Biar pun bukan mudah bagi seseorang wanita menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang anggota badan beruniform, tetapi ianya sama sekali tidak mematahkan semangat Nurul Adni Che Omar, 31 tahun.
Malahan dirinya meletakkan tanggungjawab itu sebagai cabaran utama dalam menjalankan tugasnya sebagai Laskar Kanan Maritim dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Menurutnya segalanya bermula sejak di bangku sekolah menengah. Kala itu, wanita ini aktif dalam unit beruniform iaitu Kadet Bersatu Malaysia (Laut). Minat yang mendalam ketika di sekolah membuatkan dia memasang angan-angan untuk bergelar anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) setelah tamat belajar kelak.
Namun rezekinya bukan bersama TLDM sebaliknya bersama APMM. Bagi empunya diri, tidak kisahlah badan uniform apa sekali pun, sebaliknya kesediaannya untuk menjalankan amanah yang diberikan. Paling penting jua, seluruh ahli keluarga menyokong minatnya untuk menyertai APMM.
Dalam diam tak diam, kini hampir 12 tahun Nurul Adni bersama APMM atau Maritim setelah memulakan tugas pada bulan Januari 2007. Ibu beranak tiga ini awalnya ditugaskan di Daerah Maritim 4 Klang, Selangor ( kini dikenali Maritim Negeri Selangor)
“Ketika mula-mula melapor diri di unit yang ditugaskan, perasaan ini memang bercampur baur. Bayangkanlah staf baru, nak buat kerja pun kekok. Tidak dinafikan pada peringkat awal, saya ambil masa untuk sesuaikan diri dengan suasana baru. Mujur ada rakan sama yang batch melapor diri di unit sama.
Ads
“Kenangan manis terlalu banyak, tetapi paling saya tak boleh lupa apabila kami “grounded” di satu kawasan ketika keluar operasi dengan bot kilat. Kami tersadai hampir dua jam kerana perlu menunggu sehingga air pasang kerana bot tidak mampu bergerak. Walaupun kelam-kabut tetapi ianya pengalaman yang manis apabila kenangkan masing-masing muka menjadi gelap kerana terpaksa menahan panas.
“Sebagai anggota badan uniform, kadang-kadang kita perlu akur dengan arahan daripada pihak atasan. Kenangan pahit adalah apabila saya terpaksa tinggal berjauhan dengan suami dan anak-anak pada tahun 2012.
“Masa tu saya ditukarkan ke Ibu Pejabat Maritim di Putrajaya. Suami pulak perlu balik kampung atas masalah tertentu. Lebih mudah, anak ikut suami balik ke kampung untuk memudahkan saya. Tetapi sedihnya saya tinggal sendirian, tetapi alhamdulilah lama-kelamaan segalanya berjalan dengan lancar,” jelas Nurul Adni satu persatu.
Disiplin Yang Tinggi
Tambah Nurul Adni, perkara utama yang membuatkan kita disenangi ramai adalah menerusi sikap yang kita pamerkan. Apa tugas sekali pun, jika kita tidak biasa dengannya sudah tentu akan membuatkan setiap dari kita merasa janggal.
Ads
Nurul Adni bersyukur dirinya seorang yang suka bertanya dan cepat mesra. Oleh itu, dirinya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Rakan sekerja tidak kiralah anggota dan pegawai juga memang banyak membantu Nurul Adni dalam menjalankan tugas setiap hari.
“Sebenarnya menurut pandangan saya sendiri, tiada perubahan sangat anggota maritim yang junior. Mereka kebanyakannya telah dilatih dengan baik oleh jurulatih. Oleh itu, tiada istilah manja atau sukar disuruh-suruh.
“Perlu diingat, menjadi anggota badan beruniform ini memang memerlukan disiplin yang tinggi dan perlu patuh arahan dari pegawai atasan. Sama ada anda pengawai atau anggota, anda perlu akur. Kalau ada yang bermasalah mungkin berpunca daripada sikap mereka sendiri.
Ads
“Saya sendiri setelah lama bergelumang dengan Maritim, tanpa saya sedar tugas saya mendidik saya menjadi seorang yang berani, berdisiplin tinggi dan hormat. Sikap ini bukan sahaja ketika menjalankan tugas, malah diaplikasikn dalam kehidupan harian saya setiap masa.
Cabaran Dalam Tugas
Tidak semua ahli masyarakat memahami bidang tugas badan beruniform, Nurul Adni sendiri menghadapi konflik ini. Kadang-kadang dalam menjalankan tugas, wanita berasal daripada utara tanah air ini dipandang serong seolah-olah menyalahgunakan kuasa.
“Tolong faham bahawa kami hanya menjalankan tugas yang telah diberikan. Kadang-kadang ada sahabat, jiran tetangga dan kaum keluarga yang ditahan akibat melakukan kesalahan di laut, kami terpaksa mengikut prosedur kerana kami hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.
“Selain itu sebagai maritime, cabaran utama adalah apabila kami diperlukan di lapangan tak kira masa dan keadaan. Saya perlu sentiasa siapsiaga dalam masa yang sama harus seimbang tugas sebagai isteri dan ibu,” katanya yang berharap dapat terus menjalankan tugas dengan baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, yang juga suami pelakon Ummi Nazeera berkongsi pandangan. Sekiranya dirinya dijemput menunaikan umrah di Tanah Suci tentunya dia akan memastikan untuk mematuhi undang-undang negara dan Arab saudi.
Bagi menjamin keselamatan diri, keluarga dan orang lain di musim pandemik ini. Dia akan memastikan dirinya sudah lengkap divaksin. Barulah mengerjakan umrah dengan tenang dan selamat.
Kongsinya di instagram miliknya,
Saya Salah Seorang Dari Jemaah Umrah Di Tanah Suci
Kalau saya dapat pergi buat Umrah, saya akan pastikan saya mematuhi undang-undang negara kita dan Arab Saudi. Saya akan dapatkan vaksin Meningococcal dan juga lengkap divaksinasi Vaksin C-19 seperti yang diwajibkan. Peraturan tu dibuat untuk melindungi kita dan juga orang2 lain di rumah Allah nanti. Kan bagus.
Tapi kalau ada orang tertentu memberi peluang kepada kita untuk pergi umrah tanpa perlu vaksinasi, rasa-rasa nak ke? Kita menipu siapa sebenarnya? Rasa bagus dan bangga dapat lepas pemeriksaan di KLIA dan Arab Saudi? Rasa kebal dapat tawaf beramai-ramai dengan orang lain sambil meningkatkan risiko jangkitan C-19 dan meningococcal?
Saya tak naklah macam tu. Dan saya kalau boleh, nak ke Tanah Suci tu diri pun kenalah suci atau bebas dari apa-apa unsur penipuan sebelum ke sana. Saya nak bersihkan niat dan hati saya dahulu. Dan elakkan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang akan merosakkan niat dan hati saya.
Kalau saya memilih untuk tidak divaksin dan menipu diri sendiri untuk pergi umrah juga, saya bukan sahaja akan membahayakan nyawa saya, malah nyawa-nyawa jemaah umrah lain juga. Kalau apa-apa jadi kat mereka disebabkan saya, macam manalah saya nak menjawab nanti. Bukan menjawab di dunia sahaja.
Tapi, yang paling saya takut ialah apabila saya akan menidakkan hak/peluang jemaah-jemaah lain untuk menunaikan umrah/haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi. Takut Kerajaan Arab Saudi akan ban Jemaah dari Malaysia disebabkan saya. Huhu
Semuanya balik kepada sikap masing-masing. Nak menipu tu, letakla peraturan apa-apa pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan. Aminn
Inilah karangan SPM saya bertajuk ‘jika saya menjadi salah seorang jemaah Umrah’. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. #drizzarshares
Mingguan Wanita : Jujur itu mudah, tapi mengapa sukar untuk dilaksanakan. Fikir-fikirkan.
Tertarik sungguh dengan perkongsian resepi Puan Nurlia Mohd Nor ini. Tak menggunakan bahan yang rumit, cara memasak daging ini pun mudah saja. Katanya, “abah selalu minta saya buatkan daging ini. Saya tak pasti nama apa.’
“Sebab warna seakan merah, saya panggil daging masak merah je. Resepi ini saya belajar dengan mak. Makan dengan nasi sangatlah sedap. Nak pula gu dia ikan goreng. Makan dengan roti, roti canai, lempeng, pulut, lemang pun mabeles!”
“Resepi saya jangan risau, simple je sebab saya bukanlah rajin sangat pun untuk menu yang rumit. Siapa nak share dipersilakan, Saya izinkan. Semoga bermanfaat.”
Cara Masak Daging Merah Style Nurlia
Goreng cili kering, bawang besar, bawang putih, sedikit halia dan jintan manis dengan sedikit minyak (Jangan tanya sukatan sebab saya punya style masak main agak-agak je.)
Dah goreng blendkan dengan sedikit air.
Gaul daging dengan bahan blend tadi bersama kicap dan gula (saya guna kicap kipas udang yang manis). Perapkan. Lagi lama lagi sedap. Kalau tak sempat perap pun ok je.
“Kena banyak bersabar & reda” Elfira kongsi tip tunaikan umrah bawa dua anak kecil. Sememangnya melakukan ibadah umrah banyak cabarannya.
Jika pergi bersama pasangan tidak ada masalah namun jika bawa bersama anak-anak kecil sememangnya sesuatu yang sukar.
Pelakon Elfira Loy yang kini berada di tanah Suci Mekah menunaikan umrah berkongsi pengalamannya.
Elfira dan suami, Faris Khairol serta dua anak mereka, Rayyan, 4, dan Aria sudah berada di Mekah sejak minggu lalu.
“Kena banyak bersabar & reda”
Berkongsi di akaun Instagramnya, Elfira akui pengalaman pertama menunaikan umrah bersama dua anaknya yang masih kecil mencabar kerana anak bongsunya, Aria yang berusia lapan bulan masih menyusu badan.
“Hajjah kecil ini (Aira) kalau dah tidur, baru saya boleh bernafas sikit. Saya berasa ‘part’ (bahagian) paling susah sikit sebab Aria jenis ‘melekat’ je dengan saya.
“Lepas tu ‘breastfeeding’ (menyusu badan) lagi kan, jadi mencabar sikit. Tapi sebab memang dah tetapkan dalam fikiran, ‘trip’ (perjalanan) ini untuk anak-anak, jadi saya dan suami lebih ‘chill’ (tenang) sedikit,” tulisnya.
Gementar Bawa Dua Anak
Elfira turut menjelaskan dia memang gementar untuk membawa dua anaknya bersama.
“Tapi bila kami sudah sampai di Tanah Suci, alhamdulillah, boleh dengan izin Allah,” luahnya.
Sabar & Reda
Ibu kepada dua anak itu juga berkongsi tip buat mereka yang mahu membawa anak-anak kecil ke Mekah.
“Tips saya untuk membawa anak-anak buat umrah ini kena banyak bersabar. Kena banyak reda kalau kita tak dapat banyak peluang untuk melakukan ibadah.
“Contohnya pergi Raudhah. Hari tu saya sudah ‘book’ (tempah) slot tapi terlewat 10 minit terus tak boleh masuk.
“Siapa tak sedih kan takkan nak marah pada anak-anak? Apa yang perlu kita buat? reda je. Insya-Allah, doa dekat mana pun Allah dengar, ‘hopefully’ (harap) masih ada peluang untuk saya, doakan ok.
“Tapi kalau nak betul-betul beribadah, saya tak cadangkan anda (ibu bapa) untuk bawa anak kecil kecuali ada orang yang boleh tolong dan dia betul-betul faham ini untuk tolong jaga anak-anak,” tulisnya.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...