan lain yang mampu layakkan saya ke syurga.
Maka, saya sedekah dan ajak orang lain buat macam saya.
Ya, kalau ada baiknya amalan kecil ini hingga tuan puan rasa terinspirasi, buatlah juga.
Hidup ini, entah apalah yang kita nak kejar sangat. Bila-bila masa saja akan kita tinggalkan.
Hati manusia, manalah mampu kita nak puaskan semuanya. Ada-ada saja kekurangan kita yang mereka pertikaikan.
Jadi, kita buat sajalah pada kadar yang kita mampu.
Kita terus doa moga Allah jaga hati kita. Kuatkan semangat kita.
Nak istiqamah dalam mujahadah, dalam ibadah mulakan dengan sedekah.
Ketika rezeki sempit atau mewah, tetaplah bersedekah.
Ada ketika sakit atau sihat, gembira atau susah hati, sedekah.
Moga jadi asbab Allah redha dan kita redha dengan takdir Allah.
Maafkan salah silap saya kalau sepanjang usaha dakwah ini saya mengguris hati sesiapa.
MW: Betul tu, bila kita bersedekah, kita akan rasa tenang sangat. Bukan sebab nak menunjuk tapi ada perasaan lain yang datang.
Sumber: Bonda Nor
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Simpanlah Gambar Kahwin, Keluarga Di Tempat Tertutup, BUKAN Dijadikan Perhiasan Rumah, Ada Sebabnya!

Kebanyakan gambar kenangan bersama keluarga sebolehnya ingin dijadikan perhiasan dalam rumah. Sekurangnya, ia mengingatkan kita kenangan bersama. Waima gambar kahwin sekalipun.
Gambar inilah satu-satunya kenangan yang akan dikenang sampai bila-bila. Sebab itu, sebolehnya apa yang dirasakan manis akan digantung untuk hiasan rumah.
Ada sesetengah kita menjadikan satu penjuru di rumah untuk menggantung gambar kenangan terutamanya gambar kahwin dan keluarga tersayang.
Memanglah nampak cantik tetapi sebenarnya ia tidak digalakkan bagi kita yang beragama Islam. Ada sebabnya.
Adalah lebih baik kita letakan setiap dinding rumah dengan ayat-ayat suci, bak kata orang ‘sejuk rumah’ dengan adanya kalimah-kalimah ini.
Berbalik pada menggantung gambar kahwin atau keluarga sebagai perhiasan rumah, ada sebab tidak digalakkan. Seperti yang dikongsikan oleh Cikgu Zahran ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ajar Anak Adab Di MEJA MAKAN, Elak Layan Mak Macam BIBIK, Jangan Biasakan!
Adab Jemur ‘Anak Baju’, Sidailah Tempat Tertutup, Bukan Dilihat Jiran Atau Orang Luar
Info Lebih Menarik DI SINI
Gambar Untuk Perhiasan, Tidak digalakkan Gantung Dalam Rumah
KENAPA TIDAK DIGALAKKAN GANTUNG GAMBAR KAHWIN DAN KELUARGA DI DALAM RUMAH?
Kita sememangnya sukakan rumah yang cantik. Rumah yang dibina atau dibeli ingin dihias dengan pelbagai kreativiti yang kita ada. Rumah yang cantik ini semestinya akan menciptakan suasana yang nyaman dan mendamaikan untuk keluarga meluangkan masa bersama.
Amalan mengantung gambar semestinya akan menjadi perkara wajib bagi menaikkan lagi seri rumah kita. Namun begitu, tidak ramai yang tahu, amalan mengantung gambar kahwin atau pun gambar keluarga tidak dibenarkan di dalam islam. Berikut penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perkara ini.
Hukum
Apakah hukum menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah atau gambar manusia pada kulit buku? Benarkah jika gambar tersebut tidak cukup sifat seperti tiada kaki atau separuh dibenarkan untuk digantung di dinding dan kulit buku?
Mufti berpendapat agar tidak dilakukan perbuatan menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah, sekalipun separuh badannya dihilangkan kerana keluar daripada khilaf.
Adapun di kulit buku, maka kami berpendapat itu tidak mengapa. Wallahua`lam.
Dijadikan Perhiasan Rumah
Kenapa Dilarang Menggantung Gambar Kahwin, Anak & Keluarga, Sebagai Perhiasan Didalam Rumah
Menjadi kebiasaan didalam setiap rumah, gambar kahwin, gambar keluarga, gambar anak-anak dan sebagainya digantung pada dinding rumah mahupun dibingkaikan untuk dijadikan sebagai perhiasan dan kenangan terindah.
Namun seeloknya, jika ada menggantung gambar-gambar ini sebaiknya, turunkanlah. Tanggalkan ia simpanlah ditempat tertutup dan jangan pamerkan ia untuk tatapan di dalam rumah.
Ini kerana dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam Peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,
“MALAIKAT (PEMBAWA RAHMAT) TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH YANG DI DALAMNYA ADA ANJING ATAU GAMBAR.” YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GAMBAR YANG MENYERUPAI MAKHLUK BERNYAWA.”
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, KITAB EKSPEDISI PEPERANGAN BERSAMA NABI (5/59), NO. 338)
Malaikat Rahmat terhalang untuk masuk ke dalam rumah jika mempunyai gambar-gambar mahkluk bernyawa ini. Akibatnya hilanglah kasih sayang sesama ahli keluarga didalam rumah yang didiami.
Bukan itu sahaja, perselisihan faham, rumahtangga selalu ‘panas’, tidak bahagia, rezeki sempit serta ada sahaja masalah yang sering berlaku kerana tiada lagi rahmat dan keberkatan yang diberikan didalam rumah.
Sedangkan malaikat rahmat jika ada di sisi kita ia membawa 1000 rahmat dengan izin Allah iaitu hati menjadi lebih tenang, jiwa rasa cinta pada Allah SWT, rezeki juga sentiasa dipermudahkan Allah. Malah malaikat rahmat juga bertugas menjaga keselamatan diri kita jika kita banyak membaca al-Quran, zikir dan berdoa.
Panduan Simpan Gambar Sebagai Kenangan:
1. Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah Malaikat Rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah bagi gambar makhluk bernyawa iaitu manusia dan haiwan.
2. Di larang menggantung mahupun mempamerkan gambar makhluk bernyawa ini pada dinding atau dibingkaikan untuk hiasan didalam kabinet seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
3. Seeloknya gambar-gambar yang ingin dijadikan kenangan disimpan didalam album, handphone atau didalam komputer dan tidak dipamerkan didalam rumah sama sekali.
4. Gambar seperti keindahan alam semulajadi, tulisan kaligrafi, gambar pemandangan, bunga-bungaan, kereta bangunan dan sebagainya yang BUKAN berunsur makhluk bernyawa adalah dibenarkan untuk dijadikan perhiasan didalam rumah.
5. Untuk patung permainan anak seperti barbie, teddy bear boleh digunakan untuk permainan tetapi selepas main perlulah diletakkan di dalam kotak mainan dan janganlah diletakkan di almari perhiasan mahupun dijadikan koleksi.
Semoga bermanfaat, kongsikan buat yang lain.Bersama-sama kita mengubah kebiasaan ini, untuk menjemput malaikat rahmat hadir ke rumah sekaligus memperolehi keberkatan dan kasih sayang dalam keluarga.
#Sumber_Mufti_Wilayah
P/s: Dah simpan semua gambar konvo, gambar kahwin. Mudah mudahan malaikat pembawa rahmat sentiasa bersama kita.
MW: Simpan dalam album cantik-cantik, letak kat rak televisyen, nak tengok boleh buka satu-satu. Ini pun boleh.
Sumber: Cikgu Zahran
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI